Wednesday, 26 November 2008

Kenangan tetap kenangan...

pagi ni bangun2 tido terus ngadap blog....apesal rasa syahdu semacam jek huhu... actually malam tadi aku dengan seorang sahabat telah bertemu dengan x-bf aku hohohoho....tujuan nye just nak jumpa and borak2....kebetulan mamat tuh ada koje kt KL ni so takla jauh sgt nak jumpa...sejak nak setahun dah dia koje sini tak pernah lagi jumpa..bz beno koje ngalahkan perdana menteri...

kitorang lepak makan kat indah cafe bandar tasik permaisuri....emm ada la lebih kurang 45minit kot jumpa....borak2 makan2...aku macam biasalah suka paw orang..dan malam tadi berjayalah aku paw dia kah kah kah..puashati aku..walaupon dah jadi 'x' paw tetap paw ok..alah paw makan jek apa la sangat!

pas makan sume kitorang pon balik...emm im just glad dapat jumpa orang yg pnah aku sayang bagai nak gila suatu masa dulu...huhu...hepi sb dapat tgk dia sihat...keje dgn baik...dll...

tapi yang tak best tuh la bila smpi umah dia msg aku...dia ckp nape cakap2 aku tadi 'bunyi nye lain macam' jek...huh??? ye ker??? aku pon tak perasan! adakah aku sebenarnya meluahkan rasa tak puashati ku tu bagi pihak sahabat aku nih..or bagi perasaan aku yg selama ni tak terluah???

oh tidak! tolong lah aku tanak hidup dalam kenangan!!tup2 aku nangis..(emm tu je lah yang aku mampu buat kan...)then after a while...i realized something.... and actually always know that..

kenangan tetap kenangan...whatever it is kita tak mampu membuang nya...cne pun aku dah decide dengan kehidupan aku skg...i will moving forward and wont turning back! thanks sahabat and orang yang pnah aku syg n maybe smpi bila pun aku akan sayang.. for d meeting!-) aku doa dia,sahabat and uols ketemu bahagia! mcm shoutout friendster yayat ~jika ingin bahagia... maka berbahagialah!

Monday, 24 November 2008

Boikot Levi's !

alkisahnya adik aku yang no 5 nusaybah @ sebah sekarang tengah cuti semester...so dia memang rajin jek nak cari keje2 part time during term break... so dia telah pergi ke ampang point dan KLCC untuk mencari kerja.... salah satu kedai yg dia pegi untuk dapatkan keje ialah Levi's Boutique...

Lebih kurang beginilah dialog nya....adik aku tanya

"hai, boleh tak saya nak mintak keje kat sini?"

maka jawablah sales girl yang berbangsa Melayu tu dengan konfiden nya dan memegang rambutnya....

"kitorang nak orang yang tak pakai tudung!"


"What da HeLL ??????"

(ni ayat aku yang cakap aargghhhh! kurang hajar sungguh)

Maka kami adik beradik sume sepakat! BOIKOT LEVI'S!!! naseb baik aku ada sehelai je levi's tu pon org belikan! korang pikir2 kan lah jangan beli barangan yang ternyata memperlekehkan kesucian dan tuntutan agama Islam yang tercinta...bengang nye aku!

nasib baik aku dah ada prospect to recruit
sbb malam ni nak pegi Hotel The Legend ada Great Business Opportunity Seminar (GBOS)..ni event yang julung kali diadakan untuk bawak new recruits yang nak jadi agent to see the preview...macam biasa je ada motivational talk from the succeed one agent!

Sunday, 23 November 2008

Minggu yang produktif!

Well well....its sunday! dah nak mula minggu yg baru esok! rasa macam baru je pegi kenduri ayu kat manong sabtu lepas..pantas nya masa berlalu! dan sebab tu lah minggu ni aku label minggu yang produktif sbb nya aku bz...kalo nganga je kat rumah memang rasa sehari mcm setahun!

bekojolah kito sekueknyo!

isnin 17.11.08.......Ada agency meeting kat damansara perdana branch...emm mcm biasa update about current biz and ada special talk by deme yang dah berjaya dalam biz ni..macam sharing pengalaman gitu.. sharing ni memang wajib setiap kali meeting mesti ada ye lah nak menaikkan semangat org2 seperti aku ni yang byk tido dari buat sales!muahahahaha...

Paling penting aku dapat update tentang current market condition which the branch manager told us that this is the time to invest! more and more! kerana sejarah menunjukkan setiap 10thn akan berlaku recession economy...tahun 87,then 98 dan sekarang 2008! And for the each recession market usually came up higher and higher! jadi tugas aku adalah untuk mendidik para pelabur supaya rileks dan bertenang during this meltdown...this is the time to buy more units!

bak kata Warren Buffett(one of the world's most successful investor)
"Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful..."

Rabu...19.11.08......macam biasa my weekly meeting kat damansara perdan..kalo korang nak tau tiap2 hari rabu aku meeting ..ni kira koje aku le sbg unit trust consultant...during this meeting ni biasa kami akan buat biz updates...then akan belajar some technical, theory and its all about unit trust and related industry...and setiap bulan each member kena present kat depan...bab ni paling aku menci dan tak suke!! walaupon grup aku kecik je tapi yg dok depan aku sume pak2 and mak2 org yang pro and kalo ckp inggeris tuh berabuk! tapi nak wat cne aku yang tak pro ni tpksa lah buat2 terer gak wpon cakap bahasa melayu!huhu aku bangga bertutur bahasa ibunda! alah dorang semua org melayu takkan tak paham!

tapi that wednesday kami tak meeting, kami pegi celebrate kak zam naik pangkat jadi agency manager...kak zam belanja makan kat restoran muhibbah TTDI...emm the cook is chinese tapi the rest katanya owned by melayu....sedap memang sedap melantak nak2 org banje kan..huhu

jumaat...aku pegi appointment kat sg.buloh...alhamdulillah nampaknya kalau betul closed sale aku and dapat partner yg nak bkerjasama ngn aku dlm biz ni..tapi he is totally stranger...leh caye ker???aku tak harap sgtlah kalo ada....ada insyaAllah...

sabtu...iaitu semalam aku attend course estate planning...topic ni related to my industry lah... ape eh bahasa melayu nye harta peninggalan lepas kematian seseorang yang melibatkan wasiat cara pengagigah,prosedur yang diaplikasikan di malaysia dan mcam2 lagi lah...it is actually very good to enhance one sales! yeah after all i am a sales person!!! hehe

note: haaa bz tak aku?produktif tak? hihihih kecoh kan pade hal kome koje macam hape dah pun tak kecoh..ngehehe

Social work!

selasa 18.11.08....Pergi melawat Darul Quran,JAKIM...sebuah institusi kerajaan yang menempatkan para pelajar hafiz dan hafizah (penghafaz) al-quran selain terdapat pengajian gabungan iaitu akademik dan hafazan quran...emm cne eh boleh terjebak lak pi sini..yang pertama sekali mestilah sebab aku ni keje freelance konon2 nya kan so ada lah masa nak melawat sana sini di tengah2 minggu...dan yang kedua kerana aku ni bsangkut paut ngan NGO sejak kecik lagi so dapatlah peluang ni...tb2 aku pkir eh eh bukan dalam cinta je lah chance or choice tapi dalam setiap aspek kehidupan mesti lah ada chance and choice...bila aku pk2 balik sebenarnya aku pun tak la nak terlibat sangat menda2 ni tapi sbb dah ada peluang depan mata so aku pilih untuk trima! alhamdulillah.. untuk laporan lanjut tentang lawatan ni...sila klik di sini.


