20 weeks old fetus length
Apa yang akhir? apa yang separuh ni? Cer citer cer citer.
Al-kisahnye dah separuh perjalanan kehamilanku. Beberapa hari lagi cukup 20minggu bersamaan 5 bulan. Alhamdulillah. Bila teringat balik fasa mabuk-mabuk dulu macam tak percaya je dah lepasi nye. Syukur. Walaupun sekali sekala aku muntah jugak sekarang ni tapi dah banyak sangat baik dari memula dulu. Tambahan bila selera makan dah ada, happy nye lah rasa. Baru aku sedar begitu besar nikmat 'selera' atau boleh makan bila mabuk yang agak teruk hari tu. Apa pun aku syukur ada lagi ibu hamil yang lebih teruk dari aku.
Kat sini ada dua tiga orang lagi isteri pegawai yang pregnant, so macam meriah pulak ngendong perut boyot. Hehe. Perut ku belum lagi memboyot dengan hebat. Aku dapat rasakan ia akan bermula lepas raya ni. Siap la dengan dah selera makan, bukan setakat perut je boyot, dengan part lain kat badan ni pun akan mengembang dengan hebatnye. Huish ngeri pulak rasa nak memikio cemana ghope aku ye. Yang pasti mesti shomell. Teheeee.
InsyaAllah jika diizinkan semoga perjalanan pulangku ke kampung halaman dipermudahkan sebelum deliver nanti. Mungkin akan pulang awal sikit untuk mengelak seberang masalah. Di samping tu aku berkira-kira jikalau berkesempatan nak ke hulur hilir meng'update' kerja-kerja yang tertunggak tu. Mohon maaf para pelanggan.
Ok lah stop cerita tajuk 'separuh', masuk bab 'akhir' pulak.
Akhir Ramadhan, itulah yang nak dimaksudkan. Pejam celik sekejap bena sebulan. Memang aku dah rasa puasa makin sekejap dua tiga empat tahun kebelakangan ni. Adakah sebab aku yang semakin tua atau hakikatnya dunia semakin di hujung usia. Walaupun hari - hari yang aku lalui kat sini agak 'membosankan' tapi aku tetap merasa masa berlalu dengan pantas nya!
Impian aku semasa meniti Ramadhan dulu, nak berpuasa penuh, al maklum lah kali ni berpeluang tak ber'cuti' seperti tahun-tahun yang lain. Tapi keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, akhirnya impian tinggal impian je. Sedih. Tinggal lagi 3,4 hari baki bulan Ramadhan, harap dapat juga kekuatan bangun solat malam, walaupun hanya sekali. Sedih lagi kerana Ramadhan yang bakal pergi dan belum tahu dapat bertemunya lagi atau tidak tahun hadapan sedangkan amalan yang dipersembahkan amatlah mendukacitakan. Hanya mengharap ganjaran jika terdapat tugas-tugas isteri yang dapat aku laksanakan walaupun tak banyak, jika sang suami redha dan merasa senang dengan kehadiranku di sisinya untuk Ramadhan kali ini.
Cerita bulan Ramadhan, fikiran terus mengimbau memori-memori Ramadhan yang lalu. Terutama sekali masa sesi orientasi 40 hari di Madrasah Idrisiah tercinta. Walaupun rasa 'blurr' semacam masa tu, ye lah first time berjauhan dengan mak, 40 hari tak boleh hubungi atau berjumpa keluarga, tetiba kena sahur,puasa,berbuka dengan kengkawan yang baru nak mesra. Serius blur, tapi entah kenapa setiap detik tu hatta menu masakan dewan makan Idrisiah masih segar dalam ingatanku. Dan sehingga kini juga lah ikatan yang terjalin dapat mengumpul kita untuk beriftar bersama lagi. Tapi tahun ni aku dapat tengok dari jauh je lah. Yang penting acara tetap diteruskan dan hubungan kita semakin erat. Alhamdulillah.
Walaupun agak sedih dengan performance aku untuk Ramadhan kali ni, tapi aku tetap tak menolak pengalaman baru Ramadhan bersama suami tersayang. Bangun sahur semangat masa awal minggu Ramadhan, bila start dah tak mampu nak puasa, sahur pun entah ke mana. Mujur si dia pandai bawak diri dan memahami. Tapi bila berbuka tu, semangat juga aku nak menyediakan juadah special. Takde la special tapi tiga jenis lauk jugak lah. Sampai kan lepas berbuka aku keletihan. Sebijik kerusi dah standby je kat dapur, kena duduk sokmo sebab kaki letih bena rasanya. Baru masak untuk dua orang tu. Takpe, keep it up! Hihihi kalo bukan diri sendiri yang bagi semangat sape lagik.
Pengalaman tarawih pun tak kurang manisnya. Hehe manis tu. Seronok tengok bebudak ramai-ramai jalan kaki pi masjid kat kem ni. Dari yang kecik sampai la yang tinggi lampai ngalahkan aku. Jauh jugak deme berjalan tu, aku main tipu la naik kereta kan. Semangat nya dorang toksah cakap, yang kecik-kecik tu terkedek-kedek jalan nye, hehe. Sampai je masjid.... jeng jeng jeng! Kome tau apa dorang buat? Bukan setakat berkawad macam ayah-ayah deme, berlari berlompat berguling bersuka ria, happy nye lah hai, non stop! Dari la solat isyak sampai 8 rakaat tarawih(nasib lapan), 3rakaat witir sampei la ke moreh... nasib tak boleh terbang je. Haha meriah tak meriah nye malam-malam tarawih aku kat sini. Anak sape la ye? Anak-anak aska, anak-anak aska...anak aku pun esok anak asko jugak. Hai la.... riso mommy.
Tapi takpe, mommy simpan dulu cerita riso tu. Just nak bitau kat sini aku rasa teruja tengok orang hati berbunga-bunga nak balik kampung sambut raya bersama keluarga tersayang. Aku hanya mampu tumpang happy je. First time feeling bila dengar lagu raya. Uhuk uhuk. Apa pun semoga selamat ye korang semua yang akan memandu jauh atau dekat untuk berhari raya bersama kaum kerabat. Kat sini kami buat gotong royong masak malam raya. Tunggu aku update cerita Syawal di perantauan pulak okey!
masihkah ku punya waktu memburu al-qadr...?

2 comments:
so sweet dear....pengalaman guru kite....tu la memori sume xdapat kite lupe....bile kenang wah manis'y rase ble sengih2 sorang :)....pape pun selamat hari raya sahabat ku pahatkan kenangan terindah pertama kali beraya disamping suami terchenta :) LOL mmmmmuuuaahhhsss
20 weeks dear..cepatnya..selamat hari raya dr kak wa sekeluarga..take care dear!
Post a Comment