berikanku ruang, menyediakan bekal untuk pulang...
Wednesday, 3 February 2010
Kod E
If any products have been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes!
Aku jarang sekali ambil berat pasal kod yang tertera di bungkusan-bungkusan makanan atau minimum yang aku makan dan minum selama ni. Berbeza di UK, aku lebih berwaspada bila membeli sesuatu produk makanan. Di sini tanda "V" iaitu simbol untuk "vegetarian" menjadi panduan untuk Muslim dalam memilih makanan halal. Sedang di Malaysia aku sering mengharapkan cop halal JAKIM untuk memastikan tahap kehalalan sesuatu makanan. Realitinya masih banyak tempat makan dan produk makanan di Malaysia yang tak mendapatkan cop tersebut, tapi aku selalu 'redah' je. Tanpa sedar, makanan adalah antara punca besar yang membentuk seseorang itu. Sebab makanan yang dimakan akan menjadi darah daging. Hopefully info yang ringkas ni berguna untuk aku dan semua dalam memilih makanan yang sumbernya Halalan Thoiyyiban.
2 comments:
aku mati mati ingat kod E gitar...;p..nice info fren
haha so far aku tau Kod E piano je.. gitar belum lagi walaupun teringin jugak nak blaja..
Post a Comment