Wednesday, 13 June 2012

Catatan BF (Bhg 1)

Bismillah...

Rasanya nak la jugak buat catatan penuh tentang perjalanan penyusuan susu ibu ni. Kalau sebelum ni main corat coret sikit-sikit ala ala bermadah gitu, hari ni rasa semangat pulak nak cerita dari hari pertama anakanda Ayatul Husna dilahirkan sehingga ke hari ni usianya sudah 5 bulan, 18 hari. Alhamdulillah.

Pada detik bersejarah kelahiran Husna tanggal 26 Disember 2011, aku tak terfikir langsung nak mintak nurse serahkan Husna kepadaku selepas sejam kelahiran. Walaupun hospital tu declare sebagai hospital Islamik, tapi jelas tak mesra penyusuan susu ibu. Tak seperti hospital kerajaan yang akan serah baby kat ibu sebaik sejam dilahirkan untuk sesi penyusuan. Sudahnya Husna hanya diserahkan kepada aku tu pun setelah diminta selepas 3 jam kelahirannya. Pastu Husna siap muak lagi, konfem la pihak hospital ni dah sumbat Husna dengan susu formula. Uhuk.

Gagalnya aku pada langkah pertama sebab tak menyusukan Husna sebaik sejam dia dilahirkan. Melalui suatu pembacaan (lepas dah berapa minggu bersalin..huhu ) adalah penting menyusukan bayi secepatnya selepas kelahiran untuk mengelakkan haid datang dengan cepat, supaya dapat menjarakkan kelahiran anak seterusnya secara semulajadi. 

Saat pertama kali aku suakan Husna dengan B aku ni dia terus je lekapkan mulut dia dengan perfect! Pandai nye heheh. Syukur sangat tak da masalah dia nak menyusu dekat B aku walaupun ada sesetengah orang yang menceritakan pengalaman mereka bayi dorang taknak langsung hisap B dorang sampai terpaksa pam dan beri melalui botol. Langkah kedua ni aku kira dah berjaya. Alhamdulillah.

Selepas 24jam di hospital aku dan Husna dibenarkan pulang ke rumah. Entah kenapa ye aku asyik fikirkan susu aku ni takde. So aku sanggup biarkan Husna diberi susu F. Sedangkan melalui pembacaan juga susu ni akan tetap ada dan cukup untuk keperluan bayi kita. Pada seawal usia bayi sehari dua dia tak perlukan banyak susu pun, cukup beberapa titis kolestrum yang keluar di saat awal penyusuan susu ibu. 

Hanya selepas hari ke empat setelah aku diurut, Alhamdulillah nampak susu mengalir keluar. Tapi tak la sampai memancut-mancut macam sesetengah orang ceritakan. Maka bermula lah sesi penyusuan susu ibu secara penuh antara aku dan Husna. Husna minum sikit sangat pada usia seminggu dua. Selebihnya dia memilih untuk tidur dan tidur... semua nya baik-baik aje sampai la hari ke 15 kelahiran Husna...

...bersambung... hehe boleh ?





2 comments:

Nadzifa Azam said...

I like! Hehe

Busbar said...

aku tak pandai nk berkongsi dgn mengarang pengalaman. tetiba teringat hadiah diary ko bagi masa di mariah dlu..cuba jugak buatcatitantapi tak lepas jugak..fail aku bab mencatat ni.haha..tu la terkejut jugak masa ziarah haritu dengar husna diberi susu yg macam org besa dok minum. sampai skrg aku rasa bersalah krn diamkn aje..tk cite cara bF kt ko awal pasai dok pecaya ko semangat nk bF. sori ek... hakikatnya kneadeilmu,semangat je tak cukup..aku pon masih belajar lagi ni..nekad nk full bF sampai faiq 2thn tanpa FM. rasa rugi fathiah dlu lps 6bln dh kne topup ngn FM pasal takda ilmu...ni nk share blog yg baru aku jumpa sgt membantu http://zahirahzainal.blogspot.com/