Malam 22 Disember 2011, perut mengeras dan sakit sikit. Dia nak keluar dah ke ni? takpe rilek dulu. Mengikut kefahaman aku dari pembacaan, kelahiran hanya akan terjadi selepas sakit yang kerap iaitu selang beberapa minit dan seterusnya selang saat je. Tak lama lepas tu sakit hilang. Aku sambung tido. Bangun esok pagi, ada rasa sakit lagi. Tapi tak kuat. Sakit sikit je kat bahagian ari-ari. Beritahu mak, mak kata tunggu dulu tengok macamana. Dalam hati berkata, baby nak lahir birthday paknjang dia ke? 23 Disember... Tak lama lepas tu sakit hilang sampailah ke malam. . . Ok dia belum nak keluar lagi ni.. perasaan dah cuak jugak, tapi maintain cool. ;)
Selang dua hari dah tak sakit. Malam 25 Disember 2012, rasa sakit bahagian ari-ari datang lagi. Ok biar dulu tengok berapa jarak masa sakit. Malam tu dok belek album kawin. Sambil borak-borak dengan encik suami nun jauh di sarawak. Sambil beritahu dia hal sakit-sakit atau kontraksi tu dah mula. Malam tu sakit consistent setiap 10-15minit sampailah ke pagi. Jadi aku yakin bahawa si dia di dalam perut ni nak kuar dah kut. . . Cakap dekat mak, ok lah jom kita pegi hospital, kalo takde apa, balik semula. Bagi doktor periksa... hari tu pagi Isnin, tepat kandunganku 38 minggu. Perjalanan ke hospital tenang lebih kurang jam 9 pagi, tak sesak sebab cuti krismas, abah yang pandu.
Sampai hospital bitau kat kaunter pendaftaran nak beranak. Haha rasa lucu pulak cakap gitu. . aku betulkan balik, kata dah rasa sakit dan nak dekat due, jadi nak jumpa doktor mintak periksa. Ok lah pi naik tingkat atas tunggu giliran. Mak teman. Masuk jumpa doktor Ros nama nya. Memula doktor seluk nak periksa bukaan tu menggigil aku sakit rasa sampai naik ke kepala. Agaknya mak perasan terus usap kepala aku. Doktor kata ni baru sikit, nanti nak dekat bersalin lagi sakit, kalo tak tahan amek epidural okeh. Aku diam je endah tak endah apa doc cakap. Lepas dia keluarkan jari dia tu, dia kata dah buka 4cm ni, dah boleh beranak hari ni, pi siap-siap, breakfast semua dan masuk labor room.
Entah ye kenapa masa tu blur jugak. Aku bawak je diri ni seperti yang diarahkan doc. Cuma aku ingat nak sms suami je katakan aku akan beranak hari ni. Dengan harapan suami sempat sampai menyambut anak sulung kami, sebab doc kata kelahiran pertama biasanya terjadi antara 6-8jam (walaupun tau dah takdan punya nak sampai, huhu). Mak hantar pi wad, lepas tu keluar kejap katanya nak belikan aku bubur lambuk jual tepi hospital. Oklah, pihak hospital bagi dua keping roti (roti jew ker) aku pun makan. . Tak sampai berapa minit nurse datang bagi ubat 'membuang' suruh aku makan. Eh rilek dulu nak la makan bubur lambuk mak beli... Ok lah aku akur. Dah selamat buang segala, terus dia minta aku tukar baju dan masuk labor room. Masa nak ke labor room mak baru sampai dengan sebungkus bubur lambuk di tangan. Eh nak masuk dah? Makan dulu... err tak sempat mak.. yang nurse tu buat dont know je terus mengarah aku masuk bilik bersalin. Aku terus salam mak dan abah. Sampai hari ni masih segar ayat mak, ok jangan risau, senang punya jiyah beranak.. .
Masa tu lebih kurang pukul 10 pagi lebih sikit. Aku baring atas katil dan bermulalah sesi memecahkan air ketoban dan selit tiub untuk buang air kecil. Ya Allah ! Berapa kali ketua jururawat nama Shima suruh aku bertenang dan jangan keraskan badan. Tapiiii agaklah kak, sakit kot. ... kakak nurse ni macam garam gak la, haha garang ... aku pon tak kuasa la beramah tamah sangat walopun bayo seribu plus plus jugak. servis tak la best sangat. takpe la tu nak beranak ni, fokus najiyyah, fokus!
Jam besau betul sebelah kepala belah kanan aku tak silap. Aircond besau gak betul mengadap aku. Masa tu aku sorang je kat situ. takde orang lain yang nak bersalin ... aku mintak kakak nurse tutup airconditioner aku sejuk bena. kakak nurse letak hand phone nokia classic ku kat bawah bantal. Seingat aku lebih kurang pukul 10.30 pagi lebih aku mula rasa sakit yang amattt sangattt !
Kakak nurse mula 'menjual', nak epidural tak. Kalau dah bukak lebih 5cm dah tak boleh cucuk epidural ni. Aku diam seribu bahasa. Tergamam. Mana islamiknya hospital yang bagi gelaran islam ni? bukan ke sepatutnya dia nasihat aku supaya beranak secara semulajadi atau alami bak kata orang indonesia dari suruh aku amik ubat tahan sakit? (merujuk kepada kes biasa dan normal. . .unless kepada ibu-ibu yang dah sampai tahap tak mampu dan atas sebab-sebab tertentu, mungkin digalakkan ambil ubat-ubatan dan kaedah tertentu). Bukan lah nak kata diri aku ni kuat sangat, tapi aku agak kecewa dengan pendekatan mereka ni....... Aku terus diam. Tak kata iya dan tak kata tidak. Walaupun dua tiga kali lagi agaknya kakak nurse ni menguji psikologiku. Dalam hati aku hanya mampu memohon Allah permudahkan kelahiran ini dan betul, masa ni rasa baru mampu berserah kepada Allah secara total. Bila kita tahu tak ada siapa lagi dapat tolong kita kecuali Dia.
Aku mengerang kesakitan dengan hebatnya. Allah, Allah, Allah!
Sedang mengerang sakit sampai genggam tepi katil, apa-apalah yang mampu dicapai dek tangan, masuk pulak makcik indon cleaner ke dalam bilik, pandangannya biasa.. munkin dah biasa tengok orang sakit beranak agaknya, cepat aku tukar ekspresi wajah, control muka haha. Sempat pulak eh. Lepas makcik cleaner keluar, wajah aku berkerut-kerut 1000 semula...
Sekali sekala kakak nurse garam tu masuk. Dia sorang je handle aku... lama jugak dia keluar bilik pastu baru dia masuk kejap tengok aku. Sempat la dia suruh aku sebut Allah, Allah daripada aku dok mengerang ke merengek tah apa bunyi yang keluar dari mulut ni... Sempat aku toleh ke jam, sakitttt yang amat sangat tu kata orang bak terputus pinggang atau rasa boleh ke hidup lagi ni... selang kurang seminit... maknanya kelahiran semakin hampir kut...
Kak, saya nak pi toilet la rasa macam nak terbuang air besar... betul ke ni? betul kak... takpe la teran je sini.. eh jap biau bena kak... ok jap kak cek dulu bukaan dah berapa... ok kakak cabut tiub buang air kecil ni.. aku terus menahan sakit sampai nak jatuh katil. Kakak nurse suruh aku ke tengahkan badan sikit je pun rasa dah tak mampu. Allah.... Allah...