then khamis, 20.11.2008....aku pegi pusat kanak-kanak chowkit atau lebih dikenali sebagai rumah nur salam...alah yang sehati berdansa lisdawati ngn fauzi nawawi wakilkan tuh...rumah tu kat chowkit lah mana lagi hehe...tak jauh dari LRT-Star PWTC...turun situ then jalan skit carik2 dan jumpa! haa nape lak aku pegi cni sure korang tertanya2 kan takde koje je hape?jalan sana jalan cni hehe...actually ni salah satu kerja NGO yang aku join selama ni...lama ke???heheh baru jek bape tahun tu pun kdg2 tak konsisten dah claim lama...emm kat sini kami adakan aktiviti untuk kanak2 yang dtg ke pusat tu...macam one stop center pusat tu menempatkan kanak-kanak sekitar chowkit untuk memenuhi masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah semasa parents dorang berniaga/bekerja...segelintir dari mereka lahir dari keluarga yang kurang bernasib baik(bermasalah)...emm byk lah badan2 lain spt NGO dan orang perseorangan yang prihatin menghulur bantuan dan sponsor untuk anak-anak kat cni...memang siapa sangka "tuah anak-anak chowkit road..."

paling aku takleh lupa masa kami nak balik tu, ada lah beberapa orang kanak-kanak ni yang nak balik gak...dorang rileks gile lintas jalan sana sini...macam kawasan KL tu tempat permainan dorang jek...ye lah sebab mmg umah dorang pon kat situ..so jalan2 raya n kereta2 yang banyak dan menyesakkan lalulintas tu sume part of their life...aku memang rasa bagus sgt ada umah atau pusat macam ni disediakan untuk anak2 yg hidup kat sekitar tu..sebab deme ni takde komuniti atau rukun tetangga yang boleh memantau atau sbg menjaga kebajikan macam kita dok kat kampung atau taman2... emm lawatan and program ni jugak bertujuan memberi pendedahan kepada kami di abim untuk menubuhkan pusat seperti ni kelak...insyaALlah~ maklumat lanjut Rumah Nur Salam...

Lepak-lepak...emm not this weekend!

semalam nak jumpa uya dia takde umah lak....nak jumpa odah tadi pon dah tak jadi..nak date ngn iskandar pon tak jadik...hehe sory la isk aku kemalasan lah...nanti2 la kita jumpa ek..plan nak pegi pwtc ada mobile and batik fair..setelah aku memasak kat umah dgn hebatnye huhu malas dah aku nak kuar2 nih...so hari ahad yang indah ni aku just habiskan masa kat umah update blog...hahaha tapi cam tak lawa gak! takpe aku akan godek2 lagi apa yang patut! hihihih

esok isnin! to all frens happy blogging and working! to myself happy selling! xoXoXOOXoo

Monday, 17 November 2008

When Love. . . (chance or choice?)

When we meet the right person to love when we're at the right place at the right time..

That's chance.

When you meet someone you you're attracted to,that's not a choice. That's chance.

Being caught up in a moment (and there's a lot of couples who get together because of this)

is not a choice. That's also a chance.

The difference is what happens afterward...

When will you take that infatuation, that crush, that mind-blowing attraction to the next level?

That's when all sanity goes back, you sit down and contemplate whether you want to make this into a concrete relationship or just a fling.

If you decide to love a person, even with his faults, that's not a chance. That's choice.

When you choose to be with a person, no matter what, that's choice.

Even if you know there are many people out there who are more attractive, smarter, and richer than your mate,

and yet, you decide to love your mate just the same, that's choice.

Infatuation, crushes, attraction comes to us by chance.

But true love that lasts is truly a choice. A choice that we make.

Regarding soulmates, there's a beautiful movie quote that I believe is so true about this:

"Fate brings you together, but it's still up to you to make it happen."

I do believe that soulmates do exist. That there is truly someone made for you.

But it's still up to you to make the choice if you're going to do something about it or not.

We may meet our soulmates by chance,but loving and staying true and faithful with our soulmate is still a choice we have to make.

if u love each other, no time will be wasted to be with each other, that's a concrete relationship.

and for my case...it same goes to me... it is my choice to live with my future husband...because i believe that no one falls out of love by chance, it is by choice. ... No One Stays in Love by Chance, Its by Work!

so...what do you guys say???

i gotta know yours!

Sunday, 16 November 2008

a weekend to remember

Semalam 15nov2008(sabtu), aku,uya.dijah,iskandar and ikhsan telah bergerak ke perak untuk meraikan kenduri kahwin ayu baharudin. Dalam pukul 8pagi ikhsan dan iskandar sampai umah aku..then pick uya up at gombak..janji dengan iffat pukul 8.30pg nak gerak sama dari sg.buloh huhu sorry iffat kitorang lambat sebab driver(esan) rempit sampai tersesat haha.. dalam KL je dah sesat cano nih?? punya lah rempit sejam je dah sampai tapah..hai tidakkah dia tahu bahawa 3wanita di seat belakang ni bakal isteri orang?ikhsan oh ikhsan!

Alhamdulillah dalam jam 12tengahari lebih kami sampai di umah ayu namanya kg.semat manong. best nye kg dia!sampai je terus masuk umah dia,eh salam mak dia dulu tu wajib!masuk2 je deme sume dah sampai! wah best nye jumpa korang!yg paling long lost fren ialah khairul munirah or k'rol and yang paling tak percaya dia nak kawin next month! ya Allah dulu rasa tgk dia mcm budak2 je sbb aku slu rasa diri aku kakak kalo ngn dia..hohohoh perlu ke?adik dah 6orang tak cukup pe?then tengok ayu...chantek! dah kawin ayu yang comel tapi ala2 brutal nih...hai selamat dah sorang lagi kawan aku yang bergelar isteri orang..alhamdulillah~

Pastu kami makan..soo simple but just nice! nasi putih dengan kari daging plus ulam jantung pisang dan sambal belacan! tu pun aku nampak kari je tinggal hehe...tapi kat cni aku dapat satu tip! haha nak kawin nti pon jamu makan cmni jek la...simple and lagi sedap! sebab klu buat nasi minyak tau2 jek la lauk ayam masak merah,rendang,dalca...ooowhh amat gemuk! (skg ni aku amat takut bab2 makanan yang diambil sbb mcm2 pnyakit datang dr makanan!)so korg ready lah eh kawin aku, aku jamu makan nasi putih lauk kari ayam,ikan masin,sambal belacan, ulam, sayur campur...huhu...sedap pe? sure korang tambah banyak kali!

yang lagi best datang kenduri orang kawin ni dapat lagi tiga jemputan kenduri iaitu k'rol, khasimah dan ajis bulan depan!

13dec-yayat
13dec-azizuddin @ ajis
25dec-khairul munirah
27dec-iemah
29dec-fauzan

hai nak kawin dah ko ajis..mmg mudah ye jodoh ko...nak tau tak cne kisah dia? ahahaha perlu ke taip kat cni?? just nak share perkara yang disebut JODOH...

dia kawin family yg aturkan..mak ayah dia pergi ke rumah ukhti(sebab deme ni study mesir aku guna le ukhti ngn akhi) tu, terus meminang. balik umah bitau ajis..kamu dah pun bertunang...ukhti tu 3tahun tua dari ajis.ukhti tu sanggup terima ajis wpun takde keje lagi...dorang tak pernah pun jumpa lagi sebelum tunang tu..dan lepas nikah dorang akan fly back tu mesir...emm ada lagi satu bab yang disentuh dan ukhti tu sanggup terima...apa dia??? hehe pikir sndiri! jodoh oh jodoh..ianya rahsia Allah...dan jodoh tu tak mudah...kalau dengar kisah akhi ni rasa macam senang je..tapi di sebalik tu semua tentu ada kekuatan doa dan usaha dalam setiap diri masing2 dan akhirnya bertemulah jodoh mereka...alhamdulillah..ok tutup cerita tu..

Haaa ...inilah dia bride of the day...ayu my dear fren..ni je pic yg ada aku tgkap pki hp tak bwk camera.. nanti aku mintak kat dak2 len..time ni o'oi kata muka aku nampak lah seri2 orang bertunang hohoho jgn jeles!


On the way back...

Kami singgah makan kat sayong...iskandar bawak makan laksa sayong upss! tapi bukan dia yang banje ye...cik uya yang banje! yang pegi kami satu keta tadi...mar,fatin,ruhinah ngn adik2 dia... kawn2 lain sume ada agenda sendri so deme pun dah balik.tak sempat lepak lama ngn dorang. mybe next time insyaAllah..

Lepas tu terbuka lah cerita anak buah mar yang pertama iaitu anak akhi ikram senior idrisiah kite gak..mar pun ajak pi umah kak li ataupun ukhti pali kat padang rengas..dah pi situ kami pon singgah juge lah umah dijah wpun tak masuk dalam jadual perjalanan...yg lawak nye masa tgk anak buah mar tu Mohd Huzaifah...ya Allah bulat nya muka dia...dan dia punyalah nyenyak tido...tak hingat apa dah...buat la cne pun dia tetap maintain tido dgn nyenyak nye huhuhu..ohh muka yang bahagia!takde masalah!!! ni lah muka dia yg takde masalah!huhu..bahagianya kamu..



Pastu kami hantar iskandar kat kota lama...eh eh ada gerai lak kat depan umah iskandar ni dia pun tak tahu menahu bile pulak ayah mak dia start berniga...tapi memang dorang ni bsa bniaga makan2...kami salam mak nye..pastu gerak balik..ayah dia suh singgah minum kat gerai tuh..ohh takleh pakcik mintak maaf lain kali ye kami datang dah lewat ni nak balik kolumpo! maka perjalanan diteruskan tinggallah kami berempat lepas anta isk.

Singgah umah ikhsan kat ipoh...tumpang maghrib...best nye borak ngn mak dia memang sempoi and frenly..ate orang perak..org kole pulak tuh msti lah kan ramah dan mesraaa..jumpa lah akhie cikon and wife nye and anak nye!!!! anak buah ikhsan..dania nur khausar tak silap aku huhuhuhu comel gile! emm lama gak lepak mak nye goreng spegeti eh esan ko suke2 jek suh mak ko masak tu ni..kami dah kenyang ni...pastu esan pun tapau je makan dalam keta.. byk gak sembang ngn mak dia..ktorang sempat amek tips awet muda! setiap pagi makan 1sudu madu..makan malam b4 6pm...makan makanan dr organik esp ayam..mak dia kata kena jaga makan dan eksesais! sume org sedar benda tu tapi tak buat! yg penting mmg his parents look soooo young!!! owh tak tgkp pic dania...lupa lah untie..


(berjaya gak dptkan pic anak buah ikhsan ni..masa ni baru lahir kami tgk tu dia dah 4mths old..tu tgn sapo tuh?uncle K dier la sape lagi...)

Pkul 10 lebih sampi umah uya...11lebih sampai umah aku...alhamdulillah selamat... owh hari yang panjang....macam 3hari lak kat perak...thanks esan tolong bawak keta wpun mmbahayakan keselamatan kami!huk huk huk...

Sha's Wedding at Sg Buloh..16november2008



Pagi tadi dalam kul 11 aku gerak ngn fizah pi sg.buloh...kenduri kawan sekolah teknik..classmate aku..yang kami semua tak sangka bahwa dia yang akan mengakhiri zaman bujang nye dulu.kerana sha adalah seorang otai masa kat skul..slumber OAG betul dak tuu..huhuh.. dah la nak jadi cikgu..hai memang takde masa depan le murid dia sok ahahah sorry sha just kidding kalo ko baca blog aku nih sure ko cekik aku maklumlah otai mmg ganas! dan berjumpalah dengan classmate aku..



haaa kan best aku dah kata pegi knduri kawin dapat lagi jemputan kawin..pasni temah 6dec, farid 20dec...weh agak2 la nape korang sume rebut2 nak kawin nih??gile setiap minggu aku kena travel utara selatan memenuhi undangan kawin...weh budak KL takkan baru sorang kawin? apa barang ni tak laku ker??hua hua hua...emm dah sampai jodoh ye tak?? mana boleh ditahan2 takpe lah aku 2010 so sape2 lagi nak rebut2 date tahun depan ada lagi 12 bulan...tapi aku sure time aku kawin pun mesti clash ngn sesape gak nih...eh jap otai seterusnya yg pempuan dua orang tu..comel n fazy...apa tunggu lagi babe?

emm oyek sory tak dapat tgu ko...nxt time kita jumpa ok? aku rushinglah tadi...and last but not least thanks fiza my nice buddy pi kenduri sama2 ngn aku..aku doa turn ko pulak pasni X)

Friday, 14 November 2008

entry minggu ini...

Jam menunjukkan pukul 3.30ptg. dah nak hujan ni..gelap je..aku baru sampai dari jumpa marlinda kat KL sentral..maka terbukalah rahsia kisah pertunangannya yang tragis...bergenang air mata aku dengar..emm ntah la kalau aku jadi dia...mungkin aku tak bisa memaafkan manusia yg bgelar tunang itu!!! wahai teman...ko tak patut dilayan begitu!! semoga Allah membuka jalan keluar terbaik buat ko...ameen~

pagi tadi pukul 9.30am sampailah seorang kwn yang bernama Ahmad Musthoffa ahaha korang kenal tak?? aku bawak dia pegi tunjuk tempat berurut kat taman kosas. Dia eksiden hari tu so kaki nya mengalami masalah. Dia extend lagi studi nya di UiTTHO batu pahat. Hopefully dapat membantu... mus,mus...memang tak berubah pon..dah gemuk skit ar sebab dok umah kot makan tido jek hehe..apa pun aku doa ko cepat sembuh and kita semua dikurniakan kesihatan yang baik.. ameen...(nikmat sihat tuh tak dapat dibandingkan dengan apa pun sebab kalau sakit banyak benda yang akan kita lepaskan)..so hargailah kesihatan dan jagalah kesihatan.eh dah macam pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia pulak;)))


