Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, 5 July 2009

Bisnes sihat

Aku baru je balas sms kepada seorang kawan yang ajak aku pegi bisnes preview malam esok yang berbunyi...

"hehe. weh... aku tak minat la buat biz camtu. actually banyak dah org approach aku biz yang lebih kurang camtu. Modal Kecik, Keje Tak Susah, Dapat Income Best... tapi takde asas produk yang jelas.. so cara dapat duit dari biz camtu aku tak minat la... ni mmg pendirian aku if nak buat sesuatu biz. sbb aku amek berat soal hukum perniagaan.. bkn la nak kata aku ni alim sgt.tp soal produk & sumber yg duit aku dapat tu, aku kena sensitif. Byk info tentang hukum bisnes yang aku baca kat http://www.zaharuddin.net/ If nak rujuk apa-apa hukum dalam semua aspek boleh tgk situ. Aku just share apa aku tau key. Hope ko open..jangan amek hati lak. Ni just pegangan dan pandangan aku. Anyway tq sbb intro kat aku. Hope ko hepi and sukses selalu. Anything contact lah aku, nak lepak minum anytime aku on jeh! ko jangan serik pulak ajak aku berbisnes. Later if ada biz lain yang aku rasa OK,insyaAllah aku join ko!"

Fuhhh..panjang nye. 5 page aku sms dia dan seperti yang aku jangka dia terus diam tak reply dah. Maybe it takes time. Tapi biarlah aku berterus terang daripada aku mengelak bagi alasan sibuk lah,takde masa lah, nanti lah, ada hal lain lah, dan bermacam-macam lagi. Sebabnya sampai bila kita nak terus mengelak kan?

Semenjak berkecimpung dalam bisnes ni, memang banyak peluang-peluang perniagaan yang datang. Dalam pelbagai bentuk. Sampai kadang-kala aku rasa tamak and nak cepat kaya pulak. Rambang mata. Mana taknya..kadang-kadang pendapatan yang dorang janji kan tak masuk akal. Begitu banyak. Walhal kita tak buat kerja apa-apa. Tak pun produk yang kita jual tu tah apa-apa tah. Takde kebaikan dan manfaat langsung untuk klien. Ada jugak sehingga berlaku insiden yang memaksa pelanggan membuat pinjaman semata-mata nak suruh beli produk kita. Kenapa sampai nak membebankan orang berhutang?? Sebab tu lah sekarang ramai orang melayu yang menghadapi krisis ekonomi sebab tertipu dengan benda-benda yang merapu ni. Yang menipu orang Melayu juga.

Namun bagi kes aku, Alhamdulillah setakat ni aku masih dapat guidance dan kembali kepada asas. Bukan lah nak kata aku faham sangat hukum hakam perniagaan. Cuma aku bersyukur kerana parents banyak beri buah fikiran dan pandangan. Lagipun aku belajar dari orang yang berpengalaman.. siapa lagi kalau bukan mak aku. Mentor ku..

Apa yang aku titik beratkan dalam sesuatu perniagaan tu adalah:

1) Produk @ servis yang dijual; banyak aspek..semestinya halal,bersih,selamat dan menguntungkan para pelanggan. (memberi manfaat dan kebaikan, tiada unsur penipuan)
2) Pendapatan atau komisen dari sumber yang halal.

Mula-mula aku ambil mudah jugak hal macam ni. Tapi lama-lama timbul kesedaran untuk jadi lebih sensitif. Selain mak abah, aku banyak baca dan merujuk di website di atas. Banyak isu yang dibincangkan. Semua ada. Semua aspek kehidupan seorang Muslim. Kalau korang musykil tentang hukum hakam ni, aku cadangkan boleh rujuk di website tersebut.

Memang sekarang ni aku tengah mencari peluang perniagaan lain selain unit trust. Terus terang aku cakap kalau nak dibandingkan dengan bisnes lain, yang modal kecil atau besar, tapi kerja tak susah, income best, duit masuk je bulan-bulan walaupun tak buat apa-apa, unit trust ni boleh dikata just fair. Average 3% daripada setiap investment yang customer buat. Cth customer invest minimum RM1,000, aku dapat RM30. Sekali dapat. Kalau customer invest setiap bulan, aku dapatlah komisen setiap bulan. Plus other insentive seperti career benefit setiap bulan dan bonus tahunan yang 'masyuk' for those who really work hard and stay longer in the biz.

Baru-baru ni aku telah menemui satu pelaburan yang juga baik selain dari unit trust iaitu pelaburan dinar emas. Komisen aku dapat 2% atas setiap pembelian dinar emas. Buat masa ni unit trust aku lebih tumpu pada klien yang boleh invest EPF. Manakala yang nak invest cash aku bagi pilihan untuk buat pelaburan dalam dinar emas yang aku kira lebih stabil dan menguntungkan. Aku cuba berkongsi info yang lebih baik dan menguntungkan kepada klien. Kerana emas sangat bernilai. Tiada inflasi. Kalau kita simpan duit RM10k contohnya, nilai 10k dalam masa 5-10 tahun akan datang mungkin RM5k sahaja atau kurang. Tapi kalau emas, nilai nya tak susut, malah makin naik. Aku juga suka untuk menyeru kawan-kawan sekalian untuk buat pelaburan emas sempena untuk mengembalikan zaman dinar dan dirham yang Saidina Umar perkenalkan dahulu. InsyaAllah.
Bolehlah baca info lanjut di website publicdinar.com

Rakan-rakan blogger, especially bisnes woman di luar nun aku kagum semangat dan pendirian korang yang ber BISNES SECARA SIHAT! yeahhh!!!



Teruskan usaha kalian. Buat teman-teman yang belum ataupun baru nak mula bisnes atau akan berbisnes aku harap sedikit sebanyak entry aku kali ni dapat memberi idea yang bermanfaat. ;)

Saturday, 23 May 2009

vitamin song

No boundaries by kris allen.

Sunday, 8 March 2009

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Saturday, 20 December 2008

Brighten our day :)

salam..hai semua..lama tak update blog...aku demam ni... dah masuk empat hari...taktau nak buat ape,baring salah,tido salah..sume tak kena...so here goes.....hope will brighten my day and your day!


Believe in yourself


Be brave...but it's ok to be afraid sometimes


Study hard


Give lots of kisses


Laugh often


Don't be overly concerned with your weight, it's just a number


always try to see the glass half full

Meet new people, even if they look different to you


Remain calm, even when it seems hopeless


Take lots of naps..


Be weird whenever you have
the chance


Don't waste food


RELAX



Take an occasional risk



Try to have a little fun each day.
...it's important


Work together as a team


Share a joke with friends


Fall in love with someone..


...and say 'I love you' often


Express yourself creatively


Be conscious of your appearance


Always be up for surprises


Love someone with all of your heart


Share with friends


Watch your step


It will get better


There is always someone who loves you more than you know


Exercise to keep fit


Live up to your name


Seize the Moment


Hold on to good/true friends; they are few and far between


Cherish every Sunday


at the end of the day...PRAY


.......and close your eyes

And smile at least once a day!

nota kaki: sorry eh korang picture doggy tuh tak reti aku nak edit tuko jd menatang len..hu3

Sunday, 23 November 2008

Minggu yang produktif!

Well well....its sunday! dah nak mula minggu yg baru esok! rasa macam baru je pegi kenduri ayu kat manong sabtu lepas..pantas nya masa berlalu! dan sebab tu lah minggu ni aku label minggu yang produktif sbb nya aku bz...kalo nganga je kat rumah memang rasa sehari mcm setahun!

bekojolah kito sekueknyo!

isnin 17.11.08.......Ada agency meeting kat damansara perdana branch...emm mcm biasa update about current biz and ada special talk by deme yang dah berjaya dalam biz ni..macam sharing pengalaman gitu.. sharing ni memang wajib setiap kali meeting mesti ada ye lah nak menaikkan semangat org2 seperti aku ni yang byk tido dari buat sales!muahahahaha...

Paling penting aku dapat update tentang current market condition which the branch manager told us that this is the time to invest! more and more! kerana sejarah menunjukkan setiap 10thn akan berlaku recession economy...tahun 87,then 98 dan sekarang 2008! And for the each recession market usually came up higher and higher! jadi tugas aku adalah untuk mendidik para pelabur supaya rileks dan bertenang during this meltdown...this is the time to buy more units!

bak kata Warren Buffett(one of the world's most successful investor)
"Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful..."

Rabu...19.11.08......macam biasa my weekly meeting kat damansara perdan..kalo korang nak tau tiap2 hari rabu aku meeting ..ni kira koje aku le sbg unit trust consultant...during this meeting ni biasa kami akan buat biz updates...then akan belajar some technical, theory and its all about unit trust and related industry...and setiap bulan each member kena present kat depan...bab ni paling aku menci dan tak suke!! walaupon grup aku kecik je tapi yg dok depan aku sume pak2 and mak2 org yang pro and kalo ckp inggeris tuh berabuk! tapi nak wat cne aku yang tak pro ni tpksa lah buat2 terer gak wpon cakap bahasa melayu!huhu aku bangga bertutur bahasa ibunda! alah dorang semua org melayu takkan tak paham!

tapi that wednesday kami tak meeting, kami pegi celebrate kak zam naik pangkat jadi agency manager...kak zam belanja makan kat restoran muhibbah TTDI...emm the cook is chinese tapi the rest katanya owned by melayu....sedap memang sedap melantak nak2 org banje kan..huhu

jumaat...aku pegi appointment kat sg.buloh...alhamdulillah nampaknya kalau betul closed sale aku and dapat partner yg nak bkerjasama ngn aku dlm biz ni..tapi he is totally stranger...leh caye ker???aku tak harap sgtlah kalo ada....ada insyaAllah...

sabtu...iaitu semalam aku attend course estate planning...topic ni related to my industry lah... ape eh bahasa melayu nye harta peninggalan lepas kematian seseorang yang melibatkan wasiat cara pengagigah,prosedur yang diaplikasikan di malaysia dan mcam2 lagi lah...it is actually very good to enhance one sales! yeah after all i am a sales person!!! hehe

note: haaa bz tak aku?produktif tak? hihihih kecoh kan pade hal kome koje macam hape dah pun tak kecoh..ngehehe

Social work!

selasa 18.11.08....Pergi melawat Darul Quran,JAKIM...sebuah institusi kerajaan yang menempatkan para pelajar hafiz dan hafizah (penghafaz) al-quran selain terdapat pengajian gabungan iaitu akademik dan hafazan quran...emm cne eh boleh terjebak lak pi sini..yang pertama sekali mestilah sebab aku ni keje freelance konon2 nya kan so ada lah masa nak melawat sana sini di tengah2 minggu...dan yang kedua kerana aku ni bsangkut paut ngan NGO sejak kecik lagi so dapatlah peluang ni...tb2 aku pkir eh eh bukan dalam cinta je lah chance or choice tapi dalam setiap aspek kehidupan mesti lah ada chance and choice...bila aku pk2 balik sebenarnya aku pun tak la nak terlibat sangat menda2 ni tapi sbb dah ada peluang depan mata so aku pilih untuk trima! alhamdulillah.. untuk laporan lanjut tentang lawatan ni...sila klik di sini.


then khamis, 20.11.2008....aku pegi pusat kanak-kanak chowkit atau lebih dikenali sebagai rumah nur salam...alah yang sehati berdansa lisdawati ngn fauzi nawawi wakilkan tuh...rumah tu kat chowkit lah mana lagi hehe...tak jauh dari LRT-Star PWTC...turun situ then jalan skit carik2 dan jumpa! haa nape lak aku pegi cni sure korang tertanya2 kan takde koje je hape?jalan sana jalan cni hehe...actually ni salah satu kerja NGO yang aku join selama ni...lama ke???heheh baru jek bape tahun tu pun kdg2 tak konsisten dah claim lama...emm kat sini kami adakan aktiviti untuk kanak2 yang dtg ke pusat tu...macam one stop center pusat tu menempatkan kanak-kanak sekitar chowkit untuk memenuhi masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah semasa parents dorang berniaga/bekerja...segelintir dari mereka lahir dari keluarga yang kurang bernasib baik(bermasalah)...emm byk lah badan2 lain spt NGO dan orang perseorangan yang prihatin menghulur bantuan dan sponsor untuk anak-anak kat cni...memang siapa sangka "tuah anak-anak chowkit road..."

paling aku takleh lupa masa kami nak balik tu, ada lah beberapa orang kanak-kanak ni yang nak balik gak...dorang rileks gile lintas jalan sana sini...macam kawasan KL tu tempat permainan dorang jek...ye lah sebab mmg umah dorang pon kat situ..so jalan2 raya n kereta2 yang banyak dan menyesakkan lalulintas tu sume part of their life...aku memang rasa bagus sgt ada umah atau pusat macam ni disediakan untuk anak2 yg hidup kat sekitar tu..sebab deme ni takde komuniti atau rukun tetangga yang boleh memantau atau sbg menjaga kebajikan macam kita dok kat kampung atau taman2... emm lawatan and program ni jugak bertujuan memberi pendedahan kepada kami di abim untuk menubuhkan pusat seperti ni kelak...insyaALlah~ maklumat lanjut Rumah Nur Salam...

Lepak-lepak...emm not this weekend!

semalam nak jumpa uya dia takde umah lak....nak jumpa odah tadi pon dah tak jadi..nak date ngn iskandar pon tak jadik...hehe sory la isk aku kemalasan lah...nanti2 la kita jumpa ek..plan nak pegi pwtc ada mobile and batik fair..setelah aku memasak kat umah dgn hebatnye huhu malas dah aku nak kuar2 nih...so hari ahad yang indah ni aku just habiskan masa kat umah update blog...hahaha tapi cam tak lawa gak! takpe aku akan godek2 lagi apa yang patut! hihihih

esok isnin! to all frens happy blogging and working! to myself happy selling! xoXoXOOXoo

Monday, 17 November 2008

When Love. . . (chance or choice?)

When we meet the right person to love when we're at the right place at the right time..

That's chance.

When you meet someone you you're attracted to,that's not a choice. That's chance.

Being caught up in a moment (and there's a lot of couples who get together because of this)

is not a choice. That's also a chance.

The difference is what happens afterward...

When will you take that infatuation, that crush, that mind-blowing attraction to the next level?

That's when all sanity goes back, you sit down and contemplate whether you want to make this into a concrete relationship or just a fling.

If you decide to love a person, even with his faults, that's not a chance. That's choice.

When you choose to be with a person, no matter what, that's choice.

Even if you know there are many people out there who are more attractive, smarter, and richer than your mate,

and yet, you decide to love your mate just the same, that's choice.

Infatuation, crushes, attraction comes to us by chance.

But true love that lasts is truly a choice. A choice that we make.

Regarding soulmates, there's a beautiful movie quote that I believe is so true about this:

"Fate brings you together, but it's still up to you to make it happen."

I do believe that soulmates do exist. That there is truly someone made for you.

But it's still up to you to make the choice if you're going to do something about it or not.

We may meet our soulmates by chance,but loving and staying true and faithful with our soulmate is still a choice we have to make.

if u love each other, no time will be wasted to be with each other, that's a concrete relationship.

and for my case...it same goes to me... it is my choice to live with my future husband...because i believe that no one falls out of love by chance, it is by choice. ... No One Stays in Love by Chance, Its by Work!

so...what do you guys say???

i gotta know yours!

Monday, 10 November 2008

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

ZAMAN SEKOLAHFikir Sejenak


1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak... nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.


ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn. ..

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat. ..tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll. ........! !!

oleh:

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

Friday, 7 November 2008

Terusir

Satu lagi kisah rakyat yang menyayat hati... aku baca buku tu malam tadi... isk isk isk sedih sungguh citer tuh... pandainya buya HAMKA susun dan olah cerita. Ayat-ayat yang digunakan pun sangat halus dan boleh meresap ke dalam jiwa..huhuhu...

Kisah seorang wanita yang difitnah berlaku curang..namanya Mariah. Suaminya Azhar tanpa soal selidik terus menghalau Mariah keluar dan diceraikannya. walaupun Mariah merayu dan memujuk suaminya untuk menerimanya kembali, namun Azhar tetap berkeras hati...Mariah pun pergi membawa diri dengan berat hati meninggalkan suami dan anaknya yang dicintai. Nasib Mariah terbela seketika apabila dia diterima bekerja dengan Tuan berbangsa Eropah. Selama 5tahun. Setelah itu dia diberhentikan oleh kerana tuan tersebut dan keluarganya ingin pulang ke Eropah. Dia berkahwin dengan lelaki yang bernama Yasin. Mariah terpedaya kerana Yasin hanya mahukan barang kemas dan wang yang Mariah telah kumpul sepanjang kerja dgn warga asing itu, dan akhirnya dia diceraikan Yasin.

Sehinggalah detik yang amat buruk dan sukar bagi Mariah apabila dia terpaksa memilih jalan hina untuk meneruskan hidup iaitu menjadi pelacur...dia menukar nama kepada Neng Sitti. sangat terkenal dia di Jakarta pada waktu itu.tiada lagi Mariah yang dulu...

Bulan berganti bulan tahun berganti tahun sehingga rambut mariah pun keputihan, kedut pada wajah mula timbul dia masih di dalam lembah kehinaan itu..sedangkan anaknya yang ditinggalkan bertahun-tahun lamanya dulu telah dewasa dan berjaya menjadi peguam yang terkenal di Jakarta..anaknya Sofyan telah mendapat kejayaan yang baik dalam kerjaya dan telah bertemu dengan pasangan yang baik juga berpendidikan tinggi bernama Emi..

Sehingga tiba detik terakhir di mana Sofyan diarah untuk menjadi peguam bela kepada Mariah apabila Mariah telah membunuh seorang lelaki yang berniat jahat terhadap anaknya sofyan... Mariah enggan menceritakan hal sebenar kepada Sofyan tentang dirinya dan sebab dia membunuh..namun naluri anak tetap mengalir dalam diri Sofyan.dia telah berusaha sehabis-habisnya bagi memastikan Mariah terlepas dari tuduhan membunuh...

Tibalah ajal Mariah sebelum sempat mahkamah memutuskan samada dia bersalah atau tidak. Azhar yang hanya mampu melihat kejadian itu tidak dapat berkata apa-apa. Setelah dia sakit kuat dan tidak dapat bertahan lagi barulah Azhar menceritakan kisah sebenar kepada anaknya Sofyan. Sofyan terkejut dan tidak menyangka hal itu dan dia terlalu sedih...

Penulis menekankan bahawa untuk seseorang wanita terjerumus ke dalam lembah kehinaan itu adalah disebabkan oleh kaum lelaki itu sendiri. kerana sifat kejam, tidak berperikemanusiaan, cemburu buta,tidak bertanggungjawab dan sebagainya telah menjadikan wanita itu sampah masyarakat. Sekiranya wanita itu dibimbing dan diberi perlindungan nescaya tiada lagi tempat untuk wanita menggadaikan harga diri hanya untuk meneruskan hidup. Sejak dari zaman penulis lagi yang aku kira pada tahun 60-70an masalah pelacuran bukan baru dan sehingga kini kalau kita perhatikan ia tidak dapat dibendung... semua ni berlaku sedikit sebanyak atas sebab-sebab yang ditekankan oleh penulis tadi...ditambah pula pada zaman moden yang tiada batas ni banyak sungguh pengaruh negatif luar spt media cetak,media elektronik,internet dll. Jadi sebagai kaum wanita aku berharap dan sentiasa berdoa agar diriku, kaum keluarga dan kawan2ku selamat dari dugaan dan kesulitan hidup seperti itu..ameen~

Tuesday, 4 November 2008

ulat novel...

hai hai sejak dua menjak ni aku telah menjadi ulat rupanya... ni sume gara2 kak akie la nih...
hidup penuh dengan buku dan novel...habis dipaksanya aku baca novel tu novel ni... seumur hidup aku memang malas sangat membaca..bukan buku pelajaran je termasuklah novel..ish ish

yang aku ingat zaman dolu2 aku penah suka baca novel tulisan ahadiat akashah...but when i grow up i feel like yuckss novel ni penuh ngan tipu daya je tak real life langsung!!! terlalu dibuat2...

tapi lately nih aku makin suka baca novel espeacially yang direkemenkan best oleh kawan2.. basically jalan cerita novel yang aku prefer dan akan baca ialah lebih realistic and ada unsur agama itu penting! walaupun novel cinta, tapi cinta islami... so sekarang aku dah ada hobi baru ...taktau lah brapa lama boleh bertahan huhu...
nweys im enjoying this moment being an ulat novel heheheh..

novel yang baru aku baca last month tajuk nye 5 TAHUN 5 BULAN by hlovate...sekarang aku tengah cari novel tulisan HAMKA... dan baru nak mula baca Setulus Setia Seindah Nama by Siti Hazneza..

Tapi paling tak boleh lawan novel Ayat-ayat Cinta by Habiburrahman el-Shirazy karangan indonesian..memang best!tak rugi kalau baca...and even bila sekali baca akan ulang baca banyak kali! penggunaan bahasa,watak and jalan cerita sangat halus dan sampai menyentuh hati.. tak over kalau aku kata novel pembangun jiwa~

Di Bawah Lindungan Kaabah


HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.

"...Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga Kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu.

Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling perhabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.

Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu..."



Novel tuliasan HAMKA.. kisah cinta menyayat hati antara anak muda bernama Hamid dan Zainab. Persahabatan yang bermula dari kecil ketika ayah Zainab orang ternama Engku Jaafar yang bermurah hati membela nasib Hamid yang tak berayah serta ibunya.

Aku baru baca malam tadi kat umah kak Akie aku habiskan. Rasa dah pernah baca tapi lupa..

Kisah bermula apabila mereka menginjak remaja..Hamid yang sedar dirinya miskin tak berani meluahkan isi hatinya. Malah ditentang ibunya kerana takut nanti cinta anaknya ditolak. Walaupun kelurga Zainab berbudi bahasa dan tidak sombong tetapi ibu Hamid khuatir kaum keluarganya yang lain tak bersetuju.

Setelah kematian Pak Engku dan ibu Hamid, Mak Asiah (ibu Zainab) meminta Hamid memujuk Zainab supaya menerima pinangan saudaranya dari Jawa... Hamid yang tidak mampu menolak permintaan perempuan yang telah dianggap seperti ibu kandungnya itu telah menyampaikan kepada Zainab dengan berat...ternyata Zainab menolak dan berkecil hati dengan permintaan itu.

Hamid terus putus harap dan ingin melupakan Zainab. Lantas dia merantau ke serata dunia hinggalah akhirnya dia tiba di tanah suci Mekah. Surat pertama dan terakhir yang diutus Hamid sebelum tiba di Mekah iaitu ketika dia di Medan berbunyi begini....;

" Menyesal sekali, kerana sebelum berangkat tak sempat saya bertemu muka dengan adinda lebih dahulu, maafkanlah adik, kerama amat banyak halangan yang menyebabkan saya tak sempat datang ketika itu, halangan yang tak sapat saya sebutkan.

Barangkali agak sedikit tentu adik bertanya juga dalam hati, apa gerangan sebabnya abang Hamid berangkat dengan tiba-tiba. Biarlah hal itu menjadi soal buat sementara waktu, lama-lama tentu akan hilang jua dengan sendiri.

Banyak hal-hal yang akan saya terangkan dalam surat ini, tetapi tak sanggup pena saya menulisnya. Hanya dengan surat ini saya bermohon sangat supaya adik menuruti cita-cita ibu. Jika kelak maksud famili sampai dan adik bersuami; berikan kepadanya kesetiaan yang penuh.

Akan hal diri saya ini, ingatlah sebagai mengingat seorang yang telah pernah bertemu dalam peri penghidupanmu, seorang sahabat dan boleh juga disebut saudara yang ikhlas dan saya sendiri akan memandang tetap engkau sebagai adikku.

Jika pergaulanmu kelak dengan suamimu berjalan dengan gembira dan beruntung, sampaikanlah salam abang kepadanya. Katakan bahawa di suatu negeri yang jauh, yang tak tentu tanahnya, ada seorang sahabat yang sentiasa ingat akan kita. Dan biarlah Allah memberi perlindungan atas kita semuanya.

Wassalam abangmu,

Hamid

Di Mekah Hamid bertemu teman kampungnya Saleh yang turut ingin menunaikan haji pada tahun 1927.. Isteri Saleh, Rosnah adalah sahabat karib kepada Zainab... Ketika itulah hatinya kembali sakit dan parah apabila mengetahui Zainab tidak jadi kahwin dengan saudara yang dari Jawa itu. Malah kini Zainab sakit-sakit kerana merindui Hamid dan tidak sempat menyampaikan isi hati cintanya..

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Pada hari kelapan Zulhijjah perintah daripada syeikh kami menyuruh menyiapkan segala keperluan untuk berangkat ke `Arafah, kerana pada hari kesembilan akan wuquf (Berhenti sehari lamanya) di sana. Berangkat itu ialah tiga hari setelah kami menerima surat tersebut.

Akan hal Hamid, bermula menerima surat itu tidaklah berkesan pada mukanya, bahawa dia dipengahruhi oleh isinya, tetapi setelah sehari dua hari, kelihatan ia termenung saja, bertambah daripada biasa, ketika kami tanyai keadaannya, ia mengatakan, bahawa badannya terasa sakit-sakit. Tetapi oleh kerana pergi wuquf ke `Arafah menjadi rukun daripada mengerjakan haji, tak dapat tidak ia pun mesti ikut ke sana. Maka dipasanglah sakdup-sakdup di punggung unta yang beribu-ribu banyaknya. Bersedia hendak membawa orang haji ke `Arafah itu. Kira-kira pukul empat petang, jemaah-jemaah telah berangkat berduyun-duyun menuju ke `Arafah, jalan sempit dan penuh oleh manusia dan kenderaan berbagai-bagai, ada yang mengenderai keldai, kuda dan unta, tetapi yang paling banyak duduk dalam sakdup iaitu dua buah tandu yang dipasang kiri kanan punggung unta. Saya bersama dengan Hamid menumpang dalam satu sakdup.

Di `Arafah sangat benar panasnya, sehingga ketika berhenti di tempat itu sehari lamanya, kita ingat-ingat akan berwuquf kelak di padang Mahsyar. Setelah matahari terbenam kami kembali menuju ke Mina, berhenti sebentar di Muzdalifah memilih batu untuk melempar " Jumrah" di Mina itu kelak. Setelah berdiam di Mina pada hari yang ke sepuluh, ke sebelas, kedua belas, ketiga belas, bolehlah kembali ke Mekah mengerjakan tawaf besar dan Sai`e, setelah itu bercukur, sehabis bercukur baru disebut " haji".

Pada perhentian besar di Mina itu, orang-orang yang kaya menyembelih korban untuk fakir dan miskin.

