Wednesday, 27 June 2012

Antara Dua Tuntutan

Pagi semalam duduk sarapan dengan abah. Topik pagi yang abah kongsikan semalam ialah 'antara dua tuntutan'.

Abah: Jiyah hang tau tak. Beza antara tuntutan haji dan tuntutan menuntut ilmu?
Aku diam sambil terus mendengar.

Abah: Bezanya, haji dituntut hanya untuk mereka yang mampu. Sedangkan ilmu tu wajib dituntut tak kira pada mereka yang mampu atau tak.

Aku hanya mengangguk.... Sambung abah..

Abah: Jadi tak perlu lah orang yang ada duit lebih tu pi buat haji sampai 2,3,4 kali.... cukuplah sekali seumur hidup ni, dan selebihnya wang tu disalurkan kepada anak-anak orang miskin atau siapa saja yang memerlukan untuk memenuhi keperluan mereka menuntut ilmu.

Oh rupanya timbul tuntutan ketiga! Iaitu tuntutan kepada orang yang berduit tadi untuk membantu orang yang tak berduit atau susah supaya dapat menuntut ilmu.

Wallahu 'alam.

: topik dipetik dari ucapan YBhg Dato' Dr Siddiq Fadzil seorang intelek rakyat pada majlis makan malam amal sebuah kolej rakyat, Kolej Dar Hikmah (disebut kolej rakyat kerana pembinaannya atas sumbangan rakyat yang sedar dan faham akan tuntutan tersebut)

No comments: