Wednesday, 30 November 2011

Serik

Pusing kanan salah. Pusing kiri salah. Baring salah. Duduk salah. Jalan lebih sikit salah. Ape ni banyak nye salah... Belum cerita sakit. Sakit kepala, sakit belakang, sakit kaki, sakit pinggang. Betul ke ni? Semua nak sakit... 

Usia kandunganku hampir ke 36 minggu atau lebih tepat 9 bulan. Padan lah. Heh heh. Kalau fikir salah tu, sakit ni memang serik. Masa awal usia kandungan aku alami mabuk yang agak teruk. Fikirkan mabuk pun buat aku serik. Serik nak mengandung. Belum masuk bab bersalin. Bila tanya kebanyakan wanita lepas bersalin majoriti kata serik! Serik nak beranak!

Tapi betul ke serik? Aku rasa tak. Kalau ye takkan lepas tu mengandung dan bersalin pulak. Hihi. Itu lah lumrah kejadian wanita. Cemana rasa sakit,mabuk pun tak kan serik untuk memiliki cahaya mata lagi. Memang tuhan tu adil. Allah ciptakan wanita yang punya naluri kasih, cinta, sayang, tabah dan sabar untuk mengharungi saat sukar kehamilan dan kelahiran. Betul tak?

: ingin menikmati saat akhir kehamilan yg bakal dirindui; mengandung lah lagi! :p

Friday, 25 November 2011

Wordless friday













Alhamdulillah...
7 weeks to go!
Salam Maal Hijrah 1433.

Thursday, 17 November 2011

RM 100

Adakah pemberian RM 100 untuk setiap orang murid sekolah yang diberi sehari dua ni untuk mengaburi mata rakyat atau senang cakap pengundi pada PRU akan datang ni? Bayangkanlah berapa juta murid sekolah kat negara ni? Berapa juta RM diperuntukkan tu? Sedangkan juta-juta RM tu lebih layak diperuntukkan untuk sesetengah kekangan dan kekurangan dalam pembangunan negara ni, terutamanya pembangunan rohani, kebajikan, masalah sosial dan yang seumpama dengannya. 

Bukan tak leh bagi tapi buat la tapisan pada murid-murid yang layak seperti pendapatan ibu bapa yang rendah dari paras tertentu. Ini mak pak yang gaji puluh ribu pun dapat gak nak buat menda. Senang beno nak menghabiskan duit rakyat deme nih...


: pagi-pagi lagi dah tak puas hati..

Wednesday, 16 November 2011

32

Demi masa... kandunganku telah masuk 32 minggu / 8 bulan. Alhamdulillah tiada kata dapat aku lafazkan selain setinggi syukur pada yang Esa. Semuanya baik-baik belaka. Walaupun last check up berat badan naik mendadak! Kalau naik lagi next check up nurse kata kena minum ayor gula. Sume orang cakap tak sedap! Kalau termuntah, nurse paksa minum balik. ye ke :(

Si kecik dalam ni pun makin ligat, tapi aku masih dapat lena di malam hari walaupun seringkali terjaga. Sungguhpun aku rasa diri aku ok je. Rileks dan tenang, tapi selalu jugak sebak dan keluarkan mutiara dari mata ni. Tak lain tak bukan sebab teringat pada ayah si kecik. Dia selalu pesan, sabar dan bersyukur. Ada orang yang lebih teruji dari kami. Ye betul. Setuju.

Dalam saat-saat macam ni jugak walaupun aku terlebih sensitif tapi aku rasa mudah capai bahagia. Bila duduk sendiri, teringat momen si dia bancuhkan milo panas saat perut berkeroncong di tengah malam. Sarungkan stokin sebelum tido pada kaki yang dah mula cramp ni. Gosokkan belakang yang selalu sakit-sakit di saat diri semakin sarat... B.a.h.a.g.i.a ! Walaupun bukan selalu dapat dimanjakan tapi cukup untuk membuatku tersenyum sendiri bila mengenangkannya :) 

Itulah sebaik-baik penawar di saat aku mula rasa sukar melalui detik ini tanpa insan bergelar suami di sisi. Hanya pada Mu ku panjatkan syukur. Terasa cukup dan sempurna.




:jalan kedek-kedek, ada hati lagi nak pi baby expo kat MidV jumaat nih :p

Tuesday, 15 November 2011

Terbalik

Semalam pi check up di hospital yang aku dan suami rancang untuk menyambut kelahiran bakal cahaya mata kami. Sensorang. Lama pulak tunggu. Ingat private cepat lah sikit. Kebetulan doktor berkenaan ada sorang je dan orang pulak ramai. Hampir dua jam jugak aku tunggu nak jumpa doktor tu. Masuk je bilik, aku disambut dengan senyuman mesra dan bersalaman. Nice. Ramah nya doktor. Bagus. Doc baca kat butiran peribadi aku tulis kat pekerjaan; "sendiri'. Doc tanya keje apa tu? Emmm unit trust consultant doc...plus ada jual gold/dinar jugak... Dengan jawapan aku tu bermula lah consult terbalik dalam bilik tu. Memacam pulak doc tanya pasal unit trust/amanah saham/ASB..syariah ke tak ke..ok ke.. Aku pun jawab je lah mana boleh. Masalahnye aku tak sempat nak tanya itu ini pasal kandungan aku ... Macam tak puas hati gak la. Doc pulak tetiba kena rush pi operation room.. ada la 5 minit kot aku duk dalam bilik tu. Blur. Nak kuar dari pintu bilik tu, aku sempat la toleh dan senyum kat doc sambil bagi tip, "apa pun doc, kalo beli emas dalam setahun dua konfem untung, berbeza dengan saham...amek masa dan perlu prinsip long term and invest regularly.." Doc  agak excited dengar kesimpulan dari aku sebab katanya dia pun dah mula kumpul gold bar.. "oh really? Ok lah I nak bitau husben I, I jumpa sorang client hari ni kata gold is the best investment." Doc tersenyum puas. Tapi aku...

Hai laaa kan ke terbalik tu. Bawak balik scan pic baby yang aku tak faham :( again.


:atuk baby dah kuarkan sebeban buku pasal parenting, childhood, labor and delivery dari perpustakaannye.. Mommy main tengok-tengok gambar baby dan bebudak comel je dalam buku tu. Aci tak?

Tipu

Jangan la tipu... tak suka tau. Dah la nak dapat segulung diploma pun kena berhutang! Begini kah nasib rakyat Malaysia yang pakcik N cakap rakyat didahulukan? Haha emosi lak mak memalam ni. Mana tak nya punyalah aku pulun mengisi borang tawaran ujrah 1% PTPT-pu tu. Banyak songeh jugak la untuk menagih interest 1% berbanding 3% sebelum ni yang akan meningkat setiap tahun, yang menjadikan hutang ku berganda beribu dari pinjaman asal. Walaupun kome offer ujrah 1% yang agak meringankan beban membayo balik hutang tu tapi usoh le banyak songeh beno. Dah siap complete, cantik, wangi lagi siap buh bedak (haha aku tipu) aku isi borang tu, pos pakai setem beringgit-ringgit pun kome main tipu lagi. Terkejut jugak aku bila pos laju datang hantar balik borang perjanjian tu kata tak lengkap! Eh eh ... jangan la tipu, tolong lah! Kesian rasa kat diri sendiri yang tak habis lagi bayar hutang belajar ni sedangkan dah lebih 5 tahun aku tamat pengajian. Nak jadi mak dah pun.. Uhuk. Anak, belajar rerajin ye, esok boleh dapat sponsorship untuk belajar tinggi-tinggi...

: erk! tetiba kaki cramp, tolong! ye aku dah mula rasa cramp.. baby dah 2kilo;)