Mata terlirik pada entri yang menjadi draf selama hampir dua tahun ni masa nak buat entri "Tergendala..."
Sementelah aku berkongsi kisah BF yang mungkin semakin hampir ke penghujungnya so ada baiknya aku sudahkan catatan ni sebelum kisah BF Husna berakhir dan bermulanya kisah BF yang baru tahun depan. Inshaa Allah...
Ku gagahi jua sempurnakan catatan ni walaupun telah hampir dua tahun berlalu kerana aku masih dapat merasakan perit jerihnya perjalanan BFku. Ya, memang agak mencabar di awal 3 hingga 6 bulan yang pertama...
Aku sering menangis. Dari dalam pantang sampailah habis pantang. Semua gara-gara breastfeeding. Bukan setakat satu dua orang tapi 3 bidan terus yang mengurut B ni. Bidan pertama tu yang mengurut aku semasa dalam pantang. Bidan kedua adalah tok sedaraku yang kebetulan datang berjalan ke KL. Sempat suruh dia urut sebab dah sakit sangat masa tu. Dia memang bidan di kampung batu pahat. Bidan ketiga ni datang urut setelah aku habis pantang. Sampai dia pun macam give up. Susu ku tak keluar lancar. Sudahnya dia suh bagi susu botol je. Allahu Allah...
Namun berkat sokongan mak abah yang sangat pro pada BF ni aku tabahkan hati. Maklum saja encik suami jauh di kala tu. Boleh jadi emosi kurang stabil juga menyukarkan BF ni.
(bersambung....)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
1 comment:
melalui pengalaman kita belajar segalanya...in syaa Allah niat yg ikhlas pasti Allah mudahkn :)
Post a Comment