Alhamdulillah aku ditemukan dengan tiga orang ustazah melalui kelas mengaji. Ustazah Zarina, Ustazah Masni dan Ustazah Zanariah.
Setakat ni nampaknya jodoh aku bersama dengan ustazah Masni. Banyak yang aku belajar darinya. Ustazah sambil mengajar mengaji memang selalu nasihat nasihat panas kan telinga kami.
Memang rasa terkena habis dengan batang hidung ni. Mashaa Allah. Dalam pada berdesing telinga semua tetap sebuah rahmat. Pertemuan yang tidak sia-sia. Taqdir yang indah.
Teringat pesan ustazah sejak covid melanda muka bumi Allah ni. Ustazah pesan untuk kita semua bangkit lagi. Ustazah cakap kalau sedih kalau susah hati kalau anxiety tu, baca baca lah Al Quran. Baca banyak banyak. Inshaa Allah, Allah angkat kesedihan tu. Allah ringankan kebimbangan tu. Macam tu je formula ustazah. ko ghase?
Lepas tu ada lagi formula tambahan yang ustazah bagi masa covid mula nak reda. Tapi sekarang kes dah naik balik kan. Stay safe semua. Kita jaga kita okay? Berbalik kepada formula ustazah Masni, masa tu ada anak murid ustazah tanya, apa ustazah boleh simpulkan dari wabak covid yang Allah timpakan dekat kita seluruh umat di dunia ni?
Jawapan ustazah adalah 3A.
ADMIT
Mengakulah kita ni lemah. Kita ni banyak dosa. Kita ni kurang bersyukur. Kita selalu rasa tak cukup. Kita ni kerdil sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan Zat Zat Allah yang Maha Besar dan Kuasa. Tengok lah bila covid ni seluruh dunia lock down. Tak kira siapa kita boleh kena virus yang amatlah kecil dan boleh membawa maut. Allahu Akbar! Virus tak pilih kita berpangkat ke kita kaya ke miskin ke famous ke apa ke. Takde takde. Semua orang kena. Semua orang takut. Begitulah jugak dalam ceramah ustaz Auni baru ni kata Raja Namruth yang sangat berkuasa bijak pandai sombong dan angkuh akhirnya dimatikan dengan seekor nyamuk yang masuk melalui hidung dia pergi ke otak. Mashaa Allah. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Masa covid ni jugalah ustazah kata Allah muliakan siapa yang Dia kehendaki termasuklah cleaners. Ustazah selalu cakap kita ni tak tahu siapa wali-wali Allah. Mungkin orang yang keje sapu sampah, yang keje cuci cuci tu. Sebab kita tak tahu amalan-amalan diorang nak dibandingkan dengan kita. Allahu. Terkedu. Kita tengok diorang hina, tapi di sisi Allah mereka lebih mulia dari kita. Allahu. Aku lah tu yang semua di atas yang aku bebelkan tu. Ha berbakul kena kat diri sendiri.

No comments:
Post a Comment