Kak saye dah tak tahan sangat ni kak..saya nak teran... kakak nurse cuba ya tak ya pujuk aku bertahan. Aku rasa sakit luar biasa di bahagian bawah pinggang... sedang kakak nurse cuba mengurut aku bahagian pinggang.. aku cakap bukan sakit di pinggang, sakit di bawah lagi... eh ye ke.. meh saya cek.. hui dah buka dah ni... tak dengar berapa cm.. Aku masih sedar walaupun menahan kesakitan yang amat sangat, kak nurse membuat panggilan telefon... bercakap dengan Dr Ros... doctor, patient ni nak bersalin dah... bla bla bla... tak ingat apa butir nya.. selang berapa minit doktor turun.. sorang je? suami takde ye. . alahai kesian nye.. ok kita akan tolong awak bersalin, ikut arahan...nanti bila saya suruh push baru push...
1... 2... 3.... Pushhhh !! ok !! good !! pandai !! (haha macam jawab soalan dalam kelas masa sekolah rendah pulak rasa hati ini..)
2 kali terannn, blup!
Doktor angkat tubuh mungil ke atas tunjuk padaku... dalam hati, Ya Allah, dah keluar anak aku... Alhamdulillah... tepat jam 1.10 tengahari pada 26 Disember 2011 lahirlah seorang puteri, dan kedengaran laungan azan Zuhur dari Masjid Jamek Kg Baru...
Hilang semua rasa sakit. Lega... Ya Allah ya Rahman ya Rahim... terus telefon encik suami, dah selamat abang... dah selamat... syahdu rasanya..berlinang air mata... anakanda kami diazan dan diiqamatkan oleh abah ku yang tunggu di luar bilik bersalin. Semua gembira menyambut kelahiran cucu dan anak buah pertama keluargaku. Syukur atas upaya dan nikmat ini...
Ayatul Husna binti Noor Azlan, anak dan amanah kami, hari ini telahpun satu tahun satu minggu.
1... 2... 3.... Pushhhh !! ok !! good !! pandai !! (haha macam jawab soalan dalam kelas masa sekolah rendah pulak rasa hati ini..)
2 kali terannn, blup!
Doktor angkat tubuh mungil ke atas tunjuk padaku... dalam hati, Ya Allah, dah keluar anak aku... Alhamdulillah... tepat jam 1.10 tengahari pada 26 Disember 2011 lahirlah seorang puteri, dan kedengaran laungan azan Zuhur dari Masjid Jamek Kg Baru...
Hilang semua rasa sakit. Lega... Ya Allah ya Rahman ya Rahim... terus telefon encik suami, dah selamat abang... dah selamat... syahdu rasanya..berlinang air mata... anakanda kami diazan dan diiqamatkan oleh abah ku yang tunggu di luar bilik bersalin. Semua gembira menyambut kelahiran cucu dan anak buah pertama keluargaku. Syukur atas upaya dan nikmat ini...
Ayatul Husna binti Noor Azlan, anak dan amanah kami, hari ini telahpun satu tahun satu minggu.
Ayatul Husna genap satu tahun, Alhamdulillah
7 comments:
jiyyy..nanges aku baca weiii..sebak + syahdu...takutnyer nk beranak...huhuhuhu...ayu
kak jiyyah, rasa sebak, terkenang saat di labour room dan saat keguguran tahun lepas.. ;(
Ayu: secebis pengalaman biasa, kamu lebih hebat menanti dgn sabar dan ujian. Smg Allah permudahkan segalanya untuk kamu lahirkan cahayamata setelah 6tahun penantian
Sham.... Sorry to hear. 2nd pregnancy eh. Insha Allah smg ada rezki yang lebih baik buat sham n suami atas ujian tu.. .
...... nak peluk ..... :'(
ok boleh jual emas boleeeehhhh!!! :D
kak jiyyah epidural tu ubat tahan sakit ..kalau ibu yang tulang pinggulnye kecil utk senngkan baby tu kuar dr slalu bagi epidural iaitu ubat tahan dakit yang dimasukkan kesaraf tunjang kat tulang blakang.....hehehhe
skadar penjelan apa itu epidural dari dr muda
Post a Comment