Friday, 19 February 2021

Yang terbiasa kita memilih,
apabila kita rasa 'asalkan' ianya baik.

Tetapi kebaikannya sedikit sekali. 

Sedangkan yang lagi satu lebih buruk kesannya jika dibiarkan.


Pilihan

Yang disentuh dalam tadabbur surah Al Kahfi berkenaan kisah Nabi Khidhir yang membunuh seorang anak yang mengikut pengetahuan nabi tersebut, ilham oleh Allah SWT - kelak apabila anak itu besar akan memesongkan aqidah kedua ibu bapanya.

Walaupun membunuh itu suatu perkara dilarang oleh Allah SWT, tetapi dalam kisah ini Allah perintahkan untuk bunuh budak tu sebab mudharatnya kemudian hari lebih besar kesannya apabila dia menjadi penghalang ibubapanya beriman kepada Allah yang Esa.

Jadi pilihan yang lebih baik adalah dengan membunuh anak tersebut.

Salah satu tadabbur tentang kisah ini yang ustazah kongsikan, berkaitan "pilihan dalam hidup" yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian. 

Antara dua pilihan yang kedua-duanya memberi kesan buruk, maka pilihlah impak keburukannya yang lebih kecil.

Manakala dua pilihan yang kedua-duanya memberi kesan baik, pilihlah kesan kebaikan yang lebih besar.

Adapun antara dua pilihan yang memberi kesan baik tapi hanya sedikit, manakala satu lagi bakal memberi kesan buruk yang lebih besar jika kita tidak memilihnya, maka pilihlah untuk menjauhkan kesan yang lebih buruk tadi berbanding memilih sesuatu yang baik tapi hanya sedikit kebaikannya.

Wallahu a'lam.

Catatan ringkas pengajian Jumaat.

Monday, 15 February 2021

Dunia

Teringat ustaz sharing di radio IKIM tahun lepas masa driving nak pi jumpa client..


Dunia ini
untuk diurus, urus dengan semampunya.

Selebihnya tetap harus berserah kepada Allah.
Sebab setiap yang berlaku adalah dengan qada' dan qadarNya.
Indahnya qada' dan qadar agar kita sentiasa ingat,
sebagai makhluk yang lemah, untuk sentiasa berserah padaNya 
setelah berusaha.

Dunia,
bukan untuk dirunsingkan.

Meniti usia yang ke tigapuluhtujuh @ 31st week pregnancy~


Sunday, 14 February 2021

Dunia

Teringat ustaz sharing di radio IKIM tahun lepas masa driving nak pi jumpa client..

Dunia ini
untuk diurus, 
bukan untuk dirunsingkan.

Meniti usia yang ke tiga puluh tujuh~

Rahmat

 Allah adalah Rahmat, iaitu petanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia bahkan kepada seluruh isi alam.

Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan sendiri, bahawa memberikan rahmat itu telah Dia wajibkan ke atas diri-Nya. Subhanallah. Allahu akbar!

Hal itu dua kali berturut-turut difirmankan Allah SWT kepada Rasulnya pada ayat 12 dan ayat 54 dari surah Al-An'am.

Bahawa Dia telah MEMASTIKAN, MENETAPKAN, MEWAJIBKAN kepada diri-Nya agar melimpahkan RAHMAT kepada seluruh CIPTAAN-NYA.

Di dalam hadith disabdakan bahawa RAHMAT ITU 100 JENIS bilangannya. Hanya SATU yang disebarkan di dunia sekarang. Yang 99 lagi akan diberikan di AKHIRAT kelak.

-keterangannya pada Juzuk 7 Tafsir al-Azhar- 

Di antara rahmat yang satu di dunia ialah turunnya Al-Quran kedatangan Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman yang memberikan tafsir Al-Quran itu dengan hidup beliau sendiri.

Dan bagaimana pula kita makhluknya dapat merasai Rahmat tersebut? Tidak lain hanyalah apabila kita menyiap dan menyediakan diri menjadi orang yang baik-baik.

===========================================================

Pagi usia 37 tahun. Dengan izin Allah dapatku baca sedikit tafsir al-Azhar karangan Buya Hamka dalam surah Luqman. Menyentuh sedikit tentang Rahmat. Mashaa Allah bagaimana diterangkan hakikat pencipta yang agung mewajibkan ke atas Dia sendiri memberi Rahmat kepada sekalian ciptaan Nya. Allahu ya Rahman ya Rahim.

Pagi ini juga menginjak umur ke 37 diri celik tentang hadith yang menyebut Rahmat itu ada seratus bilangannya. Dan hanyalah satu yang disebarkan di dunia sekarang ni. Lagi 99 itu akan diberikan di akhirat kelak. Berjujuran air mata tidak dapat ku tahan lagi.

Bayangkan antara rahmat terbesar di dunia ini adalah kalimah-kalimah Allah sendiri berbicara dengan manusia, makhluk Nya melalui Rasul ulung Muhammad yang menafsirkan Al-Quran itu sendiri sepanjang hidup baginda. Betapa besarnya nikmat dan rahmat itu. Kalau kita fikir dan renungkan dengan mata hati. Tidaklah Allah menciptakan kita sia-sia tanpa petunjuk. Tanpa hala tuju. Melainkan dengan rahmat yang telah Dia wajibkan atas diri-Nya untuk disebarkan kepada ciptaan Nya.

Ya Allah. Kurniakanlah petujuk dan rahmat Engkau yang berpanjangan kepada kami semua.

Ya Allah rahmati kami dengan Al -Quran. Jadikan kami semua serta generasi anak cucu cicit dan seterusnya generasi yang terus-menerus menegakkan kalimah Mu di muka bumi ini sebagai generasi pendamping Al- Quran. Yang membaca, memahami, berfikir, beramal dengan benar serta menyampaikan kalimah-kalimah Mu yang agung. Maha Suci Allah. Tuhan Rahmat sekelian alam.

Catatan hari lahir 37, Pandan Indah KL

Thursday, 11 February 2021

Mutmainnah (Ep 2)


Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Peluang memenuhi impian hati terbuka di depan mata. Saat-saat yang ditunggu-tunggu Nur selama ini telah tiba. Nur nekad. Biarpun terpaksa berjauhan dengan sang suami demi mencapai apa yang dihajati, Nur tetapkan hati melangkah. Sungguhpun terpaksa membawa dan mengurus sendiri anak-anak yang masih kecil. Yang tantrumnya semua boleh dikatakan sangat-sangat menguji kesabaran. 
    Maka bermulalah kehidupan baru Nur bersama anak-anak tanpa sang suami, bapa kepada intan-intan yang diharapkan menjadi bahu tempat mengadu berkongsi segala kisah di kala suka duka. Hari-hari awal kehidupan baru sedikit sebanyak memberi sinar, memberi bahagia. Nur seperti burung yang terlepas dari sangkarnya. Nur kembali aktif dalam dunia perniagaan. Enam tujuh tahun mengabdi diri di rumah semata-mata melayan segala karenah anak-anak dan kadangkala tugas suami yang sentiasa sibuk membuatkan Nur begitu teruja melangkah ke dunia seperti anak dara dahulu. Anak-anak telah Nur hantar ke pengasuh. Begitulah rutin setiap hari, dari pagi ke petang mengurus bisnes. Malam sahaja yang ada masa bersama anak-anak. Hujung minggu sang suami akan datang menjenguk keluarga yang dirindui. Saat bahagia. Berkorbanlah dia hidup sendirian di sana. Naik bas berulang setiap hujung minggu untuk bersama anak isteri. Ahad malam menjadi detik berat dan teramat sedih buat Nur, sang suami akan pulang semula ke destinasinya. Waktu yang kurang 48 jam itu seperti emas dan permata.
    Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Perjalanannya tidaklah mudah. Ada ketika Nur menangis mengadu pada sang suami. Susah nya hidup berjauhan tanpanya di sisi. Nur seakan hilang punca bila terpaksa berhadapan dengan karenah anak-anak yang adakalanya menjadi-jadi. Belum kira sakit demam yang perlu dirawat sendiri. Ada ketika saat tidur malam, Nur gelisah memikirkan jika sesuatu berlaku pada Nur, apa nasib anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Tanpa Nur sedar ia seakan menghantui Nur dan akhirnya menjadi trauma yang Nur bawa selama bertahun-tahun. Apa yang menyedihkan juga tidak kurang Nur, sang suami juga berkorban emosi dengan tinggal di sebuah rumah yang agak besar, sendirian. Kesunyian terasa benar menghimpit jiwa.

Thursday, 21 January 2021

Rehat

Seringkali aku memujuk hati dengan berkata, Ya Allah jadikanlah kematianku sebuah kerehatan yang panjang dan berkekalan.

Hidup kat dunia memang penat kan. 

Selalu sembang dengan anak-anak, nanti kat syurga dah tak payah solat, tak payah bangun pagi, tak payah belajar, tak payah masak. Haha. Semua tak payah. Kita rehaaaat je..

Tapi satu point yang abah pernah sebut buat hati kembali segar. Kata abah, memang penat , tapi lepas rehat penat tu hilang. Sedangkan pahala yang kita dapat kekal. Mashaa Allah. Indeed abah.

Setahun lebih sudah wabak covid melanda seluruh dunia. Aku merasakan Allah memberi sebuah kerehatan yang panjang di saat ni. Tak yah kelam kabut siap kan anak 6 pagi. Tak yah kelam kabut hantar anak pagi-pagi. Yang tiga ketul tu. Selama 3 tahun aku urus sendiri tanpa suami di sisi. Penat dan kelibutnya usah cakap lah. Paling menguji adalah penat emosi. Ada 3 ragam di situ. Haha.

Kat rumah ni kelibut juga. Tapi mungkin sebab fokus aku tidak pada sales atau kerja lagi. Mental dan jiwa lebih tenang. Penat pun sebab layan karenah anak dan house chores. Tiga tahun dulu koyak mental emosi fizikal semua. Sebab terkejar sana terkejar sini. Allahu.

Setahun dan masih proses memulihkan segala-galanya. Menempah sakit dan perlu merawat pula. Astaghfirullah al adzim.. aku menzalimi diri sendiri. Sungguh Allah tidak pernah zalim terhadap hambaNya.





Friday, 15 January 2021

Di saat aku ingin tetap di sini, aku masih terlihat-lihat keindahan yang melambai-lambaiku di sebalik sana.

Wahai Allah yang membolak balikkan hati ini,

Tetapkanlah hatiku pada jalan yang Engkau cintai, bukan yang aku dan makhluk Engkau cintai.