Friday, 25 November 2011
Thursday, 17 November 2011
RM 100
Adakah pemberian RM 100 untuk setiap orang murid sekolah yang diberi sehari dua ni untuk mengaburi mata rakyat atau senang cakap pengundi pada PRU akan datang ni? Bayangkanlah berapa juta murid sekolah kat negara ni? Berapa juta RM diperuntukkan tu? Sedangkan juta-juta RM tu lebih layak diperuntukkan untuk sesetengah kekangan dan kekurangan dalam pembangunan negara ni, terutamanya pembangunan rohani, kebajikan, masalah sosial dan yang seumpama dengannya.
Bukan tak leh bagi tapi buat la tapisan pada murid-murid yang layak seperti pendapatan ibu bapa yang rendah dari paras tertentu. Ini mak pak yang gaji puluh ribu pun dapat gak nak buat menda. Senang beno nak menghabiskan duit rakyat deme nih...
: pagi-pagi lagi dah tak puas hati..
Wednesday, 16 November 2011
32
Demi masa... kandunganku telah masuk 32 minggu / 8 bulan. Alhamdulillah tiada kata dapat aku lafazkan selain setinggi syukur pada yang Esa. Semuanya baik-baik belaka. Walaupun last check up berat badan naik mendadak! Kalau naik lagi next check up nurse kata kena minum ayor gula. Sume orang cakap tak sedap! Kalau termuntah, nurse paksa minum balik. ye ke :(
Si kecik dalam ni pun makin ligat, tapi aku masih dapat lena di malam hari walaupun seringkali terjaga. Sungguhpun aku rasa diri aku ok je. Rileks dan tenang, tapi selalu jugak sebak dan keluarkan mutiara dari mata ni. Tak lain tak bukan sebab teringat pada ayah si kecik. Dia selalu pesan, sabar dan bersyukur. Ada orang yang lebih teruji dari kami. Ye betul. Setuju.
Dalam saat-saat macam ni jugak walaupun aku terlebih sensitif tapi aku rasa mudah capai bahagia. Bila duduk sendiri, teringat momen si dia bancuhkan milo panas saat perut berkeroncong di tengah malam. Sarungkan stokin sebelum tido pada kaki yang dah mula cramp ni. Gosokkan belakang yang selalu sakit-sakit di saat diri semakin sarat... B.a.h.a.g.i.a ! Walaupun bukan selalu dapat dimanjakan tapi cukup untuk membuatku tersenyum sendiri bila mengenangkannya :)
Itulah sebaik-baik penawar di saat aku mula rasa sukar melalui detik ini tanpa insan bergelar suami di sisi. Hanya pada Mu ku panjatkan syukur. Terasa cukup dan sempurna.
:jalan kedek-kedek, ada hati lagi nak pi baby expo kat MidV jumaat nih :p
Tuesday, 15 November 2011
Terbalik
Semalam pi check up di hospital yang aku dan suami rancang untuk menyambut kelahiran bakal cahaya mata kami. Sensorang. Lama pulak tunggu. Ingat private cepat lah sikit. Kebetulan doktor berkenaan ada sorang je dan orang pulak ramai. Hampir dua jam jugak aku tunggu nak jumpa doktor tu. Masuk je bilik, aku disambut dengan senyuman mesra dan bersalaman. Nice. Ramah nya doktor. Bagus. Doc baca kat butiran peribadi aku tulis kat pekerjaan; "sendiri'. Doc tanya keje apa tu? Emmm unit trust consultant doc...plus ada jual gold/dinar jugak... Dengan jawapan aku tu bermula lah consult terbalik dalam bilik tu. Memacam pulak doc tanya pasal unit trust/amanah saham/ASB..syariah ke tak ke..ok ke.. Aku pun jawab je lah mana boleh. Masalahnye aku tak sempat nak tanya itu ini pasal kandungan aku ... Macam tak puas hati gak la. Doc pulak tetiba kena rush pi operation room.. ada la 5 minit kot aku duk dalam bilik tu. Blur. Nak kuar dari pintu bilik tu, aku sempat la toleh dan senyum kat doc sambil bagi tip, "apa pun doc, kalo beli emas dalam setahun dua konfem untung, berbeza dengan saham...amek masa dan perlu prinsip long term and invest regularly.." Doc agak excited dengar kesimpulan dari aku sebab katanya dia pun dah mula kumpul gold bar.. "oh really? Ok lah I nak bitau husben I, I jumpa sorang client hari ni kata gold is the best investment." Doc tersenyum puas. Tapi aku...
Tipu
Jangan la tipu... tak suka tau. Dah la nak dapat segulung diploma pun kena berhutang! Begini kah nasib rakyat Malaysia yang pakcik N cakap rakyat didahulukan? Haha emosi lak mak memalam ni. Mana tak nya punyalah aku pulun mengisi borang tawaran ujrah 1% PTPT-pu tu. Banyak songeh jugak la untuk menagih interest 1% berbanding 3% sebelum ni yang akan meningkat setiap tahun, yang menjadikan hutang ku berganda beribu dari pinjaman asal. Walaupun kome offer ujrah 1% yang agak meringankan beban membayo balik hutang tu tapi usoh le banyak songeh beno. Dah siap complete, cantik, wangi lagi siap buh bedak (haha aku tipu) aku isi borang tu, pos pakai setem beringgit-ringgit pun kome main tipu lagi. Terkejut jugak aku bila pos laju datang hantar balik borang perjanjian tu kata tak lengkap! Eh eh ... jangan la tipu, tolong lah! Kesian rasa kat diri sendiri yang tak habis lagi bayar hutang belajar ni sedangkan dah lebih 5 tahun aku tamat pengajian. Nak jadi mak dah pun.. Uhuk. Anak, belajar rerajin ye, esok boleh dapat sponsorship untuk belajar tinggi-tinggi...
: erk! tetiba kaki cramp, tolong! ye aku dah mula rasa cramp.. baby dah 2kilo;)
: erk! tetiba kaki cramp, tolong! ye aku dah mula rasa cramp.. baby dah 2kilo;)
Friday, 28 October 2011
Biasa tapi bahagia dan dilema
Salam Jumaat dan 1 Zulhijjah 1432H.
Setiap benda dalam hidup ni perlukan persediaan. Tak kiralah apa pun. Saat ni aku dalam fasa persediaan menyambut orang baru. Tipu lah kalau tak excited. Apatah lagi ni yang pertama kali. Cuma tanpa suami buat aku teragak-agak untuk teruja. Mungkin jugak blur sebab pertama kali. Apa nak beli. Ok ke tak. Murah ke mahal. Perlu ke tidak. Beli warna 'selamat' je ke. Cemanapun hati bahagia bila tengok benda-benda yang comel ni. Tak jemu. Kejap-kejap buka almari nak tengok barang yang aku beli. Hehe. Aku rasa setiap bakal ibu pun merasai perkara yang sama :) Seriously persiapan menyambut cahayamata pertama kami ni ala kadar je tapi tetap membahagiakan jiwa.
Dalam dilema

Dalam pada menyempurnakan misi menyediakan barang baby, rupanya dilema bersalin hospital mana belum berakhir. Memang pada asalnya hajatku bersalin disambut doktor wanita muslim, memandangkan prosedur perubatan hari ni yang aku rasa kurang sopan seolah-olah 'pencabulan' ke atas hak peribadi wanita terutamanya muslim. Contohnya seperti pemeriksaan bukaan kelahiran. Prosedur ni rasanya semua hospital buat. Standard. Walaupun aku belum ada pengalaman bersalin, ramai teman telah menceritakan pengalaman mereka. Entah kenapa aku kurang senang dan setuju dengan prosedur ni. Kalau nenek moyang kita dulu mungkin tak perlu lalui prosedur macam ni, kalau kena pun tak kisah la sebab dah tentu mak bidan semuanya perempuan. Perubahan zaman serta kemajuan yang dikecapi hari ni tak dapat untuk kita ketepikan semua ni. Sungguhpun camtu aku harap masih ada nilai-nilai hormat, kebajikan dan kemanusiaan dalam sistem perubatan moden hari ni. Sesekali aku berbual dengan makcik tukang urut, katanya perempuan sekarang 'serik' bersalin kerana layanan perubatan moden. Kenapa? Sebab berlakunya kelahiran yang dipaksa yang akhirnya membawa kepada pelbagai komplikasi dan prosedur. Doktor sekarang tak mahu menunggu sebab terlalu ramai pesakit lain serta perubatan sekarang adakalanya lebih mementingkan keuntungan berbanding penyembuhan pesakit.
Tapi dek kerana pertimbangkan soal kos yang mungkin mencecah ribuan ringgit di hospital swasta kalau ada komplikasi kelahiran, kebanyakan orang dan kitorang sendiri pun decide nak ke hospital kerajaan je. Tambahan pulak sekarang ni layanan hospital kerajaan dah banyak bagusnya berbanding dulu. Bonus lagi sebab Hospital Ampang yang aku cadang nak pegi ni dekat dengan rumah dan masih baru. Feedback orang yang penah bersalin situ kata wad kelas 2 pun dah cukup selesa. Cuma kita tak boleh pilih doktor yang merawat dan menyambut kelahiran kita tu perempuan muslim. Ada juga berbincang dengan mak abah. Dorang open. Dorang lebih suka aku pi hospital kerajaan je sebab memikirkan kos private yang tak patut dan mencekik darah. Kalau rezki bersalin normal, InsyaAllah boleh tahan lagi dan rasanya masih dalam bajet sekitar RM1,200. Tapi kalau kena prosedur lain atau bedah mau mencapai RM4-5k. Mana nak cekau duit weh? Kalau ada duit pun rasa sayang nya duit tu sedangkan kos bedah di hospital kerajaan sekitar RM200-300 je. So pada pandangan abah yang aku kira arif juga soal hukum hakam ni, isu keutamaan bersalin dengan doktor wanita muslim ni masih kurang relevan memandangkan desakan kos hospital swasta walaupun sebenarnya dah ramai doktor wanita muslim di Malaysia kini. Cemanapun abah serahkan kitorang pilih dan yang paling penting ikutlah kata suami. Kalau encik suami prefer aku bersalin disambut doktor perempuan muslim memang nak tak nak kena pi Islamic private hospital. Selebihnya kami hanya mampu berdoa agar kelahiran kandunganku normal, mudah dan sejahtera. Amin.

![]() |
| Happy 29w preggy went shopping |
: kalau shopping dengan si dia lagi leborr le seyumanku agaknye :P
Thursday, 20 October 2011
28 at kampung
Alhamdulillah. Dah masuk 7mths. Sesampai je kampung, aku rasa badan dan perut terus mengembang. Konfem mak buyung :P Hampir tak dapat nak imbang badan, seringkali aku beraksi seperti merasakan diri belum ada perubahan dan hampir menjatuhkan diri sendiri. Jalan pun dah terkedek-kedek macam penguin. Heeee. Suke. Seriau. Haha tanak fikir. To all mak buyung, let's get fat together while we still have an excuse! Xoxo
Balik kampung meet new friend, Mrs Putih, si kucing bunting. Maya adik bongsu cerita, abah yang dok melayan si Putih, siap bahasakan diri 'abah' lagi kat kucen tu. Mak tak setuju langsung. Haha. I love u lah abah! Setahu aku abah tak suka kucen. Maybe dah bertambah usia ni sifat penyayang menjadi sebati dalam diri seorang yang bergelar abah.
Si bongsu Maya asyik la menghadap aku. Rindu gamaknya. Dok pegang perut aku sokmo. Sampai gimas mak! heee sori maksu. Mesti baby paling kenal suara Maksu dia nanti. Sebelum dia pegi sekolah dah siap tanya kakak nak pesan buah ke? Maksud dia buah potong yang dijual kat kedai tu. Dulu masa aku mabuk teruk setiap hari aku pesan dia belikan buah potong. Nampaknya budak darjah tiga ni dah mula menjalankan tugasnye. Hihi. Memalam nanti dia dok sapu bam kat tengkuk dan belakang. Walaupun ala ala ikhlas tidak je, tapi lega jugaklah rasa sengal tu. Cayalah maksu! We love u most heh heh.
Si dia pulang ke Sri Aman. Walaupun bersama keluarga namun tanpa suami tetap rasa tak lengkap. Tapi jauh lebih baik dari aku tinggal sendirian kat rumah kem tu memandangkan si dia akan beroperasi selama dua bulan bermula November hingga Disember ni. Dalam perjalanan pulang ke sana si dia smsku..." rajin-rajin cerita kat baby pasal daddy dia ye..." uhuk uhuk sebak mak.
Hari ni dah mula koje. Banyak appointments, sales yang tertunda... Pastu nak pi survey and shopping barang baby... Bestnye kalau ada drebar :))) ke nak beli online je?
: makin terasa keriangan semua menanti cucu sulung keluargaku, cicit pertama family sebelah abah.
: 2 months plus to go. how time flies. let's do it baby!

Friday, 14 October 2011
Episod 1
Jam menunjukkan pukul 1.40tgh. Dalam pukul 4ptg akan bergerak ke Kuching. Stay sana 2 nights before balik kampung 16.10.2011. Dalam beberapa jam lagi maka berakhirlah episod 1 kehidupanku di Kem Pakit Sri Aman, Sarawak bersama suami tercinta.
Tak pernah pulak terfikir kehidupanku bakal seperti ni. Nak bersalin pun siap kena 'terbang' balik kampung lagi. Apa pun semuanya membahagiakan kini. Syukur.
