Sunday, 8 May 2022

Simple

Catatan 7 Syawal 1443

Aku di hospital ampang wad 6D katil 7 menemani abah di saat ini.

Abah melawan sakit kanser paru² stage 4. Abah tak amek kimo. Abah bertahan sejak awal tahun 2020 yang lalu. Pelbagai rawatan alternatif dicuba. Tapi belum ada yg menunjukkan kesan positif.

Abah terlantar di katil. Abah sgt lemah. Abah tak lalu makan atau minum. Hanya sesuap seteguk dua sahaja yg masuk dalam mulut abah. Hanya keajaiban drp Allah SWT yang dapat sembuhkan abah. Kami kekal positif.

Kisah simple.

Abah sgt simple orang nya.

Di saat abah ditawarkan kerjaya yang lebih banyak income tapi abah memilih kerja² komuniti. Kerja² volunteer.

Di saat abah mampu beli rumah banglo dan berkereta mewah abah memilih kereta 2nd hand rumah juga seadanya.

Di saat abah boleh bermewah sana sini abah memilih ringkas. Simple. Itulah abah.

Melihat abah berjuang melawan sakit. Hati sayu dan pilu. Sebab aku menjadi saksi. Abah tak pernah hidup mewah dan senang sangat walaupun abah mampu.

Di waktu muda. Berduit berpangkat. Abah pilih hidup yang simple. Di pertengahan usia saat karier abah di puncak. Abah diuji dengan kehilangan jawatan dan gaji yg tinggi. Abah tak melatah. Abah dah biasa hidup simple. Seadanya.

Kini di hujung usia, abah diuji dengan sakit yang agak teruk. Tak terluah dgn kata².. hanya mak dan anak² menantu menjadi saksi.

Ya Allah aku yakin ujian sakit ini adalah proses penyucian buat abah. Abah disucikan dari segala dosa mudah²an. Ya Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran buat abah. Serta kami semua.

Ya Allah sesungguhnya aku yakin kehidupan di dunia yang singkat ini memang letih. Memang susah. Memang sakit. Semoga dgn kesusahan, kepedihan, kesedihan ini kami lalui dgn redha dan sabar. Agar menjadi bekalan kami termasuk dalam golongan hamba²Mu.

Ya Allah aku memohon kepada Engkau, jika telah tiba saatnya abah kembali kepada Engkau. Kembalikanlah abah dalam keadaan abah redha dan diredhai Engkau Tuhan yg menciptakannya.

Dan sekiranya masih ada sisa usia untuk abah jalani menuju redha Engkau, maka sembuhkanlah abah yg kami cintai dgn sebenar² kesembuhan dgn penawarMu. 

Amiin amiin Ya Robbal Alamin.

No comments: