Monday, 2 November 2009

Diari November


6, 13, 20 November, Friday:

Tour Masjid, open counter for Ibadah Qurban di Kemboja
(Masjid-masjid besar sekitar Kuala Lumpur dan Selangor)

::::::::::::::::::::+++::::::::::::::::::::

27 November 2009, Friday:
Aidil Adha di Senggarang, Batu Pahat (cant wait to meet atok! :D)

:::::::::::::::::::+++::::::::::::::::::::::

30 November 2009, Monday:
Rofidah's wedding, Sg Siput, Perak


Note:
- just wondering if we can get together during pied's big day!
-pastu boleh singgah tengok baby puteri ;)


Thursday, 15 October 2009

Peluang


Dalam hidup ni terlalu banyak peluang. Peluang datang peluang pergi. Kadang-kadang peluang datang masa kita betul-betul bersedia dan mahukannya. Macam orang kata.. Just in time.. Atau mungkin peluang datang masa kita blurrr..ragu-ragu dan tak tahu adakah peluang tu baik atau tak untuk kita. Ataupun kita dah lama sangat mengharap peluang tu, tapi tak pernah dapat....setelah beberapa tahun menunggu baru lah peluang tu datang. .. Siapa yang berani sahut cabaran akan rebut semua peluang yang ada. Tapi sapa yang malas, takut, ragu-ragu akan biarkan saja peluang tu pergi. Dalam hidup aku ni boleh dikatakan banyak juga peluang yang datang, ada yang aku rebut, ada yang aku biar je berlalu. Atas banyak alasan termasuk lah takut,malas tak yakin dan sebagainya.

Baru-baru ni ada satu peluang yang datang kat aku. Tapi aku ragu-ragu nak ambil atau tak. Walaupun sebenarnya peluang ni lama dah aku tunggu. Seingat aku 4 tahun lepas! Lama tak lama sampai satu tahap aku rasa aku dah tak kisah. Aku pasrah dan redha. Kalau tu bukan rezeki aku. Alih-alih lepas 4 tahun ni..peluang tu datang! Aku excited! Tapi dalam masa yang sama banyak perkara perlu aku konsider dan mungkin excitement tu tak sehebat ketika 4 tahun lepas semasa aku naaakkk sangat perkara tu terjadi...

Tiga,empat bulan jugak aku lengahkan hal ni sebab macam-macam aku fikir dan ada jugak sikit harapan supaya peluang ni pergi je dan terlepas dari aku. Tapi lepas empat bulan nih, peluang tu masih ada! Ohhhh serba salah nya aku. Boleh tak bayangkan sesuatu yang sangat korang idamkan terjadi dan korang nak dalam hidup satu masa dulu tak terjadi, sampai korang pun dah lupa dan tak kisah. Tapi tiba-tiba benda tu datang depan mata??? Tapi masa tu ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dan diutamakan... Susah tak??? Huhu susah weh.. but i always know that life s about making choice... dan risiko tu ada saja di mana-mana kan. Jadi aku tetap harus memilih...

Korang rasa aku amek tak peluang tuh? Kalau korang pulak macamana? Apa pun aku dah membuat pilihan. Tunggulah jawapan nya nanti. Aku hanya berdoa jika peluang ni membawa kebaikan kepada ku maka Allah swt akan permudahkan segala urusanku ini. Ameen.

Monday, 12 October 2009

Setahun

Pejam celik pejam celik...its almost a year Ive been engaged to azlan! 25 Oktober 2009 ni genap setahun kami bertunang... owh dear, How fast time flies!

Rasa macam baru je family azlan datang bertandang ke rumah..dan cincin tanda disarung ke jari manisku. Walaupun tak terasa lama setahun tu tapi aku tak terlepas dari ujian pertunangan. Betul kata orang, alam pertunangan ni besar ujian nya. Sebab tu ramai yang tak suka dan galakkan bertunang lama-lama. Sebab nak mengelakkan perkara-perkara yang tak baik. Bagi aku ujian yang besar adalah ujian hati. In my case... aku rasa susah juga nak handle hati ni. Dan aku rasa jugak lebih banyak salah faham daripada rasa happy. Walaupun aku selalu dengar dan baca kunci kebahagiaan tu adalah komunikasi...tapi kenapa lah susah sangat untuk aku praktik kan! Aku suka simpan dan diam. Alih-alih angin takde ribut takde aku nak cari gaduh je. Namun aku masih percaya inilah pilihan aku yang tepat. Dan tak mungkin sesiapa dan apa pun dapat mengubahnya kecuali dengan kehendak Yang Maha Esa.

Dalam setahun ni jugak aku boleh kira berapa kali kami berjumpa. Jadi tak banyak yang aku kenal dan tahu tentang dia. Begitu juga dia( i guess). Mungkin banyak benda yang perlu kami belajar dan catch up once we get married. Risau jugak kadang-kadang bila fikir apa expectation dia terhadap aku dan aku jugak pasti ada expectation terhadap dia. Cuma aku rasa kita tak perlu meletakkan expectation yang terlalu tinggi terhadap sesuatu atau seseorang... sebab nanti akan kecewa.. Yang penting kami sama-sama berusaha menjadi pasangan yang terbaik. Saling give and take. Compliment each other like colors!

Sebenarnya, memang dari dulu lagi aku selalu berangan. Once jumpa calon yang sesuai, aku tak nak tunang lama-lama. Paling lama pun 6 bulan je. Tapi mungkin dah takdir aku bertunang sampai 1 tahun setengah. Kena lah sabar menanti dan tabahkan hati!

Last but not least, selamat ulang tahun pertunangan buat abang (hadiah takde ke?hehehe) and not to forget kawan-kawan yang selalu di sisi di kala suka duka sepanjang tempoh pertunangan ku ini. Terima kasih ku ucapkan.. (nape rasa macam sebak lak nih..huhu)


(cincin tanda di jari manisku, bukan yg ni.. dah tuka dah.. yg ni belakon jeh..ketat tuh! cne leh salah ukur..huhu..tapi yg baru nih emas mcm kurang pulak,nyesal tak mintak yg tebal2 hari tuh..hihihi)

Wednesday, 7 October 2009

Selamat


hehe apa yang selamat? aci tak kalo aku nak update camni jeh..bukan takde masa tapi M... hihihi..details boleh baca kat o'oi's blog...takat ni cerita dia paling complete. maaf lah korang aku agak M nak type pepanjang mcm dolu2 about the event dat ive attended. soo...

SeLAMAT
Hari raya ~ Maaf zahir batin
Pengantin baru ~ Ruhinah & Jaja
Melahirkan ~ Yayat & Iemah


Friday, 11 September 2009

Kopitiam Vs Masjid



Jam 10.00malam tadi, aku keluar kejap ada sedikit urusan. Lama dah tak keluar malam-malam ni semenjak kawan-kawan ramai yang dah jadi isteri, bakal ibu dan mak orang. Mungkin jugak bile usia masuk half 20th ni...keinginan untuk 'meronggeng' juga menurun.

Keluar je depan Flamingo nak masuk MMR 2(Jalan Lingkaran Tengah 2)...jam! banyak nya kereta. Orang dok pergi mana? Mungkin orang baru balik dari tarawikh. Orang pergi shopping raya, maklumlah seminggu lagi nak raya dan esok pulak cuti. Atau orang dah mula balik kampung.... ???

Dalam perjalanan aku merentasi beberapa lokasi yang mana setiap lokasi pasti ada saja kopitiam. Sebelum ni kita selalu je nampak kedai mamak kat mana-mana. Tapi sekarang kopitiam pun ada je merata-rata, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dan menjadi trend masyarakat sekarang melepak di kopitiam ni.. Memang penuh je manusia...orang kita. Waimma di malam-malam begini...malam yang tersembunyi seribu hikmah..ahhh..!! sedih dan risau!

Kalau dilihat secara kasar memanglah macam takde pape. Alah..bukan buat ape. Lepak je. Minum-minum sambil borak. Tapi kalau sampai dah hari-hari. Berjam-jam..apa kes??? Semua ni memang kita tak perasan. Mungkin betul duduk kat kopitiam atau kedai mamak or kedai kopi lebih baik dari buat benda yang tak tentu arah. Tapi lama-lama duduk, lepak dan borak pun boleh mengundang banyak buruk dari baiknya. Seperti buang masa... Mengumpat. Bergosip dan lain-lain lagi.

Semua ni seperti dah jadi sebahagian dari kita. Darah daging. Aku pun suka kopitiam. Lepak. Borak. Gelak. Cuma sekarang dah kurang. Macam aku kata, mood meningkatnya usia.. plus 'geng' yang makin lenyap...

Dalam pada tu hati sayu. Rasa susah dan gelisah. Tirai Ramadhan yang bakal dilabuhkan hanya memperlihatkan manusia bercanda bergurau senda bersembang di Kopitiam@ kedai mamak dan bukan beribadah di rumah atau beriktikaf di Masjid@surau.

Aku pun tak beriktikaf di masjid. Hanya di rumah sahaja. Ibadah pun tak lah banyak mana. Sempat lagi nak menulis blog kan.. haha. Cuma aku berkongsi rasa bimbang dan khuatir. Aku pasti kalian juga rasa begitu di sudut hati yang kecil dan dalam... Memang.. kita semakin ditenggelami arus moden yang jauh menyimpang dari nilai agama dan lumrah kehidupan. Mungkin juga itu tandanya dunia sudah di hujung usia...

Wednesday, 9 September 2009

Penutup

Marilah kita sama-sama memburu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83tahun) yakni pemburu kepada Lailatul Qadar... pada 10 malam terakhir Ramadhan..sujudlah penuh kesyukuran,keinsafan serta pengharapan. Semoga beroleh cinta agung di dunia dan di akhirat... Ameen...Ya Rabb al a'lamin...

...Selamat berqiamullail...

Tuesday, 25 August 2009

Welcome a new blogger

Guys, please welcome a new blogger... kawan kita yang tak asing lagi... hidayu a.k.a kak long! I would like to wish kak long:
  • Selamat datang!
  • Rajin-rajin update cerita
  • buleh dak tuko warna font (tulisan)kamu..letih le 'mata empat' aku membaca :(
  • hope we cud share a lot of our stories here
Here you go... check this out!!! kak long menulis...

Monday, 24 August 2009

Hati



(hanging my heart out to dry)

Semalam berbuka puasa di rumah with the whole family, abang, kak yan, adik-adik semua ada di rumah, cuti semester dan hujung minggu 'plus Azlan'. Solat tarawih berjemaah dan tadarus bersama...(sumayyah sampai nangis-nangis 'penat' tarawih... bayangkan lah dia dok teriak masa semayang..ih ih ih..budak sorang nih..haha) cant u see... What a beautiful Ramadhan.. Alhamdulillah :)

Azlan transit di wisma padang tembak semalam..so i decided ajak dia berbuka bersama kitorang. Dia biasalah malu-malu alah. haha... masa berbuka tu aku pun dok layan lah dia apa yang patut. Aku pun macam tak biasa je kan. Malu ke? Tah la.. sampai Ati (adik aku) tegur.. suh aku ni excited sikit melayan si tunangan.

Hmmm aku tau, ni semua pangkalnya 'hati'... banyak sangat benda yang bersangkut paut soal hati. Contohnya ikhlaskan hati, tabahkan hati, kuatkan hati.. makan hati, sakit hati..busuk hati..macam-macam lagi lah. Aku fikir nape? hati aku ni tak ikhlas ke apa ke. Aku rasa bukan apa, cuma hati aku ni kering.

Azlan is going back to kem Sri Aman today. Aku sms dia say good bye and wish him a safe journey. Aku sms lagi kata I am sorry for not being a good tunang for him because of hati aku kering kot. And he answered, Thank you..dia feel okay je dan dia sendiri pun kata dia kering jugak but somehow he was glad to be my fiance. Haha. I dunno what to say lah. Apa kah kesudahan kepada dua pasangan hati kering? Bahagia kah mereka yang berhati kering?

Monday, 17 August 2009

Iftar Madid


Assalamualaikum wbt. Di sini saya nak umumkan Iftar (majlis berbuka puasa) untuk teman-teman Idrisiah akan diadakan insyaAllah pada 6 Sept 2009(Ahad) di Pusat Ekuastrian Putrajaya (tempat iftar tahun lepas, kepada sesiapa yang ada joint last year). Tempat ni menjadi pilihan sebab tak terlalu sesak dan berdekatan surau. Solat tarawikh juga ada dilaksanakan di sana. Tapi last year kami lebih memilih untuk ke Alamanda main bowling lepas berbuka dan solat Maghrib(..hai...apa nak di kata). Ini adalah cadangan awal, sebarang respon boleh beri comment di sini. Berkenaan hari Ahad saya pilih sebab ada di kalangan teman-teman yg bekerja pada hari Sabtu.

Besar harapan saya supaya kita dapat berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama pada Ramadhan kali ini di samping mengeratkan silaturrahim antara kita. Kepada warga Perak, saya mohon maaf sebab buat masa ni, ni lah program yang tuan hamba mampu buat.(ayat sedih, supaya korang tak marah aku).

Akhir kata selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak! semoga 'sekolah' Ramadhan kali ini menjadi titik tolak perubahan dalam amal Ibadah kita khususnya dan amalan harian kita amnya. Saya juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada kawan2 jika ada salah silap, kira 0-0 la eh. Marilah bersama-sama menuju kejayaan! Ameen.

Sunday, 19 July 2009

Buka Puasa

Ada sebulan lagi sebelum kita menyambut Ramadhan al Mubarak. Aku dah terfikir-fikir untuk adakan majlis berbuka puasa untuk kawan-kawan MADID. Minggu ke dua puasa ok tak? Tempat samada di Restoran Nelayan / tempat last year di Putrajaya-ekuastrian club atau sesiapa ada cadangan kat mana? Hope to hear from you guys for sum suggesstion. Keme yang kat Perak pun boleh juge turun dak? Kita plan awal..boleh le keme bajet..hehehe

Sunday, 5 July 2009

Bisnes sihat

Aku baru je balas sms kepada seorang kawan yang ajak aku pegi bisnes preview malam esok yang berbunyi...

"hehe. weh... aku tak minat la buat biz camtu. actually banyak dah org approach aku biz yang lebih kurang camtu. Modal Kecik, Keje Tak Susah, Dapat Income Best... tapi takde asas produk yang jelas.. so cara dapat duit dari biz camtu aku tak minat la... ni mmg pendirian aku if nak buat sesuatu biz. sbb aku amek berat soal hukum perniagaan.. bkn la nak kata aku ni alim sgt.tp soal produk & sumber yg duit aku dapat tu, aku kena sensitif. Byk info tentang hukum bisnes yang aku baca kat http://www.zaharuddin.net/ If nak rujuk apa-apa hukum dalam semua aspek boleh tgk situ. Aku just share apa aku tau key. Hope ko open..jangan amek hati lak. Ni just pegangan dan pandangan aku. Anyway tq sbb intro kat aku. Hope ko hepi and sukses selalu. Anything contact lah aku, nak lepak minum anytime aku on jeh! ko jangan serik pulak ajak aku berbisnes. Later if ada biz lain yang aku rasa OK,insyaAllah aku join ko!"

Fuhhh..panjang nye. 5 page aku sms dia dan seperti yang aku jangka dia terus diam tak reply dah. Maybe it takes time. Tapi biarlah aku berterus terang daripada aku mengelak bagi alasan sibuk lah,takde masa lah, nanti lah, ada hal lain lah, dan bermacam-macam lagi. Sebabnya sampai bila kita nak terus mengelak kan?

Semenjak berkecimpung dalam bisnes ni, memang banyak peluang-peluang perniagaan yang datang. Dalam pelbagai bentuk. Sampai kadang-kala aku rasa tamak and nak cepat kaya pulak. Rambang mata. Mana taknya..kadang-kadang pendapatan yang dorang janji kan tak masuk akal. Begitu banyak. Walhal kita tak buat kerja apa-apa. Tak pun produk yang kita jual tu tah apa-apa tah. Takde kebaikan dan manfaat langsung untuk klien. Ada jugak sehingga berlaku insiden yang memaksa pelanggan membuat pinjaman semata-mata nak suruh beli produk kita. Kenapa sampai nak membebankan orang berhutang?? Sebab tu lah sekarang ramai orang melayu yang menghadapi krisis ekonomi sebab tertipu dengan benda-benda yang merapu ni. Yang menipu orang Melayu juga.

Namun bagi kes aku, Alhamdulillah setakat ni aku masih dapat guidance dan kembali kepada asas. Bukan lah nak kata aku faham sangat hukum hakam perniagaan. Cuma aku bersyukur kerana parents banyak beri buah fikiran dan pandangan. Lagipun aku belajar dari orang yang berpengalaman.. siapa lagi kalau bukan mak aku. Mentor ku..

Apa yang aku titik beratkan dalam sesuatu perniagaan tu adalah:

1) Produk @ servis yang dijual; banyak aspek..semestinya halal,bersih,selamat dan menguntungkan para pelanggan. (memberi manfaat dan kebaikan, tiada unsur penipuan)
2) Pendapatan atau komisen dari sumber yang halal.

Mula-mula aku ambil mudah jugak hal macam ni. Tapi lama-lama timbul kesedaran untuk jadi lebih sensitif. Selain mak abah, aku banyak baca dan merujuk di website di atas. Banyak isu yang dibincangkan. Semua ada. Semua aspek kehidupan seorang Muslim. Kalau korang musykil tentang hukum hakam ni, aku cadangkan boleh rujuk di website tersebut.

Memang sekarang ni aku tengah mencari peluang perniagaan lain selain unit trust. Terus terang aku cakap kalau nak dibandingkan dengan bisnes lain, yang modal kecil atau besar, tapi kerja tak susah, income best, duit masuk je bulan-bulan walaupun tak buat apa-apa, unit trust ni boleh dikata just fair. Average 3% daripada setiap investment yang customer buat. Cth customer invest minimum RM1,000, aku dapat RM30. Sekali dapat. Kalau customer invest setiap bulan, aku dapatlah komisen setiap bulan. Plus other insentive seperti career benefit setiap bulan dan bonus tahunan yang 'masyuk' for those who really work hard and stay longer in the biz.

Baru-baru ni aku telah menemui satu pelaburan yang juga baik selain dari unit trust iaitu pelaburan dinar emas. Komisen aku dapat 2% atas setiap pembelian dinar emas. Buat masa ni unit trust aku lebih tumpu pada klien yang boleh invest EPF. Manakala yang nak invest cash aku bagi pilihan untuk buat pelaburan dalam dinar emas yang aku kira lebih stabil dan menguntungkan. Aku cuba berkongsi info yang lebih baik dan menguntungkan kepada klien. Kerana emas sangat bernilai. Tiada inflasi. Kalau kita simpan duit RM10k contohnya, nilai 10k dalam masa 5-10 tahun akan datang mungkin RM5k sahaja atau kurang. Tapi kalau emas, nilai nya tak susut, malah makin naik. Aku juga suka untuk menyeru kawan-kawan sekalian untuk buat pelaburan emas sempena untuk mengembalikan zaman dinar dan dirham yang Saidina Umar perkenalkan dahulu. InsyaAllah.
Bolehlah baca info lanjut di website publicdinar.com

Rakan-rakan blogger, especially bisnes woman di luar nun aku kagum semangat dan pendirian korang yang ber BISNES SECARA SIHAT! yeahhh!!!



Teruskan usaha kalian. Buat teman-teman yang belum ataupun baru nak mula bisnes atau akan berbisnes aku harap sedikit sebanyak entry aku kali ni dapat memberi idea yang bermanfaat. ;)

Wednesday, 17 June 2009

SATU (Part 1)


Aku baru je balik dari istana budaya beli tiket konsert ct. Ni merupakan kali pertama aku nak tengok konsert. Aku bukan lah fanatik siti. Yang pertamanya sebab aku nak mencuba sesuatu yang baru, iaitu tengok konsert secara life. Dan keduanya aku kagum dengan kerja keras siti yang membuatkan dia berjaya serta tak keterlaluan kalau aku kata vokalnya mantap + ber personaliti menarik.

First Time Concert

Sebelum ni selalu juga ke istana budaya tengok teater. Teater ni dah lama jugak aku tengok sejak di bangku sekolah rendah. Dulu teater berlangsung di Panggung Eksperimen KL tak pun di MATIC jalan Ampang masa IB takde lagi. Begitu jugak wayang, aku mula tengok masa darjah 2, first movie was Abang'98. Time tu KLCC takde lagi, kami tengok dekat Panggung Odean depan Sogo tu...Kalau nak tahu, ayah aku yang expose kan semua ni pada aku dan adik beradik. Walaupun boleh di katakan tahap kefahaman agama ayah aku tinggi, tapi dia agak terbuka dalam memberi pendedahan kepada kami tentang hiburan ni. Yang penting ada batas-batasnya dan bukanlah sampai fanatik.

Jadinya konsert je ayah aku tak penah bagi pendedahan..haha. Konsert-konsert free dan amal tu ada lah aku pergi. Tapi yang berbayar nih baru pertama kali nak pegi ni..masa umur aku dah pun 25 tahun.

Rasa ralat juga habiskan RM250 + RM3 (service charge) untuk tengok konsert siti nurhaliza ni. Bukan apa, aku memang kedekut skit nak belanja duit tang perkara-perkara begini.. Tapi sebab aku rasa mungkin inilah konsert pertama dan terakhir yang bakal aku saksikan, maka aku rela kan aje lah. Lagipun RM150 telah disponsor oleh tunang tersayang. Terima kasih Abang..:D hehehe...

Apa pun rasa tak sabar jugak menanti tarikh 28hb Jun, Ahad. Aku akan ke konsert siti bersama cik nurul aini. Yang pasti kami nak enjoy puas-puas tengok siti perform. Harapan agar tak mengecewakan. Dan dapat the best view. Maklum lah tiket mahal nih...

Tuesday, 16 June 2009

My very first dinar emas...

Minggu lepas aku beli dinar emas yang pertama
satu dinar emas beratnya 4.25 gram
berharga rm477(segram rm112)
hari ni harga lebih rendah 1 dinar harganya rm469
harga segram dinar emas berubah setiap hari
mengikut harga pasaran emas antarabangsa

Apa itu dinar emas?
dinar emas ialah matawang Islam yang telah digunakan sejak zaman RA saw
nowadays telah dipopularkan semula sebagai satu pelaburan emas
dinar emas ni jenis emas 916
emas yang orang buat barang kemas tu...

Kenapa beli dinar emas?
sebab nak buat pelaburan
di mana harga emas menaik dari masa ke masa
kalau dulu korang ingat tak harga segram emas hanya rm80-rm90
sekarang dah rm110-rm120
so akan datang harga emas akan terus naik!

apa kelebihan dinar emas?
harga yang dibeli lebih murah berbanding beli emas di kedai emas
so kat sini kita dapat lebih emas
kat sini caj diambil hanya 5%
kalau di kedai emas caj upah buat ialah 25-30%
kita jugak dapat emas ni secara fizikal
boleh simpan dan dicagar untuk buat pinjaman

memang banyak kelebihan membeli emas ni
kalau tak caye
korang cuba fikir dan tengok
orang2 tua dulu
nenek2 kita suka beli emas dan simpan
bila nak guna duit dorang lebur..dapat duit berkali2 ganda
sebab harga emas sentiasa naik
emas jugak diiktiraf seluruh dunia
dan nilainya sangat tinggi

pendek kata tak rugi beli emas
sebagai salah satu cara pelaburan
sebab emas takde inflasi
duit@matawang kita ada inflasi
contoh 20tahun dulu harga sebungkus nasi lemak 20sen
sekarang dah dua ringgit
20 tahun akan datang?
tak ke ber ringgit2 dah sebungkus nasi lemak?
sedangkan zaman khalifah dulu sekor ayam 1dirham(perak)
sekarang lepas 1400 tahun harga sekor ayam masih 1dirham

maka aku menyeru kawan2
membeli dinar emas sebagai satu pelaburan yang menguntungkan
insyaAllah

untuk maklumat lanjut boleh contact aku
dan ni ada website berkaitan pelaburan emas dan dinar emas
klik di sini --->>> jutawan emas
klik di sini --->>> dinar emas

Monday, 15 June 2009

Welcome to our family Kak Yan, Selamat Pengantin Baru Uya & Azmeer... Im Back to Work!!

Salam semua. Apa khabar korang?sorry lambat update cerita nak basi dah..huhu
seperti yang semua tahu,sahabat kita uya dah pun selamat menjadi isteri orang. Tahniah uya! Kali ni aku sangat happy sbb selain meraikan kawan tersayang naik pelamin, abang ku muhammad Ghazi juga dah pun menamatkan zaman bujangnya bersama isteri tercinta, Azian @ kak Yan. Semoga pasangan bahagia Uya dan Azmer serta abang dan Kak yan berbahagia selalu. Gado2 tuh biasa lah kan orang kata adat hidup bersama(hihi macam aku dah kawin je tau semua nih) anyway selamat melayari alam rumah tangga. Cepat2 timang baby yer..hehe.

Seperti biasa aku jadi pengapit lagi! untuk puan uya! macam tak de muka lain je kan... hemmm taktau lah ni last time atau ada lagi pasnih hehe... aku pun dah merancang2 juga tarikh untuk majlis aku tahun depan..antara pertengahan tahun may-june ataupun hujung tahun disember. Tengok lah macamana yang penting persiapan dapat dibuat dengan baik. Duit pun mau kumpul juga nih....hihih (lagi ada hati nak tengok concert SATU ct nurhaliza...bukan pe nanti pasnih taktau ada chance lagi ke tak nak tengok... di+ ada sokongan padu cik o'oi tu yang menjadi-jadi tuh...hohoho)

Hari ni bermula lah sesi bekerja aku..lama nya cuti ngalahkan pengantin. Baru nak ngadap koje yg tertangguh2 nih...haishh..

Kome bila lagi kita nak berkumpul? insyaAllah raya ni mudah2an ada sorang lagi kawan kita naik pelamin :) dah nak masuk Julai...then August mulanya Ramadhan..tak lama lagi je nak year end.. cepatnya masa berlalu..oh usia ! Cabaran zaman terus datang dan makin hebat. Tapi pastinya indah jika kita positif menghadapinya! ! kan? kan??

jom layan picsa...

:::Uya & Azmeer:::


:::Ghazi & Azian:::


:::Santai at putrajaya with newly wed:::


yayy!
merajuk acara wajib suhail @ maya bile bersantai

welcome to d family..sabo ye melayan adik2 baru yg ramai nih...huhuhu
upss NO paparazzi snap!!

Monday, 1 June 2009

Belum lagi nak update blog... still in kenduri mode

Salam guys apa kabar? alhamdulillah dapat bertemu during wedding Puan uya semalam.. hukhuk..uya jadi PUAN sudah..malam tadi sebelum lelap mata..tetiba aku sebak..ntah la nape.. agaknya lepas sorang..sorang kawan2 menamatkan zaman bujang dan menjadi milik orang.. duhai teman..berjuanglah melalui 'zaman ini'... di mana kalian lah tunggak kebahagiaan sesebuah keluarga..insyaAllah semua dapat dilalui dengan tabah dan pastinya indah:-)

*untuk mar and o'oi...korang hutang jumpa kitorang weehhh hahahaha(tension la tuh)

entry akan datang: majlis uya dan abang ku..ghazi (nantikan ye...)

Saturday, 23 May 2009

vitamin song

No boundaries by kris allen.

Sunday, 3 May 2009

Hello There :)

Assalamualaikum semua. Hows life? hopefully things went great ! Atas permintaan miss lawyer aku update la sikit cerita terkini. Sorry lah agak bz. Tak ada yang menarik sangat. Aktiviti harian macam biasa. Settle kan kerja tertunggak. Maklum lah berjalan sakan ke perak hari tu. Dan macam biasa acara wajib me'ronggeng' dengan si bakal pengantin dan cik misi. Ustazah nun susah sikit la nak jumpa walaupun sangat dekat rumah kitorang. Ye lah dia kan sudah jadi suri hidup orang..kenalah aku menyedarkan diri ini supaya tak mengganggu is3 orang. huhu...nasiblah kome yang lain jauh kalau tak, tak jadi koje aku. Selain tu aku sibuk buat kad ucapan untuk GAZA fund raising dan tengah 'mengadun' bunga dulang untuk hantaran uya.. Tak tau lah lawa ke idak.. harap pengantin berpuas hati lah dengan 'adunan' aku ni.hehe. And one more thing, me and azlan got engaged for half a year. Sekejap je masa berlalu. Dia sangat lah sibuk dengan eksesais luar yang meletihkan itu. Semoga dipermudahkan segala urusan dia aku & kita semua.ameen:) Last but not least i feel great and much better now after weng-weng..hehe(tentiu for the support my dear frens)


Makan-makan nasi bukhara at keramat.best woo nasik tu dimasak sekali dengan ayam/daging..dah la banyak gile. Aku ngan ain makan tak habis. Tup tup bakal pengantin sapu licin. Aku doa makcik yang jahit baju cik pengantin ni 'ter' jahit baju tu jadi beso..hehe uya jangan marah noo..kenapa pic ain n uya blur tp pic yg ada muke aku nmpak meriah dan clear sbb hp canggih ain yg tgkap pic aku dan hp muroh aku tgkp pic ain.. sorry eh cik misi.hihihihi....

Antara kad ucapan yang aku buat. Dah ter'stop' kejap..sebab nak 'ngadun' bunga dulang untuk hantaran cik uya dan my big bro...harap sempat la siap..kalau tak..lantak le deme ye kihkihkih...bukan aku yang nak tawen..huh


Tuesday, 21 April 2009

nak share...

Salam..hai kawan2..aku ada jumpa satu blog yang penulisannya menarik..boleh dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. sila klik ---->>"Mencari dan terus mencari cinta Ilahi"

Sunday, 19 April 2009

safely home.. alhamdulillah. Thank you dear frens

ahad, 1am, smpai rumah. seminggu di perak, sehari di kedah. urusan kerja dan program. ada yang selesai ada yang tak. anyway thanks to o'oi and family melayan aku. mar dan jugak iemah.. not to forget uya,ain ngan ya.. juga rozy and ummi wa.. kome yang lain nanti kita jumpa kenduri uya. aku jadi pengapit AGAIN!

Friday, 10 April 2009

Alam pertunangan yang menguji

(Sumber artikel dari ummusaif.com )

Alam Pertunangan Yang Menguji

Tahniah saya ucapkan kepada setiap pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Sama ada sudah melangsungkan majlis pertunangan atau belum, pokoknya setiap pasangan yang telah mengikat janji setia itu sudah pun bertunang. Tidak keterlaluan kalau diperibahasakan, "kerbau dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji". Justeru jangan mudah menyebut janji, kerana janji itu tali pengikat hablun minannaas.

Seperti mana-mana perhubungan sesama manusia, tiada bezanya alam pertunangan dengan persahabatan atau sesama suami isteri, sentiasa penuh dengan ujian dan perasaan. Bezanya sepasang yang bertunang dengan sepasang suami isteri ialah mereka terbatas sebagai pasangan yang bukan mahram. Malah belum sesuai dirujuk sebagai 'pasangan'.
Perasaan sayang yang terbina dan terkumpul selepas ikatan janji pertunangan adalah lumrah alam ataupun sunnatullah. Amat mustahil sedikit perasaan pun tidak ada di dalam hati. Perasaan itu jika maksudnya adalah bibit-bibit kasih sayang berupa penghargaan seseorang kepada seseorang yang bakal menjadi teman seumur hidupnya, ialah perasaan yang lumrah dan baik. Ia bukan zina hati sebagaimana yang sering dikelirukan oleh anak muda yang suka malah mudah bermain perasaan. Perasaan itu akan menjadi zina hati, apabila ia cenderung kepada apa yang haram di luar perkahwinan, justeru hanya hanya dengan jalan perkahwinan sahajalah, perasaan itu boleh berkembang seluas-luasnya.

Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan proses 'upgrade' alam pertunangan tersebut. Jangan bertunang lama-lama kerana bertunang hanya alam transit. Singgah lama-lama di lokasi transit akan hanya mengundang letih, jemu dan 'putus bekalan'.
Justeru, alam pertunangan ialah alam berkembang dalam kawalan. Perkembangan mesti digalakkan, namun kawalan mesti diutamakan. Jika lemah kawalan, bersegeralah menyegerakan penghapusan had batasan dengan melangsungkan perkahwinan. Hukum Allah sentiasa yang paling utama. Oleh itu apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan yang terbatas ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka dalam berfikir juga berbicara. Buangkan segala prasangka yang buruk yang merugikan lagi melalaikan.

Tujuan Berkomunikasi

Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul. Komunikasi, seperti yang kita sedia maklum, ialah sunnatullah. Sistem Allah ke atas interaksi manusia dengan sesama manusia. Perbincangan seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan , malah isu-isu sesensitif perancangan anak, semua itu adalah perlu. Jika tiada komunikasi, tentu sahaja keperluan-keperluan ini akan sama ada diabaikan, atau dibina atas andaian dan sangkaan masing-masing sahaja. Ini bahaya.
Untuk mencapai matlamat itu, kita bukan sahaja dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Bukan sahaja si lelaki yang perlu mengenali latar belakang diri dan keluarga perempuan, malah begitu juga sebaliknya. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudah pun beristeri semasa melamar seseorang perempuan! Tidak molek perkahwinan dibina di atas penganiyaan yang boleh dielakkan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!

Berkenaan dengan perbuatan bertukar-tukar hadiah, pada pemahaman saya, ia dibenarkan sebagai tanda peringatan dan proses menyemai perasaan sayang. Maka, tidak salah kita berberi bagi merapatkan hubungan. Mungkin di sini hikmahnya cincin pertunangan itu walaupun setakat ini saya belum lagi menjumpai hukum sebenar pemakaiannya. Sekadar mengambil makna umum pesanan Nabi SAW, "bertukar-tukar hadiahlah kamu, untuk kamu kasih mengasihi".
Berikut adalah sedikit petikan perihal pertunangan yang saya ambil daripada blog suami saya di http://saifulislam.com
Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.
"Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan", saya menyambung peringatan.
Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.
Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.
Telefon, email, sms… tanya khabar.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.
Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.
Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.
Akhir kata dari saya, tenangkan diri dengan doa dan solat. Insya Allah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.

Wallahu a'lam.
56000, Cheras