Sekarang kembali diceritakan keadaan Hamid. Demamnya yang dibawa dari Mekah bertambah menjadi-jadi, lebih-lebih setelah mendapat hawa yang panas di `Arafah itu. Di sana banyak orang yang mati kerana kepanasan. Hamid tak mahu lagi makan, badannya sangat lelah, sehingga seketika berangkat ke Mina ia tiada sedarkan dirinya, demi melihat hal itu, jantung saya berdebar-debar, saya kasihan kepadanya. Kalau-kalau di tempat itulah dia akan bercerai buat selama-lamanya dengan kami, lebih-lebih melihat mukanya yang sangat pucat dan badannya yang sangat lemah.

Setelah selesai penyembelihan besar itu, pada hari yang ke sebelas kami berangkat ke Mekah, iaitu mengerjakan rukun yang agak cepat, tidak menunggu sampai tiga hari. Sebelum mengerjakan tawaf besar itu, lebih dahulu kami singgah ke rumah kami. Kerana penyakit Hamid rupanya bertambah berat, terpaksalah kami mencarikan orang Badwi upahan, yang biasanya menerima upah mengangkat orang sakit mengerjakan tawaf. Sebelum Hamid diangkat ke atas bangku itu, yang diberi hamparan daripada kulit dahan kurma berjalin, khadam syeikh datang terburu-buru menghantarkan sepucuk surat dari Sumatera, setelah kami buka, ternyata datangnya dari Rosnah. Muka Salleh menjadi pucat,jantung saya berdebar-debar membaca isinya yang tiada sangka-sangka, Zainab telah meninggal, surat menyusul, Rosnah.

Setelah dibacanya dengan sikap yang sangat gugup Salleh menyimpan surat kawat itu ke dalam sakunya, sambil memandang kepada Hamid dengan perasaan yang sangat terharu.

Tiba-tiba dari tempat tidurnya Hamid kedengaran berkata; " Surat apakah yang tuan-tuan terima? Apakah sebabnya tuan-tuan sembunyikan daripadaku? Adakah ia membawa duka atau khabar suka? Jika ia khabar suka, tidakkah patut saya diberi sedikit saja daripada kesukaan itu? Kalau khabar itu mengenani diri saya sendiri lebih baik tuan-tuan terangkan kepada saya lekas-lekas, tidaklah patut tuan-tuan sembunyikan lama-lama jangan dibiarkan saya di dalam sakit menanggung perasaan yang ragu-ragu."

" Tenagkanlah hatimu, sahabat! Kehendak Allah telah berlaku, ia telah memanggil orang yang dicintaiNya ke hadratNya."

" Oh, jadi Zainab telah dahulu daripadaku? " tanyanya pula.

" Ya, demikianlah, sahabat!"

Mendengar jawapan itu kepanya tertekun, ia menarik nafas panjang, dari pipinya meleleh dua titik airmata yang panas.

Tidak beberapa saat kemudian, datanglah Badwi tersebut membawa tandu yang kami pesan, Hamid pun dipindahkan ke dalam dan diangkat dengan segera menuju Masjidil Haram, saya dan Salleh mengiringkan di belakang menurut Badwi yang berjalan cepat itu. Setelah sampai di dalam masjid, dibawalah dia tawaf keliling Ka`bah tujuh kali. Ketika sampai yang ke tujuh kali diisyaratkannya kepada Badwi yang berdua itu menyuruh menghentikan tandunya di antara pintu Ka`bah dengan batu hitam, di tempat yang bernama Maltezam, tempat segala doa yang makbul. Orang lain tawaf pula berdesak-desak. Dengan sifat sabar orang-orang Badwi mengangkat tandu ke dekat tempat yang tersebut. Hati saya sangat berdebar melihatkan keadaan itu, saya lihat muka Hamid, di sana sudah nampak terbayang tanda-tanda kematian. Sampai di sana dihulurkannya tangannya, dipegangnya kesoh kuat dengan tangannya yang telah kurus, seakan-akan tidak akan dilepaskannya lagi. Saya dekati dia, kedengaran oleh saya dia membaca doa demikian bunyinya:

" Ya Rabbi, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, di bawah lindungan Ka`bah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia.

Kepada siapa lagi yang saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan Engkau ya Tuhanku! Tidak ada suatu tali pun tempat saya bergantung, lain daripada tali Engkau, tidak ada pintu yang akan saya tutup, lain daripada pintu Engkau.

Berilah kelapangan jalan buat saya, saya hendak pulang ke hasrat Engkau; saya menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya.

Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali….."

Setelah itu suaranya tidak kedengaran lagi; di mukanya terbayang suatu cahaya muka yang jernih dan damai, cahaya keredhaan daripada Ilahi.

Di bibirnya terbayang suatu senyuman dan….sampailah waktunya lepaslah ia daripada tanggungan dunia yang amat berat ini, dengan keizinan Tuhannya, di bawah lindungan Ka`bah!

Pada hari itu selesailah mayat sahabat yang dikasihi itu dimakamkan di perkuburan Ma`ala yang masyhur.

SURAT ROSNAH YANG MENYUSUL

Dua minggu sudah kejadian itu, datanglah surat Rosnah yang dijanjikannya kepada suaminya itu, demikian bunyinya:

" Kekanda yang tercinta!"

Adinda kirimkan surat ini menyusul surat kawat yang dahulu. Zainab meninggal. Apakah dari itu lagi yang harus adinda nyatakan? Dia telah menanggung penyakit dengan sabar dan tawakkal, mula-mula adinda hendak sampaikan khabar ini kepada Hamid, sebab sentiasa Hamid menjadi buah mulutnya sampai saatnya yang penghabisan, tiba-tiba kawat kekanda datang pula, Hamid telah menyusul kekasihnya.

Demikianlah kedua makhluk yang tidak beruntung nasibnya itu, mudah-mudahan arwahnya mendapat bahagia di akhirat.

Adinda harus mengaku, bahawa jarang sekali kita bertemu dengan seorang perempuan sebagai Zainab. Tidak ada orang yang tahu tentang keadaan dirinya, kecuali ibunya dan adinda. Pendengaran yang sampai kepadanya, bahawa Hamid ada di Mekah mengobarkan kembali akan api yang telah hampir padam.

Lima hari sebelum ia meninggal dunia, pagi-pagi benar dia sudah bangun dari tempat tidurnya, mukanya lebih jernih dari biasa. Dengan senyum dia berkata, bahawa dia bermimpi melihat Ka`bah, dantara manusia yang sedang tawaf. Dia melihat Hamid melambaikan tangannya memanggil dia, supaya mendekatkan kepadanya, setelah dia mendekat dia terbangun…..

Lepas hari itu, tidak banyak bicara lagi, doktor pun datang juga memeriksai dia, tetapi ketika melihat wajahnya, mengertilah adinda, bahawa ubat yang dibawanya sebenar-benarnya ialah buat ibu Zainab, tidak buat Zainab lagi, sebab di tangga ketika dia akan pulang, jelas benar oleh adinda doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Pada malam 9 Zulhijjah panasnya naik daripada biasa. Kira-kira pukul dua tengah malam, dipandangnya adinda tenang-tenang, kemudian dilihatnya pula buku album yang terletak di meja tulisnya; adinda pun mengertilah apa yang dimaksudkannay. Adinda ambil album itu dan adinda buka. Demi dilihatnya gambar Hamid, jatuhlah dua titis airmata yang bulat dari mata yang telah cekung itu. Setelah itu diambilnya tangan ibunya, dibawanya ke dada. Maka dengan beransur-ansur, laksana lampu yang kehabisan minyak, bercerailah badannya dengan sukmanya.

Kekanda, demikianlah kematian zainab, dan sekarang suatu pula yang menjadikan was-was adinda, iaitu keadaan ibunya, bagaimanakah kelak perasaan perempuan itu kerana kehilangan anaknya.

Sekianlah dan buat semangat orang yang telah mati, adinda kirimkan salamku dan moga kekanda lekas pulang.

Adindamu
Rosnah


" Penghidupanmu yang tiada mengenal putus asa, kesabaran dan ketenangan hatimu menanggung sengsara, dapatlah menjadi tamsil dan ibarat kepada kami.

Engkau telah mengambil jalan yang lurus dan jujur di dalam memupuk dan mempertahankan cinta. " Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan.

" Kami pun dalam menunggu titah pula, sebab ada masanya datang dan ada masanya pergi. " Selamatlah, moga-moga Allah memberi berkat atas jiwamu dan jiwa Zainab."

Sunday, 6 April 2008

100k case~ is really good VITAMIN !

15 march 2008, saturday, parit perak- dalam masa 30minit presentation, aku closed 100k!! yuhuuuu!! rasa macam diberi VITAMIN! rasa seperti bateri yg lepas dicaj! syoknya! after 8months joined the bisnes finally i closed 'hot' case, eheheh. Alhamdulillah, thanks to my buddy yg sudi intro me to her parents... and now she and her mother will become my downline!
InsyaAllah i will work harder and never give up! To those guys yang kata aku tak leh buat tu 'lu pikir la sendiri'!!