Showing posts with label umat. Show all posts
Showing posts with label umat. Show all posts

Friday, 30 April 2010

Longsor di tanah minang

Di saat aku berkelana, saudara-saudara di Maninjau, Sumatera Barat (aku ke sana pada tahun 2005, program khidmat sosial) menghadapi musibah tanah runtuh.

Menurut maklumat yang di terima dari rakan rakan di Maninjau; pada sebelah malam hari Ahad 25 April baru-baru ini telah terjadi kejadian tanah runtuh di Maninjau. 2 orang terbunuh, hampir 60 orang cedera dan 40 buah rumah hancur. Seramai 285 orang dari 95 keluarga kini mengungsi di Sg Batang.

Alhamdulillah warga pesantren Prof Dr Hamka di laporkan selamat. GPM (Global Peace Mission Malaysia) dijangka akan menghantar bantuan untuk membantu mangsa terbabit. Yang ingin menyumbang boleh menghantar terus ke pejabat GPM seperti alamat di bawah ATAU dimasukkan ke akaun di bawah (sila maklumkan butir sumbangan ke GPM).

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank - No Akaun 564 221 611 602

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233

MOHD HALIMI
EXCO GPM

(kenangan gambar santriwati pesantren Prof Dr Hamka Maninjau, 2005)

Friday, 15 January 2010

Switzerland, menara dan umat Islam

Suka berkongsi, artikel seorang saudara (Exco ABIM) yang disiarkan di Utusan Malaysia dalam ruangan Bicara Agama pada 13/01/2001.

Oleh Jufitri Joha



(keterangan gambar:Masjid terbesar di Geneva)

Dunia digemparkan dengan undian 57 peratus rakyat Switzerland menyokong referendum mengharamkan pembinaan menara masjid, awal Disember lalu.

Profesor Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengajian Islam di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, John Espositoparti berkata, yang menganjurkan referendum itu sebenarnya enggan menerima realiti abad 21 bahawa masyarakat Muslim telah melalui proses integrasi dalam masyarakat Eropah dan Islam sekarang adalah agama bagi negara Eropah bahkan agama kedua terbesar di kebanyakan negara Eropah.

Menurut beliau yang juga Pengarah Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding di universiti yang sama, kebanyakan pemimpin Islam dan Kristian di seluruh dunia, majoriti pimpinan politik Eropah dan pakar hak asasi manusia mengutuk pengharaman tersebut.

Malah, Vatican juga mengecam perbuatan tersebut atas dasar melanggar kebebasan beragama.

Isu ini menguatkan lagi naluri saya menziarahi bumi Switzerland bagi mendapat gambaran lebih jelas tentang isu ini. Di samping itu, bertanya khabar dan membina jaringan persahabatan Islam bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) khususnya.

"Sebenarnya isu menara tidak memberikan kesan pun kepada masjid dan umat Islam", kata salah seorang umat Islam di Geneva kepada saya.

"Umat Islam akan terus beramal di masjid kerana menara tak penting, yang penting pengisian dalam masjid. Masjid zaman Nabi SAW pun hanya beratapkan pelepah tamar dan berlantaikan tanah", tambah beliau lagi.

"Betul tu! Walaupun begitu keadaan masjid zaman Nabi SAW, tetapi ia telah mengeluarkan gergasi-gergasi yang telah berjaya merubah dunia!" tambah saya pula bagi merancakkan perbualan.

Bagi saya, pengharaman menara ini amat memalukan imej Switzerland sebagai sebahagian negara yang digelar Enlightened Liberal Europe yang juga menempatkan ratusan pejabat pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan lain-lain.

Dengan penggunaan tiga bahasa di Switzerland iaitu Perancis, Jerman dan Itali menggambarkan keliberalan negara tersebut. Ia sepatutnya menjadikan negara itu lebih terbuka dalam menerima Islam sebagai sebahagian agama penting untuk Switzerland dan yang paling penting membenarkan kebebasan beragama untuk umat Islam.

Isu pengharaman menara tidak penting tetapi yang penting maksud tersirat di sebalik pengharaman tersebut.

Sebab itulah Profesor Dr. Tariq Ramadhan yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini, mempersoalkan bahawa di Switzerland hanya ada empat menara masjid. Jadi mengapa inisiatif referendum ini harus dilancarkan?

Beliau menjelaskan isu menara ini dijadikan alasan permulaan menggerakkan kempen Islamofobia.

Katanya, pihak yang menggerakkan referendum tersebut gagal menyedari Islam sekarang sebagai agama untuk orang Eropah dan umat Islam sudah berjaya diintegrasikan dalam komuniti Eropah.

Namun dalam masa yang sama, Tariq turut menyalahkan umat Islam kerana gagal memainkan peranan proaktif dalam memperjuangkan isu hak asasi umat Islam Switzerland melalui pendekatan dialog, kerjasama dan tindakan berhemah dengan sebahagian masyarakat bukan Islam Switzerland.

Selain mendapatkan gambaran sebenarnya isu menara ini, saya turut mengunjungi masjid terbesar di Geneva di bawah kendalian Yayasan Kebudayaan Islam Geneva (www.mosque.ch).

Yayasan ini ditubuhkan pada tahun 1978 dan masjid boleh menampung seramai 1,500 jemaah dalam satu masa.

Selepas solat Jumaat bersama sebahagian umat Islam Geneva yang berjumlah hampir 40,000 dan 500,000 di seluruh Switzerland saya bertemu imam masjid iaitu Sheikh Rashid Farhat untuk memulakan perkenalan, membina jaringan dan bertukar-tukar kad.

Saya tidak sempat berbual lama dengan beliau kerana terlalu ramai jemaah yang berhajat berurusan dengan beliau. Apa yang mengagumkan saya ialah apabila masjid penuh sesak dengan jemaah yang berpusu-pusu ingin mendirikan solat Jumaat dan mendengar khutbah.

Saya sendiri terpaksa solat dalam keadaan rapat ketika solat Jumaat namun saya rasa seronok kerana sentuhan ukhuwah mengalir dalam tubuh saya sebagai tanda indahnya jalinan persaudaraan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Misi seterusnya di bumi yang terkenal dengan produk jam berjenama seperti Swatch, Tag Heuer, IWC, Raymond Weil dan Rolex adalah menjejaki Pusat Islam Geneva (www.cige.org) kendalian Dr. Hani Ramadhan iaitu abang Tariq.

Pusat Islam ini antara yang tertua di Switzerland dan diasaskan sekitar 1950-an oleh Sheikh Said Ramadhan yang juga bapa Hani dan Tariq.

Sheikh Said Ramadan juga merupakan anak kepada pengasas dan pemimpin gerakan Islam terkenal di Mesir Ikhwanul Muslim iaitu Imam Hasan al Banna.

Setelah puas berjalan dan mencari akhirnya saya menemuinya di 104, rue des Eaux-Vives 1207. Sebuah bangunan lama diapit oleh bangunan-bangunan besar. Namun ia tidak menenggelamkan fungsi sebenarnya untuk menyebarkan mesej ajaran Islam kepada masyarakat Switzerland.

Sekali lagi saya sempat bersolat jemaah di situ dan berbual dengan imam mudanya iaitu Sheikh Said. Apa yang menggembirakan saya ialah sebahagian besar jemaah solat di situ terdiri daripada generasi muda. Ini satu petanda baik untuk perkembangan umat Islam di sini.

Generasi muda inilah yang akan dan sedang menjadi sandaran untuk meneruskan perjuangan umat Islam di tengah-tengah bandar Geneva yang dianggap bandar paling tinggi kos sara hidup selain Moscow, London dan Tokyo.

Sesungguhnya perjuangan umat Islam Switzerland masih lagi jauh dan berliku. Mereka harus tabah dan berani kehadapan mempertahankan hak mereka secara konsisten.

Namun peranan kita selaku saudara seakidah adalah mengiringi perjuangan mereka dengan doa dalam setiap munajat kita seperti yang diajar oleh para alim ulama.

"Ya Allah ampunkan dosa umat Nabi Muhammad, ya Allah selamatkanlah umat Nabi Muhammad dan jadikanlah aku sebahagian daripada umat Muhammad SAW". Amin.

Friday, 8 January 2010

Viva Palestina

Suka untuk berkongsi. Salah seorang peserta konvoi adalah seorang pemuda, anak kepada pendukung cita-cita dakwah ABIM. Sebelum ini Bernama melaporkan mereka ditahan oleh polis Mesir. Alhamdulillah kini misi selamat tiba di Gaza.

Viva Palestina: More Than 10 Injured, Seven Arrested, Including A Malaysian

January 06, 2010 13:55 PM
From Kuzaimah Idris

EL-ARISH PORT, Jan 6 (Bernama) -- More than 10 members of the Viva Palestina convoy were injured, four of them seriously, and seven members arrested by Egyptian police during a protest here Tuesday at 11.40pm local time.
Among those arrested was a Malaysian, Ibrahim Mohd Azmi, a
University of Bristol medical student who was a convoy volunteer.
The protest was staged by Viva Palestina convoy members to protest against the decision by the Eqyptian government to bar 59 convoy vehicles from leaving here for
Gaza.
Egyptian police acted strongly against the convoy members three hours after the protest was staged at the entry and exit security point at this port.
Four members were seriously injured and had to be taken to hospital for further treatment.
More than 10 members sustained light injuries due to thrown rocks and
tear gas.
Also arrested were three Britons, two Americans and a Kuwaiti.
According to witnesses, the incident was provoked by agents provocateurs of the Egyptian government.
Earlier, the convoy members had gathered and formed a human wall to protest against the decision to disallow the 59 vehicles from leaving the port.
The
Egyptians deployed 189 anti-riot personnel equipped with water cannon and tear gas.
According to Viva Palestina leader
George Galloway, there are negotiations at the highest level by Turkish authorities with the Egyptian government including for the release of all those detained.
At the time of this report at 4.10am local time, the situation was calm although observation and enclosure was still on by the Egyptian authorities.
The Viva Palestina
Convoy is made up of 450 people from various countries with 220 vehicles in a mission to send humanitarian aid like food, medicines and school equipment worth more than US$1 million to Palestinians in Gaza.
The mission began in London on Dec 9 last year and has moved through various places in Turkey,
Syria and Jordan.
The convoy was supposed to arrive in Gaza on Dec 27 but was held up by the Egyptian government which refused to allow use of the port of
Nuweiba for entry to Rafah before arriving in Gaza.
As a result, they had to return to Syria to find another way to reach Rafah to go into Gaza.

Konvoi Viva Palestina tiba di Gaza

07/01/2010 7:43pm

GAZA 7 Jan. – Konvoi bantuan kemanusiaan terbesar untuk rakyat Palestin, Viva Palestina, yang memulakan perjalanannya di London pada 6 Disember lalu, berjaya menyeberang sempadan Rafah untuk memasuki Gaza awal hari ini.

Setelah tergendala beberapa minggu, 450 anggota kontinjen tersebut akhirnya dibenarkan memasuki wilayah Palestin yang dikepung itu bersama bekalan ubat-ubatan, makanan dan peralatan pembelajaran bernilai lebih sejuta dolar bagi diagihkan kepada penduduk Gaza.

Konvoi berkenaan bertolak dari pelabuhan El Arish pada pukul 10.30 malam waktu tempatan dan melalui pemeriksaan selama dua jam oleh pihak berkuasa Mesir di pusat pemeriksaan itu, sebelum meneruskan perjalanan sejauh 40km ke sempadan Rafah.

Konvoi tersebut dibenarkan menyeberangi sempadan tanpa banyak kerenah oleh pihak berkuasa dan sempadan Rafah merupakan satu-satunya kawasan Gaza yang tidak bersempadan dengan Israel. — Bernama


Usah dilupa... Palestina menangis belum berhenti.
Doa serta solat. Kemenangan untuk Islam!


Ya Allah , sebagaimana Engkau pernah menghantar burung – burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin , maka kami memohon kepadaMu Ya Allah , turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang Islam di Palastin dan Lebanon, hancurkanlah rejim Zionis..

Ya Allah Kau selamatkan lah Palestine

Ya Allah Kau selamatkan lah rakyat Palestine dari terus menjadi mangsa kekejaman tentera rejim zionis Israel laknat

Ya Allah Kau selamatkanlah masjid al-aqsa dari terus menjadi sasaran pihak yahudi laknat

Ya Allah Kau tambahkan lah kekuatan kepada pejuang palestin

Ya Allah Kau lindungilah kanak-kanak kecil yang tidak berdosa

Ya Allah Kau lindungilah kaum wanita palestin dari terus menjadi mangsa pembunuhan tentera rejim zionis laknat

Ya Allah Kau turunkan lan malapetaka kepada tentera rejim yahudi laknat

Ya Allah Kau turunkan lah malapetaka kepada israel,amerika serta semua negara yang bersekongkol dengan rejim yahudi dalam pemusnahan negara islam palestin

Allah hu ya Allah

Kau hancurkanlah semua tentera rejim yahudi yang berada didalam negara palestin,al-Aqsa

Ya Allah Kau turunkan lah bala kepada Israel, Amerika serta semua negara yang bersekongkol membunuh rakyat palestin yang tidak berdosa

Ya Allah..

Kau perkenankan lah doa kami

Kau makbulkan lah doa-doa kaum muslimin dan muslimat. Ameen. Ya Rabbal A'lamin.