Wednesday, 27 June 2012

Antara Dua Tuntutan

Pagi semalam duduk sarapan dengan abah. Topik pagi yang abah kongsikan semalam ialah 'antara dua tuntutan'.

Abah: Jiyah hang tau tak. Beza antara tuntutan haji dan tuntutan menuntut ilmu?
Aku diam sambil terus mendengar.

Abah: Bezanya, haji dituntut hanya untuk mereka yang mampu. Sedangkan ilmu tu wajib dituntut tak kira pada mereka yang mampu atau tak.

Aku hanya mengangguk.... Sambung abah..

Abah: Jadi tak perlu lah orang yang ada duit lebih tu pi buat haji sampai 2,3,4 kali.... cukuplah sekali seumur hidup ni, dan selebihnya wang tu disalurkan kepada anak-anak orang miskin atau siapa saja yang memerlukan untuk memenuhi keperluan mereka menuntut ilmu.

Oh rupanya timbul tuntutan ketiga! Iaitu tuntutan kepada orang yang berduit tadi untuk membantu orang yang tak berduit atau susah supaya dapat menuntut ilmu.

Wallahu 'alam.

: topik dipetik dari ucapan YBhg Dato' Dr Siddiq Fadzil seorang intelek rakyat pada majlis makan malam amal sebuah kolej rakyat, Kolej Dar Hikmah (disebut kolej rakyat kerana pembinaannya atas sumbangan rakyat yang sedar dan faham akan tuntutan tersebut)

Saturday, 16 June 2012

Catatan BF (Bhg 2)

Nak dijadikan cerita, tepat selepas dua minggu kehadiran Husna di alam ni, maka bermula lah perjalanan yang sangat jauh dan panjang dalam sesi penyusuan susu ibu ni untuk aku dan anakanda tersayang. Pada hari ke 15 kelahirannya, betul-betul lepas majlis Aqiqahnya dan cukur rambut Husna, pertama kali B aku bengkak. Terkejut. Sebab selama dua minggu tak bengkak. Bila kawan cakap sakit nya yang teramat sampai nak demam dan tak boleh nak angkat tangan. Allahu Allah! Baru lah aku tahu sebab bila dengar orang cerita aku cuma ambil mudah sebab tak terlintas akan jadi dekat aku.

Bila dah macam tu aku mula gelabah dan menangis tak tahan sakit. Suami apa lagi panik jugak. Dia terus tolong panaskan batu tungku untuk dituam dan mak pun membantu. Aduuuu duuuu sakitttt sangat. Ya Allah, ampunilah dosa hamba Mu ini. Aku terus menangis. Husna masih perlukan susu, nak tak nak, sakit sangat pun aku suakan jugak B aku ni. Sebab tu je cara yang terbaik kurangkan bengkak dengan memberi susu pada bayi supaya terus dihisap. Aku cuba jugak pam beberapa kali. Tapi hampa. Kalau ikutkan sepanjang penyusuan ni sesi pam aku belum lagi berjaya. Entah kenapa. 

Macam-macam benda aku buat, dari pam, tuam, urut, dan akhirnya sebelum 24jam bengkak tu hilang. Lega. Seriknya rasa jangan cakaplah. Tak sampai seminggu rasanya selang beberapa hari je bengkak jadi balik! Uwaaaaa.. aku menangis semahunya. Ditambah suami yang jauh di sisi masa tu rasa down nye dan tak mampu nak hadapi ..... Mujurlah ada mak dan adik-adik perempuan yang sedia membantu. ..... Air mata aku terus mengalir sampai kadangkala teresak-esak seperti anak kecil.....

Aku cuba untuk pam lagi pada hari dan minggu berikutnya tapi gagal lagi. Aku give up. Aku cuma berserah je sambil berharap susu berjalan lancar. Bila dah bengkak macam tu bermacam andaian aku buat. Mungkin sebab si anak hisap slow, jadi susu tersumbat. Atau mungkin salah posisi ke, atau aku tak pam ke, atau tak urut ke, salah makan ke tak mungkin sebab aku masih berpantang.... Sampai mak pun pelik tengok masalah B aku yang berlarutan. Selalunya yang orang cerita tu B bengkak masa awal-awal je sebab belum diurut, kira lepas urut bengkak susu, takde lah masalah ni lagi. Tapi aku tidak sama sekali. Bengkak terus berulang dan berulang sampailah tempoh tamat pantang............lebih 40 hari... seksa nya rasa. Ya Allah... Engkaulah yang menyembuhkan segala penyakit....

30 hari... first and last check up for Husna

.....bersambung

Wednesday, 13 June 2012

Catatan BF (Bhg 1)

Bismillah...

Rasanya nak la jugak buat catatan penuh tentang perjalanan penyusuan susu ibu ni. Kalau sebelum ni main corat coret sikit-sikit ala ala bermadah gitu, hari ni rasa semangat pulak nak cerita dari hari pertama anakanda Ayatul Husna dilahirkan sehingga ke hari ni usianya sudah 5 bulan, 18 hari. Alhamdulillah.

Pada detik bersejarah kelahiran Husna tanggal 26 Disember 2011, aku tak terfikir langsung nak mintak nurse serahkan Husna kepadaku selepas sejam kelahiran. Walaupun hospital tu declare sebagai hospital Islamik, tapi jelas tak mesra penyusuan susu ibu. Tak seperti hospital kerajaan yang akan serah baby kat ibu sebaik sejam dilahirkan untuk sesi penyusuan. Sudahnya Husna hanya diserahkan kepada aku tu pun setelah diminta selepas 3 jam kelahirannya. Pastu Husna siap muak lagi, konfem la pihak hospital ni dah sumbat Husna dengan susu formula. Uhuk.

Gagalnya aku pada langkah pertama sebab tak menyusukan Husna sebaik sejam dia dilahirkan. Melalui suatu pembacaan (lepas dah berapa minggu bersalin..huhu ) adalah penting menyusukan bayi secepatnya selepas kelahiran untuk mengelakkan haid datang dengan cepat, supaya dapat menjarakkan kelahiran anak seterusnya secara semulajadi. 

Saat pertama kali aku suakan Husna dengan B aku ni dia terus je lekapkan mulut dia dengan perfect! Pandai nye heheh. Syukur sangat tak da masalah dia nak menyusu dekat B aku walaupun ada sesetengah orang yang menceritakan pengalaman mereka bayi dorang taknak langsung hisap B dorang sampai terpaksa pam dan beri melalui botol. Langkah kedua ni aku kira dah berjaya. Alhamdulillah.

Selepas 24jam di hospital aku dan Husna dibenarkan pulang ke rumah. Entah kenapa ye aku asyik fikirkan susu aku ni takde. So aku sanggup biarkan Husna diberi susu F. Sedangkan melalui pembacaan juga susu ni akan tetap ada dan cukup untuk keperluan bayi kita. Pada seawal usia bayi sehari dua dia tak perlukan banyak susu pun, cukup beberapa titis kolestrum yang keluar di saat awal penyusuan susu ibu. 

Hanya selepas hari ke empat setelah aku diurut, Alhamdulillah nampak susu mengalir keluar. Tapi tak la sampai memancut-mancut macam sesetengah orang ceritakan. Maka bermula lah sesi penyusuan susu ibu secara penuh antara aku dan Husna. Husna minum sikit sangat pada usia seminggu dua. Selebihnya dia memilih untuk tidur dan tidur... semua nya baik-baik aje sampai la hari ke 15 kelahiran Husna...

...bersambung... hehe boleh ?





Cicak

Korang perasan tak sejak beberapa tahun ni, aku pun tak pasti lah bila exactly tapi aku mula perasan dalam setahun dua ni kot, cicak berjalan-jalan aka bersiar-siar kat lantai rumah... Betul tak? Eeishh geli geleman la jugak. Heh heh. Tak nampak dah cicak kat siling rumah seingat aku zaman aku sekolah rendah dulu kot. Gila dah lama haha. Tak kan dah 15 tahun cicak ni memain atas lantai. Ada kah ni petanda kepada perubahan suhu bumi atau apa-apa. Cemana cicak kat rumah korang? Pagi-pagi ni bukak topik cicak la pulak.





