Ibu menangis lagi. Benar-benar tak dapat tahan hati. Marah. Malu. Tersinggung. Ragam puteri tak pernah sudah. Buat Ibu lelah. Percutian tanpa Abah puteri sedikit menguji ibu melayani karenah anak seorang ini.
Bukan sekali dua tiga kali. Boleh kata hampir tiap masa karenah dan ragam puteri menguji kesabaran Ibu. Sampai Ibu sendiri perasan saudara mara yang dulu positive melihat ragam puteri kini mula sinis, bersuara, paling tidak menggeleng kepala. Ibu sedih. Malu. Dan naik geram. Sampai Ibu naik tangan dan suara.
Kadang-kadang Ibu ok dan cool je. Tapi sebab orang sekeliling Ibu jadi tak menentu. Ibu tahu puteri tak salah. Puteri hanyalah anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa dan hanya ingin perhatian serta kasih sayang.
Ibu sabar je. Memang ada yang marah-marah puteri tanpa segan silu. Entah lah Ibu rasa Ibu tak tergamak nak marah anak orang hatta anak sedara sendiri walaupun anak tu sangat menguji iman dan akal. After all mereka ni kan hanyalah anak kecil. Belum tahu betul salah baik buruk.
Ibu nekad untuk terus mendidik puteri dengan baik dan bersabar dengan karenah puteri yang pelbagai dan menguji minda tu.
1 comment:
Jujurnya Ja pun tak suka orang marah anak kita, depan kita. Cukuplah tantrum anak buat kita restless. We (I personally) do not need others to make it worse (back off!) Ops garang pula.
Budak-budak memang ada masa tantrum nya sangat menguji. They are just kids, tak faham. Lain budak, lain pula cabarannya. Thats what makes us unique from each other.
Sabar Ami, tak senang nak jadi ibu. Dah jadi ibu apakan lagi. Bila anak buat perangai, orang pandang ibu dulu - macam ibu tak ajar anak. Kita je tau perit jerih, tak perlulah terkesan dengan kata orang keliling. Ambil positif - pujuk hati.
Sabarlah Puteri sayang... redalah amarahmu... sedang ibu sentiasa beri yang terbaik untuk kamu..
Insha Allah semua akan ok
Post a Comment