250gm butter (satu buku)
1/2 cawan gula kastor (guna cawan kopi)
500 gm tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu segar (kalau takde boleh bancuh susu tepung)
Bahan untuk inti:
1 sudu besar butter
6 biji epal hijau
1 cawan gula merah halus
Tepung jagung (dibancuh dengan air)
Lemon, garam, serbuk cengkih (sebagai perasa)
Cara-cara membuat:
Masukkan tepung, butter, gula dan gaul hingga rata. Masukkan telur dan susu. Gaul hingga rata sehingga boleh diuli.
Gunakan rolling pin untuk membentuk pastri mengikut saiz bekas pembakar. Bentukkan dua bahagian pastri(bahagian bawah untuk cover bekas pembakar dan bahagian atas untuk menutup inti apple).
Untuk inti apple,kupas kulit apple dan potong kepada 6-8 bahagian dan buangkan biji serta bahagian tengah yang keras. Panaskan kuali, masukkan butter dan gula merah. Kemudian masukkan serbuk cengkih dan garam,(mengikut citarasa sendiri) kacau rata. Masukkan apple, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air, sedikit demi sedikit sehingga inti menjadi pekat. Kemudian tutup api dan perah sedikit lemon.
Kemudian masukkan inti apple ke dalam bekas pembakar yang telah di'cover' oleh pastri dan tutup inti dengan satu lagi bahagian pastri. Bentukkan atas pie tersebut mengikut kreativiti masing-masing menggunakan garfu dsbg.
Masukkan dalam oven. Bakar selama 30-40minit pada suhu 200 darjah selsius.
Siap untuk dimakan! :) it's yummy in my tummy (cute word aku belajar from hannan insyirah..hehe)
Aku tujukan resepi ini kepada cikgu Ruhinah yang katanya mengidam nak makan apple pie,yang lain juga boleh mencuba. Sekian, Selamat mencuba!



the very first dessert for the family..apple pie..of course! ;)
6 comments:
time kasih hihi..
sama-sama...nanti dah buat post kat blog tau..aku nak cek kualiti nye..ehehehe XD
kakkkkk. bestnyaaaa. making the most of your time thereee? heee, greatttt i love you! :) kak adik nak beg sisley boleh tak? adik nak nak nak nak!!! :D kat sana boleh dapat murah kot :D
bagi design dan anggaran harga di malaysia..Sisley tu jenama kah. ampun im not good on branded goods. ahah.
try search internet area Newcastle or Durham kat mana ada. Ok?
Sesekali buat la pek nga pulak...itu mknan kak wan kt msia nih.. hehe...pie orang melayu.
Tahniah!!!! Sahamn Jiah dah sampai tahap melambung...
ahaha harap melambung sampai la dok umah mak and umah sndri nanti. Amin
Post a Comment