Wednesday, 16 October 2013

Tergendala...

Baru dua tiga hari berjaya tak nini* Husna sepenuhnya... Pastu misi tergendala pula. Sebab ami* terkena cirit birit dua tiga hari. Malam-malam tak daya nak melayan esak tangis Husna. Ye bukan rengekan semata, malah Husna menangis sekuat hati, terjerit - jerit mengejutkan satu isi rumah demi kerana mahukan nini. .. 'nak ni ni... nak ni ni..." sambil hentak-hentak kaki. Satu malam aku gagahkan diri dan hati tetap taknak bagi biarpun esakan Husna semakin kuat, sudahnya Husna tido dalam sedu sedan lepas minum susu botol. Keesokan harinya Husna bangun muntah-muntah selama hampir 12jam. Pi klinik untuk puaskan hati ni. Padahal doktor tak membantu dan servis.. Allah selowww nye... Malam tu sebelum tido Husna muntah lagi sampai terliuk lentok badan keluarkan muntah. Lembik. Aku kaget mahu terus ke hospital. Tapi tak jadi sebab Husna minta bancuh susu dan habis diminum terus lena tidur. Malam tu Husna tak muntah dah sampai la pagi Aidil Adha tiba. Alhamdulillah.

Aku terfikir kenapa jadi camni. Sebab Husna nangis terlalu kuat tengah malam sampai kembung dan masuk angin ke. Rasanya takde bagi makan yang pelik-pelik. Atau ni gangguan psikologi dia ke sebab aku cuba memisahkan "penenang" dan "cinta hati" dia selama hampir 2 tahun ni. Fobia kejap, huhu. Rasa tak sanggup bagi dia nangis teresak-esak tu. Macamana dengan misi ni. Sudahnya bila dia minta aku sua juga. Buat masa ni bagi dia betul sihat, kuat semangat pastu akan aku mulakan balik. Mungkin minggu depan kita cuba pula ye sayang.

So aku tetap kuatkan hati ni. Takpe lah biarpun ambil beberapa waktu lagi. Mungkin ada hikmahnya. Dan ni antara cabaran buat kami berdua. Rilek dulu. Jangan frust sangat. Sejak lahir sampai 20bulan ni lah makanan Husna. Baru sebulan lebih Husna kenal susu koko tepung. Dan minum laju. Dah cukup baik untuk proses cerai susu badan ni. Mungkin setengah orang pula lebih mudah atau lebih mencabar jalannya. Aku terima ni bahagianku dan terus doa usaha. Semoga Allah jualah yang membantu. Amin ya Robb

*nini = Husna rujuk kepada menyusu badan atau nenen
*ami = panggilan Husna kepadaku buat masa ni, jauhnya ibu dengan ami hihi

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

kesiannya husna ye..mgkn perut kembung banyak menangis tu yg muntah :(

takpe Allah Maha Mengetahui segalanya..in syaa Allah..

btw tahniah dik atas kandungan yg ke2!

nma said...

Hi Kak wa. Inshaa Allah moga misi berjaya tak lama lagi. Sgguh mencabar huhu. Tq. Mabuk2 fasa akhir. Hopefully