Saat hamil aku berniat menyusui anak sepenuhnya. Rasanya semua ibu punya impian yang sama macam aku, tinggal lagi pelbagai situasi berbeza yang wujud menyebabkan si ibu tak menyusui anak mereka. Entah kenapa aku begitu yakin sampai tak pernah mentally and physically prepared mengenai cabaran menyusu badan @ breastfeeding. Lepas dua minggu pengalaman breasfeeding bertambah mencabar dan menguji hati. Allahu akbar! Ujian yang membuat aku menangis tersedu sedan seperti anak kecil, sedangkan sakit luar biasa saat bertarung nyawa melahirkan si anak tak mengeluarkan setitis pun air mataku. Allah Maha Adil.
Beberapa kali hati merintih dan hampir putus asa. Sehingga satu tahap jika terpaksa aku sanggup carikan ibu susu buat si comel. Namun aku beruntung punya mak abah yang sangat pro pada breastfeeding (mak BF kesemua 8 orang anaknya, Subhanallah!). Tapi saat sakit datang, aku tak mampu menyusui si anak sehingga mak tak mampu melihat aku dan menawarkan susu formula. Mak kata dia tak seteruk aku dulu saat BF kami semua. Wallahu a'lam. Mungkin inilah secebis ujian alam ibu buatku.
Impian BF si permata hati sehingga dua tahun semakin samar. Eloklah aku target untuk enam bulan yang pertama ni dulu. Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus menyusui Ayatul Husna sehingga sampai waktu yang sepatutnya.
Bersabarlah hati, mungkin sikit waktu lagi aku pasti enjoy breastfeeding!
Bersyukurlah, masih diberi kemampuan menyusui si anak walau dalam segala kepayahan.
![]() |
| 44 days young with tok wan |
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan
cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar
kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena
anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban
demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan
kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas
keduanya. Dan jika kamu ingin
anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila
kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [al-Baqarah : 233]

5 comments:
SUBHANALLAH..CANTIKNYA DIA!
SEMOGA BERJAYA MENYUSUKAN AYATUL HUSNA SECARA EKSKLUSIF HINGGA 6 BULAN PERTAMA YE!
KALO MAMPU TERUSKAN HINGGA 2 TAHUN :D
ENJOY B'FEEDING!
tak pe la yang...mcm aku ckp kat kamu aritu....bagi la semampu dan terdaya....husna anak solehah....dia paham ibu mcm mane....anak yg istimewa :)....semoga dpt jmp kamu nnt...can't wait la :)
sabar yang banyak ye beb. insyaAllah dipermudahkan. jangan sedih2 tau.
momy ayam..hehhe...ops dah tak bole panggil momy ayam le...
akak, mabrok dah dapat baby, moga Ayatul Husna menjadi anak yg solehah,srikandi ummah :P
balik nnt nk jumpa Husna..
ji.. kalau dkt, bole gak akak bg susu akak kat husna kan.. =) smp hari ni susu akak baru nak kurang sket.. takde rezeki nak susukan Qaisara..
caiyok ji.. u can do it!
Post a Comment