Manusia memang tak pernah rasa cukup. Cliche sangat ayat tu kan. Tambah-tambah orang sepertiku yang bersuami kan askar memang asyik rasa tak cukup kasih sayang suami. (Haha)
Mana tak nya setahun boleh kira berapa hari je suami ni ada depan mata. Dengan tugasan hakiki seorang tentera.. tak pe lah tak nak list pun tugasan dia tu.. sebab rasa beban sangat untuk aku tanggung.
Tambahan pulak baru² ni dapat newborn, lagi rasa tak tertanggung segala beban mengurus sebuah keluarga serta anak² sendirian. Tak lah sendirian sangat, sebab duduk dengan mak. Tapi yelah mak kita pun ada juga urusan dia. Tambah pulak sekarang abah diuji sakit kronik.
Setelah sekian lama bergelut dengan rasa tak cukup. Tapi entah macamana semalam aku rasa cukup. Cukup tu. Tak dapat nak ungkap. Ya Allah kekalkanlah rasa cukup ini dalam diriku.
Selalu sangat sangat aku harapkan suami ada je depan mata. Kerja jelah 9 to 5 tu kan. Tak yah lah keje lelebih. Dua tiga bulan takde. Balik kejap sambung latihan lah kawad lah kursus lah. Ituah ini lah. Haha. Tak boleh ke keje office hour je bang. Pastu sabtu ahad cuti. Pastu camtu je rutin keje ko bang. Jawapan nya boleh. Tunggu abang pencen eh sayang XD (wahahaha lagi sis rebel dengar jawapan sebegini).
Semalam ada program isteri tentera di kem seremban. Pastu macam biasa kan bila kita nak sangat sangat satu benda tu selalu Allah tak bagi. Allah nak ajar kita. Nak jadi cerita suami pun tak ada kena gi kawad kat PD sempena hari Tentera Darat. Kalau ikut sekarang ni rasa tak berdaya la sangat. Rasa nak drive jauh sikit sorang² pun tak mampu dah. Haha teruknya semangat yang hilang tu. Tapi apakan daya demi tugasan isteri seorang ketua kompeni wajiblah turun padang.
Kugagahi jua ke sana. Masa memandu macam² fikir. Tiba tiba macam dapat satu kata kata hikmah dalam diri. Allah berikan petunjukNya. Aku rasa macam ya Allah takpelah semua ni yang berlaku atas kehendak Engkau. Bukan kehendak makhluk. Telah Engkau kata aku boleh buat itu ini aku boleh lalui semua ni maka terjadilah semua ni. Bukan sebab orang suruh aku nak atau tak. Bukan. Fikiran pun melayang dengan hikmah tu. Terasa diangkat satu beban yang berat tu.
Tak cukup dengan tu, aku rasa gembira jumpa teman² seperjuangan BAKAT. Semua dorang ni melalui kehidupan yang sama seperti ku. Mungkin keadaan dan situasi masing² je berbeza. Kejutan demi kejutan hadir. Suami pulak muncul out of no where. Bila ditanya hari tu dia kata dia tak boleh curi² keluar sebab masa tu dia raptai penuh kawad. Pasrah. Tapi tak sangka last minute dia muncul dan hadir. Terasa bahagia dia ada. Terasa bahagia nampak dia. Mashaa Allah. Rasa yang lebih daripada cukup.
Majlis selesai dan nak balik. Sungguh rasa tak berkemampuan sangat nak ulang pandu balik KL. Walaupun dari seremban je. Serius. Faktor usia faktor anak kecil faktor emosi tak stabil semangat yang hilang. Name it. Banyak nya masalah aku ni. Astaghfirullah. Tup² suami cakap abang hantar sayang balik. Hah? Betul ke. Boleh ke. Ini bahagia yang tak tau berapa tinggi maqam dia. Ya Allah. Maha Suci Engkau. Yang Mampu Yang Berkuasa Memberi Menganugerahkan Mengurniakan. Segala segenap rasa ini.
Boleh abang hantar sampai ampang nanti drop abang kat LRT abang balik semula seremban naik komuter. Huhu. Sedihnya kan. Berjuang beno rasa. Tapi lega dan bahagia teramat sangat. Allah izin. Allah telah berkehendak ini berlaku.
Pegi la dating jap makan sikit sebelum mengadap 4 askar kat rumah yang dah mula taj keruan mana la mak dia tak sampai² lagi ni. Ha ha. Sorry kiddos izinkan ami bercinta kejap.
Sungguh Allah yang izinkan.
Kadang aku rasa nak seluruh hidup suami aku tu ada dengan aku untuk rasa cukup dan bahagia. Itu rasa aku. Itu logik aku.
Tapi benda yang mungkin tiga empat jam je boleh cukupkan rasa yang aku nak sangat sangat dan aku perlukan sangat sangat tu melalui rahmat kasih sayang Nya.
Subhanallah
Walhamdulillahi
Allahu akbar!
No comments:
Post a Comment