Istimewanya nombor tiga dalam hidupku saat ini. Alhamdulillah usia telahpun menginjak ke angka 3. Rasa dah tua benor. Walaupun pepatah sebut life start at 40...
Bukan saja aku malah umor encik suami juga memasuki siri ke-3, al-maklum ler besday kami selang sehari je. He he he.
Lagi cerita pasal nombor 3, sekarang aku juga di minggu-minggu 30an kehamilan. Syukur diberi kesihatan yang baik oleh Nya. Sengal sakit tak selesa sana sini tu kata mak bidan normal lah selagi 'dak' dalam perot ni tak keluor. Huhu.
Anakanda puteri sulong juga bakal memasuki usia ke-3 tahun pada 2014 ni. Walaupun sebenarnya dia baru je 2 tahun dua bulan yang lepas. Dia muda di kalangan teman seusia sebab dia December baby :D
Kisah angka 3 ni akan lebih istimewa jika ditakdirkan aku bersalin pada bulan 3. Sebab pengalaman lepas aku melahirkan Husna 2 minggu awal iaitu pada minggu ke 38. Kalau kali ni perkara sama terjadi kemungkinan besar aku bakal bersalin pada minggu-minggu akhir bulan Mac. Apa pun segalanya ketentuan Allah yang Maha Kuasa.
Dengan izin Allah, dengan segala upaya serta rezki yang ditentukanNya, kami bertiga dapat follow babah seminar di Batu Feringghi Penang seminggu sambil bercuti :) Dan dengan izinNya jua di kala hamil trimester ke-3 ini, mudah-mudahan dapat close 30 new investments sebelum melatop!
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html
No comments:
Post a Comment