Lagi apa ehh...ahahah ye malam tadi! IMPAK MAKSIMA THE MUSICAL was soooo impressive especially the dance. I really enjoy it! best nye!!!suke sgt tgk dorang menari!! aku kagum la yg buat breakdance tu.. kalo korang nak tau aku penah ada cita2 nak jadi penari break dance xOxoXOOXo...tapi apa kan daya.....huhuhu...Honestly jalan cerita for me not so good but technically memang best macam lighting,props,action,dance,stage... sume best lah! aku pegi dengan cik odah dan sepupuku yang datang dari Melaka..kebetulan dia ada sini aku ajak sekali...memang tak rugi lah tengok..aku rasa macam nak tengok lagi jeh...nasiblah dah takde bajet! tq ye cik odah sebab ngajak dan reha sebab aku baca blog ko ri tuh maka telah mendorong aku untuk tengok..wpun im not the impak maksima punya fan..hehe...maka berjumpa lah dengan artis2 seperti ahmad idham(pengarah),zulhuzaimy(pen.pengarah dan pelakon utama) zarina,dinas,fabulous cat,cat farish,zed zaidi(gemuknye dia),dina malaysian idol(memang gemok la,tapi sore sedap!),mat kembang tu sape eh dengan lagi sorang mamat rambut panjang tuh tak kenai..but their role mencuri hati penonton!...pas balik tu pukul 11.30 aku ngan wafiy singgah karaoke...boley eh???? hai sepupu aku sorang ni memang lah suka sgt nyanyi..aku pon!cuma takde geng..elok dia dtg maka melalak je la aku...huhu..pastu pi mamak makan roti ngn teh tarik! OMG!!!! tlg lah budak gemok!!! kul 1.45am baru sampai umah..boleh dikira hari dating aku ngn wafiy lah semalam..hai dengan cik abang pun belum merasa camtuh..takpe ye bang pas kawin baru syok dating!!!X)))

emm...owh malam ni uya nak datang umah aku..katanya nak jumpa aku..ish ish esok kan nak jumpa jugak pegi kenduri ayu tuh...hai rindu aku ka???emmm cite pasal kenduri ayu telah berlakulah satu insiden yang memanaskan hatiku...malas nak cite panjang2...biarlah aku pun malas dah nak layan karenah orang yang macam2 nih...aku ni pun manusia biasa je tak perfect byk kelemahan sana sini.kita manusia sama sahaja...pada akhirnya yang membezakan kita amalan kita di sisiNYA.....pada luaran ni jangan lah dipandang dan dipuja..kerana tu semua tak menjanjikan apa2..tapi memang kita selalu menilai dan memandang luaran!arghh pls stop it! kerana bak kata odah...semua tu tak ke mana....

Tuesday, 11 November 2008

Lepak Oldtown dengan odah...sorry beh ;((

Malam semalam, isnin 10november2008...odah turun ampang nak lepak.aku pun bawak la dia pi oldtown white coffee kat ampang waterfront..ptg tu odah msg berbunyi "ko free tak malam ni".. aku balas "free je,nape?"...odah reply "nak ajak lepak ada tempat best ke kat sana?" then aku pun kata "jom!nanti kita pk"...pastu barulah aku terpikio yang si odah ni nak jadi pengantin lagi berapa hari jek..mana leh merentas sempadan dari putrajaya ke ampang?jauh tue...tapi aku diam jek la doa takde benda tak elok jadi...

Odah sampai pukul 7.30 lebih...aku baru nak pakai tudung..pastu mintak odah bawak aku pi bukit indah jap jumpa client..(hihi boleh eh???) pastu barulah kami ke ampang waterfront... aku bawak jalan belakang la odd,sorry..sampai je sana terus pi Oldtown white coffee..tak ramai sgt orang malam tu..kira ok lah tapi mcm biasa service oldtown ampang waterfront memang lemb..
kami telah pesan oldtown white coffee..inilah ghupenye...pergghh its worth for the coffee lover!
french toast yang very heavy..ya Allah tak daya aku ngabehkan nye...i think its consist of 3keping roti yang disapu peanut butter pada bahagian tengahnya dan dibalut dengan telur (ala2 roti telur tuh) and topping with the honey and butter! gile gemok sekali makan pun!
other than that is kaya butter toast yang sedap! walaupun rupe dia tak lawo kan..tgk lah tu kaler cekelat pekat...but i think the specialty is the roti yang tak lawo tu lah.its very soft but crunchy dalam tuh ada butter and kaya...camana kata..just nice, secukup rasa!


odah pesan ipoh chicken hor fun...aku hirup le kuah nye sesudu dua..emm sedap gak!pandai ko pilih menu wpun first time datang makan cni..

most of the dishes kat sana rasanya sedap2 je..cuma depends jugak pada taste setiap orang..the taste most likely "kopitiam/chinese flavor".. nway we enjoy the food..(haha aku cuma terkenang mak aku..dia sure 'kembang tekak' nak makan kat kedai2 camni, biasalah org tua pemikirannye: ..ish kedai cina tuh..takpe ke makan??) but i think they had commercialize the food so that muslims can eat too! eh tapi aku tak perasan lak masuk kedai semalam ada logo halal tak?huhu...

banyak topik yang dibualkan semua tentang KEHIDUPAN... yeah what else to talk? lagipun dah meningkat usia nih banyak benda kena fikir..its just a good sharing untuk memperbaiki kehidupan masing2..and yang penting kita perlu open up untuk cerita whatever pun wpun kdg2 rasa.. perlu ke?ah malu lah nak tanya pendapat...ish kalau aku cite apa lah dia kata nanti.. dan macam2 lagi lah..but then i always believe that whats fren are for..it doesnt matter who is her/him..anyone can be..yang penting ikhlaskan hati! dan kita akan tahu apa itu nilai psahabatn..

kesimpulannye...
1.thanks odd blanje makan and drive me to my clients house..hehe pic tak sempat tgu ko..aku
carik kat website je..maklumlah skg semuanya di hujung jari anda!eh tapi nak pic aku tu..
2.sorry beh... kalo ko ada sure lagi best best dan best!insyaAllah next time-)
3.ayat odah kat frenster yang aku suka:hargailah setiap masa kiranya bersama itu bahagia..
4.and last but not least..true friends bring out the best in each other


ehehe baru add pic ni amek dr blog cik nasaoji...tq;))


Monday, 10 November 2008

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

ZAMAN SEKOLAHFikir Sejenak


1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak... nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.


ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn. ..

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat. ..tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll. ........! !!

oleh:

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

weekend yang indah...

Jumaat malam(7nov08)- abang belanja makan di taman melawati Ayu Thai restoran... sebabnye nak memenuhi permintaan adik yang nak SPM esok..aku pun tumpang sekaki..kami berlima. Uzair dengan wafiy pun ada,my cousin kebetulan dia ada keje kat KL..lepas makan tuh wafiy ajak pi karaokee???kuang3...maka untuk memenuhi permintaan sepupu aku yang sorang ni maka aku pun ikutlah..aku paksa firah ikut jugak! abang ngan uzair konfem tak layan huhu...

karaoke kat ampang point jek..boleh tak aku baru tau kat situ ada karaoke?sungguh la...emm ilang suara aku dok melalak...astaghfirullah...nasib baik aku dah solat isyak sebelum pape terjadi..aku duet ngn wafiy lagu2 lama 90an..layan! firah?? ahahaha dia memang tak reti sume ni, dia tau nyanyi lagu omputih zaman kini jek..terpaksa lah dia layankan aje kami..sejam kat situ, balik aku bawak wafiy round bukit bintang..jem! emm takde apa yang best pun selain maksiat yg senang sangat nak dilihat...na'uzubillah.

Sabtu aku tak ke mana melainkan aku bersiap2 dengan lawa dan anggun nye last2 mak kata salah date pulak kenduri kawin client dia kat bangi tu...hangin nyeh..nasib baik bonda ku kalau tak...hehe aku nak buat pe punn?sabar je lah...then malam tu aku lepak oldtown ampang waterfront dengan sara shieza and marlinda..ni sume kawan sekolah rendah yang masih keep in touch..shieza dah jadi mak buyung ahahaha..geram nye aku tgk perut mommy tuh... sara tgu rombongan meminang drp azri..si marlinda ni la aku tak tahan tengok dia.she is sooo struggle for life.live life to the fullest.emm apa lagi ehh boleh aku dscibe?sume lah yang berkaitan...or desperate??dia skg join lampe berger kalau korang penah dengar biz MLM gak...gile2 dia buat menda alah tu..aku penah dgr sebelum ni..tapi aku tolak mentah2 je bnda ni sbb ak rasa tak masuk akal produk yg dorang jual tuh..just aromatherapy tapi smpi beribu2 apa kes??? then aku tak nampak how the biz run..sbb macam duit atas angin jek..how cud dia bkembang mcm tu je?
tak kisah lah yang tu tapi aku nampak dia lain sangat mcm desperate towards sumthing..i dunno aku plan nak jumpa lagi dia pasni.just kami berdua.byk benda lain dia nak cite kat aku termasuklah hal pertunangan dia yg penuh dgn dugaan..oh tidak.. tapi masa tu dia segan ngan sara and shieza kot sbb dorang ni long lost fren.(ya Allah permudahkanlah urusanku serta sahabat2ku yang dikasihi...)

Ahad, semalam aku pegi kenduri client dan jugak downline aku kat sepang. nak pegi dengan sape lagi kalau bukan mak...tu lah best fren aku walaupun selalu jek kena bebel...Act the guy is azlan's friend. we were first met at atma...kenduri yang meriah lalu bawah pedang..adakah nasib ku jugak sama?yang lawak sebab pengantin laki pakai baju sama jek dgn pemegang pedang..dah la muka and rambut dorang ni nak sama...silap2 boleh salah laki hihi...nweys congrats zul & jaja.. semoga both u guys berbahagia dan kekal akhir hayat..otw back aku kena amek abah kat gombak..alang2 pegi sana singgah umah uya...biasalah kami wlupun kerap jumpa tapi bak tajuk blog ain..never ending story ...ada jek nak borak! uya jamu cekodok manis,kopok lekor n goreng pisang lawan ngn teh 'o' panas! pergghhh aku makan sampai nak abis le sume tuh...ni yang menjadikan aku gemok dalam beberapa minit!

Malam tu pegi umah kak akie(dia ni kakak yg aku kenal dalam ABIM)...dia mintak tlg aku bungkus hadiah untuk acara sekolah dia...aku pon kata ok je lah..sebab dia mintak tolong aku maka aku pon mintak tlg dia belanja McD...hihi lama dah kempunan nak makan..tengok2 baru punya promotion skg mcdonalds madagascar...aku pon mintak lah yang tu...sooo cute the packaging gambo binatang madagascar tu lah...air dia best tropical flavor mix with blended pineapple! memang lagi gemok lah pukul 11malam aku melantak madagascar set; fries and double chicken burger...tolong lah insaf!-sambil balut hadiah and tengok cite mama mia.. wow very impressive!syok la movie tuh..layan lagu ABBA yang best...musical movie.tak silap akan dipentaskan di teater..wah mesti lagi layan!!yang penting nak tengok impak maksima the musical dulu.hehe

Friday, 7 November 2008

wedding kengkawan madid...

Walaupun semuanya dah lepas...baru ni la aku nak letak kat blog... wedding kawan2 madidku dimulakan oleh puan norhidayu yusop...hai kaklong kaklong tak sangke ye dalam ramai2 kami ni kamu yang kawin dulu... pada 2Jun2007 berlangsunglah hari bahagia kaklong di kg indah permai lenggong..aku odah uya nadia numpang le picanto ijo ain yang skg ni dah ilang pun(sorry ain ;( malam tu kami tibe lewat dah ..jumpa fatin ooi ngn mar dlu then terus ke umah ayu...sesukahati jek ngaco pengantin nak berehat..

sampai2 je dah pukul berapa pagi agaknye kitorang yang tak malu n tak sabo nak kawin tapi dayu yang kawin dulu telah merasmikan pelaminannye yang indah itu..huhuhu
pagi tu aku tido depan pelamin dengan pengantin yang len tido dalam bilik..haha gile amek berkat tapi idok kawin2 juge ponnn lagi...(insyaAllah coming soon..-)....tak sampai bp jam tido subuh pun masuk,so kena lah bangun..cepat2 mandi...pas sarapan sume tibalah masa ooi menjalankan tugas sbg jurumekap profesional ! yeah!!


setelah beberapa jam diandam maka... taraaaa....lihatlah the bride of the day!! kak long you look
soooo beautiful!!! inilah hasil tangan o'oi...


dan inilah pula gamba kami sume yang datang...best nye ramai sungguh meraikan wedding ayu dan kitorang pun bereunion lah skali kat situ....

dan ini je lah dak laki yang datang..eh macam sikit jek...


Ainen Salwa's

wa punya kenduri pulak pada 23disember2007...aku ngan odah telah pergi bsama2 numpang kete pied...apa yang menarik pasal wedding cik mek molek ni ialah majlis tu diadakan kat sekolah kitorang!! madrasah idrisiah kuala kangsar!! cayalah wa...memang boleh masuk madid book of record huhuhu... ramai betul yang datang sebab semua senang nak carik kat sekolah lah katakan... tengoklah pic ni...

haaa ramai tak ramai nye yang datang.. tu pun ada yg tercicir tuh aku tau...yayat ngn mar mane korang pegi??? haa ni lagi satu post..hehe aku lak takde sebab time ni aku tengah menpromote public mutual kat syed ridzuan n fauzan(dorang dah pun jd client aku! huhu ;))))...eh jap baru aku prasan beh baju ko ngan imah sangat mengikut tema..OK-)


sebelum balik sempat gak aku abadikan kenangan bersama kedua mempelai..XD hehehe eh tapi kan...aku pon telah megikut tema jugak!


Al-kisahnye masa nak pulang ke KL setelah selesai kenduri wa...kitorang telah menumpang kereta kancil izzam..aku odd and uya ngn ijad...pied dah balik awal lagi sebab dia syif malam... nak dijadikan citer keta izam rosak la pulaks..huhu muatan berat ker???(macam ayat odd..)trreeettt ahahahaha...kami pon benti di tepi highway dan sempat bposing...tu je la koje nye

Finally alhamdulillah walaupun bgerak dengan perlahannya kami selamat sampai di KL...ntah dah pukul brapa aku pun tak ingat...janji sampai!thanks izzam for d kancil ride! skg izam dah beli myvi...aku jek yg tak beli2 keta nih ape cite??

Huda Sanif's

And last but not least..selang beberapa hari lepas kenduri wa at madid...aku ngn uya telah bergerak ke hutan melintang dengan menaiki keta iswara putih abang uya...untuk meraikan wedding huda pada 25disember2007...emm nape aku ngn uya jekk??? seingat aku ramai yang koje masa tuh..ke ada hal lain maklumlah tengah minggu bukan weekend...dan inilah wajah2 kami yang datang...aku uya asiah ruhinah ngn adiknye sabron tak silap nama dia...ammar bulah hussin,faizi,latip..lagi sorang tuh masuk f4 kutt aku tak knal..(yg muka separuh tu faizi...)



Wedding of the year 2008!!!

alhamdulillah tahun 2008 yang penuh makna ni juga akan menyaksikan perkahwinan rakan-rakan yang dikasihi iaitu...

Kamil (4oktober2008-taiping)
Ayu B (15november2008-manong)
Odah (29november2008-ipoh)
Yayat (13disember2008-bagan serai)
Iemah (27disember2008-kuala kangsar)
Pojan (29disember2008-seri iskandar)

hai nampak gayanya tiap2 minggu aku turun perak nih.....apalagi....sediakan bajet secukup rasa!!!hahaha

Coming up next year!! 2009~

Dijah
Syed Ridzuan
Pied
Uya

emmm sape lagi ehh.. eh eh eh...aku bile lagi??huhu insyaAllah 2010..aku doakan kita semua bertemu jodoh yang baik2.dan buat kawan2 yang bakal menjadi pengantin, selamat pengantin baru semoga korang berbahagia selalu dan berkekalan ke akhir hayat...yang dah kawin aku wish cepat2lah menimang baby...boleh la kitorang jadi aunty dan uncle..ameen-))))

kesimpulannye...wah o'oi bukan main bz lah ko yerr mengandam sana sini ahaks!

apesal aku je kena arrange???

Alhamdulillah..akhirnya settle jugak urusan transportation ke kenduri ayu baharudin pada sabtu depan 15oktober... aku uya ain dijah akan menumpang encik ikhsan...
al kisahnya aku nak pegi ngan uya je konon2 tanak pening pale kan nak arrange sume benda tuh...so kitorang dah decide nak naik bus je turun kuala suh imah jemput kat stesen kuala kangsar(oowh...rindunye aku pada zaman sekolah dulu kat stesen ni lah aku naik turun bas balik kolumpo...) tapi kerana mengenangkan seorang kawan yang telah menjadi jiran aku sejak setahun lepas...maka tak lah sampai hati aku nak pi sndiri2 tanpa menanyakan hal tu kepada dia..
so dia dgn senangnye pun kata nak pegi...sampai skg taklah tanya pun kat aku nak naik bus ke nak tumpang sesape ke kan...pastu macam2 lagi lah ada yang hari tu kata tanak pi pastu nak pi pulak pastu mcm2 lah..yang dari kedah pun siap aku yang nak uruskan naik ngan sape turun mana sape leh amek???

kuang kuang kuang apesal aku jek nak kena arrange sume nih? adakah telah tertulis sejak dari azali lagi yang muka aku ni muka plastik yang penuh dengan sifat mulia dan berperikemanusiaan sbb asyik nak jaga kebajikan orang...hehe ye ker??? banyak je orang yang jaga kebajikan aku jugak.. aku je tak perasan kan..kesimpulannye dalam hidup ni janganlah berkira sangat... hari ni hari dia esok2 hari kita pulak siapa yang tahu.. Allah tu maha adil...ingat...

yang penting kenduri odah nanti aku nak pegi awal naik bas sorang2 so tak payah pening2 lg..

Terusir

Satu lagi kisah rakyat yang menyayat hati... aku baca buku tu malam tadi... isk isk isk sedih sungguh citer tuh... pandainya buya HAMKA susun dan olah cerita. Ayat-ayat yang digunakan pun sangat halus dan boleh meresap ke dalam jiwa..huhuhu...

Kisah seorang wanita yang difitnah berlaku curang..namanya Mariah. Suaminya Azhar tanpa soal selidik terus menghalau Mariah keluar dan diceraikannya. walaupun Mariah merayu dan memujuk suaminya untuk menerimanya kembali, namun Azhar tetap berkeras hati...Mariah pun pergi membawa diri dengan berat hati meninggalkan suami dan anaknya yang dicintai. Nasib Mariah terbela seketika apabila dia diterima bekerja dengan Tuan berbangsa Eropah. Selama 5tahun. Setelah itu dia diberhentikan oleh kerana tuan tersebut dan keluarganya ingin pulang ke Eropah. Dia berkahwin dengan lelaki yang bernama Yasin. Mariah terpedaya kerana Yasin hanya mahukan barang kemas dan wang yang Mariah telah kumpul sepanjang kerja dgn warga asing itu, dan akhirnya dia diceraikan Yasin.

Sehinggalah detik yang amat buruk dan sukar bagi Mariah apabila dia terpaksa memilih jalan hina untuk meneruskan hidup iaitu menjadi pelacur...dia menukar nama kepada Neng Sitti. sangat terkenal dia di Jakarta pada waktu itu.tiada lagi Mariah yang dulu...

Bulan berganti bulan tahun berganti tahun sehingga rambut mariah pun keputihan, kedut pada wajah mula timbul dia masih di dalam lembah kehinaan itu..sedangkan anaknya yang ditinggalkan bertahun-tahun lamanya dulu telah dewasa dan berjaya menjadi peguam yang terkenal di Jakarta..anaknya Sofyan telah mendapat kejayaan yang baik dalam kerjaya dan telah bertemu dengan pasangan yang baik juga berpendidikan tinggi bernama Emi..

Sehingga tiba detik terakhir di mana Sofyan diarah untuk menjadi peguam bela kepada Mariah apabila Mariah telah membunuh seorang lelaki yang berniat jahat terhadap anaknya sofyan... Mariah enggan menceritakan hal sebenar kepada Sofyan tentang dirinya dan sebab dia membunuh..namun naluri anak tetap mengalir dalam diri Sofyan.dia telah berusaha sehabis-habisnya bagi memastikan Mariah terlepas dari tuduhan membunuh...

Tibalah ajal Mariah sebelum sempat mahkamah memutuskan samada dia bersalah atau tidak. Azhar yang hanya mampu melihat kejadian itu tidak dapat berkata apa-apa. Setelah dia sakit kuat dan tidak dapat bertahan lagi barulah Azhar menceritakan kisah sebenar kepada anaknya Sofyan. Sofyan terkejut dan tidak menyangka hal itu dan dia terlalu sedih...

Penulis menekankan bahawa untuk seseorang wanita terjerumus ke dalam lembah kehinaan itu adalah disebabkan oleh kaum lelaki itu sendiri. kerana sifat kejam, tidak berperikemanusiaan, cemburu buta,tidak bertanggungjawab dan sebagainya telah menjadikan wanita itu sampah masyarakat. Sekiranya wanita itu dibimbing dan diberi perlindungan nescaya tiada lagi tempat untuk wanita menggadaikan harga diri hanya untuk meneruskan hidup. Sejak dari zaman penulis lagi yang aku kira pada tahun 60-70an masalah pelacuran bukan baru dan sehingga kini kalau kita perhatikan ia tidak dapat dibendung... semua ni berlaku sedikit sebanyak atas sebab-sebab yang ditekankan oleh penulis tadi...ditambah pula pada zaman moden yang tiada batas ni banyak sungguh pengaruh negatif luar spt media cetak,media elektronik,internet dll. Jadi sebagai kaum wanita aku berharap dan sentiasa berdoa agar diriku, kaum keluarga dan kawan2ku selamat dari dugaan dan kesulitan hidup seperti itu..ameen~

Tuesday, 4 November 2008

ulat novel...

hai hai sejak dua menjak ni aku telah menjadi ulat rupanya... ni sume gara2 kak akie la nih...
hidup penuh dengan buku dan novel...habis dipaksanya aku baca novel tu novel ni... seumur hidup aku memang malas sangat membaca..bukan buku pelajaran je termasuklah novel..ish ish

yang aku ingat zaman dolu2 aku penah suka baca novel tulisan ahadiat akashah...but when i grow up i feel like yuckss novel ni penuh ngan tipu daya je tak real life langsung!!! terlalu dibuat2...

tapi lately nih aku makin suka baca novel espeacially yang direkemenkan best oleh kawan2.. basically jalan cerita novel yang aku prefer dan akan baca ialah lebih realistic and ada unsur agama itu penting! walaupun novel cinta, tapi cinta islami... so sekarang aku dah ada hobi baru ...taktau lah brapa lama boleh bertahan huhu...
nweys im enjoying this moment being an ulat novel heheheh..

novel yang baru aku baca last month tajuk nye 5 TAHUN 5 BULAN by hlovate...sekarang aku tengah cari novel tulisan HAMKA... dan baru nak mula baca Setulus Setia Seindah Nama by Siti Hazneza..

Tapi paling tak boleh lawan novel Ayat-ayat Cinta by Habiburrahman el-Shirazy karangan indonesian..memang best!tak rugi kalau baca...and even bila sekali baca akan ulang baca banyak kali! penggunaan bahasa,watak and jalan cerita sangat halus dan sampai menyentuh hati.. tak over kalau aku kata novel pembangun jiwa~

Di Bawah Lindungan Kaabah


HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.

"...Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga Kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu.

Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling perhabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.

Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu..."



Novel tuliasan HAMKA.. kisah cinta menyayat hati antara anak muda bernama Hamid dan Zainab. Persahabatan yang bermula dari kecil ketika ayah Zainab orang ternama Engku Jaafar yang bermurah hati membela nasib Hamid yang tak berayah serta ibunya.

Aku baru baca malam tadi kat umah kak Akie aku habiskan. Rasa dah pernah baca tapi lupa..

Kisah bermula apabila mereka menginjak remaja..Hamid yang sedar dirinya miskin tak berani meluahkan isi hatinya. Malah ditentang ibunya kerana takut nanti cinta anaknya ditolak. Walaupun kelurga Zainab berbudi bahasa dan tidak sombong tetapi ibu Hamid khuatir kaum keluarganya yang lain tak bersetuju.

Setelah kematian Pak Engku dan ibu Hamid, Mak Asiah (ibu Zainab) meminta Hamid memujuk Zainab supaya menerima pinangan saudaranya dari Jawa... Hamid yang tidak mampu menolak permintaan perempuan yang telah dianggap seperti ibu kandungnya itu telah menyampaikan kepada Zainab dengan berat...ternyata Zainab menolak dan berkecil hati dengan permintaan itu.

Hamid terus putus harap dan ingin melupakan Zainab. Lantas dia merantau ke serata dunia hinggalah akhirnya dia tiba di tanah suci Mekah. Surat pertama dan terakhir yang diutus Hamid sebelum tiba di Mekah iaitu ketika dia di Medan berbunyi begini....;

" Menyesal sekali, kerana sebelum berangkat tak sempat saya bertemu muka dengan adinda lebih dahulu, maafkanlah adik, kerama amat banyak halangan yang menyebabkan saya tak sempat datang ketika itu, halangan yang tak sapat saya sebutkan.

Barangkali agak sedikit tentu adik bertanya juga dalam hati, apa gerangan sebabnya abang Hamid berangkat dengan tiba-tiba. Biarlah hal itu menjadi soal buat sementara waktu, lama-lama tentu akan hilang jua dengan sendiri.

Banyak hal-hal yang akan saya terangkan dalam surat ini, tetapi tak sanggup pena saya menulisnya. Hanya dengan surat ini saya bermohon sangat supaya adik menuruti cita-cita ibu. Jika kelak maksud famili sampai dan adik bersuami; berikan kepadanya kesetiaan yang penuh.

Akan hal diri saya ini, ingatlah sebagai mengingat seorang yang telah pernah bertemu dalam peri penghidupanmu, seorang sahabat dan boleh juga disebut saudara yang ikhlas dan saya sendiri akan memandang tetap engkau sebagai adikku.

Jika pergaulanmu kelak dengan suamimu berjalan dengan gembira dan beruntung, sampaikanlah salam abang kepadanya. Katakan bahawa di suatu negeri yang jauh, yang tak tentu tanahnya, ada seorang sahabat yang sentiasa ingat akan kita. Dan biarlah Allah memberi perlindungan atas kita semuanya.

Wassalam abangmu,

Hamid

Di Mekah Hamid bertemu teman kampungnya Saleh yang turut ingin menunaikan haji pada tahun 1927.. Isteri Saleh, Rosnah adalah sahabat karib kepada Zainab... Ketika itulah hatinya kembali sakit dan parah apabila mengetahui Zainab tidak jadi kahwin dengan saudara yang dari Jawa itu. Malah kini Zainab sakit-sakit kerana merindui Hamid dan tidak sempat menyampaikan isi hati cintanya..

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Pada hari kelapan Zulhijjah perintah daripada syeikh kami menyuruh menyiapkan segala keperluan untuk berangkat ke `Arafah, kerana pada hari kesembilan akan wuquf (Berhenti sehari lamanya) di sana. Berangkat itu ialah tiga hari setelah kami menerima surat tersebut.

Akan hal Hamid, bermula menerima surat itu tidaklah berkesan pada mukanya, bahawa dia dipengahruhi oleh isinya, tetapi setelah sehari dua hari, kelihatan ia termenung saja, bertambah daripada biasa, ketika kami tanyai keadaannya, ia mengatakan, bahawa badannya terasa sakit-sakit. Tetapi oleh kerana pergi wuquf ke `Arafah menjadi rukun daripada mengerjakan haji, tak dapat tidak ia pun mesti ikut ke sana. Maka dipasanglah sakdup-sakdup di punggung unta yang beribu-ribu banyaknya. Bersedia hendak membawa orang haji ke `Arafah itu. Kira-kira pukul empat petang, jemaah-jemaah telah berangkat berduyun-duyun menuju ke `Arafah, jalan sempit dan penuh oleh manusia dan kenderaan berbagai-bagai, ada yang mengenderai keldai, kuda dan unta, tetapi yang paling banyak duduk dalam sakdup iaitu dua buah tandu yang dipasang kiri kanan punggung unta. Saya bersama dengan Hamid menumpang dalam satu sakdup.

Di `Arafah sangat benar panasnya, sehingga ketika berhenti di tempat itu sehari lamanya, kita ingat-ingat akan berwuquf kelak di padang Mahsyar. Setelah matahari terbenam kami kembali menuju ke Mina, berhenti sebentar di Muzdalifah memilih batu untuk melempar " Jumrah" di Mina itu kelak. Setelah berdiam di Mina pada hari yang ke sepuluh, ke sebelas, kedua belas, ketiga belas, bolehlah kembali ke Mekah mengerjakan tawaf besar dan Sai`e, setelah itu bercukur, sehabis bercukur baru disebut " haji".

Pada perhentian besar di Mina itu, orang-orang yang kaya menyembelih korban untuk fakir dan miskin.

Sekarang kembali diceritakan keadaan Hamid. Demamnya yang dibawa dari Mekah bertambah menjadi-jadi, lebih-lebih setelah mendapat hawa yang panas di `Arafah itu. Di sana banyak orang yang mati kerana kepanasan. Hamid tak mahu lagi makan, badannya sangat lelah, sehingga seketika berangkat ke Mina ia tiada sedarkan dirinya, demi melihat hal itu, jantung saya berdebar-debar, saya kasihan kepadanya. Kalau-kalau di tempat itulah dia akan bercerai buat selama-lamanya dengan kami, lebih-lebih melihat mukanya yang sangat pucat dan badannya yang sangat lemah.

Setelah selesai penyembelihan besar itu, pada hari yang ke sebelas kami berangkat ke Mekah, iaitu mengerjakan rukun yang agak cepat, tidak menunggu sampai tiga hari. Sebelum mengerjakan tawaf besar itu, lebih dahulu kami singgah ke rumah kami. Kerana penyakit Hamid rupanya bertambah berat, terpaksalah kami mencarikan orang Badwi upahan, yang biasanya menerima upah mengangkat orang sakit mengerjakan tawaf. Sebelum Hamid diangkat ke atas bangku itu, yang diberi hamparan daripada kulit dahan kurma berjalin, khadam syeikh datang terburu-buru menghantarkan sepucuk surat dari Sumatera, setelah kami buka, ternyata datangnya dari Rosnah. Muka Salleh menjadi pucat,jantung saya berdebar-debar membaca isinya yang tiada sangka-sangka, Zainab telah meninggal, surat menyusul, Rosnah.

Setelah dibacanya dengan sikap yang sangat gugup Salleh menyimpan surat kawat itu ke dalam sakunya, sambil memandang kepada Hamid dengan perasaan yang sangat terharu.

Tiba-tiba dari tempat tidurnya Hamid kedengaran berkata; " Surat apakah yang tuan-tuan terima? Apakah sebabnya tuan-tuan sembunyikan daripadaku? Adakah ia membawa duka atau khabar suka? Jika ia khabar suka, tidakkah patut saya diberi sedikit saja daripada kesukaan itu? Kalau khabar itu mengenani diri saya sendiri lebih baik tuan-tuan terangkan kepada saya lekas-lekas, tidaklah patut tuan-tuan sembunyikan lama-lama jangan dibiarkan saya di dalam sakit menanggung perasaan yang ragu-ragu."

" Tenagkanlah hatimu, sahabat! Kehendak Allah telah berlaku, ia telah memanggil orang yang dicintaiNya ke hadratNya."

" Oh, jadi Zainab telah dahulu daripadaku? " tanyanya pula.

" Ya, demikianlah, sahabat!"

Mendengar jawapan itu kepanya tertekun, ia menarik nafas panjang, dari pipinya meleleh dua titik airmata yang panas.

Tidak beberapa saat kemudian, datanglah Badwi tersebut membawa tandu yang kami pesan, Hamid pun dipindahkan ke dalam dan diangkat dengan segera menuju Masjidil Haram, saya dan Salleh mengiringkan di belakang menurut Badwi yang berjalan cepat itu. Setelah sampai di dalam masjid, dibawalah dia tawaf keliling Ka`bah tujuh kali. Ketika sampai yang ke tujuh kali diisyaratkannya kepada Badwi yang berdua itu menyuruh menghentikan tandunya di antara pintu Ka`bah dengan batu hitam, di tempat yang bernama Maltezam, tempat segala doa yang makbul. Orang lain tawaf pula berdesak-desak. Dengan sifat sabar orang-orang Badwi mengangkat tandu ke dekat tempat yang tersebut. Hati saya sangat berdebar melihatkan keadaan itu, saya lihat muka Hamid, di sana sudah nampak terbayang tanda-tanda kematian. Sampai di sana dihulurkannya tangannya, dipegangnya kesoh kuat dengan tangannya yang telah kurus, seakan-akan tidak akan dilepaskannya lagi. Saya dekati dia, kedengaran oleh saya dia membaca doa demikian bunyinya:

" Ya Rabbi, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, di bawah lindungan Ka`bah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia.

Kepada siapa lagi yang saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan Engkau ya Tuhanku! Tidak ada suatu tali pun tempat saya bergantung, lain daripada tali Engkau, tidak ada pintu yang akan saya tutup, lain daripada pintu Engkau.

Berilah kelapangan jalan buat saya, saya hendak pulang ke hasrat Engkau; saya menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya.

Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali….."

Setelah itu suaranya tidak kedengaran lagi; di mukanya terbayang suatu cahaya muka yang jernih dan damai, cahaya keredhaan daripada Ilahi.

Di bibirnya terbayang suatu senyuman dan….sampailah waktunya lepaslah ia daripada tanggungan dunia yang amat berat ini, dengan keizinan Tuhannya, di bawah lindungan Ka`bah!

Pada hari itu selesailah mayat sahabat yang dikasihi itu dimakamkan di perkuburan Ma`ala yang masyhur.

SURAT ROSNAH YANG MENYUSUL

Dua minggu sudah kejadian itu, datanglah surat Rosnah yang dijanjikannya kepada suaminya itu, demikian bunyinya:

" Kekanda yang tercinta!"

Adinda kirimkan surat ini menyusul surat kawat yang dahulu. Zainab meninggal. Apakah dari itu lagi yang harus adinda nyatakan? Dia telah menanggung penyakit dengan sabar dan tawakkal, mula-mula adinda hendak sampaikan khabar ini kepada Hamid, sebab sentiasa Hamid menjadi buah mulutnya sampai saatnya yang penghabisan, tiba-tiba kawat kekanda datang pula, Hamid telah menyusul kekasihnya.

Demikianlah kedua makhluk yang tidak beruntung nasibnya itu, mudah-mudahan arwahnya mendapat bahagia di akhirat.

Adinda harus mengaku, bahawa jarang sekali kita bertemu dengan seorang perempuan sebagai Zainab. Tidak ada orang yang tahu tentang keadaan dirinya, kecuali ibunya dan adinda. Pendengaran yang sampai kepadanya, bahawa Hamid ada di Mekah mengobarkan kembali akan api yang telah hampir padam.

Lima hari sebelum ia meninggal dunia, pagi-pagi benar dia sudah bangun dari tempat tidurnya, mukanya lebih jernih dari biasa. Dengan senyum dia berkata, bahawa dia bermimpi melihat Ka`bah, dantara manusia yang sedang tawaf. Dia melihat Hamid melambaikan tangannya memanggil dia, supaya mendekatkan kepadanya, setelah dia mendekat dia terbangun…..

Lepas hari itu, tidak banyak bicara lagi, doktor pun datang juga memeriksai dia, tetapi ketika melihat wajahnya, mengertilah adinda, bahawa ubat yang dibawanya sebenar-benarnya ialah buat ibu Zainab, tidak buat Zainab lagi, sebab di tangga ketika dia akan pulang, jelas benar oleh adinda doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Pada malam 9 Zulhijjah panasnya naik daripada biasa. Kira-kira pukul dua tengah malam, dipandangnya adinda tenang-tenang, kemudian dilihatnya pula buku album yang terletak di meja tulisnya; adinda pun mengertilah apa yang dimaksudkannay. Adinda ambil album itu dan adinda buka. Demi dilihatnya gambar Hamid, jatuhlah dua titis airmata yang bulat dari mata yang telah cekung itu. Setelah itu diambilnya tangan ibunya, dibawanya ke dada. Maka dengan beransur-ansur, laksana lampu yang kehabisan minyak, bercerailah badannya dengan sukmanya.

Kekanda, demikianlah kematian zainab, dan sekarang suatu pula yang menjadikan was-was adinda, iaitu keadaan ibunya, bagaimanakah kelak perasaan perempuan itu kerana kehilangan anaknya.

Sekianlah dan buat semangat orang yang telah mati, adinda kirimkan salamku dan moga kekanda lekas pulang.

Adindamu
Rosnah


" Penghidupanmu yang tiada mengenal putus asa, kesabaran dan ketenangan hatimu menanggung sengsara, dapatlah menjadi tamsil dan ibarat kepada kami.

Engkau telah mengambil jalan yang lurus dan jujur di dalam memupuk dan mempertahankan cinta. " Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan.

" Kami pun dalam menunggu titah pula, sebab ada masanya datang dan ada masanya pergi. " Selamatlah, moga-moga Allah memberi berkat atas jiwamu dan jiwa Zainab."