Thursday, 11 March 2010

Sarapan, filem dan novel

Sarapan dah pun menjadi rutin harianku kini. Sebelum ni selalu skip. Mungkin dah terbiasa dari kecik, makan takde peraturan. Bila dah besar, melalui pembacaan sendiri barulah tahu akan pentingnya sarapan dalam diet harian.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekaligus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualit, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.







Filem dan Novel


Baru menonton filem Indonesia, "Ketika Cinta Bertasbih" (youtube)diadaptasi dari novel cinta islami, Habiburrahman el Shirazy...belum sempat membaca novel tu, baru je download. MasyaAllah! indah betul jalan cerita dan dialognya. Masih ada filem2 cinta berunsur Islam yang meruntun hatiku...

Aku menjadi kagum pada penulis yang mampu berdakwah melalui penulisan2nya. Yang telah aku baca dari novel2 beliau seperti "Ayat-ayat Cinta, "Pudarnya Pesona Cleopatra" dan lain-lain lagi. Lalu pengkisahan dari sebuah buku dapat dilakonkan dan bisa menyentuh jiwa, membina rohani, serta menyegarkan ibadah harian...(aku telah jatuh cinta pada watak Abdullah Khaerul Azzam:))...

Bezanya filem ni berbanding filem Ayat-ayat Cinta ialah filem ni mendapat kebenaran dilakonkan di Al-Azhar, Mesir...manakala AAC tak mendapat approval dan dilakonkan di India. Filem ni juga dilakonkan oleh orang biasa yang diuji bakat, sebab tu mungkin lebih memberi kesan apabila orang yang melakonkan watak turut mengamalkan cara hidup Islam, tidak seperti kebanyakan artis2 yang sinonim dengan kehidupan yang jauh dari ajaran agama..jadi batas2 aurat dan pergaulan amat dijaga dalam filem ni..(padanlah aku pelik, yang perempuan tak langsung menampakkan rambut kecuali watak Elyana(pelakon Indonesia) dan tidak bersentuh laki wanita kecuali ketika Azam memeluk ibunya setelah 9 tahun di Mesir dan pulang ke Jawa Tengah)

Rasanya belum ada karya2 unggul ulama tersohor Indonesia Hamka yang telah difilemkan seperti Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk yang sangat menggetarkan jiwa sehingga membuatkan air mata jatuh berlinang merenung kelemahan diri...

Nowadays, di Malaysia juga telah muncul penulis2 yang berjaya menerapkan nilai2 agama melalui penulisan novel yang bersifat lebih terbuka,terkini dan santai tetapi masih mantap memperjuangkan nilai2 agama seperti....aku masih menanti filem Melayu yang mantop!

Semoga aku juga bisa berbakti buat umat tidak kira melalui apa jua medium sekalipun.


Sebelum layan filem Indonesa tu, aku tengok flem The Reader,(koleksi DVD rumah ini) lakonan Kate Winslet, juga adaptasi dari novel oleh penulis Germany. Filem tu agak 'biru', tapi aku tertarik untuk membaca novel dia. Mungkin lebih detail menceritakan kehidupan zaman Nazi di Jerman dan watak Hana Shmitz lakonan Kate winslet yang begitu ghairah setiap kali mendengar pembacaan dari orang lain kerana buta huruf instead of adengan dan plot2 'biru' yang agak ditonjolkan dalam filem tersebut. Kalo beli novel yang terpakai kat sini dalam 3pound boleh dapat. Selain tu, filem The Time Traveler's Wife juga inspired by best seller novel, yang aku rasa mungkin menarik untuk dibaca. Ada sesapa dah tengok atau baca those stories? Boleh la share...

Sabtu ni jugak ada aktiviti menonton filem 'Elis di Alam Fantasi' ...hehe at last baru nak tengok wayang after 3months lebih di England. Tak sabar!



...................................

"ya Allah, aku mendambakan kehidupan yang tidak lelah dek mengejar dan dikejar dunia...kerana ketenangan jiwa serta yang membuatkan sesebuah kehidupan itu sempurna hanyalah dengan berbakti ke jalanMu"

updated March 13th, 2010

Tuesday, 2 March 2010

Anugerah

Aku dedikasikan post kali ni khas buat teman-temanku yang telah dan bakal bergelar ibu, terbaru, sorang lagi teman, Uya yang telah selamat melahirkan putera sulungnya... Muhammad Zharif Adam bin Mohd Azmer. Alhamdulillah... sekejap nye masa berlalu...9 bulan tu tak la lama sangat kan...pejam celik pejam celik je...Emmm masa aku teman Uya checkup tu baby Adam kecik sangat2 lagi...just a few weeks i guessed... sekarang dah selamat keluar dari tummy ibu nye...

