Wednesday, 14 July 2010

Oh Kemboja!

Menyusuri sejarah kekejaman Pol Pot



Pakcik Rahim dan Makcik Zaharah. Tanpa kalian tak mungkin ku melihat keaslian ini

Angkor watt

Kedamaian Ton le Sap

Penerbangan ke ibu kota negara Kemboja, Phnom Penh selama dua jam tidak terasa. Mungkin sebab aku tidak menjangkakan apa-apa dari sana. Kosong. Di samping keletihan yang masih terasa selepas enam purnama merantau ke nagara orang. Aku seperti mahu membatalkan niat ke Kemboja, namun atas pujukan dan desakan adik-adik, aku pasrah dengan rancangan asal.


Kerana tidak meletak apa-apa jangkaan, aku tidak terkejut apabila kapal penerbangan Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh yang rupa bentuknya tak kurang seperti lapangan terbang di Kepala Batas, Alor Setar. Mungkin lapangan terbang di negeri lain di Malaysia jauh lebih besar dari itu. Lalu lintas seperti sesuka hati dan sesedap rasa. Nyata, masih belum ada sistem yang baik di sini. Kebanyakan kenderaan adalah motosikal. Seperti segerombolan kambing yang terlepas dari kandang, begitulah dapat aku gambarkan, banyaknya motosikal yang memenuhi jalanraya berbanding kenderaan lain.

Beberapa hari yang telah dijadualkan kami berjalan di sekitar bandar Phnom Penh dan Siem Reap yang terdapat beberapa destinasi tumpuan pelancong. Termasuklah merentasi Sungai Ton le Sap, mandi di Sungai Mekong, merasai cengkerik goreng buat pertama kali serta menyusuri sejarah kekejaman Pol Pot dan melihat pembinaan Angkor wat yang sangat besar. Tiada apa yang bisa menarik hatiku selain sejarah dan tamadun manusia kerana senibina lebih tertumpu kepada patung-patung yang menjelekkan (patung bermata bulat garang, bergigi taring, dll).

Selebihnya kami menghabiskan masa 10 hari di perkampungan Islam. Di sinilah segala-galanya bermula. Di sinilah baru aku merasakan. Pertama kali menjejaki bumi Kemboja, hati terus terpaut. Seperti jatuh cinta pandang pertama. Keramahan, kebaikan, kesungguhan serta harapan muslim Kemboja telah mencuri hatiku. Lalu dipegang erat dan kuat.

Di sebuah kampung di daerah Pursat

Mereka seolah-olah membawa harapan baru dalam hidupku. Mungkin agak keterlaluan untuk aku katakan begitu. Namun walaupun aku biasa melaluinya dan pasti, rasa itu tak akan kekal lama tapi sekurang-kurangnya aku masih punya harapan untuk meneruskan lagi kehidupan ke satu ruang yang lebih luas. Bukan untuk diri sendiri, malah orang lain. Begitulah pentingnya harapan dalam kehidupan seseorang.


Apa istimewanya mereka?Berhati bersih, suci. Asli. Tidak banyak pengaruh yang kotor merosakkan lahir dan batin seorang insan. Tidak sepertiku, yang terlalu banyak terdedah dengan unsur luar. Tidak asli. Plastik... Semakin hari semakin banyak kelemahan ku rasai dek kerana kemodenan, kecanggihan, keterbukaan. Sehingga aku lupa asal usul kejadianku. Betapa banyak kerosakan di muka bumi ini yang dilakukan oleh manusia-manusia berhati rakus. Lemah nya aku tak mampu berbuat apa-apa. Bagaimana hendak menolak semua ini? Kemajuan yang membebankan, meragut ketenangan jiwa, meragut rasa kasih dan simpati sesama manusia. Meragut keindahan, kehijauan alam yang damai. Apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang? Setelah semuanya diragut.


Betul kan... kita sekarang hidup untuk diri sendiri. Sibuk kejar harta. Sibuk kerja membayar hutang. Sibuk sana. Sibuk sini. Kehidupan seolah-olah menjerat kita. Kehidupan seolah-olah telah membentuk kita untuk jadi seperti kita hari ini. Sedangkan bukan itu tujuan kita hidup dan dijadikan di muka bumi ini. Sesak nya fikiran dan hati...

" Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." ar-Rum:41


Kerana itulah aku terlihat akan keaslian bumi Kemboja. Jauh dari kehidupanku yang semakin menyesakkan di sini. Sistem barat dan dajjal yang menyesatkan, membunuh, membebankan, menyusahkan...oh Tuhan, berikanku pedoman. Berikanku kekuatan.


Cukuplah aku simpulkan sebuah kembara yang menginsafkan. Benar.

Perjalanan pulang ke tanah air merupakan sebuah lagi pengalaman baru bagiku. Jika pergi aku menaiki pesawat, tetapi pulang aku telah menaiki keretapi pertama dari sempadan Kemboja-Thailand di Arnyaprathet ke Bangkok. Keretapi kedua dari Bangkok ke Hatyai (bermalam di dalam keretapi) dan keretapi ketiga yang terakhir dari Hatyai ke KL Sentral menaiki KTM (bermalam dalam keretapi). Pengalaman pulang merentasi Thailand selama dua hari dua malam yang menakjubkan.

Setibanya aku di KL Sentral, ketika keluar dari perut KTM, hampir hilang segala memori di bumi salji yang pada fikiranku adalah yang terindah. Begitu hebat penangan Kemboja terhadapku. Benarlah jika kita digalakkan mengembara, melihat alam dan bumi Allah yang maha luas.


Kenangan bersama pelajar Madrasah Kampung Chor Keng, wilayah Cham

Monday, 12 July 2010

Gathering

InsyaAllah jika berkelapangan, nak berkumpul di rumah kak long untuk buat makan-makan sambil bertemu rakan-rakan yang dirindui. Pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Gathering untuk kawan- kawan di Perak, aku masih mencari masa yang sesuai. Aku juga merancang untuk mengadakan Iftar MADID 2010, jika ada sebarang cadangan tempat boleh lah diusulkan. Terima kasih. I am home:)

menanti kehadiran bulan penuh barakah....

Align Center
Bersama adik-adik dalam perjalan pulang ke Malaysia, menaiki kereta api dari Aranya Prathet di sempadan Kemboja-Thailand.

Friday, 11 June 2010

Kepulangan

Assalamualaikum Malaysia dan seluruh isinya.
Aku mohon maaf sebab keadaan yang agak kelam kabut tika ini.
Aku akan menghubungi kalian dengan kadar segera setelah segala urusan selesai :D

Insyaallah...


Friday, 28 May 2010

It's about time to say goodbye










One week left.

Bumi Durham kenangan terindah...
Akan kurindui selama hayat ini.
Selamat tinggal!





The day when the journey begins...

Time to go home! finally.
Looking forward to see you guys in Malaysia! insyaAllah.


Tuesday, 18 May 2010

Leaves and stones






















Location: Finchale Priory (details)
Description: Was a 13th century Benedictine priory, the remains are sited by the River Wear, four miles from Durham. It is a Grade I listed building.


Congrats Odah and Along on the newborn.
Two weeks left...

Friday, 30 April 2010

Longsor di tanah minang

Di saat aku berkelana, saudara-saudara di Maninjau, Sumatera Barat (aku ke sana pada tahun 2005, program khidmat sosial) menghadapi musibah tanah runtuh.

Menurut maklumat yang di terima dari rakan rakan di Maninjau; pada sebelah malam hari Ahad 25 April baru-baru ini telah terjadi kejadian tanah runtuh di Maninjau. 2 orang terbunuh, hampir 60 orang cedera dan 40 buah rumah hancur. Seramai 285 orang dari 95 keluarga kini mengungsi di Sg Batang.

Alhamdulillah warga pesantren Prof Dr Hamka di laporkan selamat. GPM (Global Peace Mission Malaysia) dijangka akan menghantar bantuan untuk membantu mangsa terbabit. Yang ingin menyumbang boleh menghantar terus ke pejabat GPM seperti alamat di bawah ATAU dimasukkan ke akaun di bawah (sila maklumkan butir sumbangan ke GPM).

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank - No Akaun 564 221 611 602

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233

MOHD HALIMI
EXCO GPM

(kenangan gambar santriwati pesantren Prof Dr Hamka Maninjau, 2005)

Wednesday, 28 April 2010

Edinburgh dan musim bunga

Cuaca serta suasana di sini semakin baik dan menceriakan. Alhamdulillah kawasan tempat tinggal aku memang sebuah kejiranan yang cantik jika berbanding kawasan lain. Hati jadi segar dan ceria setiap kali keluar rumah. Bumi sudah diwarnai bunga-bunga indah yang pelbagai bentuk dan rupa, pokok mula mengeluarkan putik-putik bunga putih dan merah jambu seakan pohon sakura dan daun yang menghijau menyejukkan pandangan mata, sinar mentari yang cerah memanaskan tubuh walaupun sesekali angin bertiup masih terasa sejuk namun sangat nyaman. Rumput hijau dipenuhi tumbuhan liar berbunga kuning yang tumbuh melata. Lebah berterbangan mencari kemanisan madu hingga selalu saja tersesat masuk ke dalam rumah.

Hati pun berbunga:)
















Saturday, April 24th. Ive joined Durham university's student one day trip to Edinburgh. I went alone without the family. I met Sarawakian and Indonesian students yang boleh bersembang in Malay. Besides were students from the middle east. Most of them are foreign students, maybe omputih semua dah sampai Scotland ni. It took 3 hours from Durham to Edinburgh. The capital city of Scotland yang juga merupakan bandar tua dan jauh lebih besar berbanding Durham. Really enjoyed the beautiful scenery of old and heritage buildings. My host of the day was Kak Bit, kenalan yang study di University of Edinburgh and her husband Abang Nazer. Thanks a lot for both of you especially Kak Bit yang sarat mengandung masih sanggup berjalan jauh temani daku melihat sekitar bandar. Thanks again for your company:)