Wednesday, 28 November 2012

Breastfeeding so far...

Anakanda sudahpun 11 bulan dan genap tiga bulan kami di kem Pakit. Alhamdulillah dengan nikmat kesenangan dan keamanan hidup di tanah tumpah darahku mampu memberi yang terbaik buat si manja. Kalau difikir saat permulaan penyusuan susu ibu kepada si anak dengan segala susah payah dan perit jerih apalah sangat jika nak dibandingkan dengan nasib mereka di sana...

Dalam kesedihan meniti khabar dari Palestin, syukur kerana kita masih dapat kecapi keamanan dan keselamatan di bumi ini. Tapi tidak mereka yang sejak lahir hinggalah lewat usia belum pernah rasa walau sekali aman dan tenang meski di negara sendiri.

Ya Allah, kadang aku rasa takut sendiri kerana cukupkah aku bersyukur dengan segala nikmat Nya?

Hampir setahun menyusukan anakanda aku makin selesa dan enjoy. Sakit-sakit dan tangisan di awal breastfeeding telah ucap bye-bye kepadaku. Saat BF sekaranag sangat indah dengan pelbagai aksi dan posisi. He he. Tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tentu ibu-ibu di luar sana yang punya keazaman dan tekad menjayakan penyusuan susu ibu buat si manja walau dengan apa cabaran sekalipun merasai apa yang kurasai kini. 

Semoga nikmat yang terlalu banyak dan percuma ni tidak aku sia-siakan.



1 comment:

eimah said...

wah tahniah sahabat....btoi la kamu sgt kurus bertambah cengkung....ape kes???hahahah jeles sbb aku demok :p