: jenuh la adik-adik kat rumah pulak jadi tempat aku mengada-ada pasni ...
tolong kakak tu, tolong kakak ni :P
tolong kakak tu, tolong kakak ni :P
Wednesday, 12 October 2011
The call
![]() |
| 9.10.11 Botanic garden, Wellington NZ, captured by sister Nusaybah |
Kata orang, walaupun kita bersedia macamana sekalipun dari segi wang, tenaga, keinginan, kesungguhan... Tapi kalau belum sampai panggilan tu, kita tak kan sampai ke sana...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui, siapa yang Dia kehendaki untuk menjadi tetamu di rumahNya. Panggilan haji tiba lagi. Selamat benunaikan ibadah haji kepada mereka yang telah menerima panggilan suci ini. Pergi haji, ertinya menemui Allah yang Esa. Semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.
: panggilan kampung bakal menerbangkanku ke pangkuan ayah bonda tercinta :)
Friday, 7 October 2011
Main juta-juta
Bajet 2012. Peruntukan untuk sesuatu sektor main juta-juta. Bukan sejuta dua juta, beratus juta tu. Termasuk RM 500 juta untuk 'army care'. Perincinya tak disebut kecuali bayaran RM 3k one off untuk pesara tentera. Yang aku harapkan sedikit peruntukan untuk kemudahan dan kebajikan tentera. Kalau aku tengok rumah yang ada di Kem Pakit Sri Aman ni amatlah menyedihkan. Rumah dah bertahun-tahun lama nya. Bocor, retak sana sini. Biar tak lawa boleh cat, tapi kalau sampai rumput rampai, pokok menumpang pun boleh tumbuh dalam rumah atau atap, bilik air bocor... ayor dari toilet umah atas masuk kat bilik ayor kita.. tak ke sadis tu. Tu baru bab bocor, retak...belum lagi bab keluasan. Terutama untuk anggota yang berpangkat awal dalam tentera. Rumah sangat kecik, tak sesuai untuk anak yang lebih dari 3 orang. Lagi dengan tiupan angin kencang yang seringkali jadi kat sini, aku selalu terfikir rumah ni boleh r.o.b.o.h. Nauzubillah jauhkanlah kami dari segala musibah.
Nasib aku kira baik sebenarnya, tak la hadapai masalah semacam tu, cuma yang menjadi masalah beso bagi aku adalah lantai bilik ayor yang dihiasi lumut degil! Kira dah sebati la dengan batu mar-mar kecik-kecik dalam bilik air tu. Berus la dengan clorox ke apa pun tak boley! Boleh kata selang berapa hari aku dan penghuni rumah lain terpaksa menyental lantai bilik air, tak lalu nak masuk. Walaupun kata orang acara memberus bilik ayor tu tak sesuai untuk ibu ngandung sebab bagi tekanan kat perut. Padanla pas menyental konfem aku flat. Terpaksa... Selalu bertangguh pi toilet sebab aku tak suka. Sob sob. Selain tu yang jadi masalah bagi penghidap asthma seperti jiranku, sarang burung yang menumpang kat celah dinding bilik kebanyakan dari kami kat sini memang amat tak cool ye. Sebab dorang tak boleh bertahan dengan habuk dan hama yang burung bawak. Alhamdulillah aku tak punya penyakit tu. So burung bukan musuhku di sini. Sebab masa aku ditinggalkan sorang, burung-burung tu la menjadi temanku. Thank you birdy:) Boleh tak mengkome bayangkan umah kami kat sini? Dan jangan tak percaya ramai je yang menangis sesampai je sini tengok keadaan rumah. (aku tak la sampai menangis cuma tomonung gak la kejap..luckily Azlan dah kemas banyak untuk aku. Terima kasih tuan!)
Jadi besarlah harapannye untuk peruntukan tersebut. Rumah kot... biarpun tak besar dan tak mewah... yang penting selesa. Home is where the heart is ~ kan?

| smallplacestyle.blogspot.com |
: Tabik springgg sama kakak-kakak yang dah duduk dekat kem ni berbelas tahun!
: NGO pula menyuarakan di mana bajet menangani gejala sosial yang semakin menyesakkan?
