Thursday, 11 March 2010

Sarapan, filem dan novel

Sarapan dah pun menjadi rutin harianku kini. Sebelum ni selalu skip. Mungkin dah terbiasa dari kecik, makan takde peraturan. Bila dah besar, melalui pembacaan sendiri barulah tahu akan pentingnya sarapan dalam diet harian.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekaligus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualit, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.







Filem dan Novel


Baru menonton filem Indonesia, "Ketika Cinta Bertasbih" (youtube)diadaptasi dari novel cinta islami, Habiburrahman el Shirazy...belum sempat membaca novel tu, baru je download. MasyaAllah! indah betul jalan cerita dan dialognya. Masih ada filem2 cinta berunsur Islam yang meruntun hatiku...

Aku menjadi kagum pada penulis yang mampu berdakwah melalui penulisan2nya. Yang telah aku baca dari novel2 beliau seperti "Ayat-ayat Cinta, "Pudarnya Pesona Cleopatra" dan lain-lain lagi. Lalu pengkisahan dari sebuah buku dapat dilakonkan dan bisa menyentuh jiwa, membina rohani, serta menyegarkan ibadah harian...(aku telah jatuh cinta pada watak Abdullah Khaerul Azzam:))...

Bezanya filem ni berbanding filem Ayat-ayat Cinta ialah filem ni mendapat kebenaran dilakonkan di Al-Azhar, Mesir...manakala AAC tak mendapat approval dan dilakonkan di India. Filem ni juga dilakonkan oleh orang biasa yang diuji bakat, sebab tu mungkin lebih memberi kesan apabila orang yang melakonkan watak turut mengamalkan cara hidup Islam, tidak seperti kebanyakan artis2 yang sinonim dengan kehidupan yang jauh dari ajaran agama..jadi batas2 aurat dan pergaulan amat dijaga dalam filem ni..(padanlah aku pelik, yang perempuan tak langsung menampakkan rambut kecuali watak Elyana(pelakon Indonesia) dan tidak bersentuh laki wanita kecuali ketika Azam memeluk ibunya setelah 9 tahun di Mesir dan pulang ke Jawa Tengah)

Rasanya belum ada karya2 unggul ulama tersohor Indonesia Hamka yang telah difilemkan seperti Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk yang sangat menggetarkan jiwa sehingga membuatkan air mata jatuh berlinang merenung kelemahan diri...

Nowadays, di Malaysia juga telah muncul penulis2 yang berjaya menerapkan nilai2 agama melalui penulisan novel yang bersifat lebih terbuka,terkini dan santai tetapi masih mantap memperjuangkan nilai2 agama seperti....aku masih menanti filem Melayu yang mantop!

Semoga aku juga bisa berbakti buat umat tidak kira melalui apa jua medium sekalipun.


Sebelum layan filem Indonesa tu, aku tengok flem The Reader,(koleksi DVD rumah ini) lakonan Kate Winslet, juga adaptasi dari novel oleh penulis Germany. Filem tu agak 'biru', tapi aku tertarik untuk membaca novel dia. Mungkin lebih detail menceritakan kehidupan zaman Nazi di Jerman dan watak Hana Shmitz lakonan Kate winslet yang begitu ghairah setiap kali mendengar pembacaan dari orang lain kerana buta huruf instead of adengan dan plot2 'biru' yang agak ditonjolkan dalam filem tersebut. Kalo beli novel yang terpakai kat sini dalam 3pound boleh dapat. Selain tu, filem The Time Traveler's Wife juga inspired by best seller novel, yang aku rasa mungkin menarik untuk dibaca. Ada sesapa dah tengok atau baca those stories? Boleh la share...

Sabtu ni jugak ada aktiviti menonton filem 'Elis di Alam Fantasi' ...hehe at last baru nak tengok wayang after 3months lebih di England. Tak sabar!



...................................

"ya Allah, aku mendambakan kehidupan yang tidak lelah dek mengejar dan dikejar dunia...kerana ketenangan jiwa serta yang membuatkan sesebuah kehidupan itu sempurna hanyalah dengan berbakti ke jalanMu"

updated March 13th, 2010

6 comments:

lan said...

cute..thanx 4 da pic..miss u..

Anonymous said...

uhuk uhuk.

hehehe

nurulfive said...

miss u damn dear!

FAHMI said...

oho..ehem2..

byk gak bacaan makcik sorg ni..kagum2..

wa said...

jiyyah!! aku pun baru abes tgk KCB 2 ahad lepas! memang best gak aa.. aku rase mesej die banyak as compared to AAC.. die tunjuk islam as a way of life.. perhubungan sesama jiran, rakan2, etc2.. aku suke! aku juga terpikat ngn mas abdullah khairul azam :)

Anonymous said...

jiyah, ko kerja lama ke kat sana? what is it that you do there?
jgn lama2 kat sana, kalo tak nanti takde dah la reunion antara kita. ko kan main organizer!