Kali ketiga. Sepatutnya makin biasa. Makin kuat. Tapi rasa tak berdaya nya. Allahu...
Kali pertama je catat dalam diari Hamil. Lepas tu takde dah. Corat coret kat sini sebagai rujukan masa depan. Bila mula bila habis. Cemana kekdah mabuk tu pun penting untuk panduan mabuk ke empat kelima mungkin keenam. Allahu Akbar.
Kali ni mabuk awal. Tak silap minggu ke 4-5 dah mula. Dua sebelum ni masa minggu ke-8 camtu.
Loya dan mual macam kali pertama dulu. Tak lalu makan. Jenuh dok reka apa yang tekak mahu. Pedih ulu hati pun dah mula awal. Rasa banyak sangat angin dalam badan ditambah gas akibat perubahan hormon.
Segala rasa ada. Sebu. Senak. Mual. Loya. Pening. Allah...
Paksa diri makan. Nanti perut pedih. Lagi sakit. Lagi teruk. Makan pastu muntah. Makan dan muntah balik ... Hazab la jugak
Kalau kata terseksa memang iye jugak la demi melahirkan seorang insan ke dunia. Tapi tak mungkin Allah zalim pada hambaNya kan. Terus bayangkan seksa tu nikmat. Allah....
Memang aku ikut mak. So far adik yang lain tak seteruk ni. Untung lah. Huhu. Bahagian masing-masing tu. Syukur lah
Harap mabuk kau cepatlah pegi ye. Tapi kalau sebab kau dapat hapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi ni alangkah beruntungnya aku diuji dengan kau yang bernama mabuk.
Kalau nak compare mabuk dengan muntah. Lebih baik muntah. Muntah lega. Kalau mabuk dan terus meloya tekak ni memang tak senang duduk wei. He he.
Sape yang mabuk je paham. Sape tak mabuk memang untung huhu. Apa pun rezki memasing. Allah bagi. Mabuk ni penyakit yang takde ubat. Kena bertabah dan bersabar je..memang
Ya Allah berilah aku dan orang-orang di sekelilingku kekuatan melalui saat ni. Sungguh la mabuk je pun. Tapi serius I tell you .menangis sangat.
Cik abang berjuang sehabisnya melayan anak-anak melayan mak budak ni melayan house chores dengan kerja yang sibuk tu. Ke hulu hilir dia. Tonggang terbalik. Huru hara hidup. Heh. Syukur Allah bantu kami.
1 comment:
Alhamdulillah, tahniah Jiah.
Betul, lain org lain bahagiannya.
Kita kena sabar :)
Cepat baik ye
Post a Comment