Mungkinkah berjaya... ? Dah berapa fasa percubaan pun tak terkira. Rasanya tak mudah. Di akhirnya aku berserah segalanya pada bantuan Allah.
Hari ni dah masuk tiga minggu kami berjaya cerai 'nini'. Alhamdulillah. Sungguhpun perjalanan ni ambil masa yang panjang, namun akhirnya Allah beri ruang kemudahan buat kami berdua. Walaupun kak long (ami & babah dah bagi pangkat kat dia he he) sesekali minta mahu nini tapi ami berjaya mengelak dan dia tak memberontak seteruk dulu. Harap-harap kak long akan terus tabah melalui proses ni sampai la dia sendiri lupa dan jemu pada nini dalam tempoh lebih kurang dua bulan lebih lagi sebelum bakal adik lahir ke dunia, in shaa Allah. Sekali sekala tengok dia rindu pada nini. Kesian sungguh la. Cair jugak hati ni. Tapi dah tiba masanya untuk kak long berhenti nini. Kak long pun dah dua tahun kan...
Akhirnya aku ambil pendekatan tak bagi terus. Sebab dah macam-macam tepek kat nini dia bedal je. Tak makan saman. Sampai bubuh getah akar seruntun yang amat pahit pun dia masih tegar nini. Ish ish. Aku ambil kesempatan masa balik rumah mak, dia leka bermain sebab ramai orang melayan. 2-3malam dia terjaga mintak nini jugak aku pujuk sambil bancuh minuman koko Halibs dalam botol. Alhamdulillah kali ni kak long tak memberontak macam hari tu. Syukur sangat akhirnya Allah permudahkan bagi kami berdua. Kira-kiranya dah berjaya lah ni kan. Dah 3 minggu. Tapi kekadang naluri ibu ni rasa nak je sua balik kat dia nini huhu ... rindu
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http:/
1 comment:
tahniah ami...good girl la kak long una.....semoga semua berjalan lancar.....amin
Post a Comment