: esok-esok anak dara ibu dah mula berguling kat lantai jadi la kawan cicak... adeh

Friday, 8 June 2012

Temukan bahagia

Pagi isnin lalu, usai solat sunat dhuha dekat ruang tamu, aku bingkas bangun lipat telekung dan sejadah. Tetiba abah tegur.... "jiyah... abah tengok hang ni solat cepat sangat... sujud tu biarlah lama sikit... baru lah hang temukan bahagia dan ketenangan...."

Errrr malunya dah tua bangka, solatku masih ditegur. Ye memang betul ahkir-akhir ni kalo solat asyik la nak cepaaaaaaatt je. Entah apa yang aku kejarkan! Takut tak cukup rest ke, kejar masa sementara si anak tidur makanya semua benda nak cepat termasuklah solat. Tapi tahan pulak aku kalau dua jam si anak tidur menghadap netbook ni... T_T

Ya Allah, bantulah aku menunaikan ibadahku dengan khusyuk dan sempurna. Supaya aku temukan bahagia dan ketenangan itu... sungguh janjiMu itu pasti.


setenang pagi di tepi lautan, North Yorkshire ( ...and the memory remains in my heart)



Cumaniz mubarek olsun (Salam Jumaat yang barakah)
Peace ! ;-)

Tuesday, 5 June 2012

Cobaan

Cubaan satu dua tiga
He he he
Saja nak kata yang aku boleh update thru fon jek :p

Lupa

Dah nak sebulan macam tu. Tok asyik cerita zaman dia di kampung. Tanya orang di kampung. Terasa anak-anak dia masih kecil. Sedangkan dah masuk empat tahun tok duduk kat rumah mak abah ni. Sebelum ni tok selalu jugak cerita zaman-zaman dia muda dan sihat di kampung, tapi tak berpanjangan sehingga sebulan dua. Paling lama dia dok cakap dan perasan dirinya seolah di zaman dolu-dolu pun selama lebih kurang seminggu.

Pernah sehari tok yang dah tak boleh jalan sebab lutut dan kaki yang lemah, hanya mengesot untuk ke bilik air dan ke ruang tamu dari biliknya, aku terjumpa tok di bahagian luar tepi rumah! Suspen nya! Tak pernah dalam 3,4 tahun ni tok mengesot sejauh itu! Rasanya ada lah 20 - 30 meter jugak jaraknya. Rupanya tok kata dia nak pi bawah rumah, rumah tok kat Simpang Empat, Alor Setar rumah papan jenis atas, yang ada tiang tinggi tu, Bila nak balik semula ke dalam rumah dia dah tak jumpa jalan dan kepenatan. Sudahnya tok diangkat naik wheel chair dan dibawa masuk ke dalam rumah.

Sehari dua lepas aku berjumpa dengan kengkawan ni. Terbukak lah cerita nenek masing-masing. Bila aku cerita pasal tok, sorang teman ni kata, "oh... dia dah mula lupa tu jiyah... dah nak mula nyanyuk, sama macam nenek aku. Dia hanya ingat memori yang long term je, yang short term dia makin lupa..." 

Aku macam terkejut jugak. Tapi masih berlagak biasa. Nyanyuk ? Ish ye ke tak pernah pulak terfikir ke arah tu. Sedang mak, abah, makcik yang kerap tengok tok pun tak pernah cakap macam tu. Sungguh la sebab tak ada lagi pengalaman berdepan situasi ni. Arwah wan (atuk) suami kepada tok ni pun meninggal awal sebab strok. Atuk dan nenek sebelah mak pun meninggal dalam keadaan sihat-sihat, kiranya adalah sakit biasa, sakit orang tua macam tu je. Dan seingat aku, arwah moyang aku nenek kepada mak aku yang hayatnya lama sampai 80 tahun lebih, tapi dia tak nyanyuk, atau mungkin di penghujung usianya dia nyanyuk tapi dia tinggal dekat kampung jadi kami tak tahu.

