Saturday, 16 June 2012

Catatan BF (Bhg 2)

Nak dijadikan cerita, tepat selepas dua minggu kehadiran Husna di alam ni, maka bermula lah perjalanan yang sangat jauh dan panjang dalam sesi penyusuan susu ibu ni untuk aku dan anakanda tersayang. Pada hari ke 15 kelahirannya, betul-betul lepas majlis Aqiqahnya dan cukur rambut Husna, pertama kali B aku bengkak. Terkejut. Sebab selama dua minggu tak bengkak. Bila kawan cakap sakit nya yang teramat sampai nak demam dan tak boleh nak angkat tangan. Allahu Allah! Baru lah aku tahu sebab bila dengar orang cerita aku cuma ambil mudah sebab tak terlintas akan jadi dekat aku.

Bila dah macam tu aku mula gelabah dan menangis tak tahan sakit. Suami apa lagi panik jugak. Dia terus tolong panaskan batu tungku untuk dituam dan mak pun membantu. Aduuuu duuuu sakitttt sangat. Ya Allah, ampunilah dosa hamba Mu ini. Aku terus menangis. Husna masih perlukan susu, nak tak nak, sakit sangat pun aku suakan jugak B aku ni. Sebab tu je cara yang terbaik kurangkan bengkak dengan memberi susu pada bayi supaya terus dihisap. Aku cuba jugak pam beberapa kali. Tapi hampa. Kalau ikutkan sepanjang penyusuan ni sesi pam aku belum lagi berjaya. Entah kenapa. 

Macam-macam benda aku buat, dari pam, tuam, urut, dan akhirnya sebelum 24jam bengkak tu hilang. Lega. Seriknya rasa jangan cakaplah. Tak sampai seminggu rasanya selang beberapa hari je bengkak jadi balik! Uwaaaaa.. aku menangis semahunya. Ditambah suami yang jauh di sisi masa tu rasa down nye dan tak mampu nak hadapi ..... Mujurlah ada mak dan adik-adik perempuan yang sedia membantu. ..... Air mata aku terus mengalir sampai kadangkala teresak-esak seperti anak kecil.....

Aku cuba untuk pam lagi pada hari dan minggu berikutnya tapi gagal lagi. Aku give up. Aku cuma berserah je sambil berharap susu berjalan lancar. Bila dah bengkak macam tu bermacam andaian aku buat. Mungkin sebab si anak hisap slow, jadi susu tersumbat. Atau mungkin salah posisi ke, atau aku tak pam ke, atau tak urut ke, salah makan ke tak mungkin sebab aku masih berpantang.... Sampai mak pun pelik tengok masalah B aku yang berlarutan. Selalunya yang orang cerita tu B bengkak masa awal-awal je sebab belum diurut, kira lepas urut bengkak susu, takde lah masalah ni lagi. Tapi aku tidak sama sekali. Bengkak terus berulang dan berulang sampailah tempoh tamat pantang............lebih 40 hari... seksa nya rasa. Ya Allah... Engkaulah yang menyembuhkan segala penyakit....

30 hari... first and last check up for Husna

.....bersambung

2 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

PENGALAMAN TU DIK :)

ENJOY UR B/FEEDING MOMENT :)

SEMOGA HUSNA MENJADI ANAK YG SOLEHAH DUNIA DAN AKHIRAT..I'ALLAH

nasaoji said...

tak apa, rezki kamu merasa...sekurang2nya dah rasa sakitnya, utk kami yg tak merasai lg, mampu berdoa djauhi n tabah hadapi! :)