Tuesday, 11 August 2020

Penting

 Ustazah selalu sangat sangat pesan supaya jaga TIGA perkara penting ni.

1. Ilmu

2. Rezeki

3. Kasih sayang

Ustazah biasa sangat ulang point ni. Jaga tiga benda ni je dalam hidup kita. Selalu selalu cari ilmu. Jangan tinggalkan. Apa jua ilmu. Kena cari , amalkan dan sharing. Lepas tu kerja kuat. Kena rajin, jangan buang masa. Inshaa Allah rezeki Allah Maha Luas. Dan seterusnya jagalah kasih sayang. Terutamanya keluarga kita. Berkasih sayang lah dengan ahli keluarga, sahabat handai seterusnya seluruh umat dan makhluk di muka bumi. Mashaa Allah. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah SWT. Amiin.


Eid Adha 1441H, Ampang


Wednesday, 5 August 2020

Allah Ya Syakur

"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah.(92) Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya.(93) Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri (94) kebaikan, lagi Maha Mengetahui."

Al Baqarah, ayat 158

Keterangan ayat:

(92) - yang dimaksudkan syiar Allah adalah tempat - tempat beribadah kepada Allah

(93) - Allah mengungkapkan dengan perkataan "tidak ada dosa", sebab sebahagian sahabat Rasulullah SAW merasa keberatan mengejakan sa'i di situ kerana tempat itu bekas tempat letak berhala. Dan di masa jahiliyyah pun, tempat itu digunakan sebagai tempat sa'i. Untuk menghilangkan rasa keberatan itu, Allah menurunkan ayat ini.

(94) - Allah Mensyukuri hamba Nya, iaitu memberi pahala terhadap amal - amal hamba Nya, mengampunkan dosa dan kesalahan - kesalahannya, menambah nikmat Nya dan sebagainya.

Subhanallah. Walhamdulillah. wa laa ilaa ha illallahu Allahu Akbar!

Berjujuran air mata tatkala memahami apa yang tersirat di sebalik sifat Allah SWT Ya Syakur. Sebelum ni hanya kenal nama Ya Syakur. Tapi tak boleh relate apa kehebatannya. Hinanya aku. Aku fikir yang kena syukur tu manusia, kenapa Allah SWT Pencipta yang memiliki sekalian alam, kerajaan di langit dan bumi pula Maha Mensyukuri.

Rupa-rupanya...

Allah Ya Syakur, Allah yang Maha Mensyukuri hamba Nya.
Allah menciptakan hamba yang lemah ini ibarat seorang pengemis, yang mengemis di bumi Allah ini. Tetapi Allah Maha Mensyukuri pula kepada hamba - hamba Nya yang sangat lemah tak berdaya.

Jika hambanya tetap beramal, Allah Maha Mensyukuri hambanya dengan kurniakan pahala. Jika hambanya berdosa walaupun setinggi gunung dan seluas lautan, dan kembali kepada Allah, Dia yang Maha Mensyukuri pasti mengampunkan pula hambaNya itu.

Allah Ya Syakur juga mensyukuri hamba hamba Nya dengan kurniaan-kurniaan Nya. Dengan nikmat-nikmat Nya yang tak bertepi. Yang tak penah habis dan putus terhadap hamba-hamba dan seluruh makhluk Nya.

Ya Allah, ilhamkan daku dan kami semua untuk sentiasa sentiasa bersyukur kepada Engkau ya ALlah.

Thursday, 30 July 2020

Beautiful Doa

In the name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful. 

I realize that parenting a child is a very difficult task and I turn to You in humility for Your help. Oh Allah, I know that our children are an amaanat from You, to care for and to raise in a manner that is pleasing to You.

Oh Allah, help me do that in the best way. Teach me how to love in a way that You would have me love. Allow me to be a God-fearing role model with all the communication, teaching, and nurturing skills that I may need.

Oh Allah, You know what our children need. Help and guide us in praying for our children. Oh Allah, put a hedge of safety around our children. Protect their bodies, minds, and emotions from any kind of evil and harm. Oh Allah, I pray that You protect them from accidents, diseases, injuries, and any other physical, mental, or emotional afflictions.

Oh Allah, grant our children hidaaya and a heart that loves to obey You. Oh Allah, guide them away from any pride, selfishness, jealousy, hypocrisy, malice, and greed and make them uncomfortable with sins.

Penetrate their hearts with Your love and reverence today and always. Oh Allah, I pray that they never stray from the path of deen and that You give them a future filled with Your best promises.

Oh Allah, keep them steadfast in establishing Salaah and help them revere the Glorious Quran as Your Word and Law and to read it with understanding daily. Let it be their source of light and guidance. Lead them to a position where they rely truly on Your power alone and fear You in the open and in secret.

Oh Allah, guide our children in honouring and obeying You, Your Rasool (peace be upon him), and us as parents (when we are commanding that which is pleasing to You).

Make them the coolness of our eyes. Oh Allah, fill our children with compassion and caring that will overflow to each member of our family. Oh Allah, grant them piety.

Oh Allah, I pray for a close, loving, happy and fulfilling relationship with them for all the days of our lives and to be reunited with them in Jannat ul Firdaus. آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Ameen

Friday, 24 July 2020

Beautiful

Bismillahirrahmanirrahim,

Dear daughters around the world,

Ami doakan Kak Na, Nawal dan anak-anak perempuan seluruh dunia membesar cantik sebegini. Mudah-mudahan ami  serta semua mommies in the world pun tak terlambat untuk jadi cantik seperti ini.

Ya Allah dengarkanlah doa hamba-hamba Mu. Ya Allah kurniakan kami kecantikan dari Zat Mu.
Allah ya Badi'. Allah Maha Cantik.


Formula 3 A

Alhamdulillah aku ditemukan dengan tiga orang ustazah melalui kelas mengaji. Ustazah Zarina, Ustazah Masni dan Ustazah Zanariah.

Setakat ni nampaknya jodoh aku bersama dengan ustazah Masni. Banyak yang aku belajar darinya. Ustazah sambil mengajar mengaji memang selalu nasihat nasihat panas kan telinga kami.

Memang rasa terkena habis dengan batang hidung ni. Mashaa Allah. Dalam pada berdesing telinga semua tetap sebuah rahmat. Pertemuan yang tidak sia-sia. Taqdir yang indah.

Teringat pesan ustazah sejak covid melanda muka bumi Allah ni. Ustazah pesan untuk kita semua bangkit lagi. Ustazah cakap kalau sedih kalau susah hati kalau anxiety tu, baca baca lah Al Quran. Baca banyak banyak. Inshaa Allah, Allah angkat kesedihan tu. Allah ringankan kebimbangan tu. Macam tu je formula ustazah. ko ghase?

Lepas tu ada lagi formula tambahan yang ustazah bagi masa covid mula nak reda. Tapi sekarang kes dah naik balik kan. Stay safe semua. Kita jaga kita okay? Berbalik kepada formula ustazah Masni, masa tu ada anak murid ustazah tanya, apa ustazah boleh simpulkan dari wabak covid yang Allah timpakan dekat kita seluruh umat di dunia ni?

Jawapan ustazah adalah 3A.

ADMIT

Mengakulah kita ni lemah. Kita ni banyak dosa. Kita ni kurang bersyukur. Kita selalu rasa tak cukup. Kita ni kerdil sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan Zat Zat Allah yang Maha Besar dan Kuasa. Tengok lah bila covid ni seluruh dunia lock down. Tak kira siapa kita boleh kena virus yang amatlah kecil dan boleh membawa maut. Allahu Akbar! Virus tak pilih kita berpangkat ke kita kaya ke miskin ke famous ke apa ke. Takde takde. Semua orang kena. Semua orang takut. Begitulah jugak dalam ceramah ustaz Auni baru ni kata Raja Namruth yang sangat berkuasa bijak pandai sombong dan angkuh akhirnya dimatikan dengan seekor nyamuk yang masuk melalui hidung dia pergi ke otak. Mashaa Allah. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Masa covid ni jugalah ustazah kata Allah muliakan siapa yang Dia kehendaki termasuklah cleaners. Ustazah selalu cakap kita ni tak tahu siapa wali-wali Allah. Mungkin orang yang keje sapu sampah, yang keje cuci cuci tu. Sebab kita tak tahu amalan-amalan diorang nak dibandingkan dengan kita. Allahu. Terkedu. Kita tengok diorang hina, tapi di sisi Allah mereka lebih mulia dari kita. Allahu. Aku lah tu yang semua di atas yang aku bebelkan tu. Ha berbakul kena kat diri sendiri.




Thursday, 23 July 2020

Mutmainnah


Sepertinya Nur tidak betah lagi dengan keadaan di rumah. Mana dengan mengurus anak tiga orang yang masih kecil. Si sulung Puteri pun masih dengan ragamnya. Tak pernah habis. Suka sekali menangis menjerit. Tunjuk perasaan yang berleluasa. Tak dapat dikawal.

Seringkali Puteri menguji ibunya dengan tantrum yang amat hebat. sehingga ke suatu tahap Nur hilang pertimbangan dan menampar Puteri yang masih kecil, Tiga tahun lebih. Kalau diikutkan apalah yang Puteri faham. Tapi Nur dah hilang punca. Nur menyesal. Dalam semua tantrum Puteri dapat Nur tepis. Nur sabar dan memendam seribu rasa. Tapi pada kali tu Nur dah tak dapat bertahan lagi. Nur sentiasa berharap Puterinya memaafkan ketelanjurannya itu.

Ketika itu Nur dikurniakan pula cahayamata ketiga. Nur sentiasa berdoa agar kelahiran Dewi sebagai penawar buatnya. Sepanjang mengandungkan Dewi , Putra anakanda kedua Nur terpaksa dihantar di bawah penjagaan pengasuh. Keadaan Nur yang berbadan dua memang teruk. Muntah mabuk. Itu biasa. Merana dibuatnya. Tak lalu makan. Muntah sampai tahap keluar pahit. Buih. Tak ada apa yang nak dikeluarkan. Mujur sahaja tidak sampai tahap ditahan wad. Cucuk sana sini.

Berlalunya sembilan purnama. Selamatlah Dewi dilahirkan ke dunia. Semua gembira. Semua bahagia. Selang hari hari membesarkan Dewi di depan mata. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Nur kembali pada perasaannya yang tidak betah. Tidak sabar lagi mengasuh anak-anak yang ragam sana sini. Duduk sepi di rumah. Tidak lagi keluar ke sana sini. Bersosial dengan kawan-kawan. Atau apa sahaja yang menghiburkan hatinya. Jika dulu bebas ke sana sini bersama teman taulan. Bekerjaya. Tidak terikat di rumah. Nur tak betah sebagai surirumah.

Nur berasa begitu tersepit dengan keadaan itu. Acapkali Nur suarakan isi hatinya kepada sang suami. Balik-balik suami suruh sabar. Itu sahaja. Burhan juga tidak tahu bagaimana memuaskan hati isterinya. Mungkin dia mencuba. Atau mungkin belum cukup mencuba.

Keadaan itu berterusan. Nur tak nampak jalan. Hilang pengharapan. Nur hilang punca. Nur hilang arah. Malam-malam yang sepi Nur mula bangun mencari jawapan di dalam Tahajud. Nur sedar. Tiada siapa dapat membuka jalan buatnya. Tiada siapa lagi yang dapat menolongnya. Hanya Robbul Jalil. Nur paksa diri untuk bangun. Terus bangun di malam-malam yang hening. Dalam susah payah menyusukan Dewi yang masih kecil. Yang tidur malamnya di dakapan ibu. Akan terjaga bila bau ibunya hilang.

Sesungguhnya Dia yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tidak pernah tidur. Tidak pernah terlepas dari pengetahuan tentang hamba-hambaNya. Di suatu waktu yang membahagiakan Nur, munajat dan doa-doa Nur telah terjawab. Mashaa Allah. Subhanallah.


Tuesday, 21 July 2020

Hidayah

Ya Allah aku mohon pada Engkau ya Allah.


Tunjukilah daku jalan yang lurus.

Tetapkanlah daku di jalan yang Engkau redha serta aku jua redha.

Masukkanlah daku ke dalam golongan hambaMu serta syurgaMu.

Amiin ya Mujib.








Sunday, 21 June 2020

Puteri

Kak Na.. panggilan semua untuk puteri. kak na.. kak na.. kak na.

Semua orang pun panggil kak na. Melekat la nama tu.

Kak Na puteri sulung ami dan babah, merangkap cucu sulung keluarga Asri dan Jamilah. Zaman tu semua pak dan mak penakan kak na belum ada baby. Cik yai dengan chu yah pun comel kanak-kanak riang lagi. Awal usia kak na membesar di rumah oni dan sempat merasa duduk Pakit lebih kurang setahun. Jadi anak dagang... hehe.


Kak na dah nak masuk 9 tahun disember ni inshaa Allah. Pagi ni ami godek khazanah lama nak tepek kat sini. Gambar kak na kecik kecik dulu. Gambar pun sadis la zaman hp belum canggih. Takpe la Kak na jadilah. Sebagai kenang-kenagan kak na dan kita sekeluarga :)
























































































































































































Rindu ami tengok balik kenangan kita bertiga... kak na ami babah mulakan hidup baru masa tu di bumi Pakit.