minyak urut yang beku
Media melaporkan musim sejuk kali ni adalah yang terburuk di England selama 13 tahun. Maknanya sejak tahun 1996/97 musim sejuk tak seteruk ni di England. Aku pun dah tak tahan menahan kesejukan yang melampau. Sekarang suhu sekitar kosong ke negatif 6. Mungkin setelah 13 tahun, aku terpilih untuk merasa kesejukan yang boleh dianggap maksima ini. Kerana bumi England tidak seperti musim sejuk di Amerika dan beberapa buah negara lain. Negera England yang berbentuk pulau ini biasanya menghadapi suhu-suhu pertengahan, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Keadaan di tempat tinggal aku boleh dikatakan masih baik sebab sekolah dapat dibuka seperti biasa. Ada juga beberapa buah sekolah di sini dan di tempat lain terpaksa ditutup termasuklah jalan dan lain-lain sebab salji yang semakin menebal. Baru lah aku faham, bila musim sejuk ni sama la kes dengan musim banjir di Malaysia. Ada juga beberapa kematian dilaporkan dek kerana kesejukan ini. Cuma aku masih tak dapat nak buat kesimpulan, samada impak salji atau banjir yang mana lebih teruk (malas fikir dan mengkaji, nanti update).Mula-mula salji turun rasa syukur dan nikmat melihat kejadian Nya yang aku anggap unik. Tapi bila dah nak masuk sebulan, salji semakin hari semakin turun tak berhenti...rasa 'sesak' pulak. Mana tak nya, sejuk memanjang, sampai beku tangan kaki, kulit sampai jadi kering dan naik rashes, bila naik rashes jadi gatal-gatal kulit pun buruk (tak terlarat rasanya letak losyen dan minyak pelembap). Tak boleh nak keluar rumah sangat. Kereta selalu stranded sebab jalan licin. Bila salji mula beku, jalan jadi licin. Dan bila salji mula cair pulak, jadi lecah. Pejalan kaki pun dah jadi robot dan jalan ala-ala clown sebab nak menapak atas ais bila salji mula membeku. Bila salji tebal pulak macam jalan atas pasir, tenggelam kaki-kaki ni ditambah lagi dengan rasa sejuk teramat. Bayangkanlah! Masa ni lah aku baru menghargai nikmatnya rasa panas di Malaysia. Walaupun kadang-kadang panas melampau juga (teringat rumah tingkat atas kat Kg. Melayu tu, memang panas yang amat! Tapi kat sini sejuk sangat pulak! adakah aku telah merindukan negara tanah tumpah darahku? ) Baru aku terfikir macamanalah para perantau yang hidup di negara orang selama bertahun-tahun. Pasti banyak pengorbanan tu.
Selalu rasa pening-pening, sengal-sengal dan segala macam rasalah. Rasa malas tapi kena jaga kesihatan (apa kes bibik sakit nih, nyusahkan orang je). Betul-betul kena minum air yang cukup dan banyak, tak boleh terkurang sikit, mula batuk dan rasa nak demam. Walaupun tak buat senaman secara betul cukup dengan stretching, makan supplement, sapu minyak panas, minyak urut sana sini (tak tahu lah macamana keadaan orang lain yang dalam winter, tapi aku macam tu lah sementara nak biasa), Alhamdulillah aku masih dapat mengekalkan kesihatan di tahap yang baik. Bukan excellent, just fair.
Sungguhpun begitu, aku tetap anggap semua ni rezeki. Ye lah selama ni teringin sangat nak tengok macamana winter dan snow...haa sampai dah tak terlarat pulak. Sekarang ni setiap malam sebelum tidur selalu berharap bila bangun esok pagi, snow dah kurang. Tapi semua tu mimpi belaka, sebab setiap kali bangun pagi bila jenguk luar tingkap, suasana semakin putih dan memutih.
Oh!!!
snow snow go away...
Come again another day... nope..
come again another year!
Each room(living,bed,dining) come with heater. Tanpa pemanas nih...siapalah aku di sini
Ku syukuri selalu anugerah dariMu.




6 comments:
bila aku bc post ni terus terpikir,,hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri..kat mana2 pun ada kelebihan dan kekurangan..sabarla eh,,nanti da habis winter ok la tu..spring mesti best..xsabarnya nak pegi area europe..harap dapat la pegi satu masa nanti..
dear najiyyah yg shopping clarks 2 pasang sahaja ;p ,
sabarlah yer. letak minyak unta, minyak tu panas sikit. take care!
ain: hujan batu negeri sendiri mmg lebih best:)
maru:segala minyak sudah ku letak. correction; clarks lagi satu the red one dah refund sbb ketat. So shopping clarks satu je.kesian:(
iye jiyyah.. ghope itu la pulak ek.. hmm.. sejuk sgt pun runsing gak ek.. Alhamdulillah malaysia cuaca sesuai ngn kite ek.. ko sapu minyak afiat bebanyak eh, tak cukup stok, suh imah pos kat ko! ahaks!
clarks murah ke?
satu pasang dalam 12pound... makna rm69... murah tak? ehe
Post a Comment