Friday, 18 October 2013

Catatan BF 4

Suatu hari sedang sibuk memikirkan caranya meredakan susu yang tersumbat dan tak lancar ni, tiba-tiba aku teringat pada daun mengkudu. Entah kenapa.
Ye, daun mengkudu. Sebab aku memang tahu tentang khasiat daun dan buahnya. Sehingga pernah zaman aku bersekolah dulu, aku blend buah mengkudu dan minum airnya. Hahahaha. Hebat tak. Bukan setakat rasa yang mencabar, bau dia lebih meloyakan. Tapi setakat tu saja. Lepas tu aku tak mampu nak mencabar tekak untuk telan air mengkudu home made. Kalo jus yang dijual di pasaran tu tak pernah pulak aku beli.

Caranya aku layurkan daun mengkudu atas api dan tepek pada cik B. Alhamdulillah lepas tu rasa seakan susu sedikit lancar. Taktau la kalo tu hanya mainan psikologi. Hi hi. Maka rajinlah aku tepek daun tu kebetulan ada tanam pokok mengkudu di rumah masa tu.

Pernah satu waktu aku terasa B amat pedih bila BF Husna. Sampai aku menangis teresak-esak. Membuat kalut adik-adik perempuanku. Hu hu. Dorang pun fobia. Bukan aku je. Dah la aku yang pertama bersalin dan BF baby. Secara tak langsung beri pengalaman yang scary untuk diorang lalui kelak. Sorry ek.

Malam tu terpaksa sua juga B ni dalam sendu. Berjurai air mata. Sakit sangat. Lepas tu husna terjaga lagi aku bagi air kosong je. Husna tersedak membuatkan aku lebih kaget dan menangis. Ya Allah...

Esoknya aku terus pesan adik belikan krim Medela purelan 100 tu. Buh la pada nipple. Bila belek macam takde la pecah ke apa. Share story dengan bff. Dia kata kamu basuh la B tu bagi air lalu. Kadang susu lekat ruam naik. Lepas aku amalkan Alhamdulillah terus baik. Rupanya aku konfius. Yang sakit pedih tu bukan sebab nipple pecah tapi sebab ruam naik di aerola so pedih la bila ruam tu luka dan BF baby... Kisahnye...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: