Tuesday, 30 March 2010

Time flies!

Tiga hari lagi genap empat bulan aku di perantauan. Dua bulan lagi tinggal. Rasa gembira nak pulang ke tanah air, tapi tak kurang juga rasa sedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan bumi England. Apa yang pasti penantian musim bunga belum juga berakhir. Pengkaji cuaca meramalkan hujan lebat dan suhu menurun semula di sini. Salji diramalkan turun di Scotland(dua jam dari Durham). Sehari sebelum cuaca kembali suram dan sejuk, kami ke South shields, bandar permai tepi laut, kira-kira sejam dari Durham dan 30 minit dari Newcastle.













Wednesday, 17 March 2010

A story of Harry Potter in a perfect little city

Kisah 1
Sepetang di taman dan sekitar bandar Durham di pinggir sungai yang tenang. Awan putih berarak megah ditiup angin sejuk (much much better now, degree between 9-10'celcius) yang nyaman. Terlihat pasukan kayak Durham University berlatih memantapkan kemahiran dan stamina. Sesekali sungai pinggir bandar ini dibelah oleh sampan kecil yang dihuni sekeluarga menikmati kedamaian dan keindahan suasana petang itu. Terletak kira-kira 10 minit dari rumah (by car).

Bandar indah ini terdiri dari bangunan-bangunan lama ratusan tahun, termasuk castle(petang itu juga kami sempat melihat sendiri senibina halus nan kukuh tugu bersejarah itu, sayangnya gambar tidak dibenarkan dirakam di bahagian dalam castle) dan cathedral (church) hampir seribu tahun. Bandar ini juga merupakan bandar dalam universiti (Durham University). Di mana fakulti serta pejabat milik universiti terdapat di sekitar bandar, diselangi bangunan-bangunan kedai, restoran, cafe, hotel dan lain-lain. Keunikan, keindahan serta keaslian senibina bangunan lama yang masih dikekalkan di bandar ini telah menyifatkannya sebagai 'a perfect little city' dan dikatakan sebagai salah satu bandar terbaik di United Kingdom.

Bandar Durham juga merupakan salah satu bandar yang mempunyai panorama terindah di Eropah. Begitulah kisah ringkas tentang kota kecil tiang seribu, sebuah bandar lama yang sungguh indah dan tenang, kota kediamanku kini(2 months + left).


Kisah 2

Malu nak kabo, tapi itulah hakikatnya. Masa yang begitu lapang di sini telah mendorong aku menonton siri filem Harry Potter, koleksi DVD rumah ini. Aku hanya pernah tonton siri Harry Potter and The Goblet of Fire bersama adik-adik di panggung. Jujur aku katakan, aku taktau pun itu siri ke berapa. Tanpa tahu hujung pangkal cerita HP, aku hanya mengikut dan tak sangka, aku layan jugak filem tu. And it so happened, bandar Durham adalah lokasi di mana salah satu babak di dalam filem HP dilakonkan. Petang Ahad yang lalu, aku sempat melihat dan bergambar di lokasi filem tersebut. Lets enjoy the next show;)



























The enchanted 11th century castle






An evening to remember... kami pulang ke rumah bertemankan pelangi senja di dada langit.


Info ringkas Durham:
(sumber: Grup Pengkaji Tamadun Dunia-Sepanyol
)
  • Tempat bernama Durham juga terdapat di Amerika Syarikat dan Australia.
  • Durham harus dilafazkan sebagai ‘Darem’ bukan secara baku Durham!
  • Terletak di Utara Timur England berjiran dengan Newcastle. Sunderland dan Middlesborough.
  • Bandar orang putih (white area) yang tidak dihuni oleh immigran daripada negara lain atau disebut Black and Minority Ethnic (BME). Tidak seperti Bradford yang dipenuhi oleh orang Pakistan sehingga digelar ‘Bradfodstan’.
  • Bandar universiti yang tidak terlalu besar seperti bandar London, Sheffield, Leeds atau Newcastle.
  • Bandar lama yang amat terkenal dengan Norman Cathedral dan 11th-century Castle.
  • Dilatari dengan sebatang sungai besar yang merentangi bandarnya.
  • Bahasa Inggeris yang digunakan di sini amat sukar difahami kerana mereka menggunakan slanga ‘Jodi’ iaitu bahasa orang Newcastle di bahagian utara England.
  • Berbanding di London (selatan England) bahasa Inggeris yang digunakan standard dan amat mudah difahami.
  • Cuaca di Durham sentiasa sejuk walaupun musim panas.
  • Durham berasal dari perkataan lama Inggeris iaitu ‘Dun’ bermakna bukit dan ‘Holme’ diterjemahkan sebagai pulau. Bishop Durham mengambil variasi kalimah Latin sehingga dinamakan ‘N.Dunelm’.
  • Ada setengah riwayat menyatakan, Durham diambil namanya dari lagenda ‘Dun Cow’ dan pengembala lembu yang mana mereka dalam hikayat lagenda memandu pendeta Lidisfarne membawa tubuh St Cuthbert ke tapak pengebumian yang dikenali sekarang sebagai Durham.
  • Hari ini Dun Cow dikatakan merupakan jalan pertama diasaskan di Durham, dan di situ sekarang terletaknya Masjid Durham yang serba sederhana. Itulah satu-satunya masjid di Durham.
  • Lahirnya tokoh seperti Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain yang digantikan oleh Gordan Brown.
  • Yvone Ridley wartawan British yang terkenal kerana memeluk Islam dan menjadi aktivis juga berasal dari Durham.
  • Juga lahir seorang tokoh komedi bernama Rowan Atkinson, siapa tu? Mr Bean la!
  • Merupakan universiti ketiga tertua di UK selepas Oxford dan Cambridge.
  • Dikategorikan antara universiti terbaik di UK dan baru-baru ini Universiti Durham memenangi anugerah Outstanding Support for Early Career Researchers oleh Times Higher Education (THE) United Kingdom.
  • Sistem Universiti Durham menggunakan ‘term’ bukan semester seperti universiti-universiti lain di dunia.
  • Hanya Oxford, Cambridge dan Durham (menurut sumber) yang menggunakan sistem ‘term’.

Monday, 15 March 2010

Salju di kota tua

Setelah hampir tiga bulan, baru nak post. Entah kenapa aku biar draft. Gambar sekitar Durham city during New Year 2010, semasa salji turun hebat. Jalan-jalan cuci mata pada tanggal tahun baru di bandar yang sepi dari manusia. Kamera ekonomiku merakamkan detik salju turun di kota tua...hope u guys enjoy the show:)