Friday, 28 October 2011

Biasa tapi bahagia dan dilema

Salam Jumaat dan 1 Zulhijjah 1432H.

Setiap benda dalam hidup ni perlukan persediaan. Tak kiralah apa pun. Saat ni aku dalam fasa persediaan menyambut orang baru. Tipu lah kalau tak excited. Apatah lagi ni yang pertama kali. Cuma tanpa suami buat aku teragak-agak untuk teruja. Mungkin jugak blur sebab pertama kali. Apa nak beli. Ok ke tak. Murah ke mahal. Perlu ke tidak. Beli warna 'selamat' je ke. Cemanapun hati bahagia bila tengok benda-benda yang comel ni. Tak jemu. Kejap-kejap buka almari nak tengok barang yang aku beli. Hehe. Aku rasa setiap bakal ibu pun merasai perkara yang sama :) Seriously persiapan menyambut cahayamata pertama kami ni ala kadar je tapi tetap membahagiakan jiwa.

Dalam dilema

Dalam pada menyempurnakan misi menyediakan barang baby, rupanya dilema bersalin hospital mana belum berakhir. Memang pada asalnya hajatku bersalin disambut doktor wanita muslim, memandangkan prosedur perubatan hari ni yang aku rasa kurang sopan seolah-olah 'pencabulan' ke atas hak peribadi wanita terutamanya muslim. Contohnya seperti pemeriksaan bukaan kelahiran. Prosedur ni rasanya semua hospital buat. Standard. Walaupun aku belum ada pengalaman bersalin, ramai teman telah menceritakan pengalaman mereka. Entah kenapa aku kurang senang dan setuju dengan prosedur ni. Kalau nenek moyang kita dulu mungkin tak perlu lalui prosedur macam ni, kalau kena pun tak kisah la sebab dah tentu mak bidan semuanya perempuan. Perubahan zaman serta kemajuan yang dikecapi hari ni tak dapat untuk kita ketepikan semua ni. Sungguhpun camtu aku harap masih ada nilai-nilai hormat, kebajikan dan kemanusiaan dalam sistem perubatan moden hari ni. Sesekali aku berbual dengan makcik tukang urut, katanya perempuan sekarang 'serik' bersalin kerana layanan perubatan moden. Kenapa? Sebab berlakunya kelahiran yang dipaksa yang akhirnya membawa kepada pelbagai komplikasi dan prosedur. Doktor sekarang tak mahu menunggu sebab terlalu ramai pesakit lain serta perubatan sekarang adakalanya lebih mementingkan keuntungan berbanding penyembuhan pesakit.

Tapi dek kerana pertimbangkan soal kos yang mungkin mencecah ribuan ringgit di hospital swasta kalau ada komplikasi kelahiran, kebanyakan orang dan kitorang sendiri pun decide nak ke hospital kerajaan je. Tambahan pulak sekarang ni layanan hospital kerajaan dah banyak bagusnya berbanding dulu. Bonus lagi sebab Hospital Ampang yang aku cadang nak pegi ni dekat dengan rumah dan masih baru. Feedback orang yang penah bersalin situ kata wad kelas 2 pun dah cukup selesa. Cuma kita tak boleh pilih doktor yang merawat dan menyambut kelahiran kita tu perempuan muslim. Ada juga berbincang dengan mak abah. Dorang open. Dorang lebih suka aku pi hospital kerajaan je sebab memikirkan kos private yang tak patut dan mencekik darah. Kalau rezki bersalin normal, InsyaAllah boleh tahan lagi dan rasanya masih dalam bajet sekitar RM1,200. Tapi kalau kena prosedur lain atau bedah mau mencapai RM4-5k. Mana nak cekau duit weh? Kalau ada duit pun rasa sayang nya duit tu sedangkan kos bedah di hospital kerajaan sekitar RM200-300 je. So pada pandangan abah yang aku kira arif juga soal hukum hakam ni, isu keutamaan bersalin dengan doktor wanita muslim ni masih kurang relevan memandangkan desakan kos hospital swasta walaupun sebenarnya dah ramai doktor wanita muslim di Malaysia kini. Cemanapun abah serahkan kitorang pilih dan yang paling penting ikutlah kata suami. Kalau encik suami prefer aku bersalin disambut doktor perempuan muslim memang nak tak nak kena pi Islamic private hospital. Selebihnya kami hanya mampu berdoa agar kelahiran kandunganku normal, mudah dan sejahtera. Amin.

Happy 29w preggy went shopping

: kalau shopping dengan si dia lagi leborr le seyumanku agaknye :P

Thursday, 20 October 2011

28 at kampung

Alhamdulillah. Dah masuk 7mths. Sesampai je kampung, aku rasa badan dan perut terus mengembang. Konfem mak buyung :P Hampir tak dapat nak imbang badan, seringkali aku beraksi seperti merasakan diri belum ada perubahan dan hampir menjatuhkan diri sendiri. Jalan pun dah terkedek-kedek macam penguin. Heeee. Suke. Seriau. Haha tanak fikir. To all mak buyung, let's get fat together while we still have an excuse! Xoxo

Balik kampung meet new friend, Mrs Putih, si kucing bunting. Maya adik bongsu cerita, abah yang dok melayan si Putih, siap bahasakan diri 'abah' lagi kat kucen tu. Mak tak setuju langsung. Haha. I love u lah abah! Setahu aku abah tak suka kucen. Maybe dah bertambah usia ni sifat penyayang menjadi sebati dalam diri seorang yang bergelar abah.

Si bongsu Maya asyik la menghadap aku. Rindu gamaknya. Dok pegang perut aku sokmo. Sampai gimas mak! heee sori maksu. Mesti baby paling kenal suara Maksu dia nanti. Sebelum dia pegi sekolah dah siap tanya kakak nak pesan buah ke? Maksud dia buah potong yang dijual kat kedai tu. Dulu masa aku mabuk teruk setiap hari aku pesan dia belikan buah potong. Nampaknya budak darjah tiga ni dah mula menjalankan tugasnye. Hihi. Memalam nanti dia dok sapu bam kat tengkuk dan belakang. Walaupun ala ala ikhlas tidak je, tapi lega jugaklah rasa sengal tu. Cayalah maksu! We love u most heh heh.

Si dia pulang ke Sri Aman. Walaupun bersama keluarga namun tanpa suami tetap rasa tak lengkap. Tapi jauh lebih baik dari aku tinggal sendirian kat rumah kem tu memandangkan si dia akan beroperasi selama dua bulan bermula November hingga Disember ni. Dalam perjalanan pulang ke sana si dia smsku..." rajin-rajin cerita kat baby pasal daddy dia ye..." uhuk uhuk sebak mak.

Hari ni dah mula koje. Banyak appointments, sales yang tertunda... Pastu nak pi survey and shopping barang baby... Bestnye kalau ada drebar :))) ke nak beli online je?


: makin terasa keriangan semua menanti cucu sulung keluargaku, cicit pertama family sebelah abah.
: 2 months plus to go. how time flies. let's do it baby! 

Friday, 14 October 2011

Episod 1

Jam menunjukkan pukul 1.40tgh. Dalam pukul 4ptg akan bergerak ke Kuching. Stay sana 2 nights before balik kampung 16.10.2011. Dalam beberapa jam lagi maka berakhirlah episod 1 kehidupanku di Kem Pakit Sri Aman, Sarawak bersama suami tercinta.

Tak pernah pulak terfikir kehidupanku bakal seperti ni. Nak bersalin pun siap kena 'terbang' balik kampung lagi. Apa pun semuanya membahagiakan kini. Syukur.

