Sunday, November 22, 2009

Leaving on a Jet Plane



Its rainy day...make me feel sad...like winter in my heart. I am leaving girls. I need and I have to go. Good bye Malaysia and also those kenangan...

Pray for my healthy, safety and happiness eh. Ill be back sooon insyaAllah. Semoga kepulangan aku nanti menemukan kita di puncak cita-cita dan cinta yang tertinggi! Bersama menuju ke destinasi yeah!

I'll be missing you girls.
No worries... we still have facebook, emails and blogs !

p/s: Jangan marah. Terpaksa tulis entry ni dalam 'sayu mode'. Sebab ni yang aku rasa dari lubuk hati yang paling dalam.

Thursday, November 19, 2009

Zulhijjah


(Lambaian Kaabah....hati sayu)

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu :

Sepuluh hari dari bulan DzulHijjah.

Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?
Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (DzulHijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid "...

p/s tak perasan semalam bermulanya 1 zulhijjah. Jom puasa 1-9 zulhijjah. InsyaAllah banyak fadhilatnya. Semoga Allah swt terima amal kita. Amin.

Wednesday, November 18, 2009

Minum Bersama

Hari ni for the first time my entry is political mode. Tajuk di atas tu adalah caption untuk gambar muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, 18 November 2009. Dan sambungan caption berbunyi....



"Keterbukaan Najib terserlah apabila beliau minum serta berbual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biar pun Ketua Pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinannya banyak melakukan serangan peribadi dan tohmahan terhadap Perdana Menteri."

Tak boleh blah caption dia... Sebab tu sejak tahun 1998 aku boleh kira berapa kali aku beli suratkhabar dan tengok berita kat tv. Media vs politic. Both sux! upss!

p/s Propaganda: Carian Mukabuku. PM adalah peminat pasukan MU,suka makan ikan patin,membaca di kedai buku kat London,makan di Lafite and Shook,bla bla bla...

Saturday, November 7, 2009

Gempa

Sungguhpun hampir sebulan berlalu, ada sebuah artikel menarik untuk dikongsi.

"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:


17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. "




17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya. "

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya.

Wallahu a'lam. Sekadar renungan bersama, semoga bermanfaat serta diambil iktibar.

sumber; eramuslim

Monday, November 2, 2009

Diari November


6, 13, 20 November, Friday:

Tour Masjid, open counter for Ibadah Qurban di Kemboja
(Masjid-masjid besar sekitar Kuala Lumpur dan Selangor)

::::::::::::::::::::+++::::::::::::::::::::

27 November 2009, Friday:
Aidil Adha di Senggarang, Batu Pahat (cant wait to meet atok! :D)

:::::::::::::::::::+++::::::::::::::::::::::

30 November 2009, Monday:
Rofidah's wedding, Sg Siput, Perak


Note:
- just wondering if we can get together during pied's big day!
-pastu boleh singgah tengok baby puteri ;)


Thursday, October 15, 2009

Peluang


Dalam hidup ni terlalu banyak peluang. Peluang datang peluang pergi. Kadang-kadang peluang datang masa kita betul-betul bersedia dan mahukannya. Macam orang kata.. Just in time.. Atau mungkin peluang datang masa kita blurrr..ragu-ragu dan tak tahu adakah peluang tu baik atau tak untuk kita. Ataupun kita dah lama sangat mengharap peluang tu, tapi tak pernah dapat....setelah beberapa tahun menunggu baru lah peluang tu datang. .. Siapa yang berani sahut cabaran akan rebut semua peluang yang ada. Tapi sapa yang malas, takut, ragu-ragu akan biarkan saja peluang tu pergi. Dalam hidup aku ni boleh dikatakan banyak juga peluang yang datang, ada yang aku rebut, ada yang aku biar je berlalu. Atas banyak alasan termasuk lah takut,malas tak yakin dan sebagainya.

Baru-baru ni ada satu peluang yang datang kat aku. Tapi aku ragu-ragu nak ambil atau tak. Walaupun sebenarnya peluang ni lama dah aku tunggu. Seingat aku 4 tahun lepas! Lama tak lama sampai satu tahap aku rasa aku dah tak kisah. Aku pasrah dan redha. Kalau tu bukan rezeki aku. Alih-alih lepas 4 tahun ni..peluang tu datang! Aku excited! Tapi dalam masa yang sama banyak perkara perlu aku konsider dan mungkin excitement tu tak sehebat ketika 4 tahun lepas semasa aku naaakkk sangat perkara tu terjadi...

Tiga,empat bulan jugak aku lengahkan hal ni sebab macam-macam aku fikir dan ada jugak sikit harapan supaya peluang ni pergi je dan terlepas dari aku. Tapi lepas empat bulan nih, peluang tu masih ada! Ohhhh serba salah nya aku. Boleh tak bayangkan sesuatu yang sangat korang idamkan terjadi dan korang nak dalam hidup satu masa dulu tak terjadi, sampai korang pun dah lupa dan tak kisah. Tapi tiba-tiba benda tu datang depan mata??? Tapi masa tu ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dan diutamakan... Susah tak??? Huhu susah weh.. but i always know that life s about making choice... dan risiko tu ada saja di mana-mana kan. Jadi aku tetap harus memilih...

Korang rasa aku amek tak peluang tuh? Kalau korang pulak macamana? Apa pun aku dah membuat pilihan. Tunggulah jawapan nya nanti. Aku hanya berdoa jika peluang ni membawa kebaikan kepada ku maka Allah swt akan permudahkan segala urusanku ini. Ameen.

Monday, October 12, 2009

Setahun

Pejam celik pejam celik...its almost a year Ive been engaged to azlan! 25 Oktober 2009 ni genap setahun kami bertunang... owh dear, How fast time flies!

Rasa macam baru je family azlan datang bertandang ke rumah..dan cincin tanda disarung ke jari manisku. Walaupun tak terasa lama setahun tu tapi aku tak terlepas dari ujian pertunangan. Betul kata orang, alam pertunangan ni besar ujian nya. Sebab tu ramai yang tak suka dan galakkan bertunang lama-lama. Sebab nak mengelakkan perkara-perkara yang tak baik. Bagi aku ujian yang besar adalah ujian hati. In my case... aku rasa susah juga nak handle hati ni. Dan aku rasa jugak lebih banyak salah faham daripada rasa happy. Walaupun aku selalu dengar dan baca kunci kebahagiaan tu adalah komunikasi...tapi kenapa lah susah sangat untuk aku praktik kan! Aku suka simpan dan diam. Alih-alih angin takde ribut takde aku nak cari gaduh je. Namun aku masih percaya inilah pilihan aku yang tepat. Dan tak mungkin sesiapa dan apa pun dapat mengubahnya kecuali dengan kehendak Yang Maha Esa.

Dalam setahun ni jugak aku boleh kira berapa kali kami berjumpa. Jadi tak banyak yang aku kenal dan tahu tentang dia. Begitu juga dia( i guess). Mungkin banyak benda yang perlu kami belajar dan catch up once we get married. Risau jugak kadang-kadang bila fikir apa expectation dia terhadap aku dan aku jugak pasti ada expectation terhadap dia. Cuma aku rasa kita tak perlu meletakkan expectation yang terlalu tinggi terhadap sesuatu atau seseorang... sebab nanti akan kecewa.. Yang penting kami sama-sama berusaha menjadi pasangan yang terbaik. Saling give and take. Compliment each other like colors!

Sebenarnya, memang dari dulu lagi aku selalu berangan. Once jumpa calon yang sesuai, aku tak nak tunang lama-lama. Paling lama pun 6 bulan je. Tapi mungkin dah takdir aku bertunang sampai 1 tahun setengah. Kena lah sabar menanti dan tabahkan hati!

