Friday, 21 October 2016

Mak at Hajj

Alhamdulillah.. mak selesai menunaikan rukun ke-5 pada musim haji tahun ni.. 2016M/1437H. Semoga Allah swt menerima ibadah haji yang mabrur dari bonda Hajjah Jamilah binti Hussin... Amin amin amin ya Robbal alamin.

3 - 29 Sept 2016

Wednesday, 17 August 2016

Pencarian cinta ( Bhg 1 )

Alhamdulillah... setelah hampir dua atau tiga tahun.. akhirnya pencarian ini hampir ke penghujungnya..

Kalau direzekikan Allah swt mungkin kami sekeluarga akan berkelana di sini hingga ke hujung usia... menjadi anak dagang ..orang merantau.. meski asalku orang kolumpo dan si dia orang Melaka..

Semoga inilah penemuan yang terbaik buat kami meneruskan perjuangan hidup ini sebagai hamba Allah ... agar kami dapat meneguhkan iman.. membuat bakti.. bebas memberi dalam bentuk apa jua pun.. demi sejahteranya umat sekelian alam.

Namamu chepor indah... mungkin tak se gah nama yang lain.. tapi di sini mungkin kami temukan cinta itu. Izinkan kami menumpang teduh di sini mencari cinta hakiki.

Bermula akhir Ramadhan hingga permulaan Zulhijjah 1437H.

Friday, 1 July 2016

"Aku tidak sampai kepada Allah dengan banyaknya solat dan puasa, namun dengan
kesabaran,
kebersihan,
kerendahan,
kelembutan dan
kemurahan hati.

Itu kata-kata Abdul Qadir al-Jailani. Dia ahli sufi, orang akhlak, orang Ihsan, orang yang berendam tasawuf. Sepertinya Sheikh Yusuf Makasari."

26 Ramadhan 1437
Jumuah mubarek

Tuesday, 10 May 2016

Gambar kenang-kenangan sesi persekolahan Ayatul Husna Noor Azlan sepanjang tahun 2016.

Kak Na at school

Tabika KEMAS Kem 2 RRD Syed Putra Ipoh Perak

Tuesday, 12 January 2016

Apple tree

Sempena kakna masuk sekolah tahun 2016 ni ami pun mula buat sekolah ami jugak bagi kakna tambah semangat ke sekolah. Walaupun tiap pagi tak lepas drama ayaq mata..huhu kakna.. kakna..

So semalam 11 januari besday tokti ami semangat ajak babah gi kedai stationery beli bahan2 untuk aktiviti sekolah ami he he he.

Projek pertama sekolah ami with the kids is an apple tree. Pokok tu ami lukis bagi kids cop guna sponge with watercolor then ami potong bentuk buah epal dan daun suruh kids tampal2.

Tengah leka ami gunting epal kakna gam epal kakna cakap terima kasih ami belikan kakna gam semua.. kakna suka... ok kakna lepas ni kita beli gam gunting kertas warna warni lagi best tak yah beli mainan dah tau.

Saturday, 3 October 2015

Wednesday, 29 July 2015

16 months journey

Perjalanan setahun empat bulan hampir ke penghujungnya. Perjalanan breastfeeding Anas. Anakanda kedua kami. Susu dah dua bulan kering sejak ami mengandung dan alahan teruk. Dua tiga hari lepas ami bubuh asam jawa berkerut seribu muka Anas. Anas menolak. Tapi bila malam nak mengempeng Anas rasa masam tu dia mengamuk sakan la apa lagi. Proses berpisah lebih fokus pada saat malam nak tido. Waktu siang kurang masalah sebab Anas dah laju minum susu botol.

Cik B dah mula sakit melecet bila Anas menyusu. Dalam sebulan lepas dah suarakan hasrat pada cik abang untuk berpisah tido dengan Anas. Maka malam tadi bermula sesi tido babah dan Anas. Huhu. Kesian sebenarnya kat cik abang yang letih kerja tak tentu masa. Tapi untuk tempoh dua minggu rasanya tak lah membebankan sebagai suami dan bapa untuk menjayakan proses ni. Hanya mampu doa semoga Anas babah ami tabah.

Masa Husna dulu ami kena handle. Tak boleh pisah tido. Sebab dia memang tak boleh langsung pisah dengan ami. Akan huru hara seisi rumah. Fanatik ami sungguh si kaklong ni... Bila dapat idea pisah tido dari sorang kawan dan nampak Anas boleh babah handle sebab tu kami cuba kaedah ni.

Kalau seminggu berjaya... 6 days to go. Kalau dua minggu berjaya... 13 more days to go! Wuhuu all the best babah Anas ami ! Oh kakna jugak sebab lately drama kakna mengalahkan Anas nak dapat adik baru. Huk!

Catatan breastfeeding Anas,
21 Mac 2014 - 29 Julai 2015,
Setahun empat bulan.

Sunday, 10 May 2015

Amanah 2

Petang minggu. Terbaring di sofa menahan rasa mual. Babah kakna dan Anas keluar pi riadhah. Ampun ami tak mampu ikut melawan segala rasa yang ada ni. Babah lah hero di hati anak-anak sekarang ni. Semua babah urus. Terima kasih Abang...

Terasa baru nak Coret detik kelahiran amanah kedua kami. Anas bin noor Azlan. Anas dah setahun sebulan.

Mengenang detik sebelum lahirkan Anas. Ada option yang dibuat samada bersalin di ipoh atau ampang Selangor. Kali ni nekad nak pi goment hospital. Sebab pengalaman lepas bersalin Kat swasta takla best sangat. Huhu. Maybe dah rezki aku kurang baik masa tu.

Akhirnya kami putuskan bersalin di ampang rumah mak. Senang ada orang tolong tengok Husna kalau aku admit nanti. Plan nak bersalin ipoh sebab rasa tak nak susahkan mak. Nak tempah bidan duduk rumah siap-siap. Tapi ada masalah lain rumah ipoh ni tingkat empat tanpa lif. Mau bentan weh.

Tak berapa ingat dah. Rasa minggu ke 35-36 asben hantar kami balik ampang. Duduklah rumah oni dan wan Husna sampai waktu nak bersalin. Teringat masa tu MH370 dilaporkan hilang dari ruang udara pada 8 Mac 2014.

Seminggu sebelum betul-betul Anas dilahirkan aku mengalami braxton hicks yang hampir real. Hihu. Entah kenapa gelabah tak pasal. Ajak mak pi hospital. Terpaksa rela diseluk. Kebetulan masa mengandung Anas keputihan agak teruk so memang tak selesa dan takut sangat kalau infection.

Lepas seluk doc kata belum ada bukaan. Dan masa tu baru 36week plus. Doc scan semua Alhamdulillah baby ok. Doc bagi ubat untuk keputihan tu serius tak makan sebab takut. Just sapu vco dan minum. Syukur takde infection sehingga kelahiran.

Malam khamis 21 Mac 2014 kenapa tak boleh recall sakit ke eh masa tu. Seingat petang khamis tu dok cakap tak larat dah ni cepat la beranak. Huhu. Sebab kali ni memang berasa sarat sunggoh laaaa. Sarat sunggoh. Tak sama macam Husna a.k.a kakna. Adik ku bernama izzati sebut petang tu ok semua orang kita Doa kakak bersalin esok okkk. Adik bongsu dan second bongsu yang umur 12 dan 15thn yang dok ada masa tu pun dok mengiyakan je la kot heee.

Serius tak boleh recall sakit cemana malam tu. Seingat pukul 5 pagi lebih aku kejut mak cakap dah sakit. Sakit agak kuat. Sebab terpaksa mencangkung untuk tahan bila sakit datang. Ghupe Macam nak beranak beno huuu.

Sms asben cakap otw ke hospital ampang. Mak sorang drive. Abah tinggal nak tengok Husna. Adik yang ada izzati pun turut ponteng keje haritu dah tak senang perut nak dapat anak menakan lagi hihi.

Ikutkan asben ada meeting di Penang pagi tu. Terus dia tarik diri kabo ke bos bini teman nak bersalin. Agaknyelah. Heee. Lepas subuh jugak dia gerak dari ipoh. Perjalanan 2-3jam jugak. Ade ke rezki sambut anak kedua ni. Yang pertama lagi la tak dan kena fly dari Sarawak masa tu.

Ok panjang pulak side story. Sampai kat hospital terus daftar kat kaunter. Nurse suruh pakai Kain pink. Masa tu doc intern cina cek bukaan. Dia kata takde. Uish tak kan kot. Sakit sampai dah tertonggeng nih. Pastu tak lama tu datang Sorang nurse muka tenang dan senyum je. Dia suh ku rilek. Jangan keras kan kaki susah nak cek bukaan. Entah la kenapa rasa stress dan cuak. Padahal baca dah hypnobirthing kena tenang senyum bahagia untuk bersalin. Ehe

Bila dah tenang tu baru la dapat seluk dengan senang kan. Nurse tadi cakap dah 4 dah 5cm la doc. Phewww. Lega sangat dengar. Macam dah tak lama kot. Actually masa Husna dulu pun bila cek bukaan dah 4cm. Boleh kata mudah la setakat dua amanah ni. Bahagian lain pulak yang mengujiku ...

Terus nurse tolak naik labor room. Sebelum tu sumpah tak tercakap nak solat subuh dulu. Memang dah sakit tapi rasa macam patut boleh solat dulu masa tu. Hmmm

Masuk LR jam besau tergantung pukul 6.30pg camtu. Doc datang pecahkan ketuban. Tak dengar debush ape pun. Sama masa Husna dulu. Maybe air tak banyak sangat kot.

Jen jen jeng......

Tibalah saat pertarungan nyawa yang amat hebat. Allah. Betul ke istilah ni. Ak mengerang kesakitan ... Tendang sana sini. Tak kira apa dah. Datang dua nurse yang baik. Attend aku. Aku macam tersepak jugak kot nurse ni. Aku langsung tak boleh ikut arahan. Tarik nafas. Push. Jangan angkat bontot. Semua tu dah takde makna. Serius.

Seingat aku masa Husna dulu masih boleh ikut arahan lagi. Masa tu rasa sakit teramat. Lepas bersalin bila kenang sakit tu aku akan nangis. Tapi kali ni rasa jauh lebihhhhh lagi sakit tu. Ya Allah ampuni daku...

Seingatnye aku sebut Allah dalam nada mengerang sakit tu. Asyik cakap kat nurse nak teran dah nak teran dah. Tapi tak kua kua... Sakit sangat aku tak boleh baring dan pegang kaki dengan Betul. Badan dah melentik sana sini. Allahu Akbar... Kalau baca pengalaman orang cakap czer je la doc dah tak tahan ni. Serius aku pun rasa camtu. Allah... Give up camtu je

Ada jugak iklan nurse kerek yang dah veteran dok lalu bilik jenguk aku siap cakap memang la sakit bla bla. Ish sempat lagi kakton nak saiko saye eh. Biar je la kat dia yang penting nurse yang sambut baby aku ni baik muka mesra sangat. Sampai sekarang ingat muka mesra baik tu. Terima masih tolong saya.

Lepas tu tah macamana dengan segala step yang berterabur. Aku teran dan teran tapi tak jugak keluar. Rasa lama baby sangkut kat tulang pinggul macam disiat-siat sakit nye ya Allah. Tak tahu dah dengan badan lentik punggung terangkat. Kaki tak terpegang. Serius teraburr. Bayangkan sakit yang amat tak boleh buat ape dah.

Aku rasa dah lemah. Gas yang nurse bagi untuk hilangkan sakit tu pun macam tak membantu langsung. Mungkin sebab dah sakit sangat. Lebih kurang sejam pertarungan dan step aku yang terabur tu... Ya Allah syukur  Alhamdulillah aku berjaya meneran. Entah berapa Kali. Aku hilang kiraan. Serius susah nau dak Anas nak keluar. Rasa mau bengkok tulang punggung dia dok lama benti Kat situ sebab push tak kua kua. Ya Allah...

Lepas dh kua kepala tu rasa dah legaaaaaaaaa yang Amat! Allah tuhan saja yang tahu rasa nikmat kelegaan tu. Keluar jugak dia. Tepat jam 7.30pg jumaat yang tenang ... Rezki aku mungkin. Sakit hanya sejam. Aku tak dapat bayangkan kalau seminit dua lagi pun sakit tu apatah lagi sejam dua. Sungguh kuasa Allah yang memberiku upaya.

Tad tad tadaaaaa...

Nurse Sorang lagi dengan ceria bersuara amboiiii tembamnye baby! Yeke??? Huhu padanlah ku terannn tak kua kua ye. Terus nurse letak atas perut. Muka terkebil. Haha. Tapi kakna dulu serius lagi blurrrr muka dia lihat dunia yang fana ...

Sambil nurse kuakan uri dan sesi menjahit yang agak panjang tu. Anas dok melekap atas perut ku. Dah leper perut ami nak. Huhu. Serius rasa hilang sakit tuh. Masa Husna dulu tak la rasa selega ni. Sebab sakit yang melampau tadi. Anas kua je rasa lega ya Allah. Berat anas 3.66kg. Beza sekilo dengan Husna 2.58kg. Penangan makan doyan dengan ais kruk krak kruk krak kot. Hehe kalau full term mau 4kilo. Anas lahir 37w5d. Husna ngam-ngam 38w.

Ak tak di potong. So rabak jugak kot. Sebab nurse jahit boleh tahan lama dan sakit. Aku siap cubit nurse tu aduh sakit nye. Lama nye. Nasib nurse senyum je tak marah. Baik sangat. Kalau nak compare dengan private dulu jauh panggang dari api. Berpuluh kali warm nurse goment ni dengan yang private tu.

Dah siap cuci semua nurse amek Anas untuk cuci pakaikan Baju. Lepas tu dorang bagi breakfast milo kot. Huhu tak ingat. Yang aku ingat mee kari. Hihi. Tak marah pun. Tapi memang aku tak sentuh la.

Lepas tu nurse tolak masuk wad sekali dengan Anas. Masa tunggu kat tepi LR tu dengar suara-suara orang nak bersalin. Allahu. Kau permudahkanlah juga urusan mereka.

Mak dah tunggu luar tu sambut aku dan ikut masuk wad. Ceria muka mak. Hehe. Dapat cucu lagi. Alhamdulillah. Anas cucu ke 4 sebelah aku sebelah hubby pun yang ke 4.

Tak ingat masa tu pukul berapa. Aku masuk wad yang ramai. Even hubby bagi GL tapi wad 2nd class penuh. Ok je. Bila nak pi toilet jauh sikit compare private. Tapi jalan pelan-pelan. Toilet ok je. Tak kotor sangat. Maybe Hosp ampang ni baru lagi. Masa nak shishi dan cuci tut rasa seriauuu sangat. Tapi surprisingly tak sakit macam Husna dulu. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin tak besar luka sebab nurse tak potong. Dan masa jahit takde bius so memang dah sedia sakit. Masa Husna kena potong dan Jahit tak sakit sebab bius. Bila bius hilang terus rasa sakit amat. So kat situ pro dan cont dia.

Tak lama pastu hubby sampai. Muka bahagia. Huhu. Mestilah kan. Dapat duduk kejap itu ini pastu kena halau. Biasalah goment hihi. Redha je. Lagipun aku rasa bagus camtu sebab kalau Suami ade 24hrs memang ganggu privasi patient lain sebab dah la situ crowded. Syukur jugak Anas baik aje. Tido je. Sampai nurse tegur suh kejut susukan.

Malam pukul 11.40 tu jugak kena halau balik. Sabau je hehe. Sebab Anas lambat kencing. Nasib kawan bagi tips renjis air Kat anu dia. Memang terus kencing ko. Terus kena halau balik. Wad penuh. Lepas sorang sorang masuk wad tu. Meriah sangat kelahiran. Syukur masa aku LR kosong. Ada kawan cakap time dia kena tunggu 4 jam. LR full. Huhu

Secara keseluruhan not bad at all hospital ampang ni. Alhamdulillah Allah bantu dan semua boleh kata ok je. Tambah aku tak aspect much sebab free kan. Lain bayar ribu ribu mesti kita aspect something more.

Friday, 8 May 2015

Mabuk

Kali ketiga. Sepatutnya makin biasa. Makin kuat. Tapi rasa tak berdaya nya. Allahu...

Kali pertama je catat dalam diari Hamil. Lepas tu takde dah. Corat coret kat sini sebagai rujukan masa depan. Bila mula bila habis. Cemana kekdah mabuk tu pun penting untuk panduan mabuk ke empat kelima mungkin keenam. Allahu Akbar.

Kali ni mabuk awal. Tak silap minggu ke 4-5 dah mula. Dua sebelum ni masa minggu ke-8 camtu.

Loya dan mual macam kali pertama dulu. Tak lalu makan. Jenuh dok reka apa yang tekak mahu. Pedih ulu hati pun dah mula awal. Rasa banyak sangat angin dalam badan ditambah gas akibat perubahan hormon.

Segala rasa ada. Sebu. Senak. Mual. Loya. Pening. Allah...

Paksa diri makan. Nanti perut pedih. Lagi sakit. Lagi teruk. Makan pastu muntah. Makan dan muntah balik ... Hazab la jugak

Kalau kata terseksa memang iye jugak la demi melahirkan seorang insan ke dunia. Tapi tak mungkin Allah zalim pada hambaNya kan. Terus bayangkan seksa tu nikmat. Allah....

Memang aku ikut mak. So far adik yang lain tak seteruk ni. Untung lah. Huhu. Bahagian masing-masing tu. Syukur lah

Harap mabuk kau cepatlah pegi ye. Tapi kalau sebab kau dapat hapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi ni alangkah beruntungnya aku diuji dengan kau yang bernama mabuk.