: jenuh la adik-adik kat rumah pulak jadi tempat aku mengada-ada pasni ...
  tolong kakak tu, tolong kakak ni :P 

Wednesday, 12 October 2011

The call

9.10.11 Botanic garden, Wellington NZ, captured by sister Nusaybah
Setiap kali dengar berita pasal panggilan tu mesti hati merintih sayu. Beruntunglah mereka yang telah sampai dan yang sedang dalam perjalanan memenuhi panggilan tersebut. Kerana di sana lah berkumpulnya seluruh umat manusia dari serata pelosok dunia yang mendapat petunjuk dan diberi nikmat iman. Betapa hati kecilku menginginkannya.

Kata orang, walaupun kita bersedia macamana sekalipun dari segi wang, tenaga, keinginan, kesungguhan... Tapi kalau belum sampai panggilan tu, kita tak kan sampai ke sana... 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui, siapa yang Dia kehendaki untuk menjadi tetamu di rumahNya. Panggilan haji tiba lagi. Selamat benunaikan ibadah haji kepada mereka yang telah menerima panggilan suci ini. Pergi haji, ertinya menemui Allah yang Esa. Semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.

: panggilan kampung bakal menerbangkanku ke pangkuan ayah bonda tercinta :)


Friday, 7 October 2011

Main juta-juta

Bajet 2012. Peruntukan untuk sesuatu sektor main juta-juta. Bukan sejuta dua juta, beratus juta tu. Termasuk RM 500 juta untuk 'army care'. Perincinya tak disebut kecuali bayaran RM 3k one off untuk pesara tentera. Yang aku harapkan sedikit peruntukan untuk kemudahan dan kebajikan tentera. Kalau aku tengok rumah yang ada di Kem Pakit Sri Aman ni amatlah menyedihkan. Rumah dah bertahun-tahun lama nya. Bocor, retak sana sini. Biar tak lawa boleh cat, tapi kalau sampai rumput rampai, pokok menumpang pun boleh tumbuh dalam rumah atau atap, bilik air bocor... ayor dari toilet umah atas masuk kat bilik ayor kita.. tak ke sadis tu.  Tu baru bab bocor, retak...belum lagi bab keluasan. Terutama untuk anggota yang berpangkat awal dalam tentera. Rumah sangat kecik, tak sesuai untuk anak yang lebih dari 3 orang. Lagi dengan tiupan angin kencang yang seringkali jadi kat sini, aku selalu terfikir rumah ni boleh r.o.b.o.h. Nauzubillah jauhkanlah kami dari segala musibah.

Nasib aku kira baik sebenarnya, tak la hadapai masalah semacam tu, cuma yang menjadi masalah beso bagi aku adalah lantai bilik ayor yang dihiasi lumut degil! Kira dah sebati la dengan batu mar-mar kecik-kecik dalam bilik air tu. Berus la dengan clorox ke apa pun tak boley! Boleh kata selang berapa hari aku dan penghuni rumah lain terpaksa menyental lantai bilik air, tak lalu nak masuk. Walaupun kata orang acara memberus bilik ayor tu tak sesuai untuk ibu ngandung sebab bagi tekanan kat perut. Padanla pas menyental konfem aku flat. Terpaksa... Selalu bertangguh pi toilet sebab aku tak suka. Sob sob. Selain tu yang jadi masalah bagi penghidap asthma seperti jiranku, sarang burung yang menumpang kat celah dinding bilik kebanyakan dari kami kat sini memang amat tak cool ye. Sebab dorang tak boleh bertahan dengan habuk dan hama yang burung bawak. Alhamdulillah aku tak punya penyakit tu. So burung bukan musuhku di sini. Sebab masa aku ditinggalkan sorang, burung-burung tu la menjadi temanku. Thank you birdy:) Boleh tak mengkome bayangkan umah kami kat sini? Dan jangan tak percaya ramai je yang menangis sesampai je sini tengok keadaan rumah. (aku tak la sampai menangis cuma tomonung gak la kejap..luckily Azlan dah kemas banyak untuk aku. Terima kasih tuan!)

