Thursday, 20 October 2011

28 at kampung

Alhamdulillah. Dah masuk 7mths. Sesampai je kampung, aku rasa badan dan perut terus mengembang. Konfem mak buyung :P Hampir tak dapat nak imbang badan, seringkali aku beraksi seperti merasakan diri belum ada perubahan dan hampir menjatuhkan diri sendiri. Jalan pun dah terkedek-kedek macam penguin. Heeee. Suke. Seriau. Haha tanak fikir. To all mak buyung, let's get fat together while we still have an excuse! Xoxo

Balik kampung meet new friend, Mrs Putih, si kucing bunting. Maya adik bongsu cerita, abah yang dok melayan si Putih, siap bahasakan diri 'abah' lagi kat kucen tu. Mak tak setuju langsung. Haha. I love u lah abah! Setahu aku abah tak suka kucen. Maybe dah bertambah usia ni sifat penyayang menjadi sebati dalam diri seorang yang bergelar abah.

Si bongsu Maya asyik la menghadap aku. Rindu gamaknya. Dok pegang perut aku sokmo. Sampai gimas mak! heee sori maksu. Mesti baby paling kenal suara Maksu dia nanti. Sebelum dia pegi sekolah dah siap tanya kakak nak pesan buah ke? Maksud dia buah potong yang dijual kat kedai tu. Dulu masa aku mabuk teruk setiap hari aku pesan dia belikan buah potong. Nampaknya budak darjah tiga ni dah mula menjalankan tugasnye. Hihi. Memalam nanti dia dok sapu bam kat tengkuk dan belakang. Walaupun ala ala ikhlas tidak je, tapi lega jugaklah rasa sengal tu. Cayalah maksu! We love u most heh heh.

Si dia pulang ke Sri Aman. Walaupun bersama keluarga namun tanpa suami tetap rasa tak lengkap. Tapi jauh lebih baik dari aku tinggal sendirian kat rumah kem tu memandangkan si dia akan beroperasi selama dua bulan bermula November hingga Disember ni. Dalam perjalanan pulang ke sana si dia smsku..." rajin-rajin cerita kat baby pasal daddy dia ye..." uhuk uhuk sebak mak.

Hari ni dah mula koje. Banyak appointments, sales yang tertunda... Pastu nak pi survey and shopping barang baby... Bestnye kalau ada drebar :))) ke nak beli online je?


: makin terasa keriangan semua menanti cucu sulung keluargaku, cicit pertama family sebelah abah.
: 2 months plus to go. how time flies. let's do it baby! 

3 comments:

eimah said...

hye laling mommy buyong....selamat pulang....alahai rindu kat kamu cmne la rupe kamu membeso kan kikiki apepun nikmatilah keseronokkan bawak peyot yg ditendang2 baby :p....miss u muahhhhsssss

nurulfive said...

okeh..kompem aku akan zasss ke ampang nak menjenguk mummy sorang nih.
baby...tunggu cik ooi ye kehkeh.

J@ja said...

weee nak tengok perut! hehe membesar setiap hari :D alasan untuk sy telah tamat tempoh o_0