Tuesday, 4 October 2011
Ulat
Seringkali ku temukan ulat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibeli di pasar. Memula tu complaint juga, tapi encik suami telah menyedarkanku.. "eh baguslah ulat makan, tanda sayur tu tak ada bahan kimia..." Emm betul tu. Tandanya sayur sihat dan kita pun makan benda yang menyihatkan, mudah-mudahan. Menariknya dekat sini peniaga-peniaga di pasar terdiri dari peniaga persendirian dan kecil. Dorang jual hasil tanaman sendiri. Mengikut teori aku dan suami, dorang tanam untuk keperluan hidup diorang dan hasil yang lebih tu dijual di pasar. Jadi tak hairanlah kalau nampak dorang meniaga dengan jumlah yang kecil. Kadang tu ada 3,4 tompok je sayur nye. Hehe kiut. Macam meniaga main-main pulak. Selalu di tepi-tepi jalan akan terlihat orang jual durian 4,5biji jek, atau di kawasan hentian bas akan ada peniaga kecil yang menjual sayur-sayuran dalam kuantiti yang sedikit.
Tetiba aku berimpian...
"abang..nanti tolong beli tanah ye(of course the word is 'tolong' sebab pakai duit dia)...
esok-esok abang dah pencen...
kita buat rumah yang agak-agak selesa je tak yah besar pun, kat belakang umah tu boleh la tanam sayur, bela ayam, bela kambing, lembu, ikan, bla bla bla.....
untuk kita makan sendiri, yang lebih terjamin tahap kebersihan dan kesihatan makanan tu (and more ulats to come in my life)...tak yah beli lagi, yang lebih tu boleh jual, bla bla bla..."
Menurut wajah yang dipamerkan dia, macam ada kemungkinan nak capai impian ni..hihi tak salahkan pasang angan-angan macam Ramli yang akhirnya menjadi salah seorang player Man U tu.
:haruslah aku mula main ape benda alah game kat FB tu... farmVille?
![]() |
| Me: in 10 years time :p |
Sunday, 2 October 2011
Angin
Sekali angin bertiup, macam nak terbang semua benda. Siap berdengung macam ribut besar akan melanda. Kalau duduk sensorang kat rumah ni, scary jugak ... takut sangat kalo pape terbalik ke, runtuh ke..maklum le umah kami kat sini yang tak berape nak kukuh.. umah veteran y'all. Satu malam tu, angin bertiup kuat sangat macam boleh datangkan musibah, na'uzubillah. Aku minta si dia laungkan azan. Dalam hati tak henti salawat dan takbir sehingga terlena. Harap-harap angin yang selalu bertiup kuat dan kencang bukan musuh kami di sini.
Saturday, 1 October 2011
Saturday, 24 September 2011
618
Latest check up, the little one already weight 618gm. Seberat apa ye, taktau mommy nak describe. Walaupun selera makan masih belum rancak, doc Taiwan (doc orang sri aman, berkelulusan medik Taiwan, macam pertama kali jompa doc graduate from Taiwan) tu cakap the fetal development baik. Alhamdulillah. Syukur. Lega. 2nd check up di private clinic. The one and only private clinic in Sri Aman ni, so kena menunggu hampir sejam lebih jugak la, macam pi klinik kerajaan. Tapi klinik kerajaan kat sini jadi dua kali ganda lambat pulak, 3jam lebih kalau nak tunggu turn. Huuu...
Fasa seterusnya...backpain. Uhuk. Tolong picit. Tolong gosok. Tolong urut. Permintaan yang selalu diajukan waktu ni. Walaupun si kecik belum pun sampai 1kg, tapi aku dah rasa sssaaakitt nye belakang ni. Sabar ok. Semua ibu mengandung katanya begitu... Lepas bersalin imah kata hilang semua rasa sakit tu. Yeke? Syok nya. Tapi mak pulak kata dari ngandung, bersalin 8 orang sakit belakang, sampai ke la ni. Kalau aku hampar wang, istana apa sekali pun, tak kan boleh kembalikan kelegaan tu buat mak. Makin ku mengerti pengorbanan seorang ibu. Terima kasih mak. I love u so much.
4th of Raya. Riverside view sri aman, nampak pak buaya lalu.
: tengah list nama... baru ada dua tiga pilihan, semoga mendapat ilham dari Nya.
Thursday, 15 September 2011
Dhuha
Southshields Park, March 2010
Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu, waktu dhuha-Mu,
kecantikan itu kecantikan-Mu,
keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu
kekuatan-Mu,
kekuasaan itu kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlingan-Mu
Ya
Allah Ya Tuhanku Yang Maha Melindungi.
Ya Allah, jika rezekiku masih diatas
langit, turunkanlah
dan jika didalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar
mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu
duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu.
Limpahkanlah kepada kami
segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh".
Amin ya Rabb...
Kudambakan setiap permulaan hari yang tenang. Sesungguhnya ketenangan itu adalah dariMu dan milikMu.