Jadi baru lah aku faham... kenapa tok tak ingat sangat orang sekeliling dan keadaan sekarang ni. Yang masih segar dalam ingatan dia tu hanyalah zaman dulu-dulu je. Tambah kawan aku ni lagi... " siapa anak sulung perempuan mewarisi nyanyuk ni...." dah betul lah tu memang tok anak sulung dan perempuan pulak... dan iyer.... aku lah tu! Walaupun aku anak kedua tapi aku adalah sulung perempuan... (uhuk)

Sebelum ni aku pernah dengar kalau kita rajin mengaji, kita tak kan nyanyuk. Kalau ikutkan tok ni adalah guru mengaji masa di kampung. Tok ajar budak-budak mengaji. Aku hairan jugak kenapa tok boleh 'lupa'. Rupanya yang tok tak lupa tu adalah mengaji. Sungguhpun tok banyak lupa itu ini tapi tok masih mampu mengaji lagi. Paling menakjubkan tok mampu tegur panjang pendek bacaan orang yang mengaji depan dia tanpa melihat al-Quran ! Itu lah kelebihan nya. Orang yang rajin mengaji ni takkan lupa untuk mengaji lagi dan tak lupa pada ayat-ayat suci tersebut walaupun mengalami nyanyuk. 

Generasi 1 & 4: Moyang dan cicit pertamanya



: mula mengaji sikit-sikit, dengan harapan dapat khatam Ramadhan nanti...

Monday, 28 May 2012

J a u h

Rasa sungguh jauh dan mencabar perjalanan penyusuan susu ibu ni, namun Allah masih memberi rezki untukku memberi full breastfeeding kepada anakanda kami yang tercinta hingga ke detik ini.

Alhamdulillah...

 Happy 5 months young Ayatul Husna binti Noor Azlan

Wednesday, 29 February 2012

Usia

Ada apa untuk dikenang pada usia ni. Aku kira adakala kata-kata pujian penting bagi membina diri dan memaknai hidup ni. Mungkin perlu sesekali kita fikir dan zikir, muhasabah untuk mengenang diri. Tambahan di usia yang bertambah dari tahun ke tahun. Aku sendiri pun tak mampu ingat semua apa yang dah aku lalui selama hayat ni. Mungkin dedikasi kat bawah ni yang ditulis oleh adik aku, secebis pencapaian untuk daku kenang di usia ini. Terima kasih Adik! Entah bila kamu memerhati lantas menghargai daku, sedang kamu itu 'adik' :') Jangan kita lupa, bila bertambahnya usia, adik-adik juga meningkat dewasa, menjadi matang pula melihat hidup ini. Begitu juga bila bertambahnya usia, orang tua kita semakin dimamah usia...


February is the Month of



Love.

Because my first sister were born this month.

Tumblr_lxk41mpwru1qds1cqo1_500_large

Najiyyah.

Who was and is still Mum's bestest friend of all.
Was there through Mum's thick and thin.
Through rainbow and thunder.

I guess, it's normal for the first girl child to become
her Mum's best friend.
She is where Mum would spill her worries to
would share her happiness to
would ask for help from.

The one, who takes care of her younger siblings
the one who, couldn't go out freely to enjoy with her friends at such young age
for she has responsibility to babysit her brothers and sisters
and I tell you, she is great in that
in bearing her responsibilities as the first girl child.
That's amazing Kak, you are amazing.

The one who, left her study years early 
when she is just so talented and beautiful, lovable and likable by everyone
EVERYONE
just so that she could work to help Mum
maintaining the household's economy 
during the tough times of economical collapse nobody asked for.

Of course, no one would ask for misfortune
everyone wants a life full of luxury
taking pleasures in all the nicest moments one could be in
but I guess, that's what made you strong
stronger than you think you are
trust me, Kak. Trust me.

The lessons, the experiences made us wiser
do they not?

When you were the one
who helped Mum paid for our school bills
who helped Mum bought our school uniforms
who gave mostly all of the salary to Mum to lighten her burden
beautiful. Beautiful

Because for you, giving more to parents
will entitle us more
in rewards 
more in earnings 
more 
in a lot of things.

There's no wonder why when I became wild
you were like Mum
who got mad over things
who went disappointed for a lot of reasons
because you are our second Mum
Our second Mum.

Remember when you stayed at Kedah 
to take care of Tok for how many months
I 'remember'
frankly speaking Kak,
I don't think there would be others who would do it
but you did and you proved us
that you really have a good heart.

Do you see it, Kak?
Do you know that you absolutely have a good heart?
I hope you do, and I think you actually do know that
It's just that, you don't wanna get snobbish over it
Am I right?

Make good use of it, Kak
You are so much of the goodness
Please make use of it as you raise the first baby
Second and any coming out sooner or later
And I'm sure you are doing the best to raise her.
You and Abang Lan. Insya Allah.

I chose the above picture for you
because I think you are calm
yet mysterious and there's so much to discover
about you.

But as a sister
I hope that one day you could show us
the other you
who hasn't yet to surface
because I do believe, strongly
that the best is yet to come!
Insya Allah! :)

Tumblr_lxm34uivpp1qifvbeo1_500_large

Happy Birthday Kak, may Allah helps you fulfill your and hubby's dreams. Amin.

Let's fly the world Kak, we've kept silent for too long
and the world
it longs our soars. So LET'S! :D

(by: Musfirah Mohd Asri)

Happy belated 28th birthday to me. Not to forget, cik abe sayang. (nasib aku muda dari suami walaupun hanya sehari ;p ) Setahun sudah kita melayari alam rumahtangga, semoga bertambah barakah dengan kehadiran si permata hati. Kata sorang teman, jadi isteri dan ibu yang baik saja tak cukup syarat ke syurga, peranan wanita lebih dari itu. Pentingnya peranan wanita hari ini untuk turut membela nasib umat yang semakin pincang. Sebab kata abah pulak, masalah umat ni tak pernah selesai. Kalau tak hari ni, esok, lusa, mungkin setahun, dua tahun lagi, atau mungkin sepuluh tahun, kita mampu pula menghulur tangan yang menghayun buaian ini dan berjuang demi kesejahteraan mungkin anak seorang jiran, fakir miskin, si yatim piatu, atau siapa sahaja. Semoga kita semua mampu menjadi wanita perkasa itu. Amin ya Rabb!

: Anak ibu dah dua bulan, pandai senyum. Dapat nangis punya suka, meraung sekuat hati. 

Wednesday, 8 February 2012

Sin wau sin wau

Saat hamil aku berniat menyusui anak sepenuhnya. Rasanya semua ibu punya impian yang sama macam aku, tinggal lagi pelbagai situasi berbeza yang wujud menyebabkan si ibu tak menyusui anak mereka. Entah kenapa aku begitu yakin sampai tak pernah mentally and physically prepared mengenai cabaran menyusu badan @ breastfeeding. Lepas dua minggu pengalaman breasfeeding bertambah mencabar dan menguji hati. Allahu akbar! Ujian yang membuat aku menangis tersedu sedan seperti anak kecil, sedangkan sakit luar biasa saat bertarung nyawa melahirkan si anak tak mengeluarkan setitis pun air mataku. Allah Maha Adil. 

Beberapa kali hati merintih dan hampir putus asa. Sehingga satu tahap jika terpaksa aku sanggup carikan ibu susu buat si comel. Namun aku beruntung punya mak abah yang sangat pro pada breastfeeding (mak BF kesemua 8 orang anaknya, Subhanallah!). Tapi saat sakit datang, aku tak mampu menyusui si anak sehingga mak tak mampu melihat aku dan menawarkan susu formula. Mak kata dia tak seteruk aku dulu saat BF kami semua. Wallahu a'lam. Mungkin inilah secebis ujian alam ibu buatku.

Impian BF si permata hati sehingga dua tahun semakin samar. Eloklah aku target untuk enam bulan yang pertama ni dulu. Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus menyusui Ayatul Husna sehingga sampai waktu yang sepatutnya. 

Bersabarlah hati, mungkin sikit waktu lagi aku pasti enjoy breastfeeding!
Bersyukurlah, masih diberi kemampuan menyusui si anak walau dalam segala kepayahan.

44 days young with tok wan
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [al-Baqarah : 233]

Sunday, 22 January 2012

Qaisara

Qaisara... walaupun kita tak sempat bersua, pasti wajahmu indah, seindah namamu..
Semoga sayang tenang bertemu Sang Pencipta..
Syurga menanti buatmu sayang..
Ayah ibumu insan terpilih mendapat syafaat di hari pengadilan
Kenangan indah bersama ibumu sewaktu ibumu mengandungkanmu di bumi Pakit tak pernah terluput..

Tenanglah Qaisara sayang di sana... Semoga Allah memberi segunung ketabahan kepada ayahanda dan bondamu merelakan pemergianmu ke alam yang abadi. Pasti Qaisara menanti kalian di pintu syurga...

:dedikasi buat kekanda yang dikasihi Kak Asni, seorang teman yang baik aku kenal di Kem Pakit, salah seorang isteri army officer. Sama-sama pergi check up pregnancy di klinik kem .. berkongsi kisah suka duka kehamilan menanti kehadiran orang baru yang pertama. Namun Allah lebih menyayangi anaknya Qaisara yang hanya sempat dirawat di ICU selama 3 hari kerana jangkitan kuman dalam darah. (19 - 22 Jan 2012). Al-fatihah...

Thursday, 12 January 2012

al Wahhab


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemberi. Lahirnya si puteri yang dikasihi ke dunia. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillahi rabbil 'alamin. 

Tarikh: 26 Disember 2011 / 1 Safar 1433H
Masa: 1:10 tgh
Berat: 2.58kg

Nantikan entri seterusnya, kisah detik kelahiran si jantung hati, Ayatul Husna binti Noor Azlan.


nota: entri ini genap yang ke 200 :)

Wednesday, 21 December 2011

Termuda tertua

Sekali sekala bila terasa perut mengeras dan sakit (braxton hicks), mesti nak bitau nenek baby. Nenek baby pun keluarkan teori bahawa baby akan keluar tak lama lagi... boleh jadi tahun ni jugak. Nenek baby kata eloklah jadi orang yang paling muda, daripada orang yang tertua. Pak long baby pulak menyokong teori nenek baby, lebih baik jadi yang termuda. Maklumlah EDD baby 8 Januari 2012, ada jugak kemungkinan baby masuk kelab termuda dan juga tertua.

Baby pilihlah nak yang mana, mommy tak kisah. Yang penting terbaik untuk kita berdua dan semua. Termuda atau tertua tak penting, yang penting baby jadi anak soleh/ah, yang punya keteguhan iman dan amal untuk mengharungi cabaran zaman. Amin ya Rabb.

: 17 hari lagi... sabar dan syukur, hanya padaMU sebaik tempatku bergantung dan berserah



"Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana... " (ali Imran:6)


Thursday, 1 December 2011

Harta


Di suatu malam... Usai solat maghrib jemaah. Macam biasa sementara menanti Isyak, kami berbual anak beranak. Aku, mak, abah dan adik-adik. Topik biasanya santai je. Sembang punya sembang tersentuh bab harta abah. Bila sebut harta mesti orang ingat emas, tanah, rumah, ladang bla bla bla... tapi berbeza dengan harta abah... yang menjadi kecintaan dan kesayangan nya seumur hidup ni aku kira. Tak kan ada sesuatu benda atau perkara yang paling di'gila'i abah selain benda yang bernama kitab atau 'b.u.k.u.'

Pantang jumpa buku, abah pasti nak beli. Boleh kata semua topik buku ada kat rumah ni. Sampai aku rasa senang jugak masa belajar dulu bila nak buat assignment, kalau tak dan pinjam buku kat library, ada jugak sikit sebanyak sumber yang aku peroleh dari rumah ni. Asal sesiapa je bawak balik buku, atau dapat hadiah buku atau kitab/quran, abah mesti balutkan dengan plastik supaya tahan lama dan tak rosak. Boleh kata hampir setiap masa pasti ada je buku di tangan abah. Kalau aku kira mungkin lebih 1000 buah buku abah kat rumah ni.

Abah luahkan kerisauan tentang nasib buku-bukunya bila dia dah tak ada nanti. " Siapa ye yang akan jaga buku abah?"... walaupun aku rasa isu ni tak lah sebesar isu nak mengurus berbidang-bidang tanah, berbuah-buah rumah sewa, berekar-ekar kebun sawit atau getah... tapi hati kecik aku tersentuh dan tak sangka aku punya sensitiviti terhadap buku-buku abah ni. Senang cakap, aku dapat rasakan nilai dan harga 'harta' abah ni.

Takpe abah, jangan risau ok, kami adik-beradik akan pastikan nasib buku-buku abah ni terbela. Tanggungjawab yang berat jugak tu, seperti abah dah berwasiat. InsyaAllah mudah-mudahan harta yang bakal abah tinggalkan walaupun tak menjadikan kami kaya-raya tapi cukup sebagai manfaat dan panduan kepada kami anak-anak abah dan mungkin juga orang lain untuk mencapai bahagia serta berjaya dunia akhirat. Amin.

: tak nampak anak-anak abah yang 'gila' buku, harap bakal cucu-cucu abah mengikut jejak datuknya  mencintai harta yang satu ni.
: yang selalu mak sebut-sebut harta paling berharga, itulah... 8 harta 'bernyawa' dia.

Wednesday, 30 November 2011

Serik

Pusing kanan salah. Pusing kiri salah. Baring salah. Duduk salah. Jalan lebih sikit salah. Ape ni banyak nye salah... Belum cerita sakit. Sakit kepala, sakit belakang, sakit kaki, sakit pinggang. Betul ke ni? Semua nak sakit... 

Usia kandunganku hampir ke 36 minggu atau lebih tepat 9 bulan. Padan lah. Heh heh. Kalau fikir salah tu, sakit ni memang serik. Masa awal usia kandungan aku alami mabuk yang agak teruk. Fikirkan mabuk pun buat aku serik. Serik nak mengandung. Belum masuk bab bersalin. Bila tanya kebanyakan wanita lepas bersalin majoriti kata serik! Serik nak beranak!

Tapi betul ke serik? Aku rasa tak. Kalau ye takkan lepas tu mengandung dan bersalin pulak. Hihi. Itu lah lumrah kejadian wanita. Cemana rasa sakit,mabuk pun tak kan serik untuk memiliki cahaya mata lagi. Memang tuhan tu adil. Allah ciptakan wanita yang punya naluri kasih, cinta, sayang, tabah dan sabar untuk mengharungi saat sukar kehamilan dan kelahiran. Betul tak?

: ingin menikmati saat akhir kehamilan yg bakal dirindui; mengandung lah lagi! :p

Friday, 25 November 2011

Wordless friday













Alhamdulillah...
7 weeks to go!
Salam Maal Hijrah 1433.

Thursday, 17 November 2011

RM 100

Adakah pemberian RM 100 untuk setiap orang murid sekolah yang diberi sehari dua ni untuk mengaburi mata rakyat atau senang cakap pengundi pada PRU akan datang ni? Bayangkanlah berapa juta murid sekolah kat negara ni? Berapa juta RM diperuntukkan tu? Sedangkan juta-juta RM tu lebih layak diperuntukkan untuk sesetengah kekangan dan kekurangan dalam pembangunan negara ni, terutamanya pembangunan rohani, kebajikan, masalah sosial dan yang seumpama dengannya. 

Bukan tak leh bagi tapi buat la tapisan pada murid-murid yang layak seperti pendapatan ibu bapa yang rendah dari paras tertentu. Ini mak pak yang gaji puluh ribu pun dapat gak nak buat menda. Senang beno nak menghabiskan duit rakyat deme nih...


: pagi-pagi lagi dah tak puas hati..

Wednesday, 16 November 2011

32

Demi masa... kandunganku telah masuk 32 minggu / 8 bulan. Alhamdulillah tiada kata dapat aku lafazkan selain setinggi syukur pada yang Esa. Semuanya baik-baik belaka. Walaupun last check up berat badan naik mendadak! Kalau naik lagi next check up nurse kata kena minum ayor gula. Sume orang cakap tak sedap! Kalau termuntah, nurse paksa minum balik. ye ke :(

Si kecik dalam ni pun makin ligat, tapi aku masih dapat lena di malam hari walaupun seringkali terjaga. Sungguhpun aku rasa diri aku ok je. Rileks dan tenang, tapi selalu jugak sebak dan keluarkan mutiara dari mata ni. Tak lain tak bukan sebab teringat pada ayah si kecik. Dia selalu pesan, sabar dan bersyukur. Ada orang yang lebih teruji dari kami. Ye betul. Setuju.