Jadi besarlah harapannye untuk peruntukan tersebut. Rumah kot... biarpun tak besar dan tak mewah... yang penting selesa. Home is where the heart is ~ kan?

smallplacestyle.blogspot.com
Eh ada lagi, kalau boleh peruntukan untuk tuko tangki ayor yang dah berzaman tu, jimatlah duit cik abang aku dari beli ayor mineral atau drinking water untuk diminum.... Jangan memain kami kat sini minum ayor mineral kot. Seingat aku masa pi Indon dan Kemboja je beli ayor ni untuk diminum sebab air paip kotor. Kat sini pun sama...sob sob. Memang kaya la tokey air mineral kat sini. Unless aku pakai water filter yang harga riban-riban tu baru la air paip tu dijamin bersih. Kadang malas nak kumur sebab terasa air tu K.A.R.A.T. Haruskah aku berus gigi dan berkumur guna ayor mineral???

: Tabik springgg sama kakak-kakak yang dah duduk dekat kem ni berbelas tahun!

: NGO pula menyuarakan di mana bajet menangani gejala sosial yang semakin menyesakkan?

Tuesday, 4 October 2011

Ulat

Seringkali ku temukan ulat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibeli di pasar. Memula tu complaint juga, tapi encik suami telah menyedarkanku.. "eh baguslah ulat makan, tanda sayur tu tak ada bahan kimia..." Emm betul tu. Tandanya sayur sihat dan kita pun makan benda yang menyihatkan, mudah-mudahan. Menariknya dekat sini peniaga-peniaga di pasar terdiri dari peniaga persendirian dan kecil. Dorang jual hasil tanaman sendiri. Mengikut teori aku dan suami, dorang tanam untuk keperluan hidup diorang dan hasil yang lebih tu dijual di pasar. Jadi tak hairanlah kalau nampak dorang meniaga dengan jumlah yang kecil. Kadang tu ada 3,4 tompok je sayur nye. Hehe kiut. Macam meniaga main-main pulak. Selalu di tepi-tepi jalan akan terlihat orang jual durian 4,5biji jek, atau di kawasan hentian bas akan ada peniaga kecil yang menjual sayur-sayuran dalam kuantiti yang sedikit.

Tetiba aku berimpian...
"abang..nanti tolong beli tanah ye(of course the word is 'tolong' sebab pakai duit dia)...
esok-esok abang dah pencen...
kita buat rumah yang agak-agak selesa je tak yah besar pun, kat belakang umah tu boleh la tanam sayur, bela ayam, bela kambing, lembu, ikan, bla bla bla.....
untuk kita makan sendiri, yang lebih terjamin tahap kebersihan dan kesihatan makanan tu (and more ulats to come in my life)...tak yah beli lagi, yang lebih tu boleh jual, bla bla bla..."

Menurut wajah yang dipamerkan dia, macam ada kemungkinan nak capai impian ni..hihi tak salahkan pasang angan-angan macam Ramli yang akhirnya menjadi salah seorang player Man U tu.

:haruslah aku mula main ape benda alah game kat FB tu... farmVille?


Me: in 10 years time :p

Sunday, 2 October 2011

Angin

Sekali angin bertiup, macam nak terbang semua benda. Siap berdengung macam ribut besar akan melanda. Kalau duduk sensorang kat rumah ni, scary jugak ... takut sangat kalo pape terbalik ke, runtuh ke..maklum le umah kami kat sini yang tak berape nak kukuh.. umah veteran y'all. Satu malam tu, angin bertiup kuat sangat macam boleh datangkan musibah, na'uzubillah. Aku minta si dia laungkan azan. Dalam hati tak henti salawat dan takbir sehingga terlena. Harap-harap angin yang selalu bertiup kuat dan kencang bukan musuh kami di sini.

Saturday, 1 October 2011

Mencoba

Then I see you standing there
wanting more from me
and all I can do is

Try...