Last but not least, selamat ulang tahun pertunangan buat abang (hadiah takde ke?hehehe) and not to forget kawan-kawan yang selalu di sisi di kala suka duka sepanjang tempoh pertunangan ku ini. Terima kasih ku ucapkan.. (nape rasa macam sebak lak nih..huhu)


(cincin tanda di jari manisku, bukan yg ni.. dah tuka dah.. yg ni belakon jeh..ketat tuh! cne leh salah ukur..huhu..tapi yg baru nih emas mcm kurang pulak,nyesal tak mintak yg tebal2 hari tuh..hihihi)

Wednesday, October 7, 2009

Selamat


hehe apa yang selamat? aci tak kalo aku nak update camni jeh..bukan takde masa tapi M... hihihi..details boleh baca kat o'oi's blog...takat ni cerita dia paling complete. maaf lah korang aku agak M nak type pepanjang mcm dolu2 about the event dat ive attended. soo...

SeLAMAT
Hari raya ~ Maaf zahir batin
Pengantin baru ~ Ruhinah & Jaja
Melahirkan ~ Yayat & Iemah


Friday, September 11, 2009

Kopitiam Vs Masjid



Jam 10.00malam tadi, aku keluar kejap ada sedikit urusan. Lama dah tak keluar malam-malam ni semenjak kawan-kawan ramai yang dah jadi isteri, bakal ibu dan mak orang. Mungkin jugak bile usia masuk half 20th ni...keinginan untuk 'meronggeng' juga menurun.

Keluar je depan Flamingo nak masuk MMR 2(Jalan Lingkaran Tengah 2)...jam! banyak nya kereta. Orang dok pergi mana? Mungkin orang baru balik dari tarawikh. Orang pergi shopping raya, maklumlah seminggu lagi nak raya dan esok pulak cuti. Atau orang dah mula balik kampung.... ???

Dalam perjalanan aku merentasi beberapa lokasi yang mana setiap lokasi pasti ada saja kopitiam. Sebelum ni kita selalu je nampak kedai mamak kat mana-mana. Tapi sekarang kopitiam pun ada je merata-rata, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dan menjadi trend masyarakat sekarang melepak di kopitiam ni.. Memang penuh je manusia...orang kita. Waimma di malam-malam begini...malam yang tersembunyi seribu hikmah..ahhh..!! sedih dan risau!

Kalau dilihat secara kasar memanglah macam takde pape. Alah..bukan buat ape. Lepak je. Minum-minum sambil borak. Tapi kalau sampai dah hari-hari. Berjam-jam..apa kes??? Semua ni memang kita tak perasan. Mungkin betul duduk kat kopitiam atau kedai mamak or kedai kopi lebih baik dari buat benda yang tak tentu arah. Tapi lama-lama duduk, lepak dan borak pun boleh mengundang banyak buruk dari baiknya. Seperti buang masa... Mengumpat. Bergosip dan lain-lain lagi.

Semua ni seperti dah jadi sebahagian dari kita. Darah daging. Aku pun suka kopitiam. Lepak. Borak. Gelak. Cuma sekarang dah kurang. Macam aku kata, mood meningkatnya usia.. plus 'geng' yang makin lenyap...

Dalam pada tu hati sayu. Rasa susah dan gelisah. Tirai Ramadhan yang bakal dilabuhkan hanya memperlihatkan manusia bercanda bergurau senda bersembang di Kopitiam@ kedai mamak dan bukan beribadah di rumah atau beriktikaf di Masjid@surau.

Aku pun tak beriktikaf di masjid. Hanya di rumah sahaja. Ibadah pun tak lah banyak mana. Sempat lagi nak menulis blog kan.. haha. Cuma aku berkongsi rasa bimbang dan khuatir. Aku pasti kalian juga rasa begitu di sudut hati yang kecil dan dalam... Memang.. kita semakin ditenggelami arus moden yang jauh menyimpang dari nilai agama dan lumrah kehidupan. Mungkin juga itu tandanya dunia sudah di hujung usia...

Wednesday, September 9, 2009

Penutup

Marilah kita sama-sama memburu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83tahun) yakni pemburu kepada Lailatul Qadar... pada 10 malam terakhir Ramadhan..sujudlah penuh kesyukuran,keinsafan serta pengharapan. Semoga beroleh cinta agung di dunia dan di akhirat... Ameen...Ya Rabb al a'lamin...

...Selamat berqiamullail...

Tuesday, August 25, 2009

Welcome a new blogger

Guys, please welcome a new blogger... kawan kita yang tak asing lagi... hidayu a.k.a kak long! I would like to wish kak long:
  • Selamat datang!
  • Rajin-rajin update cerita
  • buleh dak tuko warna font (tulisan)kamu..letih le 'mata empat' aku membaca :(
  • hope we cud share a lot of our stories here
Here you go... check this out!!! kak long menulis...

Monday, August 24, 2009

Hati



(hanging my heart out to dry)

Semalam berbuka puasa di rumah with the whole family, abang, kak yan, adik-adik semua ada di rumah, cuti semester dan hujung minggu 'plus Azlan'. Solat tarawih berjemaah dan tadarus bersama...(sumayyah sampai nangis-nangis 'penat' tarawih... bayangkan lah dia dok teriak masa semayang..ih ih ih..budak sorang nih..haha) cant u see... What a beautiful Ramadhan.. Alhamdulillah :)

Azlan transit di wisma padang tembak semalam..so i decided ajak dia berbuka bersama kitorang. Dia biasalah malu-malu alah. haha... masa berbuka tu aku pun dok layan lah dia apa yang patut. Aku pun macam tak biasa je kan. Malu ke? Tah la.. sampai Ati (adik aku) tegur.. suh aku ni excited sikit melayan si tunangan.

Hmmm aku tau, ni semua pangkalnya 'hati'... banyak sangat benda yang bersangkut paut soal hati. Contohnya ikhlaskan hati, tabahkan hati, kuatkan hati.. makan hati, sakit hati..busuk hati..macam-macam lagi lah. Aku fikir nape? hati aku ni tak ikhlas ke apa ke. Aku rasa bukan apa, cuma hati aku ni kering.

Azlan is going back to kem Sri Aman today. Aku sms dia say good bye and wish him a safe journey. Aku sms lagi kata I am sorry for not being a good tunang for him because of hati aku kering kot. And he answered, Thank you..dia feel okay je dan dia sendiri pun kata dia kering jugak but somehow he was glad to be my fiance. Haha. I dunno what to say lah. Apa kah kesudahan kepada dua pasangan hati kering? Bahagia kah mereka yang berhati kering?

Monday, August 17, 2009

Iftar Madid

Assalamualaikum wbt. Di sini saya nak umumkan Iftar (majlis berbuka puasa) untuk teman-teman Idrisiah akan diadakan insyaAllah pada 6 Sept 2009(Ahad) di Pusat Ekuastrian Putrajaya (tempat iftar tahun lepas, kepada sesiapa yang ada joint last year). Tempat ni menjadi pilihan sebab tak terlalu sesak dan berdekatan surau. Solat tarawikh juga ada dilaksanakan di sana. Tapi last year kami lebih memilih untuk ke Alamanda main bowling lepas berbuka dan solat Maghrib(..hai...apa nak di kata). Ini adalah cadangan awal, sebarang respon boleh beri comment di sini. Berkenaan hari Ahad saya pilih sebab ada di kalangan teman-teman yg bekerja pada hari Sabtu.

Besar harapan saya supaya kita dapat berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama pada Ramadhan kali ini di samping mengeratkan silaturrahim antara kita. Kepada warga Perak, saya mohon maaf sebab buat masa ni, ni lah program yang tuan hamba mampu buat.(ayat sedih, supaya korang tak marah aku).

Akhir kata selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak! semoga 'sekolah' Ramadhan kali ini menjadi titik tolak perubahan dalam amal Ibadah kita khususnya dan amalan harian kita amnya. Saya juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada kawan2 jika ada salah silap, kira 0-0 la eh. Marilah bersama-sama menuju kejayaan! Ameen.

Sunday, July 19, 2009

Buka Puasa

Ada sebulan lagi sebelum kita menyambut Ramadhan al Mubarak. Aku dah terfikir-fikir untuk adakan majlis berbuka puasa untuk kawan-kawan MADID. Minggu ke dua puasa ok tak? Tempat samada di Restoran Nelayan / tempat last year di Putrajaya-ekuastrian club atau sesiapa ada cadangan kat mana? Hope to hear from you guys for sum suggesstion. Keme yang kat Perak pun boleh juge turun dak? Kita plan awal..boleh le keme bajet..hehehe