Last jumpa Uya in November last year, masa tu kandungan Uya lebih kurang 6bulan... yang lawak nye Uya tak nampak langsung macam ibu mengandung... sampai mak aku pun dok tanya betui ka si Uya tu mengandung?? Tapi hari2 terakhir dia preggy aku taktau lah cemana rupa..takde rezki tengok.. Imah aku sempat tengok masa wedding uya..Odah, Alhamdulillah dapat gak tengok dalam gambo..hehe... Wa..aku ingat time Imah kawin dok bawak Yussuf dalam perut... Yayat, sempat gak masa aku ada appointment kat Taiping, dia lah dok tunjuk jalan..perut yayat boolat gak wpun dapat anak laki,myb sbb Yayat amaaat kuruss..hehe..so aku buat teori kalo anak laki perut tak bape nampak..sebab Imah boolat beno time bawak Airis..jadi boleh tak nak teka, Odah mesti dapat baby boy..sebab perut tak nampak sgt...hehe

Actually bukan ape, ada la jugak cite aku pasal kelahiran kali ni disebabkan aku dok kerap jugak jumpa Uya...ye lah selain Ain, Dijah..Uya lah mangsa aku..huhu... biasanya petang2 lepas Uya balik keje, aku pi umah dia and tido sana...hahaha...itu lah antara aktiviti si isteri yang HJJ(hubungan jarak jauh)...siap boleh tido ngan member lagi tuh...aku pun tak tau lah nak kata..... bila terkenang macam lawak pulak... dan macam tak sangka je Uya dah jadi mommy...

Rasa macam baru je teman uya pi klinik untuk check up...tu kali kedua Uya checkup untuk kepastian adakah benar2 dia preggy? Lawak lagi, bukan si suami yang meneman si isteri, tapi aku ni ha....tak habis jadi pengapit nak jadi mak bidan ke pulak?? haishh...apa pun semua tu kenangan...maybe itu lah rezki aku untuk bersama kawan2 tersayang...ada le dua tiga orang yang sempat aku jadik pengapit deme...biasa yang takde adik pempuan la..kan.. Imah mmg aku dah tarik diri awal2 sebab Ada...pasni kalo yang lain nak kawin pun tak perlu khidmat aku dah sebab Fatin ada adik pempuan, Mar pon ada, Ain pun ada...mungkin... ahahah cik O'oi la perlukan khidmat aku tuh...ehehehe...

seronok nya kenangan berkampung kat kenduri kome...mengalahkan sedara mara je...ahhh rindu nya saat tu..tapi ada jugak kenduri yang aku tak dapat nak pegi...bukan rezki aku lah tu....and ada gak anak2 buah yang belum sempat aku peluk cium seperti Airis Puteri... InsyaAllah antara misi yang akan aku laksanakan sesampainya di tanah air adalah menziarah kome2 yang telah mendapat 'anugerah' sebagai ibu...


(aci tak,cik jie copycat je dari FB cik wa..hehe)

Lastly, selamat datang baby Adam. Semoga Adam membesar dengan sihat dan kuat, menjadi anak soleh, cerdik serta pembela agama, bangsa dan negara. Amin...

Wednesday, 17 February 2010

Sang kekasih

Hati terasa rindu dan sayu setiap kali mengenangmu. Ingin kujejaki bumi di mana engkau menyuburkan benih-benih cinta terhadap Sang Pencipta dan agama tercinta. Inginku berpijak pada tanah dan pasir, pada batu-batu yang dilemparkan kepadamu tatkala engkau tidak jemu menyebarkan rahmat di seluruh alam. Ingin rasanya aku disapa oleh debu-debu yang menjadi saksi kepada sifat hikmahmu. Aku rindukanmu. Aku mengharapkan syafaat darimu. Nantikanlah daku di taman syurga.

"Malu rasanya mengatakan cinta, kepada dia kekasih Allah, kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa. Ku pujuk jua hati dan jiwa, meluahkan rasa cinta membara, di dalam pujian ucapan selawat, tanda penghargaan seorang umat..."(Hijjaz)


Salawat serta salam buat Rasul junjungan Muhammad s.a.w.
Salam Maulidurrasul 1431.


Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW



Hanan & Insyirah's Iqra' session ^_^



Friday, 12 February 2010

Dari Durham ke Sri Aman

Duhai makhluk yang lembut hatinya

Aku tak ada siapapun kecuali Allah di hatiku

Aku ingin menjadi yang halal bagimu

Yang dapat dengan sepenuh hati mengecup keningmu

Sehingga tak ada lagi resah yang menyelimuti qolbu

Untuk redamkan tiap riak-riak harapan itu

Bukan semata untukku

Tapi juga untuk-Nya...

