Tuesday, 6 September 2011

Catatan lebaran


Sehari sebelum 1 Syawal, para isteri pegawai tentera di kem pakit telah berkumpul untuk memasak juadah hari raya. Menu yang kami sediakan dodol, rendang, sup tulang, ketupat, kuah kacang, agar-agar. Menu lain nasi hujan panas, lemang, ABC yang disediakan oleh tukang masak kem. Acara bermula dari pagi sampailah berbuka. Pada malamnya pulak takbir raya rumah ke rumah oleh anggota tentera. Meriah juga suasana menyambut Syawal di rantauan ni. Kebetulan kebanyakan pegawai yang beraya kat sini bersama anggota tentera lain.

Sampai ke seminggu raya masih penuh dengan jemputan rumah terbuka dengan pelbagai sajian. Just name it! Alhamdulillah tekak pun dah boleh makan, syok la mommy mamam. Tapi sikit-sikit je, orang kata sekadar merasa kan. Mommy paling suka lontong! hehe. Sebelum raya pun, masa tekak tengah mual-mual dulu, teringin makan lontong. Nasib ada jiran berniaga lontong kat Kg Melayu. Sampai sini sempat lagi pekena lontong bila raya. Alhamdulillah. Rumah kami buat open house pada raya ketiga. Menu simple je spaghetti, dadih dan air special turun temurun my family, fruit cocktail. Memang terhangat lah. Mendapat pujian dan rebutan. Hihi.

Acara lain pada Syawal 1432H yang merupakan pertama kali disambut bersama sang suami ialah 'morning walk' sekitar kem, al maklum lah sampai je sini hari tu dah puasa, tak dan nak beriadah. Bersiar di sri aman pada petang raya. Amek angin tepi sungai apa ke nama tak tau, ternampaklah pak buaya sedang merentasi sungai tu. Huu. Senang beno nak jompe buaya kat tempat tinggal ku kini. Sebelum ni kena pi zoo atau taman buaya baru boleh jumpa pak buaya kan :) Sekali lagi kami keluar di pagi raya nak tengok fenomena 'benak'. Pertemuan antara air sungai dan laut, maka terjadilah 'ombak' di sungai yang tenang tu dipanggil benak.

Hehe menarik tak aktiviti raya aku kali ni? Tak penah lagi seumur hidup beraya siap sempat bersiar-siar bagai. Kalau ada wayang kat sri aman ni, konfem dah pi tengok 'hantu bonceng' :P ?

Pendek kata, aku gembira sambut raya kat sini. Walaupun terpaksa berjauhan dengan famili dan teman taulan. Masa lepas semayang raya dan takbir pagi 1 Syawal tu je rasa sebak sekejap, lepas tu mommy happy ja. Alhamdulillah. Sang suami sentiasa di sisi. Bukan turn dia masuk operasi kali ni. Ada je isteri lain yang sambut raya sendiri. This is our life. Army wife-

Last but not least.

Alfatihah buat arwah atuk yang telah kembali menghadap Ilahi pada 8 Ramadhan lalu. Walaupun jauh di sini, aku terbayang sambutan raya di batu pahat pasti berbeza buat keluarga mak setelah ketiadaan atuk dan makwe(panggilan nenek) yang telah dulu pergi pada tahun 2008.

Mak, abah serta adik beradik ku beraya di kedah tahun ni. Kampung abah. Bawak tok yang tinggal dengan mak abah balik sambut raya kat kampung simpang empat, alor staq- the best place I ever been.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

1 Syawal 1432H

Jiyah & Lan
Sri Aman

p/s: now I can feel someone is jumping around in my belly :P -Bliss-

5 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

salam syawal dik..

x kisah la dimana2 kita beraya yg ptg b'sama org yg t'sayang dan sama2 gembira menyambutnya!

J@ja said...

seronok baca kisah beraya di perantauan. honestly,tak rasa diri ready to leave family and the comfort zone. *kagum*

dah tau ke baby girl ke boy? :)

nusk said...

Kak wa: betul, betul, betul ;))))

j@: ALhamdulillah, dipermudah segala urusan. Kebetulan jiran tetangga semua baik. Ramai yang pesan, selalu doa supaya dikelilingi orang yang baik-baik walau di mana kita berada.

Belum tau lagi, kadang panggil dia 'muhammad' kadang panggil dia 'aisyah' hihi :P

eimah said...

wah sedap beno menu2'y...yg best spageti kamu tuh aish chef two masak kompem la sedap daddy pun dh bam bam kikikiki....

p/s: dh start eh nnt tdo xlena la bile die mule meninju dengan hebat'y :)

nurulfive said...

membaca entry ko sambil tersenyum2...gile?? hahahaa..
alhamdulillah..aku pun doakan yg baik2 utk ko kat sane. tak ngape lah..ko kan mmg slalu aje merantau sane sini.
cant wait to see u with a 'new look' ngeee..