Wednesday, 14 September 2011
Kiri kanan kiri
Al kisahnye sekarang ni setiap hari aku dengar...
'kiri kanan kiri'
'kiri kanan kiri'
'kiri kanan kiri !!!'
Tak kira la pagi petang siang... malam pun ada ! Fuiyoh.
Dan setiap hari aku tengok baju loreng hijo.
Setiap hari tengok trak hijo, command rover hijo, baju hijo, beg hijo, stokin hijo...
Sume lah hijo.
Selimut hijo, towel hijo, sampaikan baju 'kecik' tu pon hijo. Hihi
Terasanya aku isteri asko kini...

macho nye abang asko yang tengah tu...
: yang dlm perut pun makin ligat berkawad! mommy wonder awak boy ke girl nih?
Thursday, 8 September 2011
Sempit
9.30malam. Lepas balik mesjid, baca yaasin. Aku berdua je pempuan yang datang dengan kakak jiran depan umah. Pasni harapnya ramai lah kaum wanita mengimarahkan mesjid kem pakit ni.
Home alone. Tv tengok aku, aku tengok benda alah ni. Boring.
Tup-tup sempit nye rasa! Nak bernapas pun tersekat-sekat. Lemas. Bukan Adnan sempit ye. Perut ni haa sempit nye lah rasa secara tiba-tiba dan mendadak! Yes I think its about time the little one grow bigger and bigger ! ! ! Phewww. Berdebar nya rasa . . .
Never mind champ, keep growing healthy:) mommy sedia menanti dengan sabar. Jangan risau mommy cuak sikit sebab ni pengalaman pertama huhu.
Dan betapa ku berharap setiap wanita dapat merasainya juga.
Wednesday, 7 September 2011
Sendiri lagi
Sendiri lagi selama seminggu. Sepanjang duduk sri aman ni kalau ditinggal dia, belum lebih seminggu. Kebanyakan isteri tentera lain dah ditinggal sebulan dua. Alhamdulillah dapat ku laluinya. Asalkan jiran ada, berani jugak. Kalau satu blok ni aku duduk sorang... seriau la jugak :(
Sebab blok rumah pegawai tak banyak rumah. Satu blok ada 6 pintu, tu pun yang didiami 4 pintu je, dua rumah lagi tak digunakan sebab rosak. Mujur depan rumah ada jiran. Ada lagi dua blok sebelah kanan. Semua jiran baik Alhamdulillah.
Masa memula sampai sini, cik abang kena kerja luar, aku dah kena tinggal. Pertama kali check up pregnancy kat klinik famili dalam kem ni, jiran sebelah blok yang bawak. Jiran depan rumah pulak boleh dikatakan setiap hari hantar lauk-pauk untuk aku berbuka. Berbuka sorang, masak pun tak lalu dengan keadaan badan yang tak menentu hari tu. Syukur ya Allah.
Aku teringat pesan sorang teman yang suruh aku berdoa supaya dikelilingi orang yang baik-baik dapat jiran yang baik-baik walau kat mana kita berada. Pengalaman pertama duduk rumah sendiri dalam kem tentera yang sangat jauh dari keluarga dan kawan-kawan memang penting untuk adanya jiran tetangga yang baik. Syukur aku milikinya. Harap hubungan kami terus sejahtera hingga ke akhirnya.
Bila dah rasa happy duduk sini, berat pulak hati nak balik. Apa pun semuanya ku hanya mampu berserah pada Nya. Ya Allah, jangan Engkau biarkanku tanpa petunjukMu walau sesaat.

Itu rumah saya. Kereta dia. Motor mereka. Bendera kita
Tuesday, 6 September 2011
Catatan lebaran
Sehari sebelum 1 Syawal, para isteri pegawai tentera di kem pakit telah berkumpul untuk memasak juadah hari raya. Menu yang kami sediakan dodol, rendang, sup tulang, ketupat, kuah kacang, agar-agar. Menu lain nasi hujan panas, lemang, ABC yang disediakan oleh tukang masak kem. Acara bermula dari pagi sampailah berbuka. Pada malamnya pulak takbir raya rumah ke rumah oleh anggota tentera. Meriah juga suasana menyambut Syawal di rantauan ni. Kebetulan kebanyakan pegawai yang beraya kat sini bersama anggota tentera lain.
Sampai ke seminggu raya masih penuh dengan jemputan rumah terbuka dengan pelbagai sajian. Just name it! Alhamdulillah tekak pun dah boleh makan, syok la mommy mamam. Tapi sikit-sikit je, orang kata sekadar merasa kan. Mommy paling suka lontong! hehe. Sebelum raya pun, masa tekak tengah mual-mual dulu, teringin makan lontong. Nasib ada jiran berniaga lontong kat Kg Melayu. Sampai sini sempat lagi pekena lontong bila raya. Alhamdulillah. Rumah kami buat open house pada raya ketiga. Menu simple je spaghetti, dadih dan air special turun temurun my family, fruit cocktail. Memang terhangat lah. Mendapat pujian dan rebutan. Hihi.
Acara lain pada Syawal 1432H yang merupakan pertama kali disambut bersama sang suami ialah 'morning walk' sekitar kem, al maklum lah sampai je sini hari tu dah puasa, tak dan nak beriadah. Bersiar di sri aman pada petang raya. Amek angin tepi sungai apa ke nama tak tau, ternampaklah pak buaya sedang merentasi sungai tu. Huu. Senang beno nak jompe buaya kat tempat tinggal ku kini. Sebelum ni kena pi zoo atau taman buaya baru boleh jumpa pak buaya kan :) Sekali lagi kami keluar di pagi raya nak tengok fenomena 'benak'. Pertemuan antara air sungai dan laut, maka terjadilah 'ombak' di sungai yang tenang tu dipanggil benak.
Hehe menarik tak aktiviti raya aku kali ni? Tak penah lagi seumur hidup beraya siap sempat bersiar-siar bagai. Kalau ada wayang kat sri aman ni, konfem dah pi tengok 'hantu bonceng' :P ?
Pendek kata, aku gembira sambut raya kat sini. Walaupun terpaksa berjauhan dengan famili dan teman taulan. Masa lepas semayang raya dan takbir pagi 1 Syawal tu je rasa sebak sekejap, lepas tu mommy happy ja. Alhamdulillah. Sang suami sentiasa di sisi. Bukan turn dia masuk operasi kali ni. Ada je isteri lain yang sambut raya sendiri. This is our life. Army wife-
Last but not least.
Alfatihah buat arwah atuk yang telah kembali menghadap Ilahi pada 8 Ramadhan lalu. Walaupun jauh di sini, aku terbayang sambutan raya di batu pahat pasti berbeza buat keluarga mak setelah ketiadaan atuk dan makwe(panggilan nenek) yang telah dulu pergi pada tahun 2008.
Mak, abah serta adik beradik ku beraya di kedah tahun ni. Kampung abah. Bawak tok yang tinggal dengan mak abah balik sambut raya kat kampung simpang empat, alor staq- the best place I ever been.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
1 Syawal 1432H
Jiyah & Lan
Sri Aman
p/s: now I can feel someone is jumping around in my belly :P -Bliss-
Thursday, 25 August 2011
Separuh dan akhir
20 weeks old fetus length
Apa yang akhir? apa yang separuh ni? Cer citer cer citer.
Al-kisahnye dah separuh perjalanan kehamilanku. Beberapa hari lagi cukup 20minggu bersamaan 5 bulan. Alhamdulillah. Bila teringat balik fasa mabuk-mabuk dulu macam tak percaya je dah lepasi nye. Syukur. Walaupun sekali sekala aku muntah jugak sekarang ni tapi dah banyak sangat baik dari memula dulu. Tambahan bila selera makan dah ada, happy nye lah rasa. Baru aku sedar begitu besar nikmat 'selera' atau boleh makan bila mabuk yang agak teruk hari tu. Apa pun aku syukur ada lagi ibu hamil yang lebih teruk dari aku.
Kat sini ada dua tiga orang lagi isteri pegawai yang pregnant, so macam meriah pulak ngendong perut boyot. Hehe. Perut ku belum lagi memboyot dengan hebat. Aku dapat rasakan ia akan bermula lepas raya ni. Siap la dengan dah selera makan, bukan setakat perut je boyot, dengan part lain kat badan ni pun akan mengembang dengan hebatnye. Huish ngeri pulak rasa nak memikio cemana ghope aku ye. Yang pasti mesti shomell. Teheeee.
InsyaAllah jika diizinkan semoga perjalanan pulangku ke kampung halaman dipermudahkan sebelum deliver nanti. Mungkin akan pulang awal sikit untuk mengelak seberang masalah. Di samping tu aku berkira-kira jikalau berkesempatan nak ke hulur hilir meng'update' kerja-kerja yang tertunggak tu. Mohon maaf para pelanggan.
Ok lah stop cerita tajuk 'separuh', masuk bab 'akhir' pulak.