Karena ku malu saat merindu-Nya

Ku juga merindumu

Ku berdoa mengharap kepada-Nya

Ternyata juga karena ku mengharapkanmu

Maafkan aku...

Sungguh, jodoh bukan milikku...

Ketidaksanggupanku saat ini menyisakan sebuah kepasrahan

Ku kan kembali kepada Ar-Rahmaan

Harapan menjadi harapan

Dan biarlah menjadi rahasia tak terungkap sepanjang zaman

Jika ku pun pantas menjemputmu

Maka biarlah Allah yang mengantarkanku padamu

Di saat yang tepat

Dengan proses yang cepat

Namun sungguh pun bila kita tak bertemu

Maka biarkan menjadi kisah sejati

Yang tak akan pernah mati

Ya! tak kan pernah mati.


inspirasi 'Ayat-ayat Cinta'







Noor Azlan Husin, semoga beroleh usia ke-26 yang barakah.
Let the sparks fly out till the end!
:)









Info sharing for my 100th post:
Recognition of the Sarawakian crafts. Exhibit in The British Museum, London.


Friday, 5 February 2010

Bengkak yang cantik

Diri terasa macam nak kena beguk atau bengkak cantik. Sungguhpun begitu aku tak dapat nak mengesahkan sebab tak pernah kena sebelum ni. Cuma terasa sakit kat bahagian rahang, badan panas, sakit kepala. Antara simptom lain, selera makan tapi badan tak naik which I think it is beguk sebab aku makan banyak and feel badan tak naik dan setakat ni dah empat orang komen aku 'look slim'! ayyoo mana I nak carik nila? Aci tak beli pewarna biru bahan untuk buat pastri atau watercolor pastu tempek kat bawah pipi ni, since from my reading, I found that blue colour ada aura penyembuh. (dari zaman kecik2 pun biasa tengok warna biru kat pipi si pesakit beguk, tapi tak tau kenapa).

Jadi bangun je pagi tadi terus google 'beguk'...hahaha baru lah nak belajar semua apa kebenda nya beguk nih. Ia merupakan penyakit disebabkan virus. Bengkak pada kelenjar liur. Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit. Simptom lain yang aku rasa, sakit kepala-yes, demam(tak kot, cuma badan rasa tak sedap), mulut kering-yes,tanda yang lebih serius hilang suara tu takde lah pulak. Golongan wanita lebih mudah kena-yes! Dan beguk boleh dijangkiti melalui air liur (batuk, bersin, mkn, minum, etc). Petua orang2 tua pulak tak boleh tengok cermin...hehe banyak cermin kat umah ni besau2 pulak tu, mampukah aku mengelak?

Lain-lain punca, sebab kurang zat iodin, yang ada dalam makanan laut seperti ikan,sotong, etc. Mungkin juga sbb aku jarang makan sume tu, kat sini anak2 layan makan ayam kan so boleh kata everyday menu ayam sampai I pening dah fikir resepi nak masak ayam. Lepas tu pulak kaya dengan buah, yang boleh dikata jadi snek aku kat sini, di mana buah yang kaya asid tak sesuai dimakan waktu beguk sebab akan merangsang beguk tu...haha demikian lah sedikit cerita mengenai si bengkak yang cantik. Sedang berusaha mencari nila setitik...adakah dalam simpanan di rumah 9 Staindrop road, newton hall ini...

Wednesday, 3 February 2010

Kod E



If any products have been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes!

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270 E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.


Aku jarang sekali ambil berat pasal kod yang tertera di bungkusan-bungkusan makanan atau minimum yang aku makan dan minum selama ni. Berbeza di UK, aku lebih berwaspada bila membeli sesuatu produk makanan. Di sini tanda "V" iaitu simbol untuk "vegetarian" menjadi panduan untuk Muslim dalam memilih makanan halal. Sedang di Malaysia aku sering mengharapkan cop halal JAKIM untuk memastikan tahap kehalalan sesuatu makanan. Realitinya masih banyak tempat makan dan produk makanan di Malaysia yang tak mendapatkan cop tersebut, tapi aku selalu 'redah' je. Tanpa sedar, makanan adalah antara punca besar yang membentuk seseorang itu. Sebab makanan yang dimakan akan menjadi darah daging. Hopefully info yang ringkas ni berguna untuk aku dan semua dalam memilih makanan yang sumbernya Halalan Thoiyyiban.

Monday, 1 February 2010

Handbook 2010


Health:
1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king,
lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on
trees and plants and eat less food that is manufactured in plants...
4. Live with the 3 E's -- Energy,
Enthusiasm and Empathy

5. Make time to pray




6. Play more games




7. Read more books than you did in 2009 .


8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours.

10. Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.

Personality:
11. Don't compare your life to
others. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative
thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.


13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious
energy on gossip.
16. Dream more while you are awake

17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past.
Don't remind your partner with His/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.

21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school
and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every
argument. Agree to disagree...

Society
:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.

27. Forgive everyone for everything.
28.
Spend time w/ people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three
people smile each day.
30. What other people think of
you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change..
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come..
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.


Last but not the least:
40. Please Forward this to everyone you care about, I just did.


The family off to Liverpool due to visa matter. Me myself alone at home today and tomorrow. Salji turun lagi sehari dua ni. Tak selebat hari tu. Sejuk masih melampau. Kulit kering. Malas pakai losyen dan pelembap muka.Biarlah.Dua hari ni boleh buat acara bebas merdeka;)

hope muat untuk kaki maya yang panjang tu...

Wednesday, 27 January 2010

Apple Pie

Bahan untuk pastri:

250gm butter (satu buku)
1/2 cawan gula kastor (guna cawan kopi)
500 gm tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu segar (kalau takde boleh bancuh susu tepung)

Bahan untuk inti:

1 sudu besar butter
6 biji epal hijau
1 cawan gula merah halus
Tepung jagung (dibancuh dengan air)
Lemon, garam, serbuk cengkih (sebagai perasa)

Cara-cara membuat:

Masukkan tepung, butter, gula dan gaul hingga rata. Masukkan telur dan susu. Gaul hingga rata sehingga boleh diuli.

Gunakan rolling pin untuk membentuk pastri mengikut saiz bekas pembakar. Bentukkan dua bahagian pastri(bahagian bawah untuk cover bekas pembakar dan bahagian atas untuk menutup inti apple).

Untuk inti apple,kupas kulit apple dan potong kepada 6-8 bahagian dan buangkan biji serta bahagian tengah yang keras. Panaskan kuali, masukkan butter dan gula merah. Kemudian masukkan serbuk cengkih dan garam,(mengikut citarasa sendiri) kacau rata. Masukkan apple, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air, sedikit demi sedikit sehingga inti menjadi pekat. Kemudian tutup api dan perah sedikit lemon.

Kemudian masukkan inti apple ke dalam bekas pembakar yang telah di'cover' oleh pastri dan tutup inti dengan satu lagi bahagian pastri. Bentukkan atas pie tersebut mengikut kreativiti masing-masing menggunakan garfu dsbg.

Masukkan dalam oven. Bakar selama 30-40minit pada suhu 200 darjah selsius.

Siap untuk dimakan! :) it's yummy in my tummy (cute word aku belajar from hannan insyirah..hehe)

Aku tujukan resepi ini kepada cikgu Ruhinah yang katanya mengidam nak makan apple pie,yang lain juga boleh mencuba. Sekian, Selamat mencuba!






the very first dessert for the family..apple pie..of course! ;)

Wednesday, 20 January 2010

A Reporter


This entry is not exactly about the news. But is about the reporter(ehe). My sister, Nusaybah's first news(currently doing her internship at NSTP). Wishing you all the best sister!

Two babies need help for heart operation

2010/01/20

By Shahirah Abdul Hamid and Nusaybah Mohd Asri

KUALA LUMPUR: Two families are appealing for help to finance the cost of heart surgery for their children at Gleneagles Intan Medical Centre here.
Three-month-old Ong Kai Yu was diagnosed with multiple ventricular septal defects five days after he was born.

Ong's mother, Chong Yee Nee said his son's growth has been retarded due to his failing heart. He requires surgery, estimated at RM34,000, to correct the heart defect.

His father Ong Kah Wai, 33, is a construction worker earning less than RM2,500 while Chong, 31, is a housewife.

One-year-old Yap Kai Ling also suffers from a similar medical condition.

Yap's mother, Wong Yeen Hung, 23, said three months after her daughter was born, an aunt noticed that her nails and lips were bluish.

Wong said that Yap was often sick and easily tired. Her weak condition made her susceptible to viruses and she had been diagnosed with influenza A (H1N1). She also had a lung infection.

Wong's family has exhausted all their savings to pay for Yap's first operation.

She needs another operation, estimated to cost RM32,000.

Wong works as a cafe assistant and only earns RM700 a month while her husband Yap Jiunn Jiann, 28, who is a welder, earns RM2,200.

Those who wish to help can send a cheque made payable to The New Straits Times Press (M) Bhd with the respective patient's name written on the back to: The Cashier, Finance Department/Charity Unit, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, No. 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.