Kalau nak compare mabuk dengan muntah. Lebih baik muntah. Muntah lega. Kalau mabuk dan terus meloya tekak ni memang tak senang duduk wei. He he.

Sape yang mabuk je paham. Sape tak mabuk memang untung huhu. Apa pun rezki memasing. Allah bagi. Mabuk ni penyakit yang takde ubat. Kena bertabah dan bersabar je..memang

Ya Allah berilah aku dan orang-orang di sekelilingku kekuatan melalui saat ni. Sungguh la mabuk je pun. Tapi serius I tell you .menangis sangat.

Cik abang berjuang sehabisnya melayan anak-anak melayan mak budak ni melayan house chores dengan kerja yang sibuk tu. Ke hulu hilir dia. Tonggang terbalik. Huru hara hidup. Heh. Syukur Allah bantu kami.

Friday, 5 December 2014

Puteri 1

Ibu menangis lagi. Benar-benar tak dapat tahan hati. Marah. Malu. Tersinggung. Ragam puteri tak pernah sudah. Buat Ibu lelah. Percutian tanpa Abah puteri sedikit menguji ibu melayani karenah anak seorang ini.

Bukan sekali dua tiga kali. Boleh kata hampir tiap masa karenah dan ragam puteri menguji kesabaran Ibu. Sampai Ibu sendiri perasan saudara mara yang dulu positive melihat ragam puteri kini mula sinis, bersuara, paling tidak menggeleng kepala. Ibu sedih. Malu. Dan naik geram. Sampai Ibu naik tangan dan suara.

Kadang-kadang Ibu ok dan cool je. Tapi sebab orang sekeliling Ibu jadi tak menentu. Ibu tahu puteri tak salah. Puteri hanyalah anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa dan hanya ingin perhatian serta kasih sayang.

Ibu sabar je. Memang ada yang marah-marah puteri tanpa segan silu. Entah lah Ibu rasa Ibu tak tergamak nak marah anak orang hatta anak sedara sendiri walaupun anak tu sangat menguji iman dan akal. After all mereka ni kan hanyalah anak kecil. Belum tahu betul salah baik buruk.

Ibu nekad untuk terus mendidik puteri dengan baik dan bersabar dengan karenah puteri yang pelbagai dan menguji minda tu.

Saturday, 29 March 2014

Tentang nama

Pada hari ke-7 kelahirannya, babah berbahagia menamakan putera kami ini sebagai Anas bin Noor Azlan.

Selain mengambil nama daripada Anas bin Malik atau Unais (Anak kecil), begitu terkadang mereka memanggilnya sebagai ungkapan sayang kepadanya.

Anas hidup di samping Nabi dan berada di bawah bimbingan beliau selama kurang lebih 10 tahun dan memperoleh bimbingan secara terus dari Nabi. Yang dengannya dia menyucikan jiwanya, memahami hadits beliau yang memenuhi dadanya, mengenal akhlak beliau yang agung, rahasia-rahasia dan sifat-sifat terpuji beliau yang tidak dikenal oleh orang lain.

Nama Anas juga, babah ambil daripada nama Leftenan Kolonel Anas, yang babah kenali ketika babah menghadiri kursus beberapa tahun yang lepas. Babah terkesan dengan kebolehan seorang pegawai tinggi tentera darat dari unit askar melayu bukan dari Kor Agama Tentera (KAGAT)(maksudnya tiada kelulusan dalam bidang agama yang khusus) mampu membuka mata para anggota tentera dengan kefasihannya mengupas makna ayat-ayat di dalam Al-Quran ketika ceramahnya disampaikan.

Semoga Anas babah & ami membesar menjadi anak soleh. Mengikut jejak para solehin & syuhadak dalam memperjuangkan agama Allah. Amin ya Robb.

Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Thursday, 20 March 2014

Sarat

Beginikah yang dikatakan sarat. Baru ku mengerti. Ke kiri salah ke kanan salah. Jalan tak kena. Duduk tak senang. Baring tak lega. Tido tak lena. Makan tak lalu. Semacam aku tak merasai 'sarat' ketika mengandung kali pertama dulu...

Saat ni berasa cepatlah kau keluar nak. Ami dah tak lalu benor dah rasa mengendongmu dalam alam rahim ni. Heeee....

Cuma masih mengharap pada Yang Kuasa menentukan saat terbaik buatmu melihat dunia yang fana ini. Ami pujuk hati dan badan untuk terus bersabar...


Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html