Wednesday, 9 January 2013

Cak !

Hati tak henti berdoa semoga penumpang pesawat di sebelah ku seorang wanita. Macam biasa flight delay. Slogan tambang murah seolah memualkan. Bukan sahaja tak berapa nak murah, servis pulak macam dot dot dot. Seorang teman mencadangkan rancang dan tempah tiket perjalanan lebih awal dengan penerbangan Malaysia, boleh dapat lebih murah dari syarikat yang konon nya tambah murah ni, penerbangan Malaysia siap bagi 20kg percuma untuk bagasi. Syarikat tambang murah siap kena bayar setiap kilo! ok lah bukan cerita pasal servis penerbangan pun, cuma nak meluahkan sedikit rasa hati ni. Bila tengok seorang atuk cina tua berbaris hampir sejam menunggu masa untuk masuk ke pesawat, siap kena turun naik tangga lagi nak masuk pesawat. Hati jadi panas. Hello??? Takkan la syarikat korang yang bangga sangat boleh buat 'anyone can fly' tu tak boleh nak sewa tiub ke apa benda alah nama saya tak tau, yang menghubungkan terminal dengan pesawat, jadi tak perlu lah kami yang dah tak daya ni turun tangga dari terminal lepas tu panjat tangga naik pesawat pulak. Adoi. Kalau betul terlampau murah then fine kami terima servis macam sampah tapi, tak la murah sangat pun. Ok dah la tu.

Tibanya saat menaiki pesawat terlihat seorang lelaki cina bertubuh sasa, hampir penuh tempat duduk tu... sah! dia duduk di sebelah kiri aku. huhu. Tak lama lepas tu muncul seorang jejaka anak mami bertanyakan nombor tempat duduk barisanku. Dia juga sibuk menguruskan tempat duduk ahli keluarganya yg lain. Kemudian dia muncul semula untuk duduk di sebelah kananku tepi tingkap pesawat. . . Fuh. Dah la dengan sempit nya dikepit pula dua orang lelaki, ditambah pula aku memegang intan payung ku ini yang semakin hari semakin aktif !

Cak! cak ! cak! (tak, tak, tak) masih belum boleh sebut ca ce dengan tepat...

Bermula lah aksi main cak cak anak dara aku ni. Dia pandang uncle sebelah kiri dia, cak! kendian dia pandang bro sebelah kanan dia, cak cak! Amboi bukan main ramah awak ye. Ibu senyum je tengok keletah anak sorang ni. Orang lain nak senyum ke tak biar lah diorang he he. Tak cukup dengan tu, dia cuba menjenguk di celah seat untuk ber cak cak dengan orang belakang dan mengintai di celah seat depan melakukan aksi yang sama dengan penumpang di hadapan. Oh anak ku! Dalam pada rasa geli hati aku dah mula cuak sebab si anak semakin aktif dan teruja. . . Sempit tak sempit, pakcik ke bro ke aku dah tak kisah aku selak juge dengan penuh hati-hati supaya dapat menenangkan si anak dengan menyusukannya.

Bayangkanlah seat yang sempit dengan duduk di tengah antara lelaki tu, si anak mula tidak keruan. Rimas lemas agaknya... Panas! entah kenapa rasa panas sangat penerbangan kali tu, aku siap kipas si anak dengan majalah yang ada. Si anak mula menjerit manja he he. Belum tahap mengamuk sakan dan aku masih mampu mengawal keadaan tapi entah sampai bila sungguhpun penerbangan hanya sejam 40 minit. Tiba-tiba datanglah pramugara menawarkan tempat duduk kosong di bahagian belakang pesawat kepada pemuda di sebelah kananku. 'encik, ada seat kosong di belakang...' 'oh ya, ok saya ke belakang...' 

Syukur. Akhirnya keadaan semakin selesa dan tenang bila si anak tidur dalam pangkuanku... 15 minit sebelum mendarat, dia terjaga dan mula ber 'cak cak cak' semula ! hi hi hi.



- abang, lepas ni kalau sayang fly sendiri dengan Husna tetap kena ambil dua seat ;o

2 comments:

nasaoji said...

"abg' berkemampuan amik seat tuk ank tu..aku awal2 fly ngn sufi pun, aku amik seat tuk dia, sbb tau akan jd gtu.. ;p

nusk said...

haha tak terfikir sebab masa booking tiket husna belum pandai cak cak !