Akhir Ramadhan, itulah yang nak dimaksudkan. Pejam celik sekejap bena sebulan. Memang aku dah rasa puasa makin sekejap dua tiga empat tahun kebelakangan ni. Adakah sebab aku yang semakin tua atau hakikatnya dunia semakin di hujung usia. Walaupun hari - hari yang aku lalui kat sini agak 'membosankan' tapi aku tetap merasa masa berlalu dengan pantas nya!
Impian aku semasa meniti Ramadhan dulu, nak berpuasa penuh, al maklum lah kali ni berpeluang tak ber'cuti' seperti tahun-tahun yang lain. Tapi keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, akhirnya impian tinggal impian je. Sedih. Tinggal lagi 3,4 hari baki bulan Ramadhan, harap dapat juga kekuatan bangun solat malam, walaupun hanya sekali. Sedih lagi kerana Ramadhan yang bakal pergi dan belum tahu dapat bertemunya lagi atau tidak tahun hadapan sedangkan amalan yang dipersembahkan amatlah mendukacitakan. Hanya mengharap ganjaran jika terdapat tugas-tugas isteri yang dapat aku laksanakan walaupun tak banyak, jika sang suami redha dan merasa senang dengan kehadiranku di sisinya untuk Ramadhan kali ini.
Cerita bulan Ramadhan, fikiran terus mengimbau memori-memori Ramadhan yang lalu. Terutama sekali masa sesi orientasi 40 hari di Madrasah Idrisiah tercinta. Walaupun rasa 'blurr' semacam masa tu, ye lah first time berjauhan dengan mak, 40 hari tak boleh hubungi atau berjumpa keluarga, tetiba kena sahur,puasa,berbuka dengan kengkawan yang baru nak mesra. Serius blur, tapi entah kenapa setiap detik tu hatta menu masakan dewan makan Idrisiah masih segar dalam ingatanku. Dan sehingga kini juga lah ikatan yang terjalin dapat mengumpul kita untuk beriftar bersama lagi. Tapi tahun ni aku dapat tengok dari jauh je lah. Yang penting acara tetap diteruskan dan hubungan kita semakin erat. Alhamdulillah.
Walaupun agak sedih dengan performance aku untuk Ramadhan kali ni, tapi aku tetap tak menolak pengalaman baru Ramadhan bersama suami tersayang. Bangun sahur semangat masa awal minggu Ramadhan, bila start dah tak mampu nak puasa, sahur pun entah ke mana. Mujur si dia pandai bawak diri dan memahami. Tapi bila berbuka tu, semangat juga aku nak menyediakan juadah special. Takde la special tapi tiga jenis lauk jugak lah. Sampai kan lepas berbuka aku keletihan. Sebijik kerusi dah standby je kat dapur, kena duduk sokmo sebab kaki letih bena rasanya. Baru masak untuk dua orang tu. Takpe, keep it up! Hihihi kalo bukan diri sendiri yang bagi semangat sape lagik.
Pengalaman tarawih pun tak kurang manisnya. Hehe manis tu. Seronok tengok bebudak ramai-ramai jalan kaki pi masjid kat kem ni. Dari yang kecik sampai la yang tinggi lampai ngalahkan aku. Jauh jugak deme berjalan tu, aku main tipu la naik kereta kan. Semangat nya dorang toksah cakap, yang kecik-kecik tu terkedek-kedek jalan nye, hehe. Sampai je masjid.... jeng jeng jeng! Kome tau apa dorang buat? Bukan setakat berkawad macam ayah-ayah deme, berlari berlompat berguling bersuka ria, happy nye lah hai, non stop! Dari la solat isyak sampai 8 rakaat tarawih(nasib lapan), 3rakaat witir sampei la ke moreh... nasib tak boleh terbang je. Haha meriah tak meriah nye malam-malam tarawih aku kat sini. Anak sape la ye? Anak-anak aska, anak-anak aska...anak aku pun esok anak asko jugak. Hai la.... riso mommy.
Tapi takpe, mommy simpan dulu cerita riso tu. Just nak bitau kat sini aku rasa teruja tengok orang hati berbunga-bunga nak balik kampung sambut raya bersama keluarga tersayang. Aku hanya mampu tumpang happy je. First time feeling bila dengar lagu raya. Uhuk uhuk. Apa pun semoga selamat ye korang semua yang akan memandu jauh atau dekat untuk berhari raya bersama kaum kerabat. Kat sini kami buat gotong royong masak malam raya. Tunggu aku update cerita Syawal di perantauan pulak okey!
masihkah ku punya waktu memburu al-qadr...?
Subscribe to:
Posts (Atom)