Dalam saat-saat macam ni jugak walaupun aku terlebih sensitif tapi aku rasa mudah capai bahagia. Bila duduk sendiri, teringat momen si dia bancuhkan milo panas saat perut berkeroncong di tengah malam. Sarungkan stokin sebelum tido pada kaki yang dah mula cramp ni. Gosokkan belakang yang selalu sakit-sakit di saat diri semakin sarat... B.a.h.a.g.i.a ! Walaupun bukan selalu dapat dimanjakan tapi cukup untuk membuatku tersenyum sendiri bila mengenangkannya :) 

Itulah sebaik-baik penawar di saat aku mula rasa sukar melalui detik ini tanpa insan bergelar suami di sisi. Hanya pada Mu ku panjatkan syukur. Terasa cukup dan sempurna.




:jalan kedek-kedek, ada hati lagi nak pi baby expo kat MidV jumaat nih :p

Tuesday, 15 November 2011

Terbalik

Semalam pi check up di hospital yang aku dan suami rancang untuk menyambut kelahiran bakal cahaya mata kami. Sensorang. Lama pulak tunggu. Ingat private cepat lah sikit. Kebetulan doktor berkenaan ada sorang je dan orang pulak ramai. Hampir dua jam jugak aku tunggu nak jumpa doktor tu. Masuk je bilik, aku disambut dengan senyuman mesra dan bersalaman. Nice. Ramah nya doktor. Bagus. Doc baca kat butiran peribadi aku tulis kat pekerjaan; "sendiri'. Doc tanya keje apa tu? Emmm unit trust consultant doc...plus ada jual gold/dinar jugak... Dengan jawapan aku tu bermula lah consult terbalik dalam bilik tu. Memacam pulak doc tanya pasal unit trust/amanah saham/ASB..syariah ke tak ke..ok ke.. Aku pun jawab je lah mana boleh. Masalahnye aku tak sempat nak tanya itu ini pasal kandungan aku ... Macam tak puas hati gak la. Doc pulak tetiba kena rush pi operation room.. ada la 5 minit kot aku duk dalam bilik tu. Blur. Nak kuar dari pintu bilik tu, aku sempat la toleh dan senyum kat doc sambil bagi tip, "apa pun doc, kalo beli emas dalam setahun dua konfem untung, berbeza dengan saham...amek masa dan perlu prinsip long term and invest regularly.." Doc  agak excited dengar kesimpulan dari aku sebab katanya dia pun dah mula kumpul gold bar.. "oh really? Ok lah I nak bitau husben I, I jumpa sorang client hari ni kata gold is the best investment." Doc tersenyum puas. Tapi aku...

Hai laaa kan ke terbalik tu. Bawak balik scan pic baby yang aku tak faham :( again.


:atuk baby dah kuarkan sebeban buku pasal parenting, childhood, labor and delivery dari perpustakaannye.. Mommy main tengok-tengok gambar baby dan bebudak comel je dalam buku tu. Aci tak?

Tipu

Jangan la tipu... tak suka tau. Dah la nak dapat segulung diploma pun kena berhutang! Begini kah nasib rakyat Malaysia yang pakcik N cakap rakyat didahulukan? Haha emosi lak mak memalam ni. Mana tak nya punyalah aku pulun mengisi borang tawaran ujrah 1% PTPT-pu tu. Banyak songeh jugak la untuk menagih interest 1% berbanding 3% sebelum ni yang akan meningkat setiap tahun, yang menjadikan hutang ku berganda beribu dari pinjaman asal. Walaupun kome offer ujrah 1% yang agak meringankan beban membayo balik hutang tu tapi usoh le banyak songeh beno. Dah siap complete, cantik, wangi lagi siap buh bedak (haha aku tipu) aku isi borang tu, pos pakai setem beringgit-ringgit pun kome main tipu lagi. Terkejut jugak aku bila pos laju datang hantar balik borang perjanjian tu kata tak lengkap! Eh eh ... jangan la tipu, tolong lah! Kesian rasa kat diri sendiri yang tak habis lagi bayar hutang belajar ni sedangkan dah lebih 5 tahun aku tamat pengajian. Nak jadi mak dah pun.. Uhuk. Anak, belajar rerajin ye, esok boleh dapat sponsorship untuk belajar tinggi-tinggi...

: erk! tetiba kaki cramp, tolong! ye aku dah mula rasa cramp.. baby dah 2kilo;)