Sebulan lebih jugak kepulangan kami anak beranak ke kampung. Menanti isu lahad datu selesai. Sungguhpun kurang jelas isu ni, namun kami bersyukur kerana sang perwira kami selamat pergi dan pulang... Bagi beberapa keluarga yang diuji dengan pemergian perwira hati mereka semoga diberi kekuatan iman serta segunung kesabaran. Allahu Allah... yang pasti di mana pun kita berada, ajal pasti menjemput. Semoga kalian ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amin ya Allah.
Kali ni yang kelima anakanda 'terbang'. Dia semakin besar, ibu semakin yakin berjalan sendiri walaupun ada jugak rasa cuak-cuak si anak meragam dalam perjalanan. Secebis pengalaman sebagai isteri tentera yang berkhidmat untuk negara... Berdikari tahap aku ni rendah je. Tak sama macam sesetengah istri anggota yang lain. Tabik spring dekat kakak semua!
Sempena pilihanraya umum PRU ke-13 ni aku akan mengundi di sri aman. Secara automatik pasangan tentera akan mengundi di kawasan suami atau isteri bertugas. Pengalaman mengundi yang pasti menjadi ingatan sepanjang hayat ini. Yang pasti kali ni aku TUKAR! Biarpun satu masa dulu aku mengundi mereka tapi kali ni tidak lagi. Mereka ternyata berbeza dan berubah 300% dari zaman negara kita merdeka dulu... Tidak sama lagi. Tidak seperti dulu lagi. Semakin sesak dan lelah dengan isu-isu mereka yang tak berasas. RM 500 tak cukup kot nak jamin masa depan yang lebih selamat, islamik dan terbela untuk generasi anak cicit aku kelak. Hiburan diutamakan. Video seks diutamakan. Artis diutamakan. Tol kena bayo. Dah 30 tahun kot tol PLUS tu takkan la belum cover lagi pembinaan PLUS? Belajar takpe kena bayo tapi kenapa nak ada interest? Kalo nak citer pun panjang sangat. Tak larat daa... huk huk huk.. kesian rasa kat diri ni yang jadi rakyat kat negara sendiri... kesian lagi kat diorang yang tak seselesa diri ini .. 50 tahun anak beranak cucu cicit datuk moyang kome je yang berkuasa yek... kaum kerabat kome je le yang hidup mewah berkuasa ... rakyat hidup susah. keje penat bayar hutang.. barang makin mahal..semua nak kena bayo.. untunglah aku masih selesa, tapi kalo korang tak caya pi la tengok rakyat yang duduk flet perumahan rakyat termiskin..anak ramai hidup seperti dalam sangkar. Takde hati perut ke. Cuba lah bayangkan. Nak ubah dan tukar demi mereka yang dizalimi dan ditindas ni. Kalo pikir selesa aku sekarang ni aku tak fedulik pun sape memerintah.. undi aku ni semoga menjadi amat berharga demi pemerintahan yang lebih berkebajikan...
So takyah cerita banyak, aku nak tukar kali ni, dengan harapan kemenangan kepada parti pembangkang , kalau PR tak dapat memenuhi kehendak ambo dan lenlain sebagai rakyat yang mendapat kebajikan dan terbela. Nak bagi peluang kat PR, nak lihat perubahan yang dorang janjikan. Apa salahnya kan cuba selagi tak cuba ubah selagi tu kita tak dapat tau. Kalo PR tak menepati janjinya, aku tukar BN balik! hahaha. Kuasa mengundi di tangan ambo. Ambo berhak memilih pemerintahan yang lebih baik. Jadi BN dan PR kome berlumba-lumba lah yek offer yang terBAEKK buat ambo dan seluruh rakyat Malaysia ! Kali ni ce buka minda kita, kaedah kita kepada sistem pemerintahan dua parti BN dan PR. Kat negara barat yang maju semua dah pakai sistem dua parti. Kelebihannya pada rakyat lah sebab dua parti ni akan berlumba dalam memberi kebaikan kepada rakyat mereka.

Jom tukar! Jom pergi mengundi ;)