Wednesday, 9 February 2011

Datang dan pergi




Hari bertambahnya usiaku datang lagi. Tak sangka, di saat aku tidak tergambar bila dan di mana dapat kami bertemu, rupanya ulangtahun kelahiranku dapat diraikan bersama suami tercinta. Beza usia kami hanya sehari. Si dia lahir pada 13 Febuari, dan aku 14 Febuari.

Sungguhpun ini bukanlah satu kejutan kerana si dia terlebih dahulu memaklumkan yang akan pulang sekejap atas urusan kerja, namun aku rasa seolah-olah ada 'surprise birthday gift' yang telah diaturkan untukku kerana aku takut untuk menaruh harapan yang dia akan pulang memandangkan tugasnya yang tak menentu. Mungkin di sini ruang terbaik untuk aku memahami dan mempraktik apa itu redha...

Aku tersenyum sendiri bila memikirkan tanpa kejauhan ni mungkin aku akan meminta hadiah yang bermacam-macam. Setidak-tidaknya sebiji kek hari jadi. Tapi semua tu dah tak penting lagi. Aku kira pertemuan dengan si jantung hati yang sangat aku nantikan ini menjadi hadiah yang cukup bermakna di saat usia kami menginjak ke 27 tahun. Alhamdulillah, sungguh Engkau Maha Pemberi.

14 Febuari tahun ini juga menyaksikan salah seorang adikku yang terbang ke seberang laut melanjutkan pelajarannya. Semoga dia pergi dengan selamat demi mencapai cita-citanya diiringi doa serta harapan semua di sini. Impian kami sekeluarga menyaksikan konvonya empat tahun lagi. So tabung NZ harus dilancarkan dan kenalah mula menabung dari sekarang... Hehe


Sekian...

Datang dan pergi.
Tak kan berhenti.
Begitulah hidup ini.
Kan indah jika kerana Ilahi!

Mode: Semakin sayang kerana ditinggalkan! indah kan cinta yang halal? ;D

1 comment:

eimah said...

yup sgt indah cinta yang halal....bila kejauhan kerindu selalu menerpa...tu indah'y ciptaan Ilahi utk pasangan yg halal :)