Friday, 7 November 2008

Terusir

Satu lagi kisah rakyat yang menyayat hati... aku baca buku tu malam tadi... isk isk isk sedih sungguh citer tuh... pandainya buya HAMKA susun dan olah cerita. Ayat-ayat yang digunakan pun sangat halus dan boleh meresap ke dalam jiwa..huhuhu...

Kisah seorang wanita yang difitnah berlaku curang..namanya Mariah. Suaminya Azhar tanpa soal selidik terus menghalau Mariah keluar dan diceraikannya. walaupun Mariah merayu dan memujuk suaminya untuk menerimanya kembali, namun Azhar tetap berkeras hati...Mariah pun pergi membawa diri dengan berat hati meninggalkan suami dan anaknya yang dicintai. Nasib Mariah terbela seketika apabila dia diterima bekerja dengan Tuan berbangsa Eropah. Selama 5tahun. Setelah itu dia diberhentikan oleh kerana tuan tersebut dan keluarganya ingin pulang ke Eropah. Dia berkahwin dengan lelaki yang bernama Yasin. Mariah terpedaya kerana Yasin hanya mahukan barang kemas dan wang yang Mariah telah kumpul sepanjang kerja dgn warga asing itu, dan akhirnya dia diceraikan Yasin.

Sehinggalah detik yang amat buruk dan sukar bagi Mariah apabila dia terpaksa memilih jalan hina untuk meneruskan hidup iaitu menjadi pelacur...dia menukar nama kepada Neng Sitti. sangat terkenal dia di Jakarta pada waktu itu.tiada lagi Mariah yang dulu...

Bulan berganti bulan tahun berganti tahun sehingga rambut mariah pun keputihan, kedut pada wajah mula timbul dia masih di dalam lembah kehinaan itu..sedangkan anaknya yang ditinggalkan bertahun-tahun lamanya dulu telah dewasa dan berjaya menjadi peguam yang terkenal di Jakarta..anaknya Sofyan telah mendapat kejayaan yang baik dalam kerjaya dan telah bertemu dengan pasangan yang baik juga berpendidikan tinggi bernama Emi..

Sehingga tiba detik terakhir di mana Sofyan diarah untuk menjadi peguam bela kepada Mariah apabila Mariah telah membunuh seorang lelaki yang berniat jahat terhadap anaknya sofyan... Mariah enggan menceritakan hal sebenar kepada Sofyan tentang dirinya dan sebab dia membunuh..namun naluri anak tetap mengalir dalam diri Sofyan.dia telah berusaha sehabis-habisnya bagi memastikan Mariah terlepas dari tuduhan membunuh...

Tibalah ajal Mariah sebelum sempat mahkamah memutuskan samada dia bersalah atau tidak. Azhar yang hanya mampu melihat kejadian itu tidak dapat berkata apa-apa. Setelah dia sakit kuat dan tidak dapat bertahan lagi barulah Azhar menceritakan kisah sebenar kepada anaknya Sofyan. Sofyan terkejut dan tidak menyangka hal itu dan dia terlalu sedih...

Penulis menekankan bahawa untuk seseorang wanita terjerumus ke dalam lembah kehinaan itu adalah disebabkan oleh kaum lelaki itu sendiri. kerana sifat kejam, tidak berperikemanusiaan, cemburu buta,tidak bertanggungjawab dan sebagainya telah menjadikan wanita itu sampah masyarakat. Sekiranya wanita itu dibimbing dan diberi perlindungan nescaya tiada lagi tempat untuk wanita menggadaikan harga diri hanya untuk meneruskan hidup. Sejak dari zaman penulis lagi yang aku kira pada tahun 60-70an masalah pelacuran bukan baru dan sehingga kini kalau kita perhatikan ia tidak dapat dibendung... semua ni berlaku sedikit sebanyak atas sebab-sebab yang ditekankan oleh penulis tadi...ditambah pula pada zaman moden yang tiada batas ni banyak sungguh pengaruh negatif luar spt media cetak,media elektronik,internet dll. Jadi sebagai kaum wanita aku berharap dan sentiasa berdoa agar diriku, kaum keluarga dan kawan2ku selamat dari dugaan dan kesulitan hidup seperti